Bayi 13 Bulan Cedera Disyaki Didera Pengasuh Banyak Kesan Lebam Pada Tubuh
Bayi 13 bulan cedera disyaki didera pengasuh, banyak kesan lebam pada tubuh. Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan dilaporkan mengalami kecederaan fizikal yang dipercayai akibat didera oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Seri Iskandar, Perak, pada Isnin.
Bayi 13 Bulan Cedera Disyaki Didera Pengasuh, Banyak Kesan Lebam Pada Tubuh
Insiden terbabit terbongkar apabila ibu dan bapa mangsa membawa anak mereka yang berada dalam keadaan lemah ke Hospital Seri Iskandar bagi mendapatkan rawatan segera.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan hospital terbabit pada jam 5.21 petang.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk pipi, telinga, dahi, perut dan kaki.
“Pihak perubatan turut mengesan keadaan tidak normal pada bahagian mata hitam mangsa, yang menimbulkan syak berlaku penderaan terhadap bayi tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi pada hari Selasa.
Berikutan laporan yang diterima, pihak polis telah menahan seorang wanita yang juga pengasuh bayi itu pada malam yang sama, kira-kira jam 9.20 malam, bagi membantu siasatan lanjut.
Difahamkan, wanita terbabit baru mula mengasuh mangsa sejak dua minggu lalu.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang berkaitan dengan pengabaian dan penderaan kanak-kanak.
Sumber: Sinar Harian
Kredit foto top image: Freepik
Baca artikel lain juga: Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Bayi 13 Bulan Cedera Disyaki Didera Pengasuh, Banyak Kesan Lebam Pada Tubuh appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bayi-13-bulan-cedera-disyaki-didera-pengasuh-banyak-kesan-lebam-pada-tubuh/