Yang Aneh Aneh Di Sabah


PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal minggu lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun agak mengecewakan.
Tidak mengejutkan kerana sejak pertukaran kerajaan Persekutuan dan pengguguran kes Tan Sri Musa Aman, kebanyakan pemerhati politik melihat kedudukan Mohd Shafie seperti telur di hujung tanduk.
Cakap-cakap bahawa kerajaan negeri telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah semakin kuat sejak beberapa minggu lalu.
Para ADUN yang meninggalkan Musa pada Mei 2018 khabarnya kembali menyatakan sokongan kepada beliau. Terdapat juga ADUN yang kecewa dengan kegagalan Mohd Shafie menguruskan kebajikan rakyat ketika pandemik koronavirus (Covid-19).
Musa ialah Ketua Menteri yang sah melalui mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ‘dijatuhkan’ Mohd Shafie.
Pada PRU14, parti Mohd Shafie iaitu Warisan hanya memperoleh 21 daripada 60 kerusi DUN Sabah, sebaliknya Barisan Nasional (BN) menjadi parti terbesar dengan menang sebanyak 29 kerusi. Pemenang lain kerusi DUN ialah DAP (6), PKR (2) dan STAR (2).
STAR mengambil keputusan menyokong BN, seterusnya membolehkan Musa mempunyai sokongan majoriti 31 kerusi. Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Hanya permainan politik Mohd Shafie dan kerajaan Persekutuan kemudiannya menjatuhkan Musa apabila enam ADUN BN menyertai Warisan atas sebab-sebab yang mereka sendiri ketahui.
Mohd Shafie juga kemudiannya menggunakan kuasa Ketua Menteri mengikut Perlembagaan Negeri untuk melantik lima orang ADUN tambahan bagi mengukuhkan kedudukannya.
Justeru, kerajaan Mohd Shafie bukanlah suara sebenar rakyat Sabah melalui peti undi seperti yang cuba digambarkan. Jadi, sangat aneh apabila Mohd Shafie mendakwa pembubaran itu bagi membolehkan rakyat Sabah, bukannya pihak lain yang menentukan kerajaan Sabah.
Ia sangat aneh dan melucukan. Mohd Shafie sendiri tidak pernah menghormati keputusan PRU14 dan tidak pernah mendapat mandat secara langsung untuk menjadi Ketua Menteri.
Apa yang terjadi kepada beliau hari ini adalah seperti kata pepatah Inggeris ‘a taste of his own medicine’. Beliau naik dengan cara memujuk ADUN BN menyokongnya dan jatuh juga kerana kehilangan sokongan ADUN.
Apa yang mengecewakan kita ialah keengganan Tun Juhar menerima menghadap kumpulan Musa sebelum keputusan pembubaran DUN dibuat. Tun Juhar seharusnya mendengar pandangan pihak lain sebelum memperkenan cadangan pembubaran DUN.
Adalah sangat aneh apabila Tun Juhar menerima Mohd Shafie menjatuhkan Musa tetapi hari ini menolak usaha mengembalikan keadilan politik berdasarkan keputusan PRU14.
Keanehan turut melanda Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menyeru rakyat Sabah untuk menyokong Mohd Shafie bagi mengangkat politik berprinsip dan menolak politik lompat parti.
Apakah mereka lupa Mohd Shafie naik sebagai Ketua Menteri Sabah melalui politik lompat parti? Bukankah mereka yang menyambut gembira kejayaan Mohd Shafie merampas kuasa pada Mei 2018 dan mengangkat beliau sebagai wira PH?
Tampak sangat dalam kemelut politik Sabah ini banyak yang ‘kokok berdegar-degar, namun ekor penuh tahi’.
*AB Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
The post Yang aneh-aneh di Sabah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/02/yang-aneh-aneh-di-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ti M Rasa Aneh Adun Kerajaan Sabah Boleh Alih Sokongan Secara Mengejut

Ti M Rasa Aneh Adun Kerajaan Sabah Boleh Alih Sokongan Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 374 hits
MALAYSIAKINIPertubuhan antirasuah Transparency International Malaysia berkata aneh untuk sebuah parti yang menguasai dua per tiga dewan undangan negeri kemudian menyaksikan sebahagian besar wakil rakyatnya mengalih sokongan kepada pembangka...
Kpm Teliti Keperluan Tutup Sekolah Di Sabah Kata Ismail

Kpm Teliti Keperluan Tutup Sekolah Di Sabah Kata Ismail

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 237 hits
Isnin lepas Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan 2 murid sekolah rendah di negeri itu positif Covid 19 Rakan sekelas dan keluarga pesakit juga diperintahkan menjalani kuarantin selama 14 hari PETALING JAYA Kementerian Pendidikan sedang menel...
Pilihan Raya Cara Terbaik Selesai Kebuntuan Di Sabah Kata Penganalisis

Pilihan Raya Cara Terbaik Selesai Kebuntuan Di Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Tiga penganalisis menyambut baik Yang di Pertua Sabah bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri langkah yang boleh membuka laluan kepada pilihan raya kilat di negeri itu Awang Azman Awang Pawi Azmi Hassan dan James Chin berk...
Sabah Siar Warta Kerajaan Isytihar Pembubaran Dun

Sabah Siar Warta Kerajaan Isytihar Pembubaran Dun

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 257 hits
KOTA KINABALU 30 Julai Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Dalam kenyataan di sini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata warta itu memaklumk...
Ydp Lulus Bubar Dun Sabah Tindakan Bijak Shafie Afdal

Ydp Lulus Bubar Dun Sabah Tindakan Bijak Shafie Afdal

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 277 hits
Dalam sidang media hari ini Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini Setelah buat surat semalam saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubark...
Pelajar Guru Sekolah Di Sabah Negatif Covid 19 Tiada Kluster Baharu

Pelajar Guru Sekolah Di Sabah Negatif Covid 19 Tiada Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 179 hits
PUTRAJAYA 30 Julai Ujian saringan COVID 19 ke atas semua pelajar dan guru di sebuah sekolah yang seorang pelajarnya diuji positif jangkitan itu baru baru ini menunjukkan keputusan negatif kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham A...
Dun Sabah Bubar Shafie Apdal

Dun Sabah Bubar Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 267 hits
Beri laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mem...
Dakwa Dapat Majoriti Mudah Musa Aman Dijangka Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Hari Ini

Dakwa Dapat Majoriti Mudah Musa Aman Dijangka Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 509 hits
186 total views 186 views today Petang semalam politik negara dikejutkan dengan satu pengumuman daripada Tan Sri Musa Aman yang mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu menggantikan kerajaan...
Zahid Says Sabah Election Will Put Power Back In Voters Hands

Zahid Says Sabah Election Will Put Power Back In Voters Hands

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 207 hits
The early Sabah state election announced today will again empower voters to choose the state s leadership Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said Despite earlier announcing that his party will not join Perikatan Nasional and inste...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Boarding Pass Tak Mention Am Pm Pelajar Kolej Terlepas Flight Kerana Salah Waktu

Leadership Skills For Owners

Konsert Aku Muzik Kamu 2 0

Tomislav Steinbruckner Enggan Melatah

Kalendar 2025 Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

Rukun Wuduk Niat Doa Selepas Wuduk