Vivo V30e 5g Membuat Pengenalan Unggul Di Malaysia Dengan Warna Sky Mirror Dan Aura Light Portrait 3 O


Berikutan dengan kejayaan pelancaran siri vivo V30 pada bulan Mac yang lalu, vivo Malaysia dengan bangganya memperkenalkan penambahan terbaru pada siri V nya, iaitu vivo V30e 5G. Dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 serta reka bentuk yang ramping dan melengkung, telefon pintar ini menampilkan keanggunan dan keunggulan. vivo V30e 5G menawarkan sebuah pengalaman yang mewah dan kehalusan dengan pilihan warna yang menarik yang tersedia kepada pengguna di Malaysia



vivo V30e 5G menggabungkan gaya seni dengan teknologi canggih di dalam rangkaian yang ramping. Menampilkan skrin 3D Melengkung 120Hz dan Bateri Tahan Lama 4 Tahun sebesar 5500 mAh (TYP), telefon pintar  ini menawarkan daya tarikan estetika dan prestasi yang berkekalan. Kemampuan pengimbasannya yang canggih termasuk Aura Light Portrait 3.0 Kualiti Studio, Mod Potret Profesional 2x, Kamera Ultra Sensing Sony, dan Sistem Warna vivo. V30e 5G kali ini muncul sebagai telefon pintar utama untuk menangkap dan menyimpan momen-momen berharga kehidupan dengan ciri yang luar biasa ini dan pilihan dua warna yang menakjubkan

Terokai pilihan warna elegan vivo V30e 5G
Pilihan warna untuk vivo V30e 5G melambangkan kesederhanaan, keanggunan, dan gaya modern yang diinspirasikan dari reka bentuk mewah jam tangan di dunia, Sky Mirror.  Ia menawarkan pengalaman visual yang menawan serta menenangkan yang mengingatkan pengguna pada sinar matahari yang meresap melalui awan. Permukaan telefon pintar ini memaparkan perpaduan unik antara warna ungu, emas dan hijau yang berubah dengan lemah-lembut apabila dilihat dari pelbagai sudut dan posisi

Efek menarik yang ada pada telefon pintar ini diinspirasikan dari keindahan langit biru beserta awan yang telah menjadi satu tanda aras menarik dalam industri reka bentuk telefon pintar. Menyerupai permainan cahaya yang dilihat di alam semulajadi, permukaan yang kelihatan putih tulen pada pandangan pertama tetapi mendedahkan percikan warna apabila dimiringkan. Permainan cahaya yang mempesona ini membangkitkan rasa kehangatan serta romantik, menjadikan varian Sky Mirror tidak hanya memikat secara estetika tetapi juga secara mendalam ekspresifnya

Coco Brown yang diinspirasikan dari esensi yang halus coklat dan palet warna yang ditemui di jam tangan mewah memaparkan usaha di antara kesederhanaan dan keanggunan. Panel belakang telefon pintar ini pula mempamerkan penutup matte di bahagian kiri yang dihiasi dengan kilauan Fluorite AG yang halus, manakala bahagian kanan menampilkan permukaan mengilap yang dicap dengan corak grid sutera yang mengingatkan pada tenunan sutera halus melalui proses penyambungan kilat-pusam (glossy-matte).  Elemen reka bentuk ini mencerminkan keanggunan yang abadi dan citarasa yang halus. Pengguna dapat mengalami setiap momen dalam kegemilangan penuh dengan varian Coco Brown, satu simbol daya tarikan yang berkekalan dan keyakinan diri

vivo V30e 5G menetapkan standard dalam keseimbangan dan ringan dengan profil yang ramping hanya berukuran 7.65 mm tebal dan berat hanya 179g. Lengkungan emas 58.7° pada skrin 3D melengkung dan peralihan lancar bingkai yang ramping meningkatkan reka bentuk vivo V30e 5G, memastikan bukan sahaja daya tarikan yang terpelihara tetapi juga pegangan yang sangat selesa



Potret berkualiti bertaraf studio di mana-mana dengan Aura Light Portrait 3.0
vivo V30e 5G memberikan pencahayaan berkualiti studio dengan ciri Aura Light 3.0, meningkatkan kejelasan subjek terhadap latar belakang yang lebih lembut dan serasi. Dikuasakan oleh teknologi imej yang dipionirkan oleh vivo, Penyesuaian Suhu Warna Cerdas yang dinaik taraf secara pintar, ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran mana-mana, memperluas julat suhu warna hampir 20%. Tanpa mengira jarak, peranti tersebut memastikan subjek disinari dengan cahaya lembut untuk pengambilan dekat dan cahaya yang lebih terang untuk gambar jauh, menghasilkan potret yang selalu memukau

vivo V30e 5G memperkenalkan fotografi dengan Kamera Ultra Sensing Sony
vivo V30e 5G menjadikan titik tumpuan setiap adegan dan memudahkan penguna menangkap visual yang memukau dalam apa jua skenario pencahayaan dengan adanya Kamera Utama Ultra-Sensing Sony dan algoritma HD potret. Pengguna juga akan mendapat manfaat dari peningkatan 30% dalam kepekaan foto, menjamin butiran yang hidup walaupun dalam keadaan cahaya rendah kerana adanya dengan Sensor Sony IMX882 yang bertenaga. Dipasangkan dengan kesan bokeh semulajadi dan definisi wajah yang dipertingkatkan, Mod Potret Profesional 2x hanya memberikan potret berkualiti DSLR dengan hanya satu ketukan jari

