Berdekah Dengar Lelaki Nigeria Ni Bebel Pasal Abang E Hailing Malaysia


Berdekah Dengar Lelaki Nigeria Ni Bebel Pasal “Abang” e-Hailing Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan ramai pelancong dari seluruh dunia.
Bumi bertuah ini bukan saja dipenuhi lokasi menarik dan makanan yang menggoda, tapi juga rakyatnya yang mesra dan penuh ragam mencuit hati.
Jadi, tak hairanlah ramai warga asing yang jatuh cinta dengan Malaysia. Ada yang datang untuk bercuti, ada juga yang akhirnya menetap di sini untuk belajar, bekerja dan malah bersara.
“Cuma di Malaysia…” Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang lelaki berasal dari Nigeria yang kini dipercayai menetap di Malaysia.
Dalam videonya, dia berkongsi pengalaman menaiki perkhidmatan e-hailing. Menurutnya, pemandu e-hailing di Malaysia ni memang ‘unik’.
Apa yang mencuit hati, kelihatan lelaki itu sudah terbiasa bertemu dengan pemandu e-hailing tempatan yang boleh jadi macam-macam dalam satu masa.
“Cuma di Malaysia. Bila naik Grab, abang pemandu boleh jadi pak cik, pensyarah dan juga ‘therapist’, semuanya sekali gus,” katanya.
Tidak berhenti di situ, lelaki itu turut berkongsi pengalamannya pada satu malam ketika menaiki Grab pulang ke rumah.
“Malam ni sahaja, abang tu tanya saya, ‘Dik, awak orang Nigeria ke?’. Lepas tu terus dia bercerita panjang tentang sejarah EPL dari tahun 1990.
“Saya cuma sempat cakap satu ayat, ‘Yalah, bos’. Bila sampai rumah, rasa macam baru dapat PhD dalam sejarah bola sepak,” katanya berseloroh.
@timinottimid Taking Grab in Malaysia #grab #malaysia #kualalumpur #malaysia #transport
♬ original sound – timinottimid – timinottimid

Netizen pun ramai yang setuju Kisah lucu itu membuatkan ramai warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing dengan pemandu e-hailing di Malaysia.
Rata-rata bersetuju bahawa pemandu e-hailing tempatan memang penuh cerita dan sangat mesra.
“Obviously he was bored and needed someone to talk to… layan je lah.”
“Ya, betul. I kena lecture pasal top 10 nasi beriani terbaik di Malaysia.”
“Hanya di Malaysia. Kebanyakan pemandu Grab ada ijazah atau lebih tinggi…”
“Saya pernah naik Grab dengan doktor pakar jantung yang dah bersara. Terus rasa macam masuk kelas biologi.”
“Saya pernah dapat pemandu Grab yang dulu bekas Pengurus Besar syarikat bahan binaan. Terus belajar pasal cara bina bangunan.”
Lucunya, ramai yang bersetuju pengalaman menaiki e-hailing di Malaysia memang tak sama macam di negara lain.
Kadang-kadang, perjalanan singkat pun boleh jadi sesi ‘kuliah mini’, lengkap dengan motivasi, sejarah dan nasihat kehidupan.
BACA: Ajar Anak Drive, Gelagat Si Ayah Cakap Bab Signal Buat Netizen Berdekah
BACA: Siap Sound Effect, Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan
BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol
Sumber: TikTok @timinottimid
The post Berdekah Dengar Lelaki Nigeria Ni Bebel Pasal “Abang” e-Hailing Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/08/berdekah-dengar-lelaki-nigeria-ni-bebel-pasal-abang-e-hailing-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 131 hits
Pelancong AS Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam Kepelbagaian agama bangsa dan budaya di negara ini menjadi pemangkin kepada keharmonian yang dikecapi selama ini Ia juga menjadi salah satu faktor tarikan pelancong dari luar ...
Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan

Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 525 hits
KUALA LUMPUR Tiga pelajar Malaysia yang hilang di Taiwan telah dikenal pasti ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dengan aktiviti penipuan Presiden Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia nbsp Pang King Hoe berkata ketiga ketiga kes b...
Strict Enforcement To Stop Singapore Cars Buying Malaysia S Ron95 Petrol

Strict Enforcement To Stop Singapore Cars Buying Malaysia S Ron95 Petrol

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 212 hits
Strict enforcement to stop Singapore cars buying Malaysia s RON95 petrol JOHOR BAHRU Sept 30 The Domestic Trade and Cost of Living Ministry will increase monitoring at petrol stations near the Malaysia Singapore border to prevent foreign ve...
Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia

Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 206 hits
Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia Bila sebut pasal Malaysia salah satu perkara yang selalu jadi sebutan ramai termasuk dalam kalangan pelancong asing ialah pasar malam kita Tempat ini memang dianggap sebagai destin...
Ai And Crime Malaysia On The Edge

Ai And Crime Malaysia On The Edge

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 265 hits
THE age of artificial intelligence has arrived and not just in innovation but in crime A recent report by the Centre for Emerging Technology and Security in the United Kingdom titled AI and Serious Online Crime lays out how AI is already tr...
Malaysia Welcomes Trump S Gaza Plan Urges Full Implementation

Malaysia Welcomes Trump S Gaza Plan Urges Full Implementation

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Malaysia has commended United States President Donald Trump for his efforts to end Israel s war on Gaza through a comprehensive plan expressing hope it will be fully implemented In a statement the Foreign Ministry said the plan...
Diversity Malaysia S Greatest Strength

Diversity Malaysia S Greatest Strength

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 208 hits
Malaysia s greatest strength lies in its diversity Geography and history have converged to create a nation where Malay Chinese Indian indigenous and migrant cultures intersect From the days of the Malacca sultanate as a thriving entrepot to...
Vape Online Malaysia Where To Buy Trusted Products

Vape Online Malaysia Where To Buy Trusted Products

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 128 hits
Vape Online Malaysia The Smart Way to Shop for Vapes in 2025 Buying vape online in Malaysia has never been easier or more convenient Whether you re new to vaping or a seasoned user online platforms offer a wide range of devices flavours and...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Pagi Yang Tak Disangka

Sayur Masak Lemak Kuning

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

M Daud Kilau Salam Kasihku Chord