Dapur Bujang Resipi Laksa Lemak Tersedap Di Dunia



Assalamualaikum and Hello guys! 
Actually sekolah aku ada buat potluck sikit harini sempena jamuan akhir tahun bagi meraikan guru-guru dan murid-murid. Aku pun kemain ligat la duk berfikir nak bawa apa untuk potluck harini. Disebabkan aku actually memang dah berniat nak bawa laksa ni since last few weeks (tapi tak berhasil kerana kekangan masa). So, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bawa laksa kuah lemak ni sebagai juadah potluck. 
Kebiasaannya, aku akan bawa makanan yang mak aku masak la, tapi kali ini aku macam terlebih rajin tetiba, I decided to cook my own laksa! Aku tak tahu mana datang semangat rajin aku untuk cuba sendiri masak laksa ni. To be honest, aku tahu la bahan-bahan semua untuk buat laksa ni tapi aku tak pernah tahu step-step macam mana nak buat. Sebelum buat tu, aku pun tanya mak aku langkah-langkah dia and after that terhasil lah laksa lemak yang sedap gila tersedap di dunia okay! *hahaha sumpah perasan*
Disebabkan aku menerima beberapa pertanyaan daripada peminat-peminat setia aku (okay Syed, please) tentang resipi laksa lemak ni, aku pun mengambil keputusan untuk berkongsi ramuan-ramuan serta segala benda yang aku letak untuk menghasilkan laksa yang paling sedap di dunia bahkan di alam semesta. 
Pada pandangan aku nak masak laksa ni senang ja, bahan dia semua simple cuma dia agak renyah (faham ke?) sebab banyak benda yang kau kena buat. Aku akan tulis bahan-bahan yang diperlukan berdasarkan saiz hidangan aku untuk potluck tu ya! Kalau korang nak buat sikit ja, korang boleh la kurangkan mana yang patut
BAHAN-BAHAN 1. LAKSA (4 BUNGKUS)
Nak buat laksa, kenalah ada laksa! haha. Kalau takda laksa dia tak jadi laksa la. Tapi yang penting make sure sebelum mula apa-apa rendam la dulu laksa tu dalam air untuk menjimatkan masa
2. SANTAN (1 KILO SETENGAH)
(Sumber: Google)
Nak buat laksa lemak ni make sure santan yang korang beli tu ialah santan segar. Santan kotak tu rasa dia tak sama dengan santan yang segar. Kalau boleh beli santan tu banyaklah sikit kalau untuk makan sendiri. Jangan kedekut santan gais nanti rasa dia tak cukup creamy
3. IKAN SELAYANG (1 KILO SETENGAH)

Okay, Ikan Selayang ni kalau kau nak kenal bentuk dia senang ja. Ikan ni bentuk dia macam kurus and tajam sikit haha (betul ke description aku ni?) Kalau korang tak tahu pun ala tengok jelah label dekat pasaraya tu. Mak aku ajar, kalau nak pilih ikan yang segar kena tengok mata dia. Kalau kau tengok mata dia and turun ke hati kau, maksudnya tu ikan yang segar lah. Kalau tengok mata ja dah rasa menyampah, itu kena elakkan! Sebenarnya korang boleh juga guna ikan lain selain Ikan Selayang ni tapi aku tak tahu nama ikan tu
4. REMPAH-REMPAH


- bawang Holland (4 ulas)- lada hitam (dalam segenggam kecil)- serai 3 batang- halia (1-2 inci)- lengkuas (1-2 inci)- bawang putih (5-7 ulas)- asam keping (3 keping)
Bahan-bahan yang aku nyatakan di atas ni actually ikut korang punya "instinct" sebenarnya. Tapi make sure jangan terlebih. Kalau kau terlebih lada hitam tak sedap juga. Terlebih bawang pun tak sedap. Tak boleh ke guna bawang selain bawang holland? Jawapannya boleh. Tapi kalau korang guna bawang besar yang merah tu, dia punya kuah warna gelap sikit nanti. Tak cantik. Presentation tu penting okay! hehe5. LADA (Sumber : Google)
Aku tak tahu nak explain macam mana. For your information kan, rasa lada hijau and lada merah tak sama tau. Untuk resipi aku kali ini, aku campurkan kedua-dua jenis lada. Nak guna lada kampung yang kecil tu pun boleh takda masalah. Cuma jangan lada besar la sebab tak pedas langsung nanti haha
LANGKAH-LANGKAH BUAT KUAH LAKSA

