Yjm Quaker Smart Heart Challenge 2020



Assalammualaikum semua! Ramai yang sudah berniat pada tahun 2020 inginkan kesihatan yang baik, menurunkan berat badan dan menjaga diet dengan mengamalkan makanan seimbang. Semua ini boleh dilaksanakan dengan sukses sekali dengan menyertai YJM-Quaker Smart Heart Challenge. Yayasan Jantung Malaysia (YJN) bekerjasama dengan Quaker Malaysia untuk melaksanakan cabaran 1 bulan menurunkan kadar kolestrol. Caranya mudah sahaja! Anda pasti ingin tahu bagaimana cara-caranya untuk menyertai cabaran ini. Jom Ruby kongsikan cara-caranya! 
Mulakan Gaya Hidup Untuk Jantung Sihat Dengan YJM-Quaker Smart Heart Challenge Kali pertama Quaker menjayakan program "Quaker Smart Heart Challenge" ialah sedekad yang lalu pada tahun 2004. Tahun ini, Quaker meneruskan usaha itu, dengan matlamat untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai program ini. Anda juga boleh mengambil langkah untuk menjaga jantung dengan mendaftar program "Quaker Smart Heart Challenge". 




Seperti kebanyakan negara Asia Tenggara lain, makan adalah antara aktiviti kegemaran di Malaysia tetapi kebanyakan orang tidak peduli tentang nilai pemakanan dalam makanan yang mereka ambil setiap hari. Makanan segera ataupun makanan yang diproses, kebanyakannya mengandungi garam dan gula tambahan yang tinggi. Kehidupan moden sekarang, boleh menjadikan seseorang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, dan biasanya disertai dengan tekanan kerja yang tinggi, serta kecenderungan menggunakan peralatan teknologi yang telah menjadikan kita tidak aktif, murung dan obes. 

Statistik memberi gambaran yang kurang memberangsangkan. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2015) dan Institut Kesihatan Umum (IPH 2015), hampir 1 dari 2 orang rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi. Tambahan pula, kajian terkini yang di analisis di seluruh negara (Halizah et al., 2018) menunjukkan bahawa kolesterol tinggi, atau hiperkolesterolemia, banyak dikaitkan dengan obesiti. Seramai 1 dalam setiap 5 rakyat Malaysia adalah obes. Faktor utama obesiti ialah diet serta gaya hidup yang tidak sihat. Malah, Malaysia tersenarai di antara negara tergemuk di Asia.
Dengan peningkatan insiden penyakit jantung di Malaysia, Quaker, jenama Oat No. 1 di dunia‘, berhasrat membantu rakyat malaysia menjaga kesihatan jantung mereka. Oleh itu, Quaker bekerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), menjayakan "Quaker Smart Heart Challenge", sebuah program intervensi 30 hari yang memberikan motivasi dan membantu rakyat Malaysia menurunkan tahap kolesterol mereka dengan mengambil 2 senduk atau 8 sudu besar Quaker Oats setiap hari, sebagai sebahagian diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol. 


Quaker Smart Heart Challenge dirasmikan oleh Dr Fazilah Shaik Allaudin, MD, MBA, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, yang mewakili YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, di Invito Hotel di Bangsar South, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr J. S. Sambhi, Pengasas dan Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, yang mewakili YBhg Tun Dato' Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Yayasan Jantung Malaysia, Dato' Gurbakhash Singh, Timbalan Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia dan Dr Kit Phanvijhitsiri, Pengurus Sains Kehidupan, Penyelidikan & Pembanggunan PepsiCo-Quaker. 
Dalam ucapan Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, yang disampaikan oleh Dr Fazilah Shaik Allaudin, beliau memberi peringatan penting tentang statistik yang membimbangkan. 
"Hampir separuh daripada bilangan populasi dewasa di Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi. tetapi kebanyakan mereka masih berpendapat bahawa kolesterol tinggi tidak membahayakan mereka. Tinjauan pada 2015 menunjukkan bahawa dalam kalangan pesakit kolesterol tinggi, 38.6% (iaitu 7.8 juta) tidak menyedari mereka mempunyai kolesterol tinggi," katanya.

