Inspirasi Menu Tengah Hari Sempena Bulan Merdeka Dari Dapur Ke Jiwa Rakyat


Sempena bulan Merdeka yang ke 68 tahun! Moga negara kita ini sentiasa aman, makmur dan lebih maju. Oh… Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena bulan kemerdekaan ? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Jom cuba!
 
KOLEKSI MENU MAKAN TENGAH HARI YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA BULAN MERDEKA
 
1. NASI DAGING

 
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – rebus empuk 1kg beras basmathi – cuci & tos 1.5kg air 1/2 tin susu cair 2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika 2 sudu makan minyak masak 1 sudu makan minyak sapi 1 kiub pati daging 1 helai daun pandan 2 biji tomato – belah empat Garam secukup rasa BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3cm halia BAHAN AIR ASAM:
10 biji cili merah 10 biji cili padi 30gm belacan Sedikit ikan bilis Sedikit gula Garam jika perlu 2 biji tomato 2 biji bawang besar 2 sudu makan kerisik 1 cawan air rebusan daging 1 sudu makan pes asam jawa 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
 
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan 1 cekak daun selom – celur seketika 700ml santan 1 keping asam gelugur 3 batang serai – titik 1 helai daun kunyit – hiris Garam secukup rasa BAHAN KISAR:
20 biji cili padi 4cm kunyit hidup CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan. 
 
3. SATE DAGING GORENG

BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis 200gm kacang tanah – sangai & kisar 1/2 cawan gula Garam secukup rasa Minyak masak secukupnya BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 4 batang serai 2cm lengkuas 1 sudu makan serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
 
4. KARI IKAN BAWAL MAS

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga 200ml santan ½ cawan air asam 3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai 1 sudu makan serbuk cili 3 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu teh serbuk kunyit 1 ½ sudu makan rempah penumis 2 cawan air Garam dan gula secukup rasa BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar 8 biji bawang merah 6 ulas bawang putih 3cm halia BAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat 3 biji bendi – potong dua 1 biji cili merah – belah dua 1 biji cili hijau – belah dua 1 biji tomato – belah empat CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera.
 
5. SOTONG BAKAR SERAI

BAHAN-BAHAN:
1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan 100ml santan kotak Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah 3 tangkai cili kering 2 batang serai 2 ulas bawang putih BAHAN SUMBAT:
2 keping tauhu 1 biji telur 3 sudu makan daging kisar 1 biji bawang besar – dadu halus 3 biji bawang merah – cincang halus 2 ulas bawang putih – cincang halus 3 biji cili merah – cincang halus 1 sudu makan sos tiram 1 sudu teh serbuk lada sulah Garam secukup rasa 1 sudu makan minyak masak CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahan sumbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
 
Mudah dan sedap kan? Bolehlah cuba masak menu-menu di atas hari ini. Selamat Hari Merdeka!
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Mudah Masak Sotong Stim Limau Thai Yang Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/08/inspirasi-menu-tengah-hari-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 114 hits
Sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini K Fry Urban Korean tampil dengan menu edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia digabungkan dengan sentuhan unik ala Korea Koleksi istimewa ini dinamakan Cool lah M...
Makan Makan Di Anjung Senibong Seafood Sempena Hari Jadi Indah

Makan Makan Di Anjung Senibong Seafood Sempena Hari Jadi Indah

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 86 hits
Assalamualaikum WBT 22 Ogos 2025 merupakan hari lahir Indah yang ke 18 SANAH HELWAHIndah Nur ZahirahBARAKALLAH FII UMRIKSemoga Allah melimpahkan rahmat Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu Hidup bahagia dan selamat selamanya...
Spritzer Sparkling Adds A Fizzy Twist To Merdeka And Hari Malaysia 2025 With Kasi Sparkling Baru Kick

Spritzer Sparkling Adds A Fizzy Twist To Merdeka And Hari Malaysia 2025 With Kasi Sparkling Baru Kick

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 136 hits
A bubbly boost to Malaysians favourite drinks uniting the nation through flavour and funThis Merdeka and Hari Malaysia Spritzer Sparkling is adding an extra pop to the nation s celebrations with Kasi Sparkling Baru Kick This high energy cam...
Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai

Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 151 hits
Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Merdeka 2025 Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi pantun Merdeka bernada rasmi dan santai sesuai...
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 185 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Nasib Pendang Mahu Bertumbuk Di Luar Dewan Rakyat Bakal Ditentukan Hari Ini

Nasib Pendang Mahu Bertumbuk Di Luar Dewan Rakyat Bakal Ditentukan Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 156 hits
K PRAGALATHAugust 18 2025Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bakal memutuskan kesahihan dakwaan bahawa Datuk Awang Hashim telah mencabar Ahli Parlimen penyokong kerajaan bertumbuk di luar parlimen Beliau telah pun mengarahkan un...
Solidariti Rakyat Laungan Justice For Zara Bergema Di Tengah Kuala Lumpur

Solidariti Rakyat Laungan Justice For Zara Bergema Di Tengah Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR 16 Ogos Suasana sebak menyelubungi hadapan pusat beli belah Sogo malam ini apabila lagu Justice For Zara Qairina bergema disusuli laungan solidariti Justice For Zara oleh warga kota Tuntut Keadilan Himpunan yang dimulakan denga...
Pbb Dapur Komuniti Gaza Hanya Hasilkan Satu Pertiga Hidangan Berbanding 4 Bulan Lalu

Pbb Dapur Komuniti Gaza Hanya Hasilkan Satu Pertiga Hidangan Berbanding 4 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 86 hits
Keadaan kini melangkaui tahap malapetaka dengan lebih banyak kematian direkodkan setiap hari akibat serangan Israel dan kebuluran melampau Foto fail REUTERS ISTANBUL Dapur komuniti di Gaza kini hanya mampu menghasilkan kira kira satu pertig...
Peralatan Dapur Built In Baharu Panasonic Cooking Bawa Rekaan Harmoni Masakan Penuh Inspirasi Bagi Kediaman Malaysia

Peralatan Dapur Built In Baharu Panasonic Cooking Bawa Rekaan Harmoni Masakan Penuh Inspirasi Bagi Kediaman Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 113 hits
Peralatan Dapur Built In Baharu Panasonic Cooking Bawa Rekaan Harmoni Masakan Penuh Inspirasi bagi Kediaman Malaysia Kuala Lumpur 15 Ogos 2025 Panasonic Malaysia memperkenalkan rangkaian produk Dapur Terbina Dalam terbaharu dengan tema utam...
Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Buasir Otak Tv Apa Yang Lebih Berharga Dari Berlian

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metmalaysia Kongsi Ramalan Cuaca Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Lelaki Jepun Berusia 102 Tahun Catat Rekod Pendaki Gunung Fuji Tertua

Lahad Datu Police Safely Detonate World War Ii Era Bomb

Mps Can Still Be Probed Under Osa For Citing Secrets In Parliament

Fiesta San Pedro To Be Recognised As National Cultural Heritage

Lirik Lagu Misha Omar Break