1) Masukkan ikan selayang ke dalam periuk dan rebuskan
2) Asingkan isi ikan selayang dengan tulangnya
3) Setelah selesai, masukkan bawang holland, bawang putih, lada hitam, halia dan kisarkan sehingga lumat (selumat hatiku huhu)
4) Seterusnya, kisarkan isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang ikan sebentar tadi dengan menggunakan air rebusan ikan (boleh juga tambah air biasa jika tidak mencukupi). Kisar sehingga lumat dan halus 
5) Kemudian kisar pula tulang ikan dan tambah sedikit air. Pastikan tulang ikan yang dikisar betul-betul lumat dan hancur. 
6) Masukkan isi ikan dan juga tulang ikan yang telah dikisar secara halus ke dalam periuk. (pastikan korang tak guna tapis sebab nanti korang akan tertapis sekali isi ikan tu. lepas blend tu, biar dulu dalam 1 minit macamtu supaya tulang ikan akan jatuh ke bahagian bawah pengisar. lepastu boleh tuangkan slow-slow ke dalam periuk)
7) Ketukkan 3 batang serai tadi ke dalam periuk yang sama seperti gambar di atas
8) Masukkan 1 kilo santan ke dalam periuk 
9) Letakkan penambah perisa seperti garam dan gula ke dalam periuk (kalau nak guna ajinamoto pun boleh tapi bergantung kepada tekak masing-masing)
10) Oh sebelum terlupa! letakkan 3 keping asam keping (untuk bagi rasa masam-masam macamtu)
11) Letakkan ke atas dapur dan kacau sehingga mendidih
12) Bila dah mendidih sikit tu rasa la okay ke tidak. Kalau rasa macam tak okay, baiki la apa yang patut. Lepastu  aku tambah lagi setengah kilo santan ke dalam kuah laksa tadi untuk lebih lemak
13) Kacau, kacau dan teruskan mengacau. Bila kau masak laksa lemak ni kena kacau sentiasa. Kalau tak kacau nanti kuah tu jadi berketul2 sebab santan tu naik atas (faham tak?)
14) Dah siap kuah laksa yang tersedap di dunia! MEREBUS LAKSA Okay lepas dah masak kuah laksa tu, aku terus ambik laksa yang aku dah rendam awal-awal tadi dan rebuskan selama beberapa minit. Korang jangan terpedaya dengan laksa tau. Kadang-kadang korang tengok macam dah lembut tapi bila dia dah sejuk, keras ja lagi. So, untuk mengelakkan kekerasan kepada laksa tu berlaku, korang bolehlah rebus dalam jangka masa 15 - 20 minit dengan api yang besar
MEMOTONG ULAM
Memotong ulam dan kisar lada ni perkara terakhir la yang aku akan buat. Ulam yang digunakan dalam laksa lemak ni senang ja. Korang cuma beli timun, kacang panjang dan juga daun kesum. Hiris ja semua halus-halus atau ikut korang punya kreativiti. Nak potong jadi bentuk helikopter pun boleh kalau nak hahaha. Kalau yang lada tu pula korang kisarkan sekali dengan garam lepastu memang rasa dia meletup habis makan dengan kuah laksa tu! PERCAYALAH
KESIMPULAN
Kesimpulannya, buat laksa ni memang bahan dia mudah ja cuma pada aku dia jadi renyah sikit sebab kau kena buat banyak benda dalam satu masa. Kena rendam laksa, rebus ikan, potong ulam, kupas bawang, asingkan isi ikan, kisar isi dan tulang ikan, kisar pula lada. BANYAK WEH. Itu yang sedikit sebanyak buat aku annoyed haha. TAPI SUMPAH BILA DAPAT SUAP DALAM MULUT HASIL MASAKAN KAU SENDIRI, MEMANG PUAS. This is actually my first try. Aku jarang sangat memasak sendiri, tapi bila aku rajin tu memang tetiba lah nak masak haha. Mana yang nak try resipi ni, cuba lah. Memang mudah dan sedap! 
InshaAllah lepasni kalau rajin lagi Seorang Syed akan share tentang menu lain pulak ya! Stay tuned :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.seorangsyed.com/2019/11/resipi-laksa-lemak-tersedap-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 893 hits
Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena Kalau musim perayaan selain laksa asam Laksa Lemak antara pilihan menu yang sentiasa family zaza buat kalau dah buat memang nasi zaza tak sentuh seharian sebab balun makan laksa je tamb...
Mausembang Dulu Berniaga Tepi Jalan Kini Bisnes Berkelas Dunia Christy Ng

Mausembang Dulu Berniaga Tepi Jalan Kini Bisnes Berkelas Dunia Christy Ng

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 401 hits
Tiada sijil tak mengapa Pengalaman adalah keuntungan diri yang orang lain tidak boleh ambil Christy Ng Sanggup berniaga di jalanan untuk mencari sedikit duit poket bagi meneruskan kehidupan sehariannya Kini nama Christy Ng gah menjadi sebut...
Ziyad Gagal Pertahan Emas Kejohanan Para Dunia

Ziyad Gagal Pertahan Emas Kejohanan Para Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR 10 Nov Juara melontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli gagal mempertahankan pingat emasnya dalam kategori lontar peluru F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai Emiriah Arab Bersatu pada Sabtu Pemenang pin...
Masuk 10 Besar Ramen Terenak Di Dunia Begini Perjalanan Panjang Indomie Sebelum Jadi Idola

Masuk 10 Besar Ramen Terenak Di Dunia Begini Perjalanan Panjang Indomie Sebelum Jadi Idola

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 333 hits
Psst di balik kelezatan setiap rasa mi instan ini ada sosok jenius yang menciptakan dan meramunya lo Wah siapakah dia
Doa Meminta Aafiyah Di Dunia Dan Akhirat

Doa Meminta Aafiyah Di Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 519 hits
Doa ini bagus sekali diamalkan karena berisi permintaan mendapatkan aafiyah di dunia dan akhirat Apa itu aafiyah Silakan baca dan dalami dalam tulisan ini Posting ditampilkan lebih awal di
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau