Kunjungan Cecah Ribuan Orang Rupanya Ini Sebab Keluarga Nurly Hadkan Waktu Ziarah
Sayu hati melihat ketabahan keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman yang melayan tetamu yang tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai sejak pemergian arwah disifatkan sebagai ‘husnul khatimah’ dan begitu dicemburui ramai.
Namun dalam kesibukan menerima tetamu yang datang dari pelbagai pelusuk negeri, keluarga ini tetap cuba kuat, meskipun hati mereka masih dalam fasa merawat luka kehilangan insan tercinta.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian khurafat dan perbuatan syirik yang berlaku di pusara arwah perbuatan yang cukup mengejutkan dan menyedihkan. Akibatnya, pihak berkuasa negeri Terengganu terpaksa meletakkan garisan penghadang di kawasan perkuburan bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada terus berlaku.
Terbaru, keluarga Allahyarham Nurly Sahirah memaklumkan bahawa mereka akan mula menghadkan waktu kunjungan orang ramai ke rumah mereka. Ini bukan kerana ingin menyombong atau menolak kehadiran mereka yang ikhlas datang menziarah, tetapi semata-mata untuk memberi ruang kepada keluarga ini menjalani kehidupan seperti biasa.
Bermula esok, keluarga ini hanya akan menerima tetamu pada waktu yang ditetapkan sahaja. Harapnya semua pihak dapat memahami dan menghormati keputusan ini demi menjaga emosi dan kesejahteraan keluarga yang sedang berusaha untuk bangkit semula selepas ujian berat ini.
RUPANYA INI SEBAB KELUARGA NURLY HADKAN MASA TERIMA TETAMU
Ibu Allahyarham Kamariah Abdul Latif, 60, berkata selepas mengambil keputusan untuk berehat dari 2 Julai lalu hingga hari ini, mereka bersedia untuk kembali menerima kunjungan tetamu.
Menurutnya, tempoh masa kunjungan dihadkan dari jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja.
“Justeru, kali ini kami tetapkan selepas jam 9 pagi bagi memberi ruang untuk kami bersiap sedia, mengemas rumah dan menyiram pokok sebelum menyambut kedatangan mereka.
“Sebelum ini kunjungan orang ramai tidak putus-putus bermula selepas Subuh hingga lewat petang.
“Waktu sebelah petang dihadkan hingga jam 6 petang bagi memberi ruang untuk kami bersiap sedia ke masjid,” katanya di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut, di sini, hari ini.
Katanya, kehadiran tetamu ke rumah mereka adalah jemputan daripada Allah.
“Allah jua yang bagi kekuatan kepada saya serta suami untuk melayani tetamu jemputan Allah ini,” katanya.
Terdahulu, kediaman Nurly Sahirah menjadi tumpuan orang ramai dari dari pelbagai lokasi untuk melihat tahriri (al-Quran tulisan tangan) arwah serta menziarahi kuburnya.
Jumlah kunjungan tetamu semakin meningkat pada cuti hujung minggu hingga mencecah ribuan orang.
Sementara itu katanya, keluarganya tidak menghalang orang ramai mengunjungi kubur arwah Nurly, namun perlu menjaga adab serta tidak melakukan perkara tidak sepatutnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Nurly Sahirah dan terus menguatkan hati keluarganya.
Sumber:Harian Metro
The post Kunjungan Cecah Ribuan Orang, Rupanya Ini Sebab Keluarga Nurly Hadkan Waktu Ziarah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/beri-kami-kemas-rumah-sebelum-terima-tetamu-kunjungan-cecah-ribuan-orang-keluarga-nurly-hadkan-waktu-ziarah/