Wanita Tua Kala Remang Senja



Yasmin tidak pernah tinggal di asrama. Sejak kecil dia duduk dengan kedua-dua ibu bapanya di kampung sehinggalah tamat persekolahan. Tapi setelah diterima melanjutkan pengajian di sebuah kolej jururawat rutin hidupnya mula berubah. Sebagai seorang pelajar di kolej itu, Yasmin perlu tinggal di asrama. Asrama itu adalah sebuah bangunan rumah kedai yang telah diubah suai menjadi tempat penginapan semua pelajar di kolej tersebut. Setiap unit telah diberikan nombor bagi memudahkan urusan pihak kolej. 

"Bilik 310," ujar pelajar senior kepada Yasmin ketika dia mendapatkan kunci bilik asramanya.

"Terima kasih," balas Yasmin.

"310 maksudnya tingkat tiga, bilik nombor 10. Ini bilik hujung sekali sebelah bilik mandi," ujar senior itu.

Dalam hati Yasmin berkata-kata. Bilik sebelah bilik mandi? Adui, mendengarnya saja sudah seram bulu roma. 

Yasmin melangkah berhati-hati menaiki tangga ke tingkat tiga. Agak payah dia mengheret beg yang sarat dengan pakaian dan barangan keperluan lain. Asrama yang ditinggalkan bersempena cuti semester yang agar panjang membuatkan keadaan agak berhabuk.

Kini sudah dua minggu Yasmin bergelar pelajar di kolej di sini. Cuti sempena Awal Muharram membuatkan tiga rakan sebilik Yasmin bercuti. Yasmin yang tinggal agak jauh membuat keputusan untuk tidak pulang kerana tempoh cuti yang agak singkat. Senja itu Yasmin baru pulang daripada berjoging. Dia mengambil tuala dan peralatan mandian lalu bergegas ke bilik mandi di sebelah biliknya kerana azan Maghrib akan dilaungkan tak lama lagi. Dia perlu cepat untuk menunaikan solat Maghrib. Kala langkahnya hampir sampai ke muka pintu bilik mandi, satu suara mengejutkannya dari belakang.

"Nak, boleh makcik tau di mana bilik nombor 411?" tanya seorang wanita tua yang berpakaian baju kurung Kedah dan berkain batik sambil membawa sebunjut kain batik yang biasanya berisi pakaian. 

Yasmin agak terkejut dengan teguran wanita tua itu. Apatah lagi dengan keadaan wanita tua itu yang berkeadaan agak pelik. Namun, Yasmin cuba menyembunyikan perasaan gugupnya itu.

"Sini tingkat tiga makcik. Bilik 411 berada di tingkat empat," ujar Yasmin.

"Boleh hantar makcik ke sana? Makcik nak berjumpa dengan anak makcik," kata wanita tua itu.

"Oh, boleh. Marilah," kata Yasmin sambil meletak barang mandiannya di atas meja di tepi bilik mandi itu.

Yasmin berjalan mendahului wanita tua itu. Dia yang kelihatan sedikit uzur itu berjalan perlahan-lahan di belakang Yasmin. Menoleh ke belakang dan melihat wanita tua itu berjalan lambat, Yasmin memperlahankan sedikit langkahnya. Di anak tangga, Yasmin membantu wanita tua itu untuk menaiki satu persatu anak tangga. Yasmin berasa terkejut kerana tangan wanita tua itu sejuk bila takala dipegang. Namun dia cuba berlagak biasa. Hari semakin gelap. Yasmin melangkah mencari bilik nombor 411 seperti yang dikatakan oleh wanita tua itu. Kala dia sampai di hadapan bilik 411, ternyata bilik itu adalah bilik mandi yang turut menempatkan tandas. 

"Makcik, betul ke bilik anak makcik 411? Ini bukan bilik asrama tapi bilik mandi dan tandas," ujar Yasmin.

"Ya, memang betul bilik 411. Anak makcik yang beritahu makcik nombor biliknya," kata wanita tua itu.

"Siapa nama anak makcik tue? Mana tahu saya kenal. Mungkin dia tersalah beri nombor bilik. Tapi sekarang nie ramai pelajar cuti," balas Yasmin.

"Nama anak makcik adalah Ayu Sakinah. Dia memang duduk di sini. Ha, tue suara dia ada tue. Dia panggil makcik," kata wanita tua itu sambil berlalu berjalan perlahan masuk ke dalam bilik mandi dan tandas itu.

Yasmin terkedu. Sekaligus giginya terasa sejuk dan bulu roma tengkuknya meremang. Terdengar azan Maghrib dan kelibat wanita tua itu hilang daripada pandangannya. Yasmin berlari menuju ke biliknya di tingkat tiga. 

Dah seminggu Yasmin demam. Dia sungguh berasa terkesan dengan kejadian yang menimpanya minggu lalu. Barulah Yasmin tahu yang Ayu Sakinah merupakan bekas pelajar kolej itu yang meninggal dunia di bilik mandi kerana tergelincir. Kejadian itu berlaku pad musim cuti namun Ayu Sakinah tak balik kampung kerana cuti yang singkat dan kampungnya pula jauh di Sabah. Ibunya di kampung terlalu sedih dengan kejadian itu lau meninggal dunia tak lama kemudian. Sejak kejadian itu, memang selalu kelihatan kelibat wanita tua yang mencari anaknya di bilik mandi tempat kejaidan tersebut berlaku, terutama pada waktu cuti. Bilik mandi di tingkat empat itu memang jarang digunakan oleh pelajar kolej tersebut.

Mulai hari itu, Yasmin selalu pulang ke kampung jika ada cuti walaupun singkat. Dia dah tak berani duduk sendirian di bilik asrama apatah lagi jika waktu cuti. Kejadian ini turut menjadikan Yasmin lebih berhati-hati di bilik mandi agar tidak tergelincir kerana malang tak berbau. 

*sumber cerita daripada Mingguan Wanita
#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2019/02/wanita-tua-kala-remang-senja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kondisi Kamar Gelap Ketika Gelap Miliki Andil Besar Bagi Kesuburan Wanita

Kondisi Kamar Gelap Ketika Gelap Miliki Andil Besar Bagi Kesuburan Wanita

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 225 hits
Sebuah kebiasaan sederhana yang dilakukan pada malam hari seperti mematikan lampu ternyata dapat memiliki dampak sangat besar bagi wanita Kebiasaan ini tak hanya berdampak pada tagihan listrik di akhir bulan saja namun juga pada sebuah hal ...
Sempat Muat Naik Status Di Whatsapp Wanita Ini Nekad Gan Tung Diri

Sempat Muat Naik Status Di Whatsapp Wanita Ini Nekad Gan Tung Diri

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 465 hits
Dimarahi Suami Kerana Kerap Main Facebook Wanita Ini Gant ung Diri Seorang wanita bertindak membunuh diri kerana terlalu sedih dimarahi suami akibat terlalu kerap bermain Facebook Menurut laporan Harian Metro kejadian yang berlaku di Samari...
Kos Rawatan Cecah Rm2000 Tapi Masih Tak Sembuh Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema

Kos Rawatan Cecah Rm2000 Tapi Masih Tak Sembuh Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 403 hits
Kos Rawatan Cecah RM2000 Tapi Masih Tak Sembuh Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema Mungkin tak ramai yang tahu tentang penyakit ekzema kerana menganggap ianya hanya dihidapi oleh bayi atau kanak kanak saja Namun begitu sebenarnya ada ju...
Wanita Buta Tangisi Suaminya Yang Diadili Setelah Cabut 5 Pohon Pisang

Wanita Buta Tangisi Suaminya Yang Diadili Setelah Cabut 5 Pohon Pisang

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 148 hits
Seorang laki laki asal Dusun Duwek Tinggi Desa Blumbungan Kecamatan Larangan Kabupaten Pamekasan terpaksa berurusan dengan penegak hukum Beberapa waktu lalu ada seorang laki laki bernama Padla diadili setelah mencabut lima batang pohon pisa...
Wanita Ini Kongsi Kebaikan Minum Air Bird S Nest Kulit Cantik Tau

Wanita Ini Kongsi Kebaikan Minum Air Bird S Nest Kulit Cantik Tau

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 949 hits
Wanita Ini Kongsi Kebaikan Minum Air Sar ang Burung Kulit Cantik Tau Setiap orang inginkan kulit wajah yang halus mulus bersih tanpa parut jerawat jeragat dan sebagainya bukan Tapi pening juga kalau anda sudah cuba untuk menggunakan pelbaga...
Menetap Di Desa Bersama Suami Dan 8 Anak Wanita 40 An Ini Kekal Cantik

Menetap Di Desa Bersama Suami Dan 8 Anak Wanita 40 An Ini Kekal Cantik

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 366 hits
Kebahagiaan menurut setiap individu adalah berbeza Ada yang sama dan ada yang mungkin berlainan Mungkin ada orang yang berasa bahawa memiliki kehidupan serba mewah merupakan aras kebahagiaan yang mereka ingini Ada pula sesetengah daripada k...
Berkaitan Flat Earth Wanita Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Suhaimi Saad

Berkaitan Flat Earth Wanita Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 794 hits
Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang mencabar angkasawan negara Dr Sheikh Muzaffar hari ini menerima kritikan di media sosial berhubung dakwaan beliau bahawa bumi berbentuk rata Seorang pengguna media sosial Tun Fiqa Mohammad malah menul...
Wanita Ini Guna Petua Ganjil Atasi Masalah Rambut Kelemumur E Ppb

Wanita Ini Guna Petua Ganjil Atasi Masalah Rambut Kelemumur E Ppb

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 363 hits
MASALAH Kelemumur menyerang tidak kira usia hingga ada pelbagai pihak memperkenalkan pelbagai cara untuk menanganinya Bahan seperti jus limau nipis dan urutan lemon misalnya sering diperkatakan antara yang berkesan untuk mengatasi masalah k...
5 Tahun Menaruh Dendam Ditinggalkan Lelaki Bunuh Bekas Teman Wanita

5 Tahun Menaruh Dendam Ditinggalkan Lelaki Bunuh Bekas Teman Wanita

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 812 hits
5 tahun menaruh dendam ditinggalkan lelaki bunuh bekas teman wanitaSeorang wanita mati dibunuh oleh bekas teman lelaki yang masih menaruh dendam terhadapnya sejak lima tahun lalu Polis telah berjaya menahan suspek yang kini bakal berdepan d...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide