Al Fatihah Buat Abah Mama Yan



Semalam,Pagi Mama Yan story kisah cermin kereta Iswara abah pecah…Tengahari semalam Mak MY call, bagitau abah MY dah meninggal.Terus MY call suami ajak balik Raub.Memulakan perjalan pada pukul 2.30 petang dan sampai Raub pada pukul 7.35 malam.Syukur alhamdulillah Mama Yan sempat mengucup jenazah arwah abah buat kali yang terakhir.Sejuk dan harum abah berpakaian baru menuju negeri abadi.
Rabu minggu lepas,Abah MY call, “Abah rasa teruk sangat dah jantung ni, kalau abah mati, kereta proton tu ambik balik.Bawak balik ke Johor”MY gelak gelak je… amenda jauh sangat fikir… Selama ni yang sakit kan mak Mama Yan.Yang ulang alik hospital mak,Yang makan ubat, cucuk ubat semua mak.Yang berkerusi roda pun mak.Abah, masih gagah angkat getah beku.Abah, masih gagah angkat kerusi roda mak,Abah, masih gagah tolak kerusi roda mak setiap kali temujanji horpital. Rasa tak percaya pula abah yang zahirnya nampak sihat akan pergi dahulu.
Ni gambar arwah abah masa masih menjawat jawatan dalam kerajaan. Kalau tak silap abah berpencen kerajaan sekitar tahun 1998.Kemudiannya abah meneruskan perkhidmatan bersama Alam Flora Sdn Bhd.
Ni pula gambar masa arwah abah MY mencuba kurta kiriman MY untuk hari raya 2024,Kucing memang tak tinggal ye..
Ni pula gambar rumah baru arwah abah.Selesai urusan kebumi sekitar jam 9 malam.Balik tu terus uruskan makan minum dan mandi mak pula.Masa abah meninggal, Abah dan mak belum sempat makan.
Sepanjang perjalanan dari Johor ke Pahang pun MY tak rasa lapar.Selesai aje pengebumian abah,Terus berbunyi bunyi perut MY minta diisi.Bukan MY aje.. mak pun, pakcik MY pun. Selagi belum selesai, semua tak rasa lapar
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa bapaku, lapangkan kuburnya dan tempatkan dia di kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman. Aminnn…








 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2025/12/al-fatihah-buat-abah-mama-yan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cermin Kereta Abah Pecah

Cermin Kereta Abah Pecah

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 128 hits
Minggu lepas adik MY bagi gambar kereta lama abah pecah Tak tahu la macam mana boleh jadi macam tu Tak perasan Kereta lama ni park depan rumah Abah tak guna kereta ni tiap hari sebab kuat pakai minyak Pakai waktu angkut baja atau racun Atau...
Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Ada Kaitan Ke Goiter Dan Tirads

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

Lucent House Core Cluster Thailand

Hang Lung Memperluas Portfolio Runcit Di Wuxi Menandakan Satu Lagi Pencapaian Dalam Strategi V 3 Mereka

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brisk Walk 7 Disember 2025

Majlis Apresiasi Si Putri

Yummy Shin Of Beef Curry Recipe

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung Amat Baik Untuk Kesihatan Dan 100 Semula Jadi

Siapa Lagi Gangster

Indoor Game Suka Suka Je