Dajjal Tidak Akan Muncul Sehinggalah Manusia Melupakannya


Nabi saw bersabda bahawa pada saat kebanyakan manusia melupakan Dajjal dan para Imam tidak lagi mengingatkan umat akan bahaya Fitnah Dajjal, maka ketika itulah Dajjal bakal keluar.

"Dajjal tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatkannya di atas mimbar-mimbar." (HR Ahmad)

Gambar hiasan.

Realiti dunia kita dewasa ini sudah memaparkan kedua-dua fenomena tersebut. Maknanya, sudah sampai masanya kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan kemunculan Dajjal yang bila-bila masa sahaja akan keluar!

Dalam sebuah hadits riwayat Imam Ahmad, Nabi Muhammad saw menjelaskan ciri khas Dajjal kepada umatnya yang belum pernah dijelaskan oleh para Nabi sebelumnya kepada umatnya masing-masing.

Beliau menegaskan bahawa Dajjal itu bermata dua namun salah satunya cacat atau buta sehingga yang berfungsi hanyalah satu mata sahaja.

"Dan sesungguhnya Dajjal itu bermata satu; sebelah matanya tidak nampak. Di antara kedua matanya tertulis "kafir" yangg boleh dibaca oleh setiap mukmin yang tahu membaca ataupun tidak." (HR Ahmad)

Hadits di atas mengingatkan kita akan suatu simbol yang tertera pada sekeping wang kertas satu dolar Amerika Syarikat (one dollar note). Di dalamnya kita lihat sebuah gambar yang disebut sebagai "The Great Seal" (Tanda Yang Agung).


Gambar ini penuh dengan makna dan isyarat. Perkataan berbahasa Latin "Novus Ordo Seclorum" bererti the New World Order (Sistem Dunia Baru) sedangkan di atas tulisan tersebut ada gambar piramid yang tidak sempurna kerana bahagian puncaknya terpotong.

Di atas piramid itu ada sebuah segitiga yang sesuai untuk diletakkan menjadi puncak piramid. Di dalam segitiga tersebut terdapat gambar mata tunggal. Manakala di atas segitiga bermata tunggal itu ada tulisan Latin "Annuit Coeptis" yang bererti "the Eye of Providence has approved of (our) undertakings." (Makhluk Bermata Tunggal telah merestui usaha-usaha kita).

Jika kita tafsirkan gambar di atas, maka ia boleh memberi makna bahawa dunia sedang diarahkan menjadi sebuah sistem yang berstruktur umpama piramid yang belum memiliki puncak atau struktur dunia yang belum mempunyai pemimpin tertinggi.

Namun pemimpin tersebut sedang dinanti-nantikan kehadirannya dan struktur dunia yang dirancang menjadi "The New World Order" tersebut menantikan kedatangan pemimpinnya yang bersimbolkan Makhluk Bermata Satu (Dajjal?).

Keseluruhan usaha-usaha untuk mewujudkan dan menguatkan "The New World Order" merupakan rangkaian usaha untuk meraih keredhaan dan restu dari Makhluk Bermata Satu atau Dajjal.

Dengan kata lain, Ketetapan Sistem Dunia Baru ini adalah sebuah projek yang besar untuk menyambut kedatangan puncak fitnah iaitu Dajjal!

Setiap dimensi kehidupan moden ini adalah dalam rangka mewujudkan "The New World Order" (Sistem Dunia Baru).

Sebuah sistem yang tidak berlandaskan nilai-nilai keimanan malah dipengaruhi secara terus oleh nilai-nilai kekufuran, nilai-nilai Dajjal.


Ahmad Thompson, seorang penulis Muslim rakyat Britain jelas menyatakan bahawa dunia moden semenjak hampir satu abad yang lalu (sejak runtuhnya Khilafah Islamiyah Uthmaniyah yang terakhir) membentuk dirinya menjadi sebuah Sistem Dajjal.

Suatu sistem yang penuh dengan nila-nilai Dajjal di mana jika makhluk Dajjal itu muncul sekarang, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin Sistem Dajjal yang telah tersedia.

Inilah yang dikhuatiri oleh Rasulullah saw. Bilamana rangkaian fitnah telah bermunculan menjelang datangnya Dajjal, maka manusia akan mengalami proses pemilihan.

Barangsiapa yang sanggup beristiqamah menghindarkan diri dan keluarganya dari rangkaian fitnah tersebut, maka ia bakal terbebas dari puncak fitnah, iaitu Dajjal.

Sebaliknya, barangsiapa yang mengikuti serta menyemarakkan rangkaian fitnah sebelum datangnya Dajjal, nescaya ia akan mudah menjadi sasaran tipu daya Dajjal.

Barangsiapa yang tidak mempunyai jiwa yang kritis dan hanya menerima dan mendokong "The New World Order", maka dia termasuk mereka yang pada hakikatnya turut menanti-nanti dan menyambut dengan sukacita kedatangan seorang pemimpin, iaitu Dajjal sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw di dalam haditsnya seperti berikut:

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian beliau bersabda: "Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal. (HR Ahmad)

"Ya Allah, kami memohon perlindungan kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari buruknya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal."

Amiin..

BACA INI JUGA: "Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal"

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/01/dajjal-tidak-akan-muncul-sehinggalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Dajjal Sebenar Belum Muncul Mereka Telah Mengambilalih Tugas Itu

Walau Dajjal Sebenar Belum Muncul Mereka Telah Mengambilalih Tugas Itu

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 61 hits
Che IbrahimWalaupun dajal sebenar belum muncul namun ciri cirinya dah mula nampak Mereka cipta fitnah kemudian mereka pakat sebar dan ulas seolah olah ianya sudah berlaku
Keupayaan Memahami Konsep Semalam Hari Ini Dan Esok Yang Permudah Dan Menyusahkan Hidup Manusia

Keupayaan Memahami Konsep Semalam Hari Ini Dan Esok Yang Permudah Dan Menyusahkan Hidup Manusia

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 89 hits
Kenapa anda sentiasa berada dalam keadaan risau Punca utama yang membuatkan manusia sentiasa berada dalam kerisauan adalah disebabkan oleh keupayaannya memahami konsep masa lalu masa sekarang dan masa hadapan nbsp Dari pengalaman yang telah...
Manusia Buat Silap Apa Salahnya Bagi Peluang Ada Sebab Amp Rahmat Buat Mereka Pereka Fesyen Ulas Isu Aliff Aziz Curang

Manusia Buat Silap Apa Salahnya Bagi Peluang Ada Sebab Amp Rahmat Buat Mereka Pereka Fesyen Ulas Isu Aliff Aziz Curang

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 65 hits
Sedia maklum kes curang pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sememangnya menjadi perhatian netizen serta rakan industri tanah air sejak dua bulan lalu Beri mereka peluang Sebagai pereka fesyen yang sering bekerjasama bersama Aliff Razman Razmi b...
Menag Yaqut Soal Hardiknas 2024 Merdeka Belajar Memanusiakan Manusia Dukung Untuk Dilanjutkan

Menag Yaqut Soal Hardiknas 2024 Merdeka Belajar Memanusiakan Manusia Dukung Untuk Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 58 hits
Menag Yaqut soal Hardiknas 2024 Merdeka Belajar Memanusiakan Manusia Dukung untuk Dilanjutkan
Foto Penampakan Lautan Manusia Nobar Semifinal Piala Asia 2024 Indonesia Vs Uzbekistan Di Alun Alun Pamulang

Foto Penampakan Lautan Manusia Nobar Semifinal Piala Asia 2024 Indonesia Vs Uzbekistan Di Alun Alun Pamulang

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 70 hits
Atmosfer penonton semakin panas ketika pertandingan berjalan sangat menegangkan saat Indonesia mendapat tekanan Uzbekistan
Pdrm Lahirnya Manusia Yang Tak Terdidik Dengan Aklak Yang Baik Mungkin Tak Sekolah

Pdrm Lahirnya Manusia Yang Tak Terdidik Dengan Aklak Yang Baik Mungkin Tak Sekolah

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 68 hits
Zainuddin OmarWalaupun ramai walaun yang didakwa dihukum penjara dan denda oleh mahkamah kerana fitnah dan hembur kata nista masih ada yang berani muncul di MedSos Betullah kata PT Barnum There is a fool born every minute Setiap minit ada s...
Kulit Manusia Adalah Organ Penting Yang Bertugas Melindungi Daripada Jangkitan Dan Merawat

Kulit Manusia Adalah Organ Penting Yang Bertugas Melindungi Daripada Jangkitan Dan Merawat

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 51 hits
Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam menjejaskan ketiga tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang...
Terungkap Modus Penyelundupan Manusia Ke Australia Via Ntt

Terungkap Modus Penyelundupan Manusia Ke Australia Via Ntt

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 57 hits
Podus yang dipakai para pelaku merupakan praktir terbaru dalam kejahatan menyelundupkan orang ke Australia
Video Tangan Prabowo Ditepuk Jenderal Sepuh Saat Salaman Muncul Eks Panglima Tni Era Sby Beri Hormat

Video Tangan Prabowo Ditepuk Jenderal Sepuh Saat Salaman Muncul Eks Panglima Tni Era Sby Beri Hormat

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 71 hits
Momen spesial salah satunya terjadi saat mantan Wapres Jenderal Try Sutrisno menyalami Prabowo dan menepuk tanganny
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally

Temui Onew Di Malaysia Dalam Guess Onew Fanmeeting 2024 Pada 27 Julai 2024

168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester