World Of Phalaenopsis Ulu Yam Tarikan Orkid Murah


WORLD OF PHALAENOPSIS, ULU YAM TARIKAN ORKID MURAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Maaflah lama tak blogging dan blogwalking disebabkan kesibukan melampau sejak akhir-akhir ini.

Sekarang viral rata-rata rakyat Malaysia demam houseplants. Jadi kebanyakkan nursery telah diserbu oleh penggemar houseplants sampai saya nak cari tanah untuk tambah ke dalam pasu pokok-pokok sedia ada pun semua habis. Sementara tokey nursery top-up semula stock tanah, saya pun cari kawasan kehijauan yang tak sesak dengan orang ramai.

Secara kebetulan, baru-baru ni kawan saya ada post di Facebook dia pergi ke World of Phalaenopsis yang terletak di Ulu Yam. Apa lagi, the next day saya menyusul ke sana sebab di situ nampak unik dan menarik..

World of Phalaenopsis, Ulu Yam
Ternyata ianya satu tempat yang mendamaikan. Saya pun baru berjinak-jinak dengan orkid walaupun selalu failed dan dah banyak membazir duit beli orkid masih tak menjadi namun tetap gagahkan diri ke sana. 
Koleksi orkid di Wolrd of Phalaenopsis Ulu Yam
Apa yang menarik perhatian saya, harga orkid di sini jauh lebih murah berbanding di tempat lain terutama di Seremban. Harga beza 2 kali ganda uolls.. Berbaloi-baloi, memang sesuai dengan saya yang masih gagal menjaga orkid. Lagi pun banyak sangat pilihan... Kali ni kalau mati juga pokok orkid tu takde la rasa membazir atau terkilan sangat berbanding harga orkid sebelum ni

World of Phalaenopsis Ulu Yam
Kalau uolls nak tahu, harga sepasu orkid ni hanya RM28.00. Beli 2 pasu RM50.00 on top of that saya dapat lagi discount RM2.00 ketika membuat bayaran

Koleksi orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Rambang mata sebab banyak sangat spesis orkid kiri kanan sepanjang ruang pejalan kaki


Koleksi orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Bila dah banyak sangat maka serba tak kena, tak tahu nak pilih mana satu. Semua cantik-cantik belaka.


Fragrant Phalaenopsis Orchids
Selain itu,  anak pokok orkid wangi ada juga dijual di sini. Saya tak pernah jumpa spesis pokok orkid wangi sebelum ni. Harga anak pokok orkid wangi ni agak pricey iaitu RM33.00 sepasu


Gubahan pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu YamGubahan pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Ini pula gubahan pokok orkid hidup sebelum pintu masuk ruang pameran. Untuk pengetahuan pembaca, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang ini. Mungkin diaorang risau kot-kot budak-budak petik putik orkid dalam tu. 
Ruang pameran orkid
Pokok-pokok orkid yang dipamerkan di ruangan ini kategori VVIP dan diletakkan di ruang pameran korporat. Namun harga pokok-pokok tersebut masih berpatutan dan mampu beli. 
Untuk pengetahuan, pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar di ruang pejalan kaki tapi tidak dibenarkan mengambil gambar dalam setiap ruang pameran

Pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Tengoklah kecik-kecil cili padi, pokok orkid sekecil ini pun mampu mengeluarkan bunga yang banyak. Manalah saya tak keruan dibuatnya.. Harga pun murah.. 

Gubahan pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Ini pula salah satu hiasan pokok orkid yang ada di ruang pejalan kaki. 
Di sini juga terdapat cafe yang menghidangkan makanan seperti nasi lemak, dessert serta minuman panas dan sejuk. Saya tak sempat masuk sebab dalam keadaan begini, social distancing melambatkan proses. 
Andai ada pembaca ingin lihat bagaimana keadaan cafe tersebut, boleh Google. Ada ramai blogger kongsi gambar cafe tersebut yang cantik dan santai di samping hiasan bunga-bunga yang cantik.


Marilah kita pulang
Malas menunggu so lepas membeli beberapa pokok orkid saya pun balik ke Seremban. Lama tak ikut jalan Gombak dan melalui pinggir Kuala Lumpur. Rindu dengan kenangan di kawasan itu.

Jalan Gombak - Ulu Klang
Gambar pinggir Kuala Lumpur, kawasan yang telah berpuluh tahun saya tinggalkan.


HASIL MEMBELI ORKID DI WORLD OF PHALAENOPSIS, ULU YAM

Beli pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Hasil lawatan saya beli 5 pokok orkid pelbagai jenis. Terus terang kata memang saya tak tahu berapa lama jangka hayat orkid ni boleh bertahan di bawah penjagaan saya. Masih lagi trial and error.
Beli pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Kalau ikutkan hati memang fed-up dan give-up jaga pokok orkid. Pantang silap sikit mudah mati. 

Beli pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Sebelum ni saya letak pokok orkid dalam rumah, kali ni saya biarkan di porch dengan cahaya minimum. Sepanjang berada di rumah ini, saya hanya spray air sekali sahaja sebab bimbang akan mati jika over-watering. Mengada betul pokok orkid ni. Walaupun mengada tetapi cantik jelita, itulah sebab saya masih tak berputus asa untuk jaga pokok orkid

Ruang orkid di porch kereta
Begitulah cerita ke World of Phalaenopsis di Ulu Yam. Siapa peminat orkid boleh ke sana, memang berbaloi-baloi. Banyak keperluan penjagaan orkid ada juga dijual di sana. Tempat ni sesuai untuk weekend getaway.

Boleh layari Facebook : World of Phalaenopsis
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Thank you for reading
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam.
Byeee.



Regards,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2020/07/world-of-phalaenopsis-ulu-yam-tarikan-orkid-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketupat Bonda Ketupat Palas Frozen Kelantan Yang Sedap Lembut Dan Murah

Ketupat Bonda Ketupat Palas Frozen Kelantan Yang Sedap Lembut Dan Murah

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 534 hits
Ketupat Bonda Ketupat Palas Frozen Kelantan Yang Sedap Lembut Dan Murah Resepi ketupat lemak memang ada banyak di internet Antaranya ada resepi ketupat lemak Kelantan resepi ketupat lemak utara dan sebagainya Ketupat kat Kelantan ni ada ban...
Hotel Murah Di Bandar Kuantan Kompo Villa

Hotel Murah Di Bandar Kuantan Kompo Villa

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 564 hits
Hotel Murah di Bandar Kuantan Kompo Villa Assalamualaikum dan Hai Sebelum ini CR pernah kongsikan satu hotel murah berdekatan dengan exit Tol Gambang iaitu Selesa View Hotel Boleh untuk baca Untuk kali ini CR nak berkongsikan satu hotel yan...
Realme C11 Handphone Murah Bawah Rm500 Terbaik

Realme C11 Handphone Murah Bawah Rm500 Terbaik

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 496 hits
Realme C11 Handphone Murah Bawah RM500 Terbaik Realme came out with a great device yet again Terkini mereka melancarkan Realme C11 iaitu peranti kelas pertengahan dengan penawaran bateri 5000mAh pada harga RM429 sahaja untuk varian Pelbagai...
Cara Buat Iklan Facebook Murah

Cara Buat Iklan Facebook Murah

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 253 hits
Sebelum tu korang kena tau post iklan korang ini Nak target buat video atau post yang tulis copywriting Sekarang buka korang punya HOME Lepas tu cari Ads Manager belah kiri So dalam Ads Manager ini tekan create Campaign Bila tekan create Ca...
Kopi Ais Viral Di Jitra Murah Dan Sedap

Kopi Ais Viral Di Jitra Murah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 1174 hits
Kopi Ais Viral di Jitra murah dan sedap Assalamualaikum Baru baru ni Cik Rose balik kampung Dapatlah balik kejap sebelum suami masuk ops 3 bulan ni kan Balik Kedah Jitra rumah mertua dan Merbok rumah family Cik Rose Biasalah dok scroll fb t...
Diy Table Bar Dengan Modal Serendah Rm150 Murah Tapi Cantik

Diy Table Bar Dengan Modal Serendah Rm150 Murah Tapi Cantik

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 546 hits
Jika sebelum ini anda teringin mahu memiliki table bar di rumah tetapi tidak mampu kerana harganya yang mahal Jangan risau kerana anda kini boleh DIY sendiri di rumah Ia tidak memerlukan modal yang besar hanya serendah RM150 Murah kan Seper...
Apa Yang Murah Di Nilai 3

Apa Yang Murah Di Nilai 3

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 504 hits
Bertahun juga rasanya ana tak ke Nilai 3 kali terakhir pergi seingat ana dalam 5 atau 6 tahun lepas Ana ni jenis yang kalau tak ada benda nak cari atau kalau tak kebetulan lalu tempat tu jarang nak pergi sesaja Nilai 3 ni tempat kalau nak c...
Murah Je Aqiqah Daim Naufal Di Tanah Suci Mekah Melalui Aqiqahcentre Com

Murah Je Aqiqah Daim Naufal Di Tanah Suci Mekah Melalui Aqiqahcentre Com

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 640 hits
MURAH JE AQIQAH DAIM NAUFAL DI TANAH SUCI MEKAH MELALUI AQIQAHCENTRE COM Daim tak lagi Umur dah 3 tahun bila nak aqiqah Yes Inilah masalah kami sekeluarga zaman berzaman Dok fikir bab aqiqah Daim Naufal si bongsu kami ni ha Banyak sebabnya ...
Mak Su Beauty Ipoh Kedai Kosmetik Murah Di Ipoh

Mak Su Beauty Ipoh Kedai Kosmetik Murah Di Ipoh

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 378 hits
Baru baru ni masa balik kampung dah aim nak ajak mr hubby singgah kedai kosmetik Ipoh ni Mana lagi kalau tak MAK SU BEAUTY Kedai Mak Su Beauty ni dekat je dengan rumah mak mertua k fiezz Tu yang tiap kali lalu asik nak ajak mr hubby singgah...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk