Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga



KUALA LUMPUR: Kartel serta monopoli tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji oleh beberapa syarikat gergasi menjadi punca kenaikan harga pakej ibadah berkenaan di negara ini, dakwa Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham.
Bahkan, tegas Razali, isu monopoli tiket penerbanganm sememangnya wujud.
Beliau mendakwa, sebahagian besar jumlah tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines melalui Amal by Malaysia Airlines dibolot oleh beberapa syarikat besar atau pihak ketiga sehingga menyebabkan kenaikan harga tiket yang melambung tinggi.
“Bayangkan kita ada 1,000 lebih pemain industri yang buat umrah, (tiket) diberi kepada lima hingga ke-10 syarikat sahaja. Mengikut (MAS) sendiri mereka beri kepada syarikat tertentu hingga 60 peratus, bagi pada Indonesia 10 peratus dan mungkin 30 peratus lagi juga diberikan kepada syarikat yang besar.
“Jadi, mana peluang syarikat yang kecil hendak berniaga atau nak beli tiket. Saya tahu tahun ini (MAS) sudah menaikkan sedikit harga tiket,” jelas Razali.
Dalam masa sama, beliau mempersoalkan kewajaran penjualan besar jumlah tiket ke Tanah Suci itu kepada syarikat-syarikat tertentu sedangkan hasil keuntungan besar yang dicatatkan bukanlah dinikmati oleh operator penerbangan iaitu MAS.
Katanya, peruntukan jumlah tiket penerbangan yang diberi kepada jemaah umrah negara lain juga perlu dilihat semula memandangkan peruntukan bagi jemaah Malaysia ketika ini masih tidak mencukupi.
“Baki 30 peratus (jumlah tiket penerbangan) orang lain tak merasa… mungkin hanya 5 peratus sahaja atau 10 peratus.
“Jadi daripada 100 peratus (jumlah tiket) yang dikeluarkan, mungkin dalam pasaran hanya 5 peratus ke 10 peratus sahaja. Apabila syarikat-syarikat ini mengambil semua kerusi, mereka akan kawal harga yang mana ia mendadak naik,” tegas Razali.
Kesan daripada senario ini, katanya, secara langsung akan memberi kesan atau impak yang besar kepada syarikat-syarikat atau agensi umrah dan haji tempatan.
Situasi yang paling jelas akan berlaku, ujar Razali ialah, jemaah akan memilih syarikat yang mampu memberikan jaminan pakej termasuk tiket penerbangan berbanding syarikat-syarikat kecil yang terpaksa berebut atau bersaing untuk membeli baki peratus tiket yang ada.
“Jadi mereka terpaksa 'melutut' kepada syarikat besar untuk mendapatkan seat… itu pula dengan harga yang mahal,” kata Razali.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan telah mengadakan mesyuarat dengan wakil daripada kementerian berkaitan termasuk persatuan pengendali pelancongan yang dilesenkan, pada Selasa lepas.
Menurut MOTAC, mesyuarat tersebut memutuskan agar pihak Amal meneliti semula keseragaman pembahagian tiket penerbangan umrah bagi memastikan semua syarikat pengendali umrah tempatan yang dilesenkan mendapat peluang yang terbuka.
Bagaimanapun dalam kenyataan tersebut, MOTAC menafikan bahawa wujudnya monopoli tiket penerbangan pakej umrah dan haji yang diberikan oleh MAS hanya kepada beberapa syarikat tertentu.
Malah, jelas MOTAC, dakwaan bahawa kelebihan diberikan kepada jemaah Indonesia juga adalah tidak benar sama sekali lapor AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/patutlah-pakej-umrah-dan-haji-naik-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Naik Pemimpin Umno Diam Membisu Tak Lagi Dengar Suara Rakyat

Harga Barang Naik Pemimpin Umno Diam Membisu Tak Lagi Dengar Suara Rakyat

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 139 hits
agendaily com25 01 2023Sidang media sebelum ini UMNO mengumumkan tarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional Kenaikan harga barang menjadi keluhan para pengguna apabila kerajaan dilihat lemah dalam menangani kos sara hidup rakyat ya...
Harga Bbm Naik Lagi Simak Rinciannya

Harga Bbm Naik Lagi Simak Rinciannya

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 192 hits
Bahan Bakar Minyak non subsidi di sejumlah SPBU mengalami kenaikan harga pada 1 Februari 2023 kemarin Di antaranya SPBU Pertamina SPBU Shell SPBU Vivo Energy Indonesia dan AB AKR
Player Mengharap Harga Turun Rendah Vs Investor Mengharap Harga Naik Tinggi

Player Mengharap Harga Turun Rendah Vs Investor Mengharap Harga Naik Tinggi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 131 hits
Pertembungan oleh dua pihak atas kepentingan masing masingHarga emas jatuh rendah akan lebih menguntungkan Player sedangkan Investor mengharap harga emas naik tinggi untuk keuntungan Peluang di QM menjadikan anda Player Investor yang memili...
Bulog Gelontorkan 30 000 Ton Beras Untuk Stabilkan Harga

Bulog Gelontorkan 30 000 Ton Beras Untuk Stabilkan Harga

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 106 hits
Bulog Gelontorkan 30 000 Ton Beras untuk Stabilkan Harga Untuk Stabilisasi Pasokan dan Harga Pangan Perum Bulog akan menyalurkan beras SPHP di Pasar Induk Beras Cipinang dari 13 ribu menjadi 30 ribu ton dengan harga paling tinggi sebesar Rp...
Khas Buat 88 Orang Sahaja Kasut Kolaborasi G Dragon X Nike Dijual Semula Pada Harga Rm136k

Khas Buat 88 Orang Sahaja Kasut Kolaborasi G Dragon X Nike Dijual Semula Pada Harga Rm136k

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 148 hits
Peminat pasti tahu bahawa jenama G Dragon BIGBANG iaitu PEACEMINUSONE sudah beberapa kali berkolaborasi dengan Nike untuk kasut edisi terhad ARTIKEL BERKAITAN Selain G Dragon juga pernah menghasilkan kasut PEACEMINUSONE X Nike Air Force 1 L...
Update Harga Burung Prenjak Terbaru 2016

Update Harga Burung Prenjak Terbaru 2016

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 139 hits
Update Harga Burung Prenjak Terbaru 2016 Burung prenjak cukup digemari di kalangan kicaumania Meskipun bertubuh mungil namun suara kicauannya cukup menawan Bahkan kicauan burung prenjak sering dijadikan sebagai isian untuk burung gacor lain...
Redam Gejolak Harga Jokowi Minta Bulog Guyur Beras Ke Pasar

Redam Gejolak Harga Jokowi Minta Bulog Guyur Beras Ke Pasar

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 112 hits
Bulog mendapat arahan dari Jokowi untuk memasifkan penyaluran beras operasi pasar yang kini bernama Stabilisasi Pasokan dan Harga Pangan Itu dilakukan dengan menyiapkan semua stok di gudang untuk membanjiri pasar guna meredam gejolak harga ...
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Februari 2023

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 225 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Februari 2023 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini yang diumumkan pada setiap minggu bagi bulan Februari tahun 2023 Untuk makluman jika sebelum ini KERAJAAN ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms