Program Simulasi Haji Little Hajj Oleh Little Caliphs Di Maeps Serdang


 hai assalammualaikum
Program Simulasi Haji Little Hajj Oleh Little Caliphs® Di Maeps Serdang - Semalam nad dapat melihat anak-anak Little Caliphs melakukan ibadah haji di Maeps Serdang. Bukan betul-betul pergi haji, tapi hanya praktikal sahaja..hehee. Comel je semua, kanak-kanak lelaki dengan pakaian kain ihram manakala kanak-kanak perempuan memakai seperti telekung siap dengan beg kecik disangkut di leher

Program Simulasi Haji Little Hajj 2023M/1444H merupakan program kali ke-7 yang dibuat oleh Little Caliphs® sejak tahun 2016 lagi. Selain acara ikonik, anak-anak berpeluang melakukan aktiviti Tawaf mengelilingi Replika Kaabah dengan ketinggian 10 kaki. 

Program Simulasi Haji Little Hajj Oleh Little Caliphs® Di Maeps SerdangProgram Simulasi Little Hajj yang dianjurkan oleh Little Caliphs® International Sdn Bhd dengan kerjasama semua pengusaha The Little Caliphs Program bakal dijalankan di seluruh Malaysia di peringkat zon negeri masing-masing


Objektif utama Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2023 adalah untuk memberikan pengalaman berharga kaedah praktikal ‘Naik Haji’ kepada anak-anak berumur 6 tahun, dengan menggunakan pendekatan praktikal melalui metodologi Project Based Learning (PBL) dari The Little Caliphs® Program. Bagus sangat program sebegini, kerana anak-anak dapat belajar dengan lebih mendalam mengenai Rukun Islam ke 5 ini. 
Aktiviti yang turut dijalankan ialah1) Cara Memakai Kain Ihram Untuk Haji2) Pengenalan & Aktiviti Wuquf di Arafah3) Bermalam di Muzdalifah4) Mabit di Mina5) Aktiviti Saei6) Aktiviti Melontar Jamrah7) Aktiviti Tawaf


Selain itu, program simulasi Haji ni mengajar anak-anak berdisiplin dan bagaimana menguruskan diri dalam melakukan sesuatu perkara semasa program berlangsung. 
Sebanyak 480 buah tadika di seluruh negara dan lebih 35,000 kanak-kanak yang terdaftar, Little Caliphs® telah di anugerahkan Gold Award Readers Digest Trusted Brand 2018-2021, Superbrand dan Program Simulasi Little Hajj telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record pada tahun 2019

Untuk menyemarakkan bulan haji Zulhijah tahun ini, penyertaan program kali ini melibatkan Tadika Little Caliphs® dari Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya, dengan melibatkan seramai 6,500 orang pelajar yang penuh semangat dan disokong oleh 780 orang guru Little Caliphs® sebagai tenaga Mutawwif


Selain daripada kawasan-kawasan tersebut, program ini juga akan dijalankan di beberapa negeri lain termasuk Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, dan Zon Selatan, melibatkan jumlah keseluruhan seramai 14,000 orang kanak-kanak di seluruh negara


Istimewanya, tahun ini, Little Caliphs menyambut 20 Tahun penubuhannya dimana institusi ini telah mengubah landskap pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia yang mana telah menjadi mercu tanda kepada harapan buat ibu-bapa dan pendidik

Turut memeriahkan majlis adalah kehadiran Datuk Haji Roslan Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs® International Sdn Bhd dan Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik Little Caliphs® International Sdn Bhd serta Tuan Ahmad Jamaludin, Ketua Pegawai Operasi Little Caliphs® International Sdn Bhd
Perjalanan Kurikulum dan metodologi pengajaran yang digunakan oleh Little Caliphs bukan sahaja berinovatif dimana ia terbukti berkesan malah turut diserapkan dengan nilai-nilai yang diajarkan oleh agama Islam

Tahun-tahun prasekolah ini adalah penting dalam pembentukan minda dan akhlak kanak-kanak yang bakal memacu masa hadapan negara kita dan Little Caliphs sentiasa ke arah dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memupuk semangat ingin tahu serta menggalakkan pertumbuhan yang lebih menyeluruh agar kanak-kanak dapat mencapai potensi penuh mereka dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi potensi spiritual, physical, intellectual, dan juga socio-emotional

Seiring dengan peredaran masa kini, pembelajaran berteraskan teknologi juga diperkenalkan pada tahun ini melalui  program pengayaan 'enrichment program' KIDZORI yang memperkenalkan produk digital KIDZORI 5M

Kidzori juga berkolaborasi bersama DURIOO dan lain untuk menghasilkan pengalaman 'holistik learning' yang bermanfaat untuk guru-guru dan ibu bapa untuk memastikan bahawa anak-anak didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat tidak kira di rumah atau dalam bilik darjah

Bukan sahaja pengukuhan jenama tadika, Little Caliphs bakal mengembangkan sayap melalui Little Caliphs Playschool untuk anak-anak 2-3 tahun dan juga program transit untuk anak-anak 8-12 tahun