"Kolesterol tinggi adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan peningkatan penyakit jantung. Dan pada 2017, penyakit kardiovaskular kekal menjadi penyebab utama bagi kematian di hospital di bawah Kementerian Kesihatan, menjadikan jumlah kematian pada tahun itu sebanyak 10,284 atau 22.62%." 
Tun Dato' Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid. Presiden Yayasan Jantung Malaysia turut menambah bahawa statistik kematian disebabkan oleh penyakit jantung adalah membimbangkan. 
Tun Dato' Seri Ahmad Sarji berkata: "Harapan kami adalah mengubah tabiat rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadi lebih proaktif terhadap kesihatan jantung mereka. Ini penting kerana sukar untuk mengubah cara hidup rakyat Malaysia yang kebanyakannya mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Bagaimanapun, tabiat gaya hidup yang tidak sihat menjadi sebab utama 'epidemik' penyakit jantung di Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka dan memilih gaya hidup yang lebih sihat. Inilah caranya untuk menghentikan penyakit jantung daripada menjadi pembunuh nombor 1 di Malaysia!" Oat Memiliki Beta-glucan, 2 Scoop Sehari!Beta-glucan, sejenis serat makanan yang banyak terdapat dalam oat, telah diiktiraf sebagai mempunyai ciri-ciri kolesterol darah. Satu mekanisme utama yang dicadangkan adalah beta-glucan oat diet membentuk lapisan likat dalam usus kecil. Misi kempen ini adalah untuk mendidik dan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia dengan mengamalkan tabiat pemakanan serta gaya hidup sihat untuk merendahkan tahap kolesterol mereka. 

Dr Kit Phanvijhitsiri, Pengurus Sains Kehidupan, Penyelidikan & Pembanggunan PepsiCo-Quaker, berkongsi bahawa 


“Oat mengandungi Iebih protein, zat besi, magnesium. fosforus. potasium, zink dan folat berbanding bijian lain yang biasanya di makan di negara Asia seperti beras putih, beras perang, roti putih, barli dan jagung."

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa oat adalah cara yang berkesan untuk merendahkan tahap kolesterol dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kerana keberkesanan serat boleh larut yang juga di kenali sebagai beta-glukan, biasanya hanya didapati di dalam oat." Cara Menyertai YJM-Quaker Smart Heart Challenge1. Klik http://m.me/QuakerMalaysia?ref=bot
2. Taip "Hi Quaker" melalui Facebook Messenger anda3. Jawab soalan tentang diri anda4. Pilih senarai farmasi yang berdekatan anda
5. Kemudian pergi ke farmasi pilihan anda
6. Lakukan ujian Kolestrol secara PERCUMA




7. Tulis butiran peribadi anda beserta nombor Participant ID yang terdapat di Facebook Messenger.
8. 30 hari selepas YJM-Quaker Smart Heart Challenge, peserta akan menerima pemberitahuan bahawa sudah tiba masanya untuk pemeriksaan kolesterol. Lakukan ujian kolestrol di farmasi pilihan anda yang telah dipilih di Facebook Messenger sebelum ini.Quaker Bantu Anda Jayakan Cabaran Dengan Menghantar Set 
1. 2000 peserta yang layak akan dipilih. Anda boleh sertai dari acara jelajah Quaker atau ke farmasi pilihan anda.  2. Pihak Quaker akan pos. 3. Setiap Kit Quaker mengandungi:(1) 1 Buku Pendidikan percuma (mengandungi idea resipi 7 hari)(2) 1 Quaker Scooper percuma(3) 3 pek produk Quaker percuma- 1 x Oat Segera 1.2kg- 1 x Segera Oats 800g- 1 x Cook Cook Oats 800g4. Peserta akan diminta untuk mengambil 2 scoop bersamaan 8 sudu Quaker Oats setiap pagi selama 30 hari berturut-turut sebagai sebahagian daripada diet harian.Smartwatch Ganjaran Untuk Anda Dari QuakerWalaupun cabaran YJM-Quaker Smart Heart Challenge sudah memberi banyak kemudahan untuk anda menjaga tahap kolestrol dan memulakan diet yang baik. Pihak Quaker berbesar hati ingin menhadiahkan hadiah menarik seperti Smartwatch dan Fitness Band kepada peserta yang berjaya menurunkan kadar kolestrol secara konsisten. 
Hadiah Utama: 5 orang peserta teratas dengan pengurangan peratus tertinggi akan menerima Smartwatch dan bekalan satu tahun produk Quaker.
Hadiah Minor: 10 orang peserta seterusnya dengan pengurangan peratus kolesterol tertinggi akan menerima Fitnes Band dan bekalan enam bulan produk Quaker.

Resepi Overnight Quaker Oats Resepi-resepi menggunakan Quaker terlalu banyak di luar. Tetapi yang paling mendapat perhatian adalah resepi overnight oat. Untuk diet harian sebagai makanan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti, ketika sahur dan berbuka puasa. 

2 scoop Quaker Whole Rolled Oats
2 scoop Susu Segar atau Low Fat
Masukkan buah-buahan kegemaran anda
1 sudu madu
Simpan di dalam peti sejuk semalaman



Banyak lagi resepi Quaker yang menarik untuk anda cuba. Lawati laman web Quaker Oat okay! Semoga kita semua dapat mengambil bahagian dalam program Quaker Smart Heart Challenge agar dapat menjaga diet secara konsisten dan mulakan gaya hidup sihat.
www.quaker.com.my
www.facebook.com/QuakerMalaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/02/yjm-quaker-smart-heart-challenge-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Tiket Bola Pahang Online 2020

Cara Beli Tiket Bola Pahang Online 2020

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 339 hits
Cara Beli Tiket Bola Pahang Online 2020 ADAKAH anda penyokong setia Tok Gajah Berita baik buat anda peminat pasukan Pahang yang kini anda boleh membuat pembelian tiket bolasepak secara online menerusi aplikasi mudah alih Berikut dikongsikan...
Buffet Ramadhan 2020 Di Dorsett Grand Subang Semarak Iftar

Buffet Ramadhan 2020 Di Dorsett Grand Subang Semarak Iftar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 522 hits
Bulan ramadhan menjelang tiba Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kita dikurniakan sesuatu yang sangat bermakna iaitu kedatangan Ramadhan Namun menjangkau umur yang semakin meningkat kita semakin kehilangan rasa teruja menyambut k...
Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 663 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 29 Februari 2020 jam 05 22 PM Malaysia telah digemparkan lg dgn berita terkini mengenai politik
5 Inspirasi Resolusi Tahun 2020 Untuk Para Milenial

5 Inspirasi Resolusi Tahun 2020 Untuk Para Milenial

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 304 hits
Pergantian tahun sangat identik dengan perayaan dan resolusi Memasuki tahun baru di 2020 ini banyak kaum milenial yang telah menyusun resolusi yang ingin dicapai Meski begitu ada juga yang tak suka menetapkan resolusi karena takut gagal ata...
Kursus Pemantapan Tpu Ibse 2020 Di Iab Genting

Kursus Pemantapan Tpu Ibse 2020 Di Iab Genting

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 369 hits
Alhamdulillah selesai berkursus untuk pemantapan lebih 80 orang TPU bagi IBSE bersama Pusat STEM Negara Kursus kali kedua selepas tahun 2018 nih menghimpunkan kesemua TPU IBSE dari seluruh Malaysia Dan tugas kami adalah untuk review semula ...
Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke 19

Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke 19

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 367 hits
Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke 19 Assalamualaikum semua Walaupun sis tak pandai berbahasa Perancis tapi sis suka dengar loghat mereka bila bercakap Dulu dulu ada juga berhajat nak belajar sebab berangan nak ke sa...
Dapatkan Paket Umroh Terbaik 10 Hari Dengan Biaya Umroh Jakarta 2020 Yang Murah

Dapatkan Paket Umroh Terbaik 10 Hari Dengan Biaya Umroh Jakarta 2020 Yang Murah

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 175 hits
Dapatkan Paket Umroh Terbaik 10 Hari Dengan Biaya Umroh Jakarta 2020 yang Murah Umroh menjadi pilihan bagi setiap muslim yang ingin mengunjungi Tanah Suci dalam waktu dekat Seperti yang sudah diketahui bahwa jika ingin beribadah haji harus ...
Vivo Apex 2020 Diumumkan Dengan Spesifikasi Smartphone Masa Hadapan

Vivo Apex 2020 Diumumkan Dengan Spesifikasi Smartphone Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 248 hits
Vivo telah mengumumkan Vivo APEX 2020 yang merupakan smartphone konsep dengan spesifikasi dan fungsi yang agak menarik Ia hadir dengan skrin 6 45 inci dengan panel lengkung 120 darjah untuk kedua dua sisinya Peranti ini tidak memiliki sebar...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City