Pismp 2025 Pengambilan Calon Guru Tajaan Kpm


INFO: PEMAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sukacitanya mempelawa calon yang berkelayakan daripada kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta lepasan Program Matrikulasi untuk memohon kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025.
Program ini ditawarkan kepada individu yang berpotensi dan berminat untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah seliaan KPM.
Calon yang berminat disarankan untuk merujuk aktiviti serta tarikh-tarikh penting yang akan diumumkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran proses permohonan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan semakan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan tarikh semakan keputusan.
Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ? Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.
IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.
Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengambilan 2025 Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti program persediaan PISMP selama satu tahun atau tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. Pelajar yang LULUS program persediaan PISMP akan diberikan Sijil Tamat program dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PISMP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa. Tarikh Permohonan PISMP 2025 Permohonan akan dibuka mulai 24 Februari 2025 sehingga 16 Mac 2025 pada pukul 11.59 malam.
Untuk sebarang maklumat terkini sila rujuk laman sesawang PISMP di pautan berikut : https://pismp.moe.gov.my
Baca juga : e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Syarat & Kelayakan Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005. Sihat tubuh badan. Aktif dalam kegiatan kokurikulum. LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima mata pelajaran. Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM: Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; dan Sejarah. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian). Kriteria Calon Yang Layak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Tahun 2022/2023/2024) Calon SPM Tahun 2024 boleh memohon dan perlu mengemaskini bidang permohonan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (Tahun 2023/2024) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (Tahun 2023/2024) Program Matrikulasi (Sesi 2023/2024 & 2024/2025) Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sains Pendidikan Rendah Matematik Pendidikan Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Bimbingan dan Kaunseling Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah Sejarah Pendidikan Rendah Bahasa Arab Pendidikan Rendah Bahasa Iban Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) Bahasa Cina Elektif: Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sains Pendidikan Rendah Matematik Pendidikan Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Bimbingan dan Kaunseling Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah Sejarah Pendidikan Rendah
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan Bahasa Tamil Pendidikan Rendah Bimbingan dan Kaunseling Matematik Pendidikan Rendah Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah Sains Pendidikan Rendah Sejarah Pendidikan Rendah
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan Bimbingan dan Kaunseling Matematik Pendidikan Rendah Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah Sains Pendidikan Rendah Sejarah Pendidikan Rendah Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:
e-UKCG
e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B. Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan. TEMU DUGA
Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan. Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang. Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan. UKF
Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi. Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri. Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan. Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG. PEMILIHAN
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM Semua keputusan adalah muktamad. PENAWARAN
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian. Tarikh-Tarikh Penting PISMP 2025 Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2025 adalah seperti berikut:
CATATAN :
Sila cetak tarikh-tarikh penting ini untuk simpanan dan rujukan anda. Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Cara Permohonan Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my.
Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) perlu juga mengemukakan permohonan menyambung pengajian ke Timur Tengah kepada Bahagian Education Malaysia (BEM) melalui pautan berikut: https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah. 
Adalah diingatkan kepada semua pemohon, kegagalan mengemukakan permohonan ke BEM boleh menyebabkan tawaran terbatal sekiranya ditawarkan. Urusan permohonan kepada BEM adalah dibawah tanggungan calon termasuk kos permohonan.
Hebahan Iklan PISMP 2025 01_IKLAN_PISMP2025Download 02_IKLAN PPC 2025Download Buku Panduan Permohonan PANDUAN PERMOHONAN PISMP 2025 – LALUAN PERDANA
PANDUAN PERMOHONAN PISMP 2025 – LALUAN KHAS DAN AMBILAN KHAS
PANDUAN PERMOHONAN PISMP 2025 – LEPASAN STPM / STAM DAN MATRIKULASI
PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA (PPC) 2025
Soalan Lazim Berikut adalah soalan Lazim PISMP 2025 yang terkini:
Baca juga: SPLKPM : Cara Login & Kemaskini Modul splkpm.moe.goy.my
Maklumat Lanjut Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG dan semakan PISMP online ini, sila rujuk maklumat berikut:
MAKLUMAT PERMOHONAN BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN TARIKH-TARIKH PENTING SOALAN LAZIM (FAQ) Anda juga boleh hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 /6768 /6693 (Isnin-Jumaat : Jam 8.00 pagi. – 5.00 petang.)
Jangan ketinggalan membuat semakan PISMP dan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pismp-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pismp-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengok Didik Tv Kpm Membangun Semangat Guru Membangun Malaysia

Tengok Didik Tv Kpm Membangun Semangat Guru Membangun Malaysia

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 68 hits
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siaran Didik TV KPM yang akan membincangkan topik Membangun Nyala Rasa Guru Membina Malaysia Madani Program ini akan dihoskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia YBrs Dr Mohd Azam bin A...
Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 103 hits
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 di Glory Beach Resort Port Dickson Alhamdulillah Yang sebenarnya dah berlalu tiga empat hari mesyuarat guru sekolah saya yang telah diadakan di Glory Beach Resort PD ...
Hari Cuci Malaysia 2025 Kpkt

Hari Cuci Malaysia 2025 Kpkt

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 123 hits
JEMAAH MENTERI SEBULAT SUARA SETUJU HARI CUCI MALAYSIA DIJADIKAN ACARA TAHUNAN Dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan di seluruh negara kerajaan telah memperkenalkan inisiatif tahunan yang dikenali sebagai Hari Cuci Malaysia Disambut pad...
Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 131 hits
Sumber eHailingFMTAPAK NIAGA BERHAWA DINGIN RM13 SEHARI DI EXPO RAYA GALAXY MALL AMPANG ANJURAN PPIM
Hari Libur Idul Fitri 2025 Berdasarkan Skb 3 Menteri Catat Tanggalnya

Hari Libur Idul Fitri 2025 Berdasarkan Skb 3 Menteri Catat Tanggalnya

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 112 hits
Lebaran selalu jadi momen yang ditunggu tunggu setelah menahan lapar dan haus di bulan ramadhan Dan yang paling ditunggu pastinya adalah hari libur Idul Fitri 2025 Kapan sih hari libur Idul Fitri 2025 Pastinya tanggal 31 Maret karena di tan...
Kanak Kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025

Kanak Kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 86 hits
Kanak kanak tidak dibenarkan sertai musim haji 2025 Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan peraturan baru bagi musim haji 2025 dengan kanak kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke tanah suci lapor Azernews Kanak kanak Tidak Dib...
Projek Puasa Raya 2025 Jana Income Dari Sekarang

Projek Puasa Raya 2025 Jana Income Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 116 hits
Projek Puasa Raya 2025 Jana Income Dari Sekarang Nak duit lebih untuk persiapan puasa raya Jom sertai sekarang Modal hanya RM100 terus naik agent Tak perlu pegang stok Produk laku keras repeat order tinggi Untung terus ke akaun bank Musim p...
Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 127 hits
FOTO BERITA Sidang Media Shopping Raya Jadi Mudah Di Galaxy Mall Bazar Ramadhan Expo Raya bersama Datuk Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Mr Yc Lee CEO CVGM di Our Private Place Villa Puteri Condominium Jalan Tun ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin