Kesempurnaan Bukanlah Ocd Anda Sihat
assalamualaikum 😊
pe tu OCD
korang ingat tak Mama Zila
meh i refresh memori uolls 👇👇👇
ni la isteri papa zola.
mama kpd pipi zola...
cantik!!!
tapi....
kerana sumpahan OCD nyer...
.... bertukar!!!
memang kelakar tgk episod mama zila ni
tak boleh la nampak benda bersepah, tak berkemas
sehinggakan habis bangunan semuanya mama zila bagi sama rata 😄😄😄. kereta disusunnya ikut warna, parking lurus-lurus. aduhai
nasib baik la at the end boboiboy dpt settle kan masalah raksasa mama zila tu
sharing dari laman fb Public Health Malaysia 👍.
bila nampak image tu shared by kawan2, terfikir plak utk baca more about OCD
sebab, most of the time, ramai yg refer OCD kat org lain yg cerewet atau perfectionist
ni kena bersih
situ kena tersusun
kena susun ikut warna, tinggi, tebal..
semua brg kena ada tempatnya
semua kena seragam
"dia ni OCD lah ni!"😄
contoh pertamaemak saya. memang tak boleh tolerate dgn kencing/berak cucu
cucu dlm kes ni referring to cucu yg bawah umur 7-8 thn la
now, mak saya ada cucu kecik gini seramai 4 org
mak takkan senang hati if cucu-cucu dia masuk tandas, kecik / berak sendiri, tanpa seliaan
mak saya sanggup tinggal keje dia masa tu utk attend cucu dia kencing/berak
then, mak akan cek seluar cucunya
tak basah! tapi ada bau. terus mak akan tukar seluar baru 😄
OCD kah
contoh keduabos pertama saya di JB
utk masukkan dokumen ke dlm fail
melubangkan dokumen tu wajib di hujung sebelah kiri, atas
lubang mesti 1" dari atas dan 1" dari kiri. barulah semua dokumen tersusun elok dlm fail
tak lah terburai-burai
tu satu lah contoh. ada byk yg lain
memang bos ni digeruni oleh anak-anak buah 😃
OCD kah
setelah saya dpt info dari fb 👆, jelas sekali diorang ni bukan OCD
so apakah sifat mereka tu
adakah mereka ni obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)?bila baca and baca and baca... OCPD ni plak saya jumpa
Obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)sejenis kecelaruan personaliti yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran serta hubungan.
seseorang tu mesti ada 4 ciri di bawah ni utk dikatakan diorang adalah OCPD :sgt fokus tentang perincian, peraturan, senarai dan susunan sehinggakan terlepas pandang kepada objektif utama dalam sesuatu aktiviti.terlalu berusaha untuk mencapai kesempurnaan sehingga lambat menyiapkan sesuatu tugasa.terlalu mementingkan pekerjaan dan produktiviti sehinggakan mengabaikan masa untuk diri sendiri, keluarga atau teman-teman.sukar utk membahagiakan tugas kepada orang lain kerana bimbang orang lain tidak mampu mencapai tahap yang kita inginkan.terlampau berpegang kepada moral dan etika serta patuh kepada peraturan tanpa pengecualian.sukar utk membuang barangan yang tidak lagi digunakan kerana memikirkan bahawa ia mungking berguna di suatu hari nanti.sukar utk membelanjakan wang utk diri sendiri atau org lain kerana bimbang wang tersebut diperlukan di masa hadapan.tidak fleksibel.
jika mempunyai 1-2 ciri 👆👆👆, bukan OCPD ye
kalau ada pun OCPD, pada saya ia bukanlah kronik selagi ia tidak menyusahkan diri sendiri dan org sekeliling
mungkin ia dpt membantu meningkatkan taraf kehidupan kita dan org sekeliling. sebab ciri-ciri tu semua ada sudut positifnya, kan
so, OCD tu apa??!!Obsessive-compulsive disorder (OCD)masalah mental di mana seseorang individu memiliki perasaan, idea, sensasi, tingkahlaku dan pemikiran yang berulang-ulang tanpa diingini dan tidak terkawal. ia mempunya 2 komponen iaitu obsesif (pemikiran) dan kompulsif (tindakan).
dalam bahasa biasa, saya rasa ia seperti penyakit was-was
mereka yg OCD ni biasanya mempunyai perasaan garu-ragu terhadap sesuatu sehingga mereka melakukan tindakan yang sama berulang-ulang kali
obsessive (pemikiran) : pemikiran yg tidak rasional, imej / idea yang berulang, tidak diingini serta mendatangkan rasa resah pada diri
compulsive (tindakan) : desakan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak selesa akibat pemikiran obsessive
contoh :mencuci tangan lebih dari 100 kali sehingga tangan menjadi merah dan bengkak.memeriksa kunci rumah, membuka dan mengunci selama setengah jam setiap hari.memperbetulkan kedudukan kereta di parkir berulang kali selama 1 jam.mengambil wudhu' berulang kali kerana menganggap ia masih belum sempurna.
few images yg saya rasa nice to share and explain everything
secara dasar je lah
utk kita kenal OCD atau OCPD
maka, apa yg saya faham dari semua ni adalah, menjadi kesempurnaan (perfectionist) bukanlah berpenyakit OCPD.nak kan kekemasan, keseragaman dan kesempurnyaa bukan satu penyakit yg harus dirawat ye.
normal 😃
if ia serius, sebagaimana memenuhi ciri-ciri OCPD dan OCD, maka, perlu la ke hospital berjumpa doktor psikiatrik
ia boleh dirawat
cegah sebelum parah..
😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/08/kesempurnaan-bukanlah-ocd-anda-sihat.html