Trend Lesu Akhbar Cina


TERINGAT awal 2004 ketika berkhidmat sebagai wartawan sebuah majalah, saya diminta pengarangnya menulis rencana perihal kelarisan akhbar berbahasa Cina. Mujur saya ada dua kenalan iaitu penolong editor berita masing-masing di Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh bagi berkongsi rahsia eksklusif kisah kejayaan akhbar mereka.

Itu cerita hampir dua dekad lalu ketika arus teknologi maklumat masih bertatih dan belum berlaku trend peralihan minat pembaca akhbar bercetak kepada versi maya selain portal dalam talian.

Akhir bulan lalu, industri persuratkhabaran tempatan gempar apabila Oriental Daily News dilaporkan menghentikan percetakan dan berubah kepada wadah digital sepenuhnya mulai hari ini. Ia mengikut jejak dua akhbar sebelumnya beralih kepada versi siber iaitu The Edge pada 22 April 2020 dan akhbar berbahasa Inggeris tertua tanah air, Malay Mail pada 2 Disember 2018.

Anehnya, transformasi Oriental Daily News kepada platform maya 100 peratus mencetuskan banyak spekulasi dalam kalangan pemain media tempatan khususnya komuniti Cina sendiri. Adakah anak muda Tionghoa tidak lagi berminat dengan akhbar bahasa ibunda mereka, jauh beza generasi lama yang ‘wajib’ membeli dan membaca surat khabar Cina selepas waktu subuh?

PENYAKIT
Atau apakah ‘penyakit’ orang Melayu yang didakwa malas melanggan akhbar berbahasa Melayu, kononnya tiada kelas berbanding akhbar berbahasa Inggeris mula menjangkiti masyarakat Cina?

Mungkin tidak adil membuat perbandingan sedemikian, tetapi trend ‘kelesuan’ akhbar Cina tentu menyimpan banyak cerita panas berkait rapat isu geopolitik dan sosiobudaya etnik berkenaan.

Apatah lagi, Oriental Daily News bukan akhbar picisan selain latar kedudukan kewangan amat kukuh dimiliki gergasi Kumpulan KTS dan diasaskan taikun pembalakan Sarawak, Datuk Lau Hui Kang.

Dengan jualan stabil 146,000 naskhah, ketiadaan Oriental Daily News di rak akhbar amat dirasai, mengulangi sejarah hitam Shin Min Daily News terbitan Kumpulan NSTP yang ‘berkubur’ pada 1994.

Bayangkan, ada tidak kena setelah harga jualan Oriental Daily News turun daripada RM1.20 kepada 60 sen senaskhah, selain tidak lagi dicetak pada hari Sabtu dan Ahad sejak 1 Mei tahun lalu.

Senario ‘kelam’ akhbar berbahasa Cina turut dikejutkan dengan tiada lagi edisi malam Sin Chew Jit Poh mulai 1 April tahun lalu atas alasan kewangan dan nilai rugi tidak berbaloi ditanggungnya. Sekadar bersangka baik, pembaca dalam kalangan kaum itu mungkin tidak teruja dengan akhbar berbahasa Cina atau boleh jadi tiada masa membelek kertas walhal segala berita ada dalam talian.

Realiti semasa, persaingan akhbar berbahasa Cina di Malaysia memang sengit, hatta sudah sampai ke peringkat tepu dan diburukkan lagi oleh portal berita maya yang lebih banyak opsyen. Kecenderungan pembaca muda yang tidak mahu ketinggalan perkembangan terkini dan mahu kesegaran pemberitaan jitu menjadikan akhbar Cina sukar bangkit malah terus makin hilang bisa.
Oleh: Amree Ahmad


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/trend-lesu-akhbar-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Tak Ramai Penagih Cina

Kenapa Tak Ramai Penagih Cina

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 89 hits
Secara umumnya nilai masyarakat Cina Malaysia masih berpegang kepada idea pemikiran yang bersifat sebab logik dan rasional Sebahagian mereka menolak pegangan nilai agama yang dianggap terikat dengan nilai tradisi yang kurang menyelesaikan p...
Bila Yb Cina Sibuk Berbuat Amal

Bila Yb Cina Sibuk Berbuat Amal

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 76 hits
Bila YB Cina sibuk berbual amal YANG MELAYU TERHAYAL DI UDARA Melihat MP Steven Sim Chee Keong perasaan bercampur baur Pelbagai usaha kebaikkan dilakukan olehnya Terharu kerana dia sudi membantu keluarga Melayu Terbaru kerana dia ahli Parli...
Mp Cina Memalukan Mp Melayu Yang Lain Terutamanya Yang Beragama

Mp Cina Memalukan Mp Melayu Yang Lain Terutamanya Yang Beragama

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 83 hits
Melihat MP Steven Sim Chee Keong perasaan bercampur baur Pelbagai usaha kebaikkan dilakukan olehnya Terharu kerana dia sudi membantu keluarga Melayu Terbaru kerana dia ahli Parlimen pembangkang yang bajet disekat oleh kerajaan yang tidak pr...
Adakah Perpaduan Dipupuk Di Sekolah Cina

Adakah Perpaduan Dipupuk Di Sekolah Cina

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 44 hits
Prof Dr Ridhuan Tee AbdullahWujudkah perpaduan melalui sukan dan persatuan di sekolah Cina SJKC SMJKC dan SPC APABILA sekolah aliran kebangsaan membuat sedikit kesilapan seperti yang berlaku di SMK Dato Bentara Luar Johor heboh satu dunia T...
Siapa Yang Akan Menang Antara Dolar As Dan Yuan Digital Cina

Siapa Yang Akan Menang Antara Dolar As Dan Yuan Digital Cina

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 46 hits
Pasaran menganggap konfrontasi antara mata wang dunia utama sebagai corak Walau bagaimanapun keadaan berubah apabila aset digital masuk Sekarang siapa yang akan menang antara yuan digital dan dolar fiat Trik di pasaran global diciptakan ole...
Mahu Kembar Kuasai Tiga Bahasa Sebelum Usia 12 Tahun Dr Sheikh Muszaphar Hantar Adam Noah Ke Pra Sekolah Cina

Mahu Kembar Kuasai Tiga Bahasa Sebelum Usia 12 Tahun Dr Sheikh Muszaphar Hantar Adam Noah Ke Pra Sekolah Cina

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 61 hits
Seronok melihat cara didikan pasangan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina Yunos kepada enam orang cahaya mata mereka Bermula dari anak sulung lagi kedua duanya mahu memberikan pembelajaran yang terbaik buat anak anak mereka B...
Ramai Cina Kaya Raya Hasil Pengkhinatan Umno Terhadap Bangsa Sendiri

Ramai Cina Kaya Raya Hasil Pengkhinatan Umno Terhadap Bangsa Sendiri

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 115 hits
Selesai baca buku Riwayat Lim Goh Tong bertajuk CERITA SAYA Berjaya menjadi pemilik Gunung Ulu Kali selepas memohon daripada kerajaan Pahang 4 940 hektar dan Selangor 1 110 hektar Tanah tanah itu dia dapat percuma dengan status hak milik ke...
5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu

5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 229 hits
5 Makanan Cina Yang Popular Dalam Kalangan Melayu Kepelbagaian kaum yang ada di negara kita ni menjadikan negara kita begitu unik di mata dunia Jadi apabila sebut je pasal makanan apa yang tak ada di Malaysia ni Cakap je nak makan makanan j...
Cina Tolong Melayu Melayu Sibuk La Ni Dok Muafakat Kah Kah

Cina Tolong Melayu Melayu Sibuk La Ni Dok Muafakat Kah Kah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 69 hits
STEVEN SIMPagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan Sdr Lim Guan Eng tapi last minute saya terima info ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tak mampu bayar sewa Saya terus pergi ke sa...
Permohonan Rayuan Bpr Fasa 2 Bermula 15 Hingga 30 Jun 2021

Hampir 600 Cawangan Bank Di Malaysia Dijangka Tutup

Maggi Cooks Up 130 000 Bowls Of Nutritious Bubur Lambuk For Frontline Heroes And Communities In Need

Geran Filem Angel Of Sandakan Kena Reject Sebab Pengarah Sertai Pembangkang

Mara Corp Saga Continues

Celebrate Award Winning Movies At Home With Lg S Critically Acclaimed Oled Tv And Dolby Magic

Bersatu Akan Kalah Pru15 Dakwa Mahathir

Ayam Sedap Baq Hang Is Truly Delicious And Flavorful



Kisah Raja Ponteng Kerja Itali 15 Tahun Ponteng Tapi Gaji Jalan

Maxis Tawarkan Subsidi Sehingga RM300 60GB Internet Prihatin Sebulan Menerusi Kempen KauBoleh

5 Faedah Utama Beli Belah Dalam Talian Yang Jarang Diperkatakan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cukup Derita Itu Slot Samarinda TV3

7 Undang Undang Pelik Yang Hanya Wujud di Belanda


Vietnam Lapor Kematian Pertama Penerima Vaksin Astrazeneca Akibat Reaksi Alahan Anafilaksis

Temui Batu Misteri Seakan Istana

Aktifkan Kritikan Sastera

Syabas Untuk Pemuda Umno Seremban Yang Berani

5 Modern Day Scarecrows

Creating A Website Do It Yourself Or Hiring A Web Developer