Trak Kempen Vitagen Digestive Health On Wheels Nantikan Kehadirannya


Hi Korang,
Kita sering kali mengabaikan penjagaan kesihatan sistem penghadaman kita, maka VITAGEN telah mengambil langkah untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuannya secara langsung dengan rakyat Malaysia melalui inisiatif pendidikan barunya, VITAGEN Digestive Health On-Wheels. 
Inisiatif pendidikan VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini memaparkan sebuah trak yang dilengkapi dengan maklumat pendidikan mengenai probiotik – Lactobacillus acidophilus & Lactobacillus paracasei – iaitu bakteria ‘baik’ yang membekalkan pelbagai manfaat kesihatan untuk sistem penghadaman sekiranya diambil dengan secukupnya. 

Trak ini juga akan dikelolai oleh jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan yang akan menyediakan analisis dan nasihat kesihatan sistem penghadaman mengenai cara menjaganya kepada orang ramai. 
Di 30 buah lokasi yang akan dikunjungi, orang ramai akan dapat menjalani saringan kesihatan sistem penghadaman daripada pakar pemakanan, menerima kaunseling dan kit ujian najis daripada jururawat gastroenterologi, dan mempelajari cara untuk kekal cergas daripada perunding kecergasan. 
Selain mempamerkan hasil kajian terkini dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), trak ini juga dilengkapi dengan permainan interaktif mengenai kesihatan sistem penghadaman, sampel produk dan promosi jualan. 

“VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan sistem penghadaman menggunakan trak bergerak yang pertama seumpamanya bagi mendidik para pengguna melalui cara yang lebih kreatif dan menarik melibatkan mereka. Sebagai peneraju dalam kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN memperkenalkan inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan probiotik dalam sistem penghadaman yang sihat. Sebagaimana yang disahkan oleh kajian terkini oleh PPUKM, sistem penghadaman yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan,” kata Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN. 
“Lebih banyak kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman berfungsi sebagai otak kedua kita. Oleh itu, orang ramai perlu sedar bahawa sistem penghadaman amat penting untuk kesejahteraan keseluruhan dan mengetahui cara menjaganya akan membantu menangani pelbagai masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN bertekad untuk menggalakkan kepentingan sistem penghadaman yang sihat,” tambah Poh. 
“Satu cara mudah untuk memperoleh sistem penghadaman sihat yang boleh meningkatkan imuniti, kejelasan mental dan emosi adalah dengan mengambil probiotik dalam bentuk Lactobacillus acidophilus and Lactobacillus paracasei setiap hari.” 

Hasil penyelidikan klinikal PPUKM yang diketuai oleh Pakar Perunding Gastroenterologi, Profesor Madya Perubatan, Ketua, Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, YM Dr. Raja Affendi Raja Ali – menunjukkan bahawa strain probiotik Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei dalam VITAGEN mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun kerana kira-kira 70-80% daripada sistem imuniti terletak dalam sistem penghadaman. 
Kajian tersebut menunjukkan bahawa 96% daripada responden mengalami simptom sembelit yang berkurangan manakala 45% daripada responden menghabiskan masa yang lebih singkat dalam tandas. 
Sistem imuniti kita dibentuk untuk menentang serangan virus, bakteria dan mikrob lain tanpa mengganggu tisu yang sihat. Sebanyak 70% daripada pertahanan imuniti kita terletak di dalam sistem penghadaman. 
Apabila kita berasa gembira, 95 peratus daripada Seratonin – bahan kimia yang menyumbang kepada kesihatan emosi, kesejahteraan dan kebahagiaan di antara lain – didapati dalam sistem penghadaman di mana probiotik di sana bertindak sebagai pengutus neuro untuk mencetuskan emosi ‘perasaan gembira’. 
“Kami menantikan lebih banyak penemuan yang dapat mengukuhkan lagi pemahaman bahawa sistem penghadaman amat penting dalam kesejahteraan secara keseluruhannya dan mengetahui cara menjaganya akan membantu mengurangkan banyak masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN akan terus mendidik dan mengingatkan orang ramai untuk menjaga sistem penghadaman mereka supaya dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik,” kata Poh. 


TRAK KEMPEN VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS 
Trak bergerak kesihatan sistem penghadaman yang pertama seumpamanya Saiz Trak: 27’ panjang x 7.5’ lebar x 12’ tinggi Akan berada di 30 lokasi di seluruh Lembah Klang Dikelolai jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan 

AKTIVITI UNTUK ORANG RAMAI 
Pameran VITAGEN dan Hasil Kajian Penyelidikan PPUKM Saringan kesihatan penghadaman yang dijalankan oleh jururawat gastroenterologi Pengedaran Kit Ujian Najis Nasihat pemakanan dan makanan yang sihat oleh pakar pemakanan Nasihat kecergasan oleh perunding kecergasan Cabaran Interaktif mengenai Kesihatan Sistem Penghadaman Video multimedia mengenai Hasil Penyelidikan VITAGEN oleh PPUKM Sampel dan jualan produk VITAGEN Kurang Gula 

VITAGEN – Asli, Kurang Gula dan Kolagen 
Semua perisa VITAGEN mengandungi berbilion-bilion kultur hidup dan aktif ‘Lactobacillus acidophilus’ dan ‘Lactobacillus paracasei’ untuk penghadaman lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat. 
VITAGEN Asli diperbuat daripada susu berkhasiat dan jus buah sebenar tanpa pengawet untuk perisa buah lazat yang digemari semua. 
VITAGEN Kurang Gula mempunyai kandungan gula lebih rendah, dan dirumuskan khas untuk mereka yang mahu mengurangkan pengambilan gula tetapi masih ingin menikmati pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh jenama ini. VITAGEN Kurang Gula telah dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan. 
VITAGEN Kolagen Kurang Gula diperbuat daripada ramuan berkhasiat dengan kultur hidup dan aktif yang sama, tetapi ditambah peptida kolagen kehidupan laut dan prebiotik untuk kulit yang berseri dan kelihatan muda. VITAGEN Kolagen Kurang Gula juga telah dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan. 
Minum VITAGEN setiap hari untuk memberikan badan anda pengambilan seharian bakteria sihat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vitagen.com.my 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2018/11/trak-kempen-vitagen-digestive-health-on.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operasi Jamu Selera Di Domino S Bersama Famili Sempena Kempen It S All About You

Operasi Jamu Selera Di Domino S Bersama Famili Sempena Kempen It S All About You

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 310 hits
Assalamualaikum korang tetiba muncul gambar daku bersama logo Domino s mana taknya Domino s ni antara restoran kegemaran daku bersama family Kiranya kalau dalam sebulan tu pasti akan jejak kaki ke mana mana cawangannya untuk menjamu selera ...
Terliur Tengok Kempen It S All About You Dari Domino S

Terliur Tengok Kempen It S All About You Dari Domino S

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 348 hits
Assalamualaikum Akhir akhir ni makin berleluasa pulak iklan Domino s kempen It s All About You Rupa rupanya dah 21 tahun umur Domino s Malaysia dan cawangan pertama dibuka kat Malaysia di Johor pada tahun 1999 Kempen It s All About ni sempe...
Anchor Food Professionals Lancarkan Enam Inovasi Minuman Dalam Kempen Moodmojee

Anchor Food Professionals Lancarkan Enam Inovasi Minuman Dalam Kempen Moodmojee

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 552 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kempen terbaru daripada Anchor Food Professionals iaitu Moodmojee yang mana ia adalah usaha memberangsangkan mood anda melalui minuman Korang perna...
Kempen Berganda Akhir Tahun Flower Chimp

Kempen Berganda Akhir Tahun Flower Chimp

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 626 hits
Lafazkan dengan bunga Ya Flower Chimp berbangga dengan seni tersendiri menzahirkan ucapan menerusi bunga Sama ada ucapan kasih sayang terima kasih semoga cepat sembuh mahupun sambutan perayaan bunga adalah cara paling mudah untuk menzahirka...
Akpk Dan Visa Lancar Kempen Treat Your Money Right

Akpk Dan Visa Lancar Kempen Treat Your Money Right

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 276 hits
AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right Assalammualaikum semua Baru baru ini ruby telah hadir ke acara pelancaran kempen baru dari AKPK dan VISA Ia adalah selaras dengan World Savings Day 2018 yang berlangsung pada 31 Oktober pad...
Tb Still A Major Health Issue In Sabah Says Minister

Tb Still A Major Health Issue In Sabah Says Minister

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 230 hits
KOTA KINABALU Tuberculosis is still a major health problem in Sabah with more than 5 000 cases reported last year state Health and People s Well being Minister Stephen Wong said today Wong said 5 106 cases were detected statewide in 2017 wi...
Dua Tahun Kahwin Anzalna Tetap Nantikan Anak Tak Rancang Tapi Percaya Rezeki Allah

Dua Tahun Kahwin Anzalna Tetap Nantikan Anak Tak Rancang Tapi Percaya Rezeki Allah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 655 hits
Soal zuriat rezeki semuanya Allah dah tentukan Sama ada cepat atau lambat Allah yang lebih tahu Bersabar tak cepat putus asa akhirnya mesti ada manisnya Bagi Anzalna Nasir dia tidak terkilan dengan pelbagai komen negatif serta mempersoalkan...
Kemenkeu Nantikan Rencana Bisnis Merpati Airlines Usai Diputus Batal Pailit

Kemenkeu Nantikan Rencana Bisnis Merpati Airlines Usai Diputus Batal Pailit

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 139 hits
Sebagai kreditur terbesar Kemenkeu akan sangat hati hati menerima proposal penawaran pengaktifan maskapai pelat merah tersebut Sebab beberapa upaya yang telah dilakukan untuk membangkitkan kembali maskapai tersebut dinilainya masih belum cu...
More Bucks For Health But No Long Term Plan To Address Rising Costs

More Bucks For Health But No Long Term Plan To Address Rising Costs

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 207 hits
There should be a long term approach by the government to address rising costs of health for the poor says a public health think tank PETALING JAYA A think tank specialising in issues of public health has welcomed the increased allocations ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid