Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9


KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – HONOR Malaysia hari ini memperkenalkan empat peranti baharu iaitu HONOR Pad 9 5G, HONOR X7b 5G, HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9. Kesemua peranti ini boleh didapati di kedai HONOR seluruh negara, platform dalam talian, pengedar sah dan laman web rasmi HONOR bermula 25 April.
HONOR Pad 9 5G

HONOR Pad 9 versi 5G didapati dalam warna Space Gray pada harga RM1,799. Bagi setiap pembelian, pengguna mendapat hadiah percuma bernilai RM698 terdiri daripada papan kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan pensil pintar HONOR CHOICE Pencil.
Pelanggan juga boleh memiliki HONOR Pad 9 5G pada harga RM47 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid 79 atau RM1 sebulan menerusi CelcomDigi Postpaid 5G 260. Untuk kedua-dua pelan telco ini, tablet tersebut hanya termasuk HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard.
Tablet ini dicipta untuk keseimbangan kerja dan berhibur. Ia mempunyai Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci, kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan 88%. HONOR amat menitikberatkan kesihatan mata pengguna dan melengkapi peranti ini dengan Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Paparan HONOR Pad 9 turut diperakui oleh TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan bagi keselesaan mata pengguna.
Selain itu, HONOR Pad 9 dilengkapi lapan pembesar suara untuk menghasilkan audio 360 darjah dengan jelas menerusi penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement. Mengenai storan pula, HONOR Pad 9 didatangi dengan storan 256GB untuk menyimpan pelbagai koleksi multimedia. Dikuasakan oleh cipset Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 untuk prestasi cekap, tablet ini turut menawarkan kapasiti bateri besar 8300mAh bagi penggunaan sepanjang hari.
Bagi meningkatkan produktiviti, papan kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard memberikan pengalaman seperti komputer riba dengan reka bentuk lima baris kekunci dan lejang kekunci 1.6mm untuk penaipan selesa dan cekap. Manakala HONOR CHOICE Pencil memberikan kelancaran dan ketepatan. Pensil pintar mempunyai 4096 tahap sensitiviti tekanan dan teknologi anti gagal fungsi bagi mengelak gangguan ketika menulis.
HONOR X7b 5G

HONOR X7b 5G baharu menawarkan pengalaman tanpa gangguan dengan ciri lengkap pada harga mampu milik. Peranti 5G ini mempunyai storan terbesar dalam kelasnya dengan RAM 16GB dan storan 256GB. Ia tersedia dalam dua pilihan warna Flowing Silver dan Emerald Green pada harga RM899.
Dengan penggunaan 5G pada HONOR X7b, pengguna boleh menikmati kelajuan internet sepantas kilat, kependaman lebih rendah dan keterhubungan yang dipertingkatkan untuk produktiviti lebih baik. Storan besar 256GB mampu menyimpan sehingga 56,000 gambar, 22,000 lagu atau 900 video HD. HONOR X7b 5G juga mempunyai HONOR RAM Turbo untuk meningkatkan prestasi RAM 8GB kepada 16GB bagi kelancaran pelbagai tugas.
Dari segi kuasa, bateri besar berkapasiti 6,000mAh membolehkan sehingga 3 hari penggunaan dengan hanya sekali cas. Kamera Utama 108MP dan sensor 1/1.67 inci menghasilkan tangkapan gambar menakjubkan walaupun dalam cahaya malap. Ia turut mempunyai Mod Potret dengan zum 2X dan ciri rakaman multi video. Selain itu, pembesar suara dwi stereo menghasilkan volum tinggi 200% sebagai ciri audio termaju, pengguna pasti berpuas hati apabila menonton video.
HONOR MagicBook X 16

HONOR MagicBook X 16 yang didatangi dengan 8GB RAM dan 512GB tersedia dalam warna Space Gray pada harga RM2,999. Komputer riba ini termasuk hadiah percuma bernilai RM468 yang terdiri daripada beg galas HONOR, satu tahun percuma langganan Microsoft 365 dan jaminan tiga tahun.
Komputer riba ini mempunyai Paparan FullView HONOR 16 inci dengan nisbah aspek 16:10 untuk memaparkan pelbagai kandungan seperti dokumen, filem dan multimedia dengan sempurna. Nisbah skrin ke badan 89% yang mengagumkan dan bezel sisi nipis berukuran hanya 4.5mm memaparkan imej jelas dan tajam pada resolusi tinggi 1920 x 1200.
Pemproses Intel® Core i5-12450H Generasi Ke 12 mengetengahkan empat teras prestasi yang meningkatkan peranti tersebut kepada 4.4GHz, sekaligus memudahkan dan melancarkan tugas yang mencabar. HONOR MagicBook X 16 didatangkan dengan papan kekunci besar bersaiz penuh dan papan kekunci angka bebas untuk pengalaman input cekap.
Dengan ciri pintar HONOR Connect, pengguna boleh menyambungkan telefon pintar HONOR ke HONOR MagicBook X 16 untuk mengakses dan mengurus notifikasi dengan mudah, menjawab panggilan dan membalas mesej pada skrin yang lebih besar.
HONOR Band 9

Membawakan reka bentuk moden untuk ciri pemantauan kecergasan dan kesihatan termaju, HONOR Band 9 ditawarkan pada harga RM199. Jam tangan pintar ini hadir dalam tiga warna pilihan ungu Purple, hitam Black dan biru Blue.
Menampilkan paparan AMOLED 1.57 inci dengan kadar segar semula sehingga 60Hz, pengguna boleh melihat notifikasi seperti cuaca, mesej dan sebagainya dengan jelas. Muka jam yang bergaya boleh disuaipadan mengikut cita rasa pengguna.
Ciri Fitness Age menyediakan 96 pilihan latihan kecergasan, penilaian tubuh dan pengambilan oksigen bagi pengguna menjaga kesihatan. Selain itu, bateri HONOR Band 9 mampu bertahan sehingga 14 hari dengan sekali cas. Ia disokong oleh pengecasan magnet untuk kuasa pantas apabila diperlukan.
Sebagai tambahan, tablet HONOR Pad X9 akan tersedia dalam peningkatan storan baharu 13GB RAM dengan HONOR turbo RAM 5GB dan storan 256GB mulai 25 April, pada harga RM1,199. Buat masa ini, tablet tersebut didapati dengan RAM 7GB dan storan 128GB pada harga RM999 di stor dalam talian HONOR.
Untuk maklumat lanjut, sila layari stor dalam talian HONOR di www.honor.com/my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/honor-lancar-empat-peranti-baharu-honor-pad-9-5g-honor-x7b-5g-honor-magicbook-x-16-honor-band-9/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 101 hits
KUALA LUMPUR 17 April 2024 HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini Barisan peranti tersebut adalah tablet HONOR Pad 9 5G komputer riba HONOR MagicBook X 16 dan telefon pintar HONOR...
Honor Mengeluarkan X7b 5g Dan Pad 9 5g Bermula Dari Rm899

Honor Mengeluarkan X7b 5g Dan Pad 9 5g Bermula Dari Rm899

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 71 hits
HONOR secara rasminya telah melancarkan varian 5G bagi dua produk sedia ada iaitu X7b dan Pad 9 Telefon bimbit dan tablet ini akan boleh dibeli mulai 25 April datang dengan spesifikasi yang hampir sama dengan model tanpa 5G dengan pengecual...
Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 130 hits
KUALA LUMPUR 25 April 2024 HONOR X7b 5G yang dinanti nantikan kini boleh dibeli di kedai seluruh negara Hadir dengan RAM 16GB dan storan 256GB telefon pintar 5G ini mempunyai storan terbesar dalam kelasnya HONOR X7b 5G didapati dalam dua wa...
Selepas Mic Mca Pula Tak Kempen Prk Kuala Kubu Baharu

Selepas Mic Mca Pula Tak Kempen Prk Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 62 hits
MCA mengikut jejak MIC untuk tidak berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika BN tidak bertanding PETALING JAYA MCA tidak akan berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika calon kerajaan perpaduan bukan daripada Barisan Nasional Jawatankuasa Pe...
Gerakan Bersatu Competing To Field Malay Candidate In Kuala Kubu Baharu

Gerakan Bersatu Competing To Field Malay Candidate In Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 89 hits
Gerakan s Muniraa Abu Bakar and Bersatu s Khairul Azhari Saut are said to be among PN s potential candidates for the Kuala Kubu Baharu by election PETALING JAYA Bersatu and Gerakan are seen to be competing to represent Perikatan Nasional in...
Urimai To Urge Indian Voters To Snub Ph Candidate In Kuala Kubu Baharu Polls

Urimai To Urge Indian Voters To Snub Ph Candidate In Kuala Kubu Baharu Polls

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 89 hits
Urimai leader P Ramasamy says his party s primary task is to to teach a painful lesson to the PH led Madani government PETALING JAYA Urimai says it will advise voters against supporting the DAP candidate fielded by Pakatan Harapan in next m...
Zambry Sim To Coordinate Kuala Kubu Baharu Polls Campaign

Zambry Sim To Coordinate Kuala Kubu Baharu Polls Campaign

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 94 hits
BN secretary general Zambry Abdul Kadir and DAP organising secretary Steven Sim will oversee the campaign for the Kuala Kubu Baharu by election PETALING JAYA Barisan Nasional secretary general Zambry Abdul Kadir and DAP organising secretary...
Baby Shima Zunar Bersatu Dedah Kisah Penunggang Agama Dalam Lagu Baharu

Baby Shima Zunar Bersatu Dedah Kisah Penunggang Agama Dalam Lagu Baharu

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 140 hits
Penyanyi dangdut tanah air Baby Shima dan kartunis politik Zunar bekerjasama untuk lagu baharu yang menangani isu hangat mengenai penunggang agama di Malaysia Gambar kombo 20 April 2024Baby Shima Zunar bersatu dedah kisah penunggang agama d...
Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 127 hits
Housing and local government minister Nga Kor Ming yesterday announced RM5 2 million for Hulu Selangor residents but denied that the allocation was linked to the upcoming Kuala Kubu Baharu polls PETALING JAYA Bersih today hit out at housing...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67