Menikmati momen indah dengan ciri profil warna pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasara pengguna 
Fotografi anda mampu mencapai tahap baru kerana pengguna boleh menyesuaikan profil warna untuk memenuhi citarasa tersendiri. Sistem Warna vivo menawarkan tiga pilihan yang berbeza seperti Warna Asli vivo yang menghasilkan warna sebenar, warna Berstruktur dan suasana dengan nada kaya dan halus yang mengingatkan pada still filem. Bagi pengguna yang gemar warna yang berani dan bersemangat, pilihan Warna Hidup vivo menawarkan profil warna yang hidup yang disempurnakan selama empat tahun berdasarkan maklum balas pengguna

Mengambil inspirasi dari kamera segera klasik, vivo V30e 5G membolehkan pengguna menerapkan Sempadan Warna-Adaptif unik yang melengkapi setiap kandungan foto. Dengan menggunakan algoritma yang canggih, vivo telah secara bijak menganalisis warna dan kandungan dalam setiap imej untuk mengira kombinasi warna yang paling sesuai untuk bingkai yang benar-benar unik. Setiap foto menjadi sebuah karya seni yang menakjubkan, disesuaikan dengan gaya individu dan bersedia untuk dikongsi dengan orang yang tersayang

vivo V30e 5G mampu memberikan prestasi yang berkuasa dengan ciri bateri terunggul dalam industri
vivo V30e 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang konsisten dan kukuh. Peranti ini dikuasakan dengan Pengeluaran 5G Qualcomm Snapdragon® 4nm bagi menjamin prestasinya ditingkatkan dengan penggunaan tenaga cip yang optimum. vivo V30e 5G juga menampilkan kadar penyegaran 120 Hz yang lancar, kecerahan ultra-tinggi dan nisbah kontras yang mengagumkan serta skrin melengkung 3D yang luas 6.78-inci bagi memberi pengalaman visual yang mengagumkan kepada pengguna

Pengguna kini boleh menikmati interaksi sosial dan hiburan tanpa rasa risau dengan hayat bateri yang meluas oleh vivo V30e 5G. Peranti tersebut juga dipasang dengan Bateri Tahan Lama 4 Tahun sebesar 5500 mAh (TYP) yang merupakan kapasiti bateri terbesar dalam siri vivo V bagi membenarkan pengguna untuk kekal disambungkan ke dunia teknologi untuk jangka masa yang lebih lama. vivo V30e 5G menjamin keseronokan tanpa gangguan, sama ada pengguna sedang menonton video YouTube selama 22 jam, melayari Instagram selama 15 jam, bermain permainan video selama 9 jam, atau menikmati muzik selama 53 jam. Tambahan pula, mod "Penjimatan Bateri Super" yang inovatif, membolehkan pengguna menikmati hayat bateri yang lebih jauh, dengan keupayaan membuat panggilan suara selama 24 minit dengan hanya 1% bateri yang tinggal. Ia juga boleh mengekalkan lebih daripada 80% kapasiti selepas empat tahun dengan jangka hayat bateri lebih dari 1600 kitaran cas-melepas cas yang dipadukan dengan teknologi FlashCharge 44W. vivo V30e 5G memastikan penggunaan tanpa gangguan sepanjang hari dan seterusnya

Selain itu, vivo V30e 5G memastikan daya tahan yang kuat untuk memanjangkan jangka masa penggunaan harian. Reka Bentuknya dirangkumi struktur penyerap lengkap secara ketara bagi melindungi setiap komponen dalaman jika terjatuh. Selain itu, telefon pintar ini menampilkan kaca "Schott α" yang berkualiti tinggi, menyediakan kekuatan yang tiada tandingan untuk skrin. vivo V30e 5G mampu bertahan lama terhadap percikan air dan habuk dengan penarafan Ketahanan Habuk dan Air IP64, menawarkan perlindungan dalam keadaan penggunaan harian. Ujian teliti lebih dari 70 ujian kebolehpercayaan makmal yang terkawal menegaskan ketahanan dan kebolehpercayaan luar biasa vivo V30e 5G yang memastikan pengguna menikmati pengalaman harian yang tahan lama

vivo menyambut kejayaan dan inovasi
Hari ini menandakan pelancaran rasmi vivo V30e 5G di Malaysia, dan juga sambutan ulang tahun ke-10 yang luar biasa bagi vivo. vivo telah berada di barisan hadapan inovasi, menginspirasikan ramai dengan teknologi yang menakjubkan selama sepuluh tahun. Penyambutan ini bukan hanya untuk mengiktiraf pencapaian masa lalu tetapi juga untuk merangkul perjalanan ke hadapan dengan optimisme yang teguh

vivo Malaysia menghulurkan jemputan kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai dalam memperingati capaian ini dan projek-projek yang akan datang mengikut acara ulang tahun ke-10. Mari kita menantikan apa yang bakal berlaku pada masa yang akan datang dengan semangat yang tidak terbatas oleh vivo  dan kejayaan yang lebih besar

Harga dan ketersediaan vivo V30e 5G
Harini merupakan hari pelancaran bagi vivo V30e 5G di Malaysia. vivo V30 5G boleh didapatkan dalam varian 16+256GB berharga RM1399. Rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan vivo V30e 5G boleh membuat pesanan awal bermula pada 2 Mei 2024 dan akan didatangi dengan beberapa hadiah percuma serta promosi istimewa. 


Berikut adalah maklumat mengenai harga, pesanan awal, promosi, dan ketersediaan vivo V30e 5G:


Pelanggan yang membuat pembelian pada 4 Mei, 2024 di mana mana kedai konsep vivo akan diberikan naik taraf storan secara percuma pada unit yang terhad bernilai sehingga RM200. Tertakluk kepada terma dan syarat. 
Ikuti perkembangan terkini dengan promosi terkini dan spesifikasi produk  vivo V30e 5G di laman web rasmi vivo Malaysia dan halaman Facebook vivo Malaysia









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mahateknologi.blogspot.com/2024/05/vivo-v30e-5g-membuat-pengenalan-unggul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivo V30e 5g Datang Ke Malaysia Dalam Cermin Sky Tak Lama Lagi

Vivo V30e 5g Datang Ke Malaysia Dalam Cermin Sky Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 126 hits
vivo jenama telefon pintar terkemuka di seluruh dunia hari ini memperkenalkan ahli terbaharunya kepada siri vivo V30 vivo V30e Peranti ini menjanjikan pengguna pengalaman visual yang menawan melalui kombinasi warna yang menakjubkan dan ketu...
Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 168 hits
GANDAKAN KESERONOKAN DENGAN KEDATANGAN TERBARU VIVO V30E 5G DI MALAYSIA Kuala Lumpur 24 April 2024 vivo Malaysia baru baru ini mendedahkan kemas kini yang menarik mengenai vivo V30e 5G yang akan datang yang menyatukan dengan lancarnya elega...
Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 135 hits
vivo Malaysia dengan bangganya memperkenalkan dua inisiatif eksklusif pada siri vivo V30 yang disediakan hanya kepada pelanggan CelcomDigi Terkenal kerana menolak sempadan teknologi telefon pintar vivo Malaysia komited untuk menggembirakan ...
Tesla Merampas Harga Di Malaysia Untuk Kekal Kompetitif

Tesla Merampas Harga Di Malaysia Untuk Kekal Kompetitif

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 99 hits
TESLA Malaysia telah mengejutkan pelanggan dengan potongan harga yang signifikan sebanyak RM8 000 untuk kedua dua kenderaan elektrik Model 3 dan Model Y hanya enam bulan selepas pelancarannya Juga Baca Keuntungan Tesla merosot 55 kerana jua...
Pelik Orang Malaysia Tidak Pandai Berbahasa Melayu

Pelik Orang Malaysia Tidak Pandai Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 81 hits
MERAK JALANANKecoh di aplikasi sosial X yang mendedahkan luahan seorang anak lelaki yang mana mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport di UTC Komtar Pulau Pinang Dakwa lelaki itu di Facebooknya kakitangan Jabatan Imigres...
Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 130 hits
Pasukan Malaysia kembali ke kejohanan Piala Thoma 2024 dengan membariskan barisan pemain terkuat bagi penganjuran kali ini Kejohanan Piala Thomas dan Uber berlangsung setiap dua tahun ini merupakan edisi yang ke 33 dan edisi ke 30 Tarikh ke...
Permulaan Yang Mengagumkan Untuk Malaysia Hampiri Kedudukan Teratas Lapan

Permulaan Yang Mengagumkan Untuk Malaysia Hampiri Kedudukan Teratas Lapan

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 73 hits
MALAYSIA semakin hampir ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas mereka bermula dengan cemerlang dalam kempen Kumpulan D dengan kemenangan besar 5 0 ke atas Hong Kong di Pusat Sukan Zon Teknologi Tinggi Chengdu di sini China hari ini Pema...
Piala Thomas Malaysia Benam Hong Kong 5 0

Piala Thomas Malaysia Benam Hong Kong 5 0

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 101 hits
PETALING JAYA Malaysia mencerahkan peluang ke suku akhir selepas membenam Hong Kong 5 0 dalam aksi sulung Kumpulan D pada Piala Thomas Uber di Chengdu China hari ini Mata pertama skuad badminton kebangsaan dihadiahkan menerusi perseorangan ...
Govt Launches Madani Harmony Initiative To Promote Malaysia S Diversity

Govt Launches Madani Harmony Initiative To Promote Malaysia S Diversity

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 99 hits
The National Unity Ministry today launched the Madani Harmony Initiative aimed at enhancing Malaysians understanding of the country s religious cultural and customs diversity Its Minister Datuk Aaron Ago Dagang emphasised it would be execut...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku