Kanak Kanak 7 Tahun Cedera Parah Terlanggar Cermin Kaca Hiasan Di Taman Awam


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menerima 12 jahitan selepas mengalami kecederaan serius akibat terlanggar cermin kaca di sebuah taman awam sekitar Pengerang, Johor, baru-baru ini.

Ibunya, Nurul Shazrina Roslee, 38, berkata, detik cemas yang menimpa anak sulungnya berlaku ketika mereka sekeluarga mengunjungi taman awam tersebut sekitar jam 9.30 malam untuk menyaksikan tarikan baharu di sana.
Kongsi Nurul Shazrina lagi, ‘mirror maze’ yang ditempatkan di taman awam itu berbentuk bulatan dengan lampu-lampu di sepanjang cermin yang menyebabkan keadaan menjadi keliru akibat pantulan kaca pada waktu malam.

“Pada mulanya, kami menyangka permukaan cermin itu akrilik, bukannya kaca yang boleh membahayakan pengunjung.
“Ketika sedang memegang dua anak kecil, saya melihat si sulung sudah berjalan ke depan sebelum terdengar bunyi hempasan kaca yang sangat kuat,” katanya berkongsi.
Sebaik berlari ke arah bunyi tersebut, Nurul Shazrina terkejut mendapati anaknya sudah dalam keadaan berlumuran darah.
“Kami segera membawa dia ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal. Anak saya memerlukan 12 jahitan di bahagian dahi, hidung, jari kanan, dan pergelangan tangan kiri akibat luka yang teruk.
“Setelah menjalani pemeriksaan X-ray dan membuka balutan, darah masih keluar sehingga kami terpaksa membawa dia ke hospital KPJ untuk rawatan lanjut. Walaupun tiada keretakan di kepala, serpihan kaca ditemui di dalam hidungnya.
“Selain itu, jari kanan anak saya yang digunakan untuk menulis memerlukan rawatan fisioterapi berterusan,” jelasnya lagi.

Pun begitu katanya, keadaan anaknya kini semakin pulih walaupun mempunyai parut yang kekal untuk jangka masa panjang.
Menyedari khilafnya yang perlu lebih peka ketika membawa anak, dia bagaimanapun terkilan kerana cermin itu diletakkan di kawasan awam malah membahayakan pengunjung.
Bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan atas faktor keselamatan, dia membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Pengerang dan pihak berkuasa telah menutup kawasan tersebut sehari selepas kejadian.
“Saya berpandangan cermin kaca tidak sesuai atau munasabah diletakkan di taman awam atas faktor keselamatan. Tujuan aduan ini dibuat adalah demi meningkatkan kesedaran dan bukan untuk menyaman mana-mana pihak,” katanya.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/

Jom daftar anak-anak ke Kem Solat Bintang Kecil!
Peluang istimewa untuk anak-anak belajar solat dengan cara menyeronokkan!
Terbuka untuk anak-anak berusia 5-12 tahun 👏🏼👏🏼
Daftar sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/137?title=kem-solat
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
 
The post Kanak-Kanak 7 Tahun Cedera Parah, Terlanggar Cermin Kaca Hiasan Di Taman Awam! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kanak-kanak-7-tahun-cedera-parah-terlanggar-cermin-kaca-hiasan-di-taman-awam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pempengaruh Dipenjara 5 Tahun Kerana Merosakkan Harta Awam

Pempengaruh Dipenjara 5 Tahun Kerana Merosakkan Harta Awam

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 81 hits
AgensiPempengaruh Epa Colombia dijatuhi hukuman penjara kerana merosakkan harta awam FOTO AgensiBogota Pempengaruh Colombia Daneidy Barrera Rojas atau dikenali Epa Colombia dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas merakamkan dirinya mero...
Wan Rosdy Perayaan Tahun Baharu Cina Cermin Keindahan Budaya Dikongsi Rakyat Berbilang Kaum Di Pahang

Wan Rosdy Perayaan Tahun Baharu Cina Cermin Keindahan Budaya Dikongsi Rakyat Berbilang Kaum Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 69 hits
KUANTAN Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar menandakan permulaan tahun baharu tetapi juga mencerminkan keindahan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat berbilang kaum di Pahang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Dalam 20 Tahun Yoo Jaesuk Sambar Anugerah Daesang Ke 20 Di 2024 Sbs Entertainment Awards

Dalam 20 Tahun Yoo Jaesuk Sambar Anugerah Daesang Ke 20 Di 2024 Sbs Entertainment Awards

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 111 hits
Kelmarin telah berlangsung Anugerah SBS Entertainment 2024 Artikel Berkaitan Seperti dijangka hadiah Utama diberikan kepada Yoo Jae suk Dalam ucapan pengharagaan pengacara itu mengungkapkan rasa terima kasih yang mendalam kepada isteri terc...
Saya Jadi Terbaik Song Jihyo Kembali Menang Anugerah Untuk Running Man Selepas 10 Tahun

Saya Jadi Terbaik Song Jihyo Kembali Menang Anugerah Untuk Running Man Selepas 10 Tahun

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 92 hits
Song Ji hyo kembali memenangi anugerah untuk Running Man selepas 10 tahun pulang dengan tangan kosong Artikel Berkaitan Kelmarin acara 2024 SBS Entertainment Awards yang disiarkan secara langsung telah menyaksikan wanita itu menerima anuger...
Semangat Pakcu Hassan Berusia 100 Tahun Rai Tahun Baharu Cina Masih Utuh

Semangat Pakcu Hassan Berusia 100 Tahun Rai Tahun Baharu Cina Masih Utuh

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 103 hits
bharian com myOleh Januari 30 2025 5 15pmTan Ban Sing 101 atau lebih dikenali sebagai Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini bersama anak cucu dan cicit Foto BERNAMAMACHANG Meskipun usianya sudah melebihi seabad namun semangatnya...
Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 123 hits
Assalamualaikum wbt Untuk tahun ke 3 kalinya saya akan mengumumkan nama rakan yang bertuah untuk ditabalkan sebagai Pengomen Tegar Untuk Tahun 2024 Siapakah yang bertuah Tungguuu yea Sebab masih dalam proses undian hihihiCamne prosesnya Awa...
Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 140 hits
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Pau Chin di Semambu Kuantan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 30 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamp...
Kalimantan Barat Kebanjiran Fenomena Baru Di Awal Tahun Baru

Kalimantan Barat Kebanjiran Fenomena Baru Di Awal Tahun Baru

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 127 hits
BloggerBorneo com Banjir masih melanda beberapa wilayah di Artikel pertama kali tampil pada
Nenek 60 Tahun Menyamar Jadi 14 Individu

Nenek 60 Tahun Menyamar Jadi 14 Individu

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 82 hits
AgensiRambut palsu digunakan wanita bagi melakukan penyamaran untuk menduduki ujian FOTO AgensiLondon Seorang wanita berusia 61 tahun ditahan kerana didakwa menggunakan rambut palsu untuk menyamar sebagai sekurang kurangnya 14 individu lain...
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Breaking News Legal Problems Are Rising For Scout

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Liga Super Selangor Fc Raih Kemenangan 2 0 Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang Fc


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Ramai Tak Tahu Daun Ini Boleh Bantu Stabilkan Gula Kolesterol Balam Badan

Fail Resit

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Resepi Makmur Pandan

Jalan Jalan Ke Mersing Johor