Nad Zainal Selesa Pilih Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan Jimat Dan Saya Yakin
Pelakon, Nad Zainal selesa memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta yang lebih mahal kos pendidikannya.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi pandangannya melalui TikTok mengenai keputusannya dan suami untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan.
Menurut Nad lagi, pendidikan awal sebenarnya bermula dari rumah, dan beliau percaya bahawa disiplin serta nilai yang diajar di rumah adalah perkara yang paling utama.
“Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta.
“Jawapannya mudah, jimat dan saya yakin, didikan serta disiplin awal itu bermula dari rumah,” ujar Nad.
Selain itu, Nad yang berusia 34 tahun itu juga menegaskan bahawa ramai individu yang berjaya dalam hidup mereka adalah “produk” dari sekolah kerajaan.
Tambah Nad lagi, keputusan menghantar anak ke mana-mana sekolah haruslah dibuat mengikut kemampuan keluarga masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong pandangan Nad, dengan menekankan bahawa peranan ibu bapa di rumah adalah yang paling penting dalam mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa, mereka adalah contoh yang pertama dalam kehidupan anak-anak.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Jom daftar anak-anak ke Kem Solat Bintang Kecil!
Peluang istimewa untuk anak-anak belajar solat dengan cara menyeronokkan!
Terbuka untuk anak-anak berusia 5-12 tahun 👏🏼👏🏼
Daftar sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/137?title=kem-solat
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
The post Nad Zainal Selesa Pilih Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan, “Jimat Dan Saya Yakin” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nad-zainal-selesa-pilih-hantar-anak-ke-sekolah-kerajaan-jimat-dan-saya-yakin/