Dapat Sedikit Ucap Syukur Dapat Banyak Ucap Syukur



Kadang-kadang, kita akan dapat teguran dari Allah SWT melalui cara yang tak disangka-sangka. Biasalah sikap manusia, cukup mudah terlupa dan terleka. 


Baru-baru ini, saya diingatkan semula tentang konsep syukur. 


Saya tampilkan potongan ayat dari Surah Ibrahim untuk kita renungkan bersama 
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Surah Ibrahim ayat ke tujuh)
Tak ada lah susah sangat, kan? 


Bila dapat rezeki, kita ucapkan syukur. Janji Allah, bila kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatnya kepada kita. 



Sebaliknya, jika kita tak bersyukur, maka tunggulah azab Allah akan ditimpakan kepada kita. 


Konsep bersyukur tu, tidaklah terhad hanya sekadar pada kata-kata semata. Malahan, kena tengok juga dari aspek perbuatan. 


Bila kita dapat rezeki yang banyak, kemudian kita membazir, atau membelanjakannya dalam jalan yang salah. Itupun satu bentuk keingkaran juga sebenarnya. 


Syukur itu tidaklah hanya terbatas atau tersekat hanya pada kata-kata. 

 
Kita dah buat macam-macam kerja, usaha dan ikhtiar untuk perbaiki kedudukan kewangan kita.


Semua yang dicadangkan, yang kononnya boleh jadi duit, kita dah cuba atau setidak-tidaknya ada niat untuk mencuba. 


Ini termasuklah online dan offline. 


Pandu grab? 
Buat bisnes online?
Jual barang dekat Mudah.MY? 
Buat servis? 


Semua dah pernah buat. 


Tapi bagaimana dengan hasilnya? Puas hati ke tak? Adakah ianya mengecewakan? 


Sepanjang beberapa tahun saya terlibat dalam bidang pemasaran dan bisnes online ini, ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan. 


Percayalah, dalam bidang ini semua orang boleh buat duit. Sudah tentu, untuk berjaya dalam bidang ini, kena ada ilmu. 


Benda ini memang common sense la... Buat apa pun kena ada ilmu. Jadi, saya skip sahaja bab kepentingan ilmu ini. 


Masalah dengan orang yang ada ilmu, tak kira banyak atau sikit, mereka cepat mengalah dan berhenti berusaha sebelum dapat hasilnya. 


Sebenarnya, kalau diikutkan, selagi anda terus usaha, In Shaa Allah, anda pasti akan dapat hasilnya. 


Jangan berhenti berusaha. Itu formulanya. 


Sekarang ini, anda pilih, kalau nak buat bisnes online, anda nak buat dengan cara apa? 


Saya sendiri, pilih untuk gunakan cara pemasaran menggunakan artikel. Kerja harian yang saya perlu lakukan adalah menulis artikel dan menyiarkan artikel tersebut di laman blog yang saya miliki. 


Macam yang saya buat sekarang ni lah. 


Tulis punya tulis, dapat komisen. Alhamdulillah. Bawah ini adalah bukti komisen yang telah saya hasilkan sebelum ini. 

  Selagi mana saya buat kerja, In Shaa Allah selagi itu saya akan dapat komisen. Tapi, bila saya berhenti buat kerja, berhenti buat pemasaran, secara automatik komisen akan mula slow dan berhenti.  

Kadang-kadang, dengan cara promosi yang saya lakukan ini, saya masih akan dapat komisen walaupun dah tak buat pemasaran. Itu salah satu kelebihan teknik pemasaran artikel dan juga teknik Search Engine Optimization (SEO). 

Bila semak komisen, hasil daripada kerja-kerja penulisan sebelum ini, tengok-tengok ada 
RM44.50!

Ucapkan syukur, Alhamdulillah!

Tak kiralah sama ada jumlah yang muncul tu, banyak atau sikit, ucapkan Alhamdulillah. 

Benda inilah yang saya kena tegur secara tak sengaja, masa pergi beraya hari tu. 

Memang betul, ada masanya bila kita dah penat-penat buat kerja, bila tengok hasil.. Alahai... tak seberapa. 

Awas. 

Jangan sampai jadi hamba Allah yang tak reti bersyukur. 

Dapat sikit ucap Alhamdulillah.  Dapat banyak pun ucap Alhamdulillah. 

Kalau tak dapat langsung pun, ucap Alhamdulillah. Bersangka baik dengan Allah, dan anggap ini adalah motivasi untuk kita jangan malas, jadi lebih kreatif, usaha dengan lebih baik, untuk dapatkan hasil yang lebih baik.   

Ataupun jika perlu, carilah bantuan. 

