Ujub Dan Hukumnya


Ujub Dan Hukumnya | Alhamdulillah Syukur Ya Allah, sekejap tadi KakYa diberi peluang oleh Allah SWT untuk sama sama menimba ilmu di group WhatsApp Hikmah Berzikir kelolaan Bonda Muzaimah. Perkongsian Bonda tadi mengenai Ujub. Ujub? Apa sebenarnya Ujub ni? KakYa kongsikan untuk sahabat dan juga pembaca blog KakYa. Semoga  ilmu yang KakYa kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat sahabat sekalian. InsyaAllah sama sama kita berkongsi ilmu. Sahaja aku berkongsi ilmu ini kerana Allah SWT. Aamin aamin Ya Allah Ya  Mujib. Izinkan Aku Ya Allah berbagi ilmu bersama sahabat. 

Maksud UjubUjub ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Ajaib dengan diri sendiri. Terasa diri sendiri hebat. Bangga akan diri sendiri. Terpesona dengan kehebatan diri sehingga terlupa dan tidak rasa hebat dengan Allah SWT. 
Ujub adalah salah satu sifat tercela atau sifat yang harus dihindari oleh ummat islam. Ini kerana jika kita mempunyai sifat ujub maka kita akan menjadi sombong dan juga riak. 
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa

1. Orang yang rajin beribadah - Kagum dengan ibadahnya

2. Orang yang berilmu- Kagum dengan ilmunya

3. Orang yang cantik, - Kagum dengan kecantikannya

4. Orang yang dermawan, - Kagum dengan kebaikannya

5. Orang berjawatan tinggi- Kagum dengan jawatannya

6. Orang yang bijak berpidato- Kagum dengan pidatonya

7. Orang yang petah berbicara - Kagum dengan kepetahannya
8. Orang yang berdakwah- Kagum dengan dakwahnya

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia

Hukum Ujub Sepertimana yang kita tahu, Ujub adalah salah satu sifat tercela dan haram bagi kita ummat islam memiliki sifat ini. Seseorang muslim seharusnya  merasa rendah diri di hadapan Allah SWT dan tidak memiliki sifat ujub ini kerana, Allah adalah maha pemilik dan penguasa langit dan bumi. 
Sufyan At-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Seorang sahabat Nabi, Abu Ubaidah Al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." (Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)
Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).” (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Alhamdulillah Syukur Ya Allah dapat KakYa berkongsi sedikit ilmu buat sahabat pada petang ini. Ini saja perkongsian KakYa untuk post kali ini. KakYa akan kongsikan lagi mengenai Cara Menghindari Sifat Ujub dalam post yang akan datang. Semoga kita semua dijauhkan Allah daripada sifat Ujub ini. Aamin aamin Ya Mujib. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/07/ujub-dan-hukumnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertaranum Ketika Dalam Solat Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti Wp Mengenai Hukumnya

Bertaranum Ketika Dalam Solat Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti Wp Mengenai Hukumnya

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 301 hits
Taranum adalah melenggokkan suara mengikut nada rentak dan irama tertentu Taranum membawa kaedah untuk mempercantikkan bacaan ayat al Quran secara berlagu Tujuan taranum adalah untuk memberi keindahan pada kalimat Allah serta mampu menghaya...
Apa Itu Takhbib Ulama Menyatakan Hukumnya Haram

Apa Itu Takhbib Ulama Menyatakan Hukumnya Haram

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Apa yang dimaksudkan dengan takhbib Perkataan takhbib daripada segi bahasa dan istilah bermaksud seorang lelaki merosakkan hamba atau isteri kepada orang lain manakala maksud al khabb pula ialah kerosak...
Stop Main Tiktok Ini Hukumnya Menurut Penjelasan Ustadz Somad

Stop Main Tiktok Ini Hukumnya Menurut Penjelasan Ustadz Somad

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 194 hits
Dalam membawakan ceramah Ustadz Abdul Somad selalu memberikan kesempatan jamaahnya mengajukan pertanyaan tentang berbagai fenomenal Yang terbaru dalam sebuah ceramah jamaah Abdul Somad menanyakan soal hukum bermain Tik Tok dan mobile legand...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan