Penyakit Hapsburg Yang Terhasil Dari Sumbang Mahram


Sejarah keluarga Hapsburg bermula dengan seorang bangsawan bernama Guntram the Rich sekitar abad ke-10 Masihi. Setelah cucunya Radbot membina istana Hapsburg, barulah mereka digelar Hapsburg.


Untuk mendominasi politik, mereka kerap kali mengahwinkan anak-anak mereka dengan bangsawan lain hinggalah Frederick III dipilih oleh Paus Nicholas V mengangkat baginda sebagai Maharaja empayar Holy Roman pada tahun 1452.

Kes sumbang mahram pertama berlaku selepas Philip I, anak maharaja Maximilian dan juga cucu Frederick III mengahwini Joanna daripada Castille, pewaris takhta diraja yang mengawal hampir keseluruhan Sepanyol. Perkara ini mewujudkan cabang Hapsburg di Sepanyol yang kemudiannya mendominasi perihal politik di sana.

Walau bagaimanapun, keluarga Hapsburg Sepanyol kemudiannya mula mengahwinkan keluarga mereka sesama sendiri untuk mengelakkan pergelutan kuasa. Sepupu berkahwin dengan sepupu dan pakcik dengan anak saudara perempuan mereka.

Sebelum kita masuk lebih mendalam tentang penyakit keluarga Hapsburg, mari kita fahami terlebih dahulu penyakit genetik.

Perkara asas yang kita perlu tahu ialah, setiap manusia mewarisi separuh genetik daripada ibu dan separuh lagi daripada bapa. Genetik tersebut juga merangkumi gen rosak daripada ibu bapa kita yang mampu mencetuskan penyakit.


Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa kita bukan pembawa penyakit genetik atau salah seorang sahaja yang ada, kebarangkalian anak mereka mendapat penyakit adalah rendah.

Gen rosak ini kita panggil sebagai gen resesif yang hanya akan diaktifkan jika anak mendapat gen resesif daripada ibu dan bapa. Kalau salah seorang sahaja yang ada, anak ini akan jadi pembawa.

Sekiranya kita pembawa dan kita juga berkahwin dengan pembawa, maka anak kita mempunyai peluang untuk mendapat penyakit genetik sebanyak 25%. Kalau kita pembawa dan berkahwin dengan orang yang ada gen rosak, peluang menjadi 50%.

Sebab itu, pasangan yang mahu berkahwin perlu melalui ujian darah hemofilia, kerana hemofilia termasuk penyakit genetik dan ada kebarangkalian untuk diwarisi.

Sekarang, bagaimana gen resesif dapat diwarisi dengan cara paling mudah selepas berkahwin dengan pesakit genetik? Ya. Berkahwin dengan keluarga sendiri!

Disebabkan bahan genetik antara keluarga lebih kurang sama, maka peluang mendapat penyakit lebih tinggi. Terma untuk penyakit ini disebut sebagai homozigositi.

Untuk sepupu-sepupu, perkahwinan yang pertama ini selamat walaupun masih berisiko, tapi kalau anak mereka ini pun kahwin sepupu juga, yang ini tidak selamat.

Disebabkan keluarga Hapsburg ni kerap ada hubungan sumbang mahram, mereka tanpa sedar telah mewujudkan penyakit genetik kepada keturunan mereka. Sebagai contoh ialah hemofilia, ketidaksuburan dan rahang Hapsburg.


Disebabkan masalah genetik jugalah tidak banyak keturunan Hapsburg mampu hidup lebih 10 tahun. Ada yang gugur, ada yang meninggal selepas dilahirkan dan ada yang meninggal semasa tempoh neonatal.

Menurut kajian penyelidik daripada Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, kadar koefisi sumbang mahram daripada Philip 1 hinggalah Charles II (pemerintah terakhir Hapsburg untuk empayar Sepanyol) telah meningkat daripada 0.025 kepada 0.254.

Ini kerana Charles II sendiri adalah anak Philip IV yang berkahwin dengan anak saudaranya, Mariana daripada Austria.

Datuk Charles II sendiri, iaitu Philip II, berkahwin dengan anak saudaranya, Anna daripada Austria. Samalah seperti perkahwinan antara ayah dengan anak perempuannya.

Charles II adalah contoh paling teruk penyakit genetik yang muncul angkara sumbang mahram. Produk sumbang mahram selama 200 tahun.

Menurut catatan sejarah, Charles II hanya mampu bercakap pada umur 4 tahun, belajar berjalan pada umur 8 tahun, pendek, mempunyai masalah penghadaman dan kerap kali kencing berdarah.

Charles II.

Diplomat Perancis mencatatkan Charles II sebagai seorang yang hodoh dan nampak seperti sakit dan disebabkan rahang Hapsburg Charles II yang terlalu ketara, beliau mempunyai masalah untuk bercakap dan lidahnya yang besar menyebabkannya susah untuk makan dan air liurnya kerap meleleh.

Charles II juga tidak mempunyai anak, barangkali dek ketidaksuburan dan mangkat pada umur 39 tahun, menyebabkan empayar Sepanyol tidak mempunyai pewaris takhta dan mewujudkan perang takhta.

Demi untuk mengekalkan kekuasaan, mereka berkahwin sesama sendiri. Barangkali mereka tidak pernah menyangka inilah punca kejatuhan mereka.

Jadi, belajarlah daripada keluarga Hapsburg tentang kenapa sumbang mahram tidak dibenarkan dalam Islam.

Dengan kolam genetik yang sangat kecil, makin banyak penyakit genetik lain muncul.

Disebabkan itulah, kalian lebih digalakkan berkahwin dengan orang yang jauh hubungan genetiknya dengan kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Penyakit Bipolar? Sakit Mental Atau Kemurungan?Peacock Throne Takhta Paling Mewah Yang Hilang Ditelan Zaman
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/05/penyakit-hapsburg-hasil-sumbang-mahram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ciri Baru Ini Berguna Buat Parents Yang Ada Anak Kecil Boleh Tahu Kawasan Penyakit Berjangkit

Ciri Baru Ini Berguna Buat Parents Yang Ada Anak Kecil Boleh Tahu Kawasan Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 169 hits
Orang ramai disarankan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dengan kadar segera Dalam satu perkongsian di Instagram Majlis Keselamatan Negara memaklumkan terdapat ciri baharu yang boleh dimanfaatkan pengguna menerusi kemas kini versi te...
Saya Akan Atasi Penyakit Ini Kembali Aktif Semula Oh Saebom Producex Hidapi Kanser

Saya Akan Atasi Penyakit Ini Kembali Aktif Semula Oh Saebom Producex Hidapi Kanser

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 164 hits
Oh Sae bom yang terkenal melalui program Mnet ProduceX 101 baru baru ini memuat naik satu posting melalui akaun rasmi Instagramnya yang telah mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak Melalui akaun Instagram peribadinya dia membuat satu pengu...
Jubir G20 Munculnya Penyakit Baru Dan Pandemi Ancaman Nyata Dari Perubahan Iklim

Jubir G20 Munculnya Penyakit Baru Dan Pandemi Ancaman Nyata Dari Perubahan Iklim

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 145 hits
Selain itu isu yang disorot dalam forum G20 adalah energi Maudy menyebut isu energi merupakan salah satu pembahasan prioritas dalam forum multilateral antarnegara itu
Khir Rahman Dedah Pernah Sumbang Suara Untuk Watak Mickey Mouse Versi Melayu

Khir Rahman Dedah Pernah Sumbang Suara Untuk Watak Mickey Mouse Versi Melayu

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 158 hits
Siapa tidak kenal dengan watak Mickey Mouse yang diciptakan oleh Walt Disney pada tahun 1928 Pada sekitar 2006 rancangan Mickey Mouse Clubhouse pernah diterbitkan Uniknya rancangan tersebut menampilkan Mickey Mouse dialih bahasa ke dalam Ba...
Pcak Sumbang Basikal Kepada Keluarga Di Rengas

Pcak Sumbang Basikal Kepada Keluarga Di Rengas

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 215 hits
Ketika sudah banyak keluarga mempunyai kereta lebih daripada sebuah masih ada keluarga yang hanya ada sebuah basikal Sebuah keluarga di Kampung Rengas Bachok hanya ada sebuah basikal yang digunakan oleh bapa untuk pergi dan balik tempat ker...
Thailand Sumbang 1 Juta Pohon Ganja Untuk Ditanam Warga Di Rumah

Thailand Sumbang 1 Juta Pohon Ganja Untuk Ditanam Warga Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 121 hits
Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melegalisasi ganja untuk tujuan penelitian dan pengobatan pada 2018
Perak Sumbang Rm1 000 Kepada Setiap Keluarga Pelajar Nahas Terowong Menora

Perak Sumbang Rm1 000 Kepada Setiap Keluarga Pelajar Nahas Terowong Menora

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 110 hits
Kerajaan Perak memberi sumbangan RM1 000 kepada setiap keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di Lebuhraya Utara Selatan arah utara Kuala Kangsar tengah malam tadi S...
Bina Badan Sumbang Dua Pingat Di Hanoi 2021

Bina Badan Sumbang Dua Pingat Di Hanoi 2021

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 117 hits
Azri Asmat membawa pulang pingat perak dalam acara 55kg lelaki akhir di Hanoi Sports Training and Competition Centre pada Sukan SEA Hanoi 2021 pada Jumaat Foto Bernama ATLET bina badan menyumbang dua pingat iaitu satu perak dan satu gangsa ...
237 Hewan Ternak Di Jateng Terindikasi Penyakit Mulut Dan Kuku

237 Hewan Ternak Di Jateng Terindikasi Penyakit Mulut Dan Kuku

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 107 hits
Adapun sejumlah wilayah yang merupakan daerah persebaran ternak yang terinfeksi penyakit mulut dan kuku tersebut di antaranya Kota Semarang Kabupaten Pemalang Batang Cilacap dan Kabupaten Semarang
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Resepi Makaroni Bakar

Tiga Simbol Terpapar Di Dashboard Kereta

Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada

Selepas Bersara Setiap Ringgit Berguna

Laundry Day Woes Say Goodbye To Lost Socks With Inchbug