9 Tips Lelaki Perlu Fahami Tentang Wanita Supaya Tak Tersilap Langkah Haha
Wanita, makhluk penuh misteri dan emosi. Kadang-kadang mereka boleh menjadi seperti matematik. Rumit dan penuh dengan variable. Tapi jangan risau, lelaki! Di sini ada 9 tips mudah untuk memahami wanita supaya hidup korang lebih tenang (dan mungkin lebih selamat juga)
Mood wanita = cuaca.Wanita boleh berubah mood seperti cuaca. Pagi cerah macam matahari, petang tiba-tiba berangin kuat. Jadi, bersiap sedialah dengan payung (bukan untuk cuaca, tapi untuk diri sendiri). Jangan tanya kenapa, tanya "Apa yang boleh saya bantu?"
Shopping adalah terapi.Wanita suka shopping bukan sebab mereka boros, tapi sebab itu terapi jiwa. Kalau dia bawa balik beg-beg besar, jangan risau, itu adalah kos rawatan mentalnya. Lagipun, ingatlah, "Happy wife, happy life."
Compliment tak pernah cukup.Lelaki, sila hafal ayat ini: "Sayang, awak nampak cantik hari ni." Tak kira hari apa, masa apa, ayat ni sentiasa relevan. Tapi jangan sekali-sekali tanya, “Awak ni gemuk ke?” kalau tak nak tidur di sofa malam tu
Ingat tarikh penting.Anniversary, birthday, hari pertama jumpa, hari pertama makan ais krim bersama, semua tarikh penting ni jangan lupa. Letak reminder siap-siap di telefon. Sebab kalau lupa, korang akan dapat silent treatment yang lebih sunyi dari padang pasir. Hihi
Sabar itu penting.Kalau wanita marah, jangan terus lawan. Duduk, diam dan dengar. Kadang-kadang dia cuma perlukan telinga, bukan solusi. Sabar itu separuh daripada iman dan separuh lagi adalah kebolehan untuk tak memotong percakapan mereka
Jangan ambil ringan.Apa saja yang wanita katakan, walaupun nampak kecil, ambil serius. Kalau dia kata “Tak payahlah hadiah, cukup ingat je,” itu biasanya perangkap. Jangan tertipu! Selamatkan diri korang dengan sekuntum bunga atau coklat
Gadgets tak sepenting dia.Main telefon masa tengah bercakap dengan dia? Nahaslah! Letak dulu handphone tu dan bagi perhatian sepenuhnya. Percayalah, perhatian yang betul boleh selamatkan korang dari banyak masalah
Romantik bukan sesekali.Romantik tak semestinya candle light dinner je. Kadang-kadang sekadar hantar teks “Saya rindu awak” pun dah cukup buat dia tersenyum sepanjang hari. Jangan tunggu hari spesel je baru nak tunjukkan rasa sayang
Wanita suka detail.Kalau dia tanya pendapat tentang pakaian, jangan jawab “Cantik je semua.” Itu jawapan selamat tapi tak berapa membantu. Cuba berikan pendapat yang lebih spesifik, walaupun anda sebenarnya tak tahu sangat pasal fesyen. Dia akan hargai usaha korang
So, wanita bukanlah untuk difahami sepenuhnya, tapi untuk dihargai dan disayangi. Jadi, lelaki, simpan tips-tips ni dalam poket, guna bila perlu. Kalau tak, bersedialah untuk menghadapi ribut taufan emosi yang tak diduga. Selamat mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2024/09/9-tips-lelaki-perlu-fahami-tentang.html