Kekalkan Semangat Waja Di Blog Anda Sila Baca Kapsyen Gambar Berbicara Pagi Ini
Buku ini menyingkap semangat untuk terus berusaha, sesuai di baca sesiapa sahaja
khasnya seorang Blogger agar sentiasa bersemangat waja meneruskan blog kesayangan.
Ada masanya kita melihat gambar2 kenangan semangat kita kembali bugar, semangat dan aura positif,semoga teman blogger sentiasa bersemangat waja.
Melihat gigihnya belajar mengaji belajar al quran, semasa hayat arwah ibu ku,
dia sempat belajar al quran bersama kawan rapatnya. Alfatihah buat arwah ibuku.
Kadang-kadang mendapat gambar dari anak semasa zaman belajarnya, sebagai bapa bukan mudah
membuang gambar dalam folder. Melihat anak Etuza kembali bersemangat waja untuk teruskan
kehidupan ini.
Wajah ibu ku, duduk tengah. Dalam jiwa ini tetap hidup dalam ingatan yang tak pernah sirna
oleh arus masa dan kehidupan. Kita juga akan kembali menemui Allah.
Kucing berada disetiap anak tangga di laman Etuza. Gambar ini saya simpan
dah bertahun, kerana keunikan melihat gambar kucing kami bersusun di tangga ini.
Anak lelaki sulung Etuza yang berbaju hitam bersama kawan rapat semasa belajar Yasin namanya
orang India yang sering berkunjung ke rumah kami di kampung.Yasin kini bergelar Pegawai
di sebuah Hospital. Memang budak ni bersemangat waja sepengetahuan Etuza.
Etuza memang suka ambil gambar bunga di laman. Perhatikan corak bunga ini,
sangat hebat ciptaan Allah untuk kita lihat.
Geng anak Etuza dah sampai di Singapore, banyak gambar mereka..tetapi sempat
simpan ini Etuza abadikan dalam blog, melihat mereka tersenyum..membangkitkan
semangat waja.Alhamdulillah.
My Son, semoga sentiasa bahagia, sihat dan dilimpahkan rezeki dari arah yang tidak terduga.Aamiin.
Marilah selalu persiapkan diri dalam mengantur perjalanan menuju Akhirat Allah.
Jadialah yang baik, beriman dan bertaqwa.Aamiin.
Kaum Hawa dalam family Etuza. Mereka kebahagiaan Etuza.
Kami sarapan pagi, dengan menjamah kuih nona..sedap. Suri hati katanya tak pernah
makan kuih sebegini.Gambar memberikan semangat dan aura positif..
Ini gambar terakhir paparan wall blog pagi ini. Anak ke lima ini berada depan Masjid Cina
di Melaka. Teringin lah hendak ke Melaka melihat Masjid ini.Bentuk unik sekali.Bersemangat
nampak gambar Masjid ini.
Nilai Positif Diri.
Gambar-gambar dalam blog ini berfungsi sebagai gambar perkongsian ikhlas, bukan hendak tunjukkan keriakan diri. Sesungguhnya kita dicipta oleh Allah dan Allah yang mentakdirkan segala apa yang kita ada. Hidup kami hanya bersifat sederhana, bukan dikalangan orang yang berpangkat tinggi, berjawatan tinggi dan jutawan. Blog ini hanya kenangan yang memberikan rasa senang dan bahagia melihat dan membaca cerita. Semoga 2026 kita sentiasa POSITIF.Aamiin.Etuza.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2026/01/kekalkan-semangat-waja-di-blog-andasila.html