Cari guru, cari panduan. Kita ni, belum tentu pandai serba serbi. Sesekali, kena upgrade ilmu juga. 

Risau juga, kita ni bukan tak ada ilmu. Tapi ilmu yang kita ada tu, dah ketinggalan zaman. Jadi tak berapa sesuai untuk dipraktikkan lagi.    


 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mohdsabree.blogspot.com/2018/06/dapat-sedikit-ucap-syukur-dapat-banyak-syukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Limau Yang Punya Banyak Khasiat

Limau Yang Punya Banyak Khasiat

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 69 hits
Almadina IlhamJeruk nipis kaya akan vitamin C dan air Satu buah jeruk nipis dapat memenuhi lebih dari 20 asupan vitamin C harian yang dibutuhkan tubuh Tak hanya itu jeruk nipis juga mengandung nutrisi lain dalam jumlah kecil yaitu Karbohidr...
Ditikam Banyak Kali Pemberi Maklumat Kes Kim Saeron Diserang Secara Kejam

Ditikam Banyak Kali Pemberi Maklumat Kes Kim Saeron Diserang Secara Kejam

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 75 hits
Kelmarin peguam keluarga mendiang Kim Sae ron Bu Ji seok mengadakan sidang media di Seoul dan mendedahkan rakaman audio yang dikongsikan oleh Institut Garo Sero di mana Kim Sae ron berbual dengan seorang kenalan mengenai hubungannya dengan ...
8 Cara Hasilkan Banyak Artikel Blog Yang Terbukti Berkesan

8 Cara Hasilkan Banyak Artikel Blog Yang Terbukti Berkesan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 128 hits
Korang tahu tak rahsia konsisten update blog dengan banyak artikel walaupun sibuk dan kekurangan idea Ada beberapa teknik mudah yang aku sendiri dah praktikkan sejak aku mula menulis blog dari tahun 2019 Jadi hari ini aku ingin kongsikan ti...
Veteran Umno Seru Bersatu Bubar Dakwa Pas Banyak Kali Hantar Wakil Jumpa Pm

Veteran Umno Seru Bersatu Bubar Dakwa Pas Banyak Kali Hantar Wakil Jumpa Pm

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 89 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Veteran Umno menyeru Bersatu dibubar dan kembali menyertai parti itu selepas mendakwa PAS sudah berkali kali menghantar wakil wakil mereka berjumpa perdana menteri untuk diterima masuk dalam kerajaan perpaduan Set...
Kita Ada Banyak Bukti Lelaki Ini Dakwa Vaksin Sebabkan Hiv Nak Saman Kkm Rm5 Juta

Kita Ada Banyak Bukti Lelaki Ini Dakwa Vaksin Sebabkan Hiv Nak Saman Kkm Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 81 hits
Seorang lelaki mencetuskan kontroversi di media sosial selepas membuat dakwaan mengejutkan bahawa individu yang menerima suntikan vaksin berisiko dijangkiti penyakit seperti HIV Lelaki yang menggunakan nama Mohamad Zolkefli di Facebook meny...
Banyak Kena Paham

Banyak Kena Paham

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 170 hits
Syaher Aku pun tak fahamRamanan ni terlalu cepat mendakiDari Bendahari MIC akan ke Naib PresidenApakah Keadilan sudah hilang wibawa untuk cungkil pemimpin Reformis tulen dari kaum India Apakah kami ini terlalu bodoh untuk makan hidup hidup ...
Rahsia Karipap Ikan Rangup Inti Banyak Makan Panas Panas Laju Habis

Rahsia Karipap Ikan Rangup Inti Banyak Makan Panas Panas Laju Habis

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 76 hits
Karipap Ikan ni memang sesuai buat minum petang Goreng garing garing memang best Adunan ini dapatlah dalam 40 biji Sebahagian boleh buat frozen dan simpan dalam peti ais Bila nak makan atau tetamu datang ke rumah boleh hidangkan panas panas...
Kalau Banyak Sangat Akai Kita Buang Cara Elok

Kalau Banyak Sangat Akai Kita Buang Cara Elok

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 76 hits
Che IbrahimJika agihan kerusi antara PH dan BN di PRN Sabah Melaka dan Johor dapat diselesaikan secara muafakat perpaduan insyaAllah laluan PN sebagai pembangkang terkuat semakin terdesak untuk hadapi PRU 16 nanti PH BN kena pastikan watak ...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci

Tolong Menonolong Dan Rasa Hormat Dan Menghormati Dalam Pekerjaan

Genereasi Z Adakah Anak Anak Kita Fahami Isunya

Adakah Akaun Emas Gap Patuh Syariah

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com

Resepi Ikan Bakar Terpaling Sedap Simple Lazat