Memandangan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini agar terus terus dipacu, Little Caliphs dengan pengalaman 20 Tahun menerajui  pendidikan awal kanak-kanak telah mewujudkan Little Caliphs Excelence Center (LCEC) iaitu research center tersendiri dan kini sudah pun memeterai kerjasama MOU bersama UKM , UPSI, UITM, UNIRAzK, dan beberapa intitusi pendidikan tinggi tenpatan lain di bawah naungan pengasas Little Caliphs, Datin Dr Hajah Sabariah Faridah


Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Little Caliphs® boleh layariWebsite: https://littlecaliphs.com.my/Facebook: https://www.facebook.com/LittleCaliphsOfficial/Instagram : https://www.instagram.com/littlecaliphsofficial/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/06/program-simulasi-haji-little-hajj-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simulasi Haji Tadika

Simulasi Haji Tadika

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 159 hits
Sebelum Mijan pergi program simulasi haji cilik ni Mama Yan risau sangat kalau dia tak boleh jaga kelakuan Takut kalau dia meragam Takut dia buat perangai Memang sangat ketara sebab ulang ulang cakap kat suami pasal Mijan nak pergi ikut rom...
107 Ton Obat Disiapkan Kemenkes Untuk Jemaah Haji Indonesia Di Arab Saudi

107 Ton Obat Disiapkan Kemenkes Untuk Jemaah Haji Indonesia Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 140 hits
107 Ton obat dan perbekalan kesehatan meliputi obat saluran napas obat saluran cerna obat antidiabetes
Aksi Gercep Petugas Ppih Transportasi Memastikan Jemaah Haji Sampai Ke Hotel

Aksi Gercep Petugas Ppih Transportasi Memastikan Jemaah Haji Sampai Ke Hotel

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 167 hits
Layanan transportasi berperan penting dalam memindahkan jemaah haji yang baru tiba di Bandara Madinah ke hotel hotel tempat penginapan
Syarat Wajib Haji Harus Mampu Apa Yang Dimaksud Mampu

Syarat Wajib Haji Harus Mampu Apa Yang Dimaksud Mampu

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 254 hits
Syarat wajib haji adalah istito ah punya kemampuan Apa syarat wajib haji itu mampu Mampu dari sisi harta sajakah ataukah fisik pula Silakan lihat pembahasan Bulughul Maram berikut ini
Didampingi Bang Emil Menag Lepas Penerbangan Haji Perdana Dari Bandara Kertajati

Didampingi Bang Emil Menag Lepas Penerbangan Haji Perdana Dari Bandara Kertajati

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 107 hits
Menag Yaqut Cholil melepas keberangkatan jemaah haji kloter pertama dari Embarkasi Kertajati di Bandara Internasional Jawa Barat Kertajati Majalengka Jawa Barat Ini merupakan penerbangan pertama untuk jemaah haji di Jawa Barat bagian utara ...
Harga Pakej Haji 2023 Tidak Masuk Akal Ramai Yang Tolak Panggilan

Harga Pakej Haji 2023 Tidak Masuk Akal Ramai Yang Tolak Panggilan

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 370 hits
Harga Pakej Haji 2023 Tidak Masuk Akal Ramai Yang Tolak Panggilan Berita baru baru ini melaporkan betapa banyak orang merasa tidak berpuas hati dengan pengumuman Biro Pengelolaan Tabung Haji mengenai harga pakej haji untuk tahun 2023 Tidak ...
Berkat Mama Amy Raffi Ahmad Ajak Nagita Slavina Dan Karyawan Berangkat Ibadah Haji

Berkat Mama Amy Raffi Ahmad Ajak Nagita Slavina Dan Karyawan Berangkat Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 133 hits
Raffi Ahmad mengajak keluarga dan karyawannya untuk pergi menjalankan ibadah haji bersama Tiga orang karyawan yang diajak Raffi benar benar tak menyangka dan tentu saja bahagia Berikut beberapa momennya
Hingga Hari Kelima 20 Ribu Jemaah Haji Indonesia Sudah Tiba Di Madinah

Hingga Hari Kelima 20 Ribu Jemaah Haji Indonesia Sudah Tiba Di Madinah

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 171 hits
Sebanyak 53 kelompok terbang telah diberangkatkan ke Madinah sejak 24 Mei 2024 Berdasarkan data Sistem Informasi dan Komputerisasi Haji Terpadu sebanyak 20 455 telah tiba di Kota Madinah
Meski Asrama Belum Lengkap Penerbangan Haji Dari Kertajati Dapat Izin Arab Saudi

Meski Asrama Belum Lengkap Penerbangan Haji Dari Kertajati Dapat Izin Arab Saudi

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 233 hits
Bandara Kertajati untuk pertama kalinya ditetapkan sebagai tempat pemberangkatan atau embarkasi haji 2023 Calon jemaah haji dari 7 kabupaten kota terbang ke Tanah Suci dari bandara tersebut
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur