Tidak Punya Perasaan Malu 9777



Antara akhlak Rasulullah ﷺ didalam hadis ialah "Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan."

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

Enam perkara yang negatif merosakkan amalan baik kita sabda Nabi ﷺ  yang bermaksud: (1) Suka mengaibkan orang lain (2) Keras hati/busuk hati (3) Cinta kepada dunia keterlaluan (4) Tidak punya Perasaan malu (5) Angan-angannya tinggi melangit (6) Perbuatan zalim berterusan (HR Ad Dailami)

Suka  Mengaibkan Orang Lain.

Mengaibkan orang lain, maksudnya melakukan sesuatu dengan cara memalukan orang lain, mewarwarkan  keburukan orang lain, merancang perkara   yang tidak wujud dengan tujuan memalukan, dan mereka cipta sesuatu yang tak wujud kepada orang yang diaibkan, melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri, kemudian mengkambing hitamkan orang lain.

Jari telunjuknya selalu kedepan, tidak pernah menunjuk kebalakang kepada dirinya   untuk muhasabah  dan mengintrospeksi dirinya. Islam melarang mengaibkan dan membuka aib orang lain, Islam menyuruh umatnya selalu muhasabah diri, menghias diri dengan akhlak yang mulia, rendah hati tidak sombong, pemurah, penyayang dan suka membantu terhadap orang yang memerlukan.

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani, Nabi ﷺ bersabda: "Seutama-utama orang mukmin dalam hal ke Islamannya ialah seluruh orang Islam merasa selamat, ya'ni sejahtera dari kejahatan lisan (lidah) dan tangan orang mukmin itu, sedang seutama orang mukmin dalam hal keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya (budi pekertinya) adapun seutama-utama orang berhijrah itu, ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t kepadanya,  sedangkan seutama-utama jihad ialah orang yang berjuang melawan nafsunya sendiri untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t." (HR. Ath-Thobarani dari Ibnu Umar).

Seorang mukmin selalu menjaga lidah dan tangannya dari melakukan perkara mungkar (jahat), jadikan diri mukmin sesuai dengan namannya, berakhlak dengan akhlak mulia, tidak  menciptakan perbuatan maksiat, tinggalkan perbuatan  yang dikutuk oleh Allah s.w.t. Semulia-mulia orang mukmin itu ia  melawan nafsu jahat dalamannya (nafsu yang kotor), nafsu yang sangat licik, pembohong, tukang fitnah, bagi mereka yang didodoi oleh nafsu jahat ini, bahawa melakukan kejahatan itu suatu kebangaan baginya.

Seseorang mukmin, ia tidak berkata apa-apa sebelum  melihat dengan ke dua matanya, tidak berkata apa-apa sebelum ia mendengar dari orang yang baik-baik dan yang diyakininya, dia selalu menghidu baik buruknya sebelum melakukannya. Panca inderanya adalah untuk kemanfaatan semata-mata, seorang mukmin dilahir sebaik-baik ummah untuk manfaat orang lainnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang yang diberi  rahmat oleh Allah s.w.t." (Q.SYusuf : 53)

Kejahatan yang bersarang dalam diri manusia itu, sebenarnya  mengketepikan petunjuk Allah s.w.t,  tidak mahu peduli, tidak mahu memahami dan mahu menghayati, akhirnya terperangkap unsur-unsur negatif atau kejahatan, terkeluar dari hidayah Allah dan mengakhiri hidup ini dengan kejahatan.

Sifat Allah itu Maha Penyayang. Segala kejahatan manusia selalu ditutup,  tidak mudah terdedah dan Allah selalu mengajurkan supaya manusia bertaubat. Taubat maksudnya kembali, kembali kepada kenyataan iaitu asal  kejadian manusia yang suci dan bersih. Jangan biarkan bisikan nafsu jahat diperkukuh oleh unsur luaran iaitu syaitan. Syaitan akan merubah wajah manusia, menjadi pahlawan kemungkaran dan jangan berbangga menjadi pahlawan kemungkaran, kerana watak ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang suci itu,  jangan mengaibkan orang lain atau membuka aib orang lain. Seorang muslim harus lebih banyak memeriksa dan meninjau dirinya setiap masa, koreksi diri sebelum  melakukan koreksi terhadap orang lain dengan tujuan untuk mengaibkannya.

Keras Hati Atau Busuk Hati.

Keras hati, apabila sifat ini sukar dicernakan, sukar dinasihati ia akan membusuk dan membarah di dalam, ia akan menjadi manusia busuk hati, kemudian merebak menjadi penghasut, hasad dengki, pendendam, riya', suka memfitnah dan menjadi pengkhianat.

Hasad itu datangnya dari hati yang sukar dinasihati dan dicernakan, ia timbul dari sifat marah yang keterlaluan dan tertehan-tehan sehingga membengkak dan meletus bila-bila masa sahaja. Di antara ciri-cirinya, suka beriri hati apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kenikmatan dari Allah, ia benci kepada kenikmatan  dimiliki orang lain. Sentiasa mengaharapkan setiap masa supaya apa yang dinikmati itu akan  hilang secepat mungkin dari orang yang menerima nikmat tersebut. Tidak senang melihat orang lain hidup bahagia dan selesa.

Allah memberikan peringatannya, firmannya yang bermaksud: "Jika kamu memperolehi kebaikan menyedihkan bagi mereka, dan jika kamu ditimpa keburukan (bencana) mereka gembira kerananya." (Q.S. Ali Imran : 120)

Sifat buruk ini bukan sahaja merosak dirinya sendiri tetapi akan merebak dan menjadi penyakit masyarakat, kemudian menjadi ikutan kepada orang lain, ia akan menerima pembalasan dari yang menjadi mangsa hasad itu pula, ia tidak akan berhenti sehingga akhirnya mendatangkan huru hara dalam masyarakat. Oleh itu hindari dari sifat tersebut, hindari dari orang hasad apabila tidak lagi dapat dinasihati. Firman Allah Yang bermaksud: "Dan dari kejahatan orang yang hasad (dengki) apabila dia hasad (dengki)." (Q.S. Al Alaq : 5)

Ayat tersebut di atas didahului dengan ayat (Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh)  dari kejahatan orang yang hasad (dengki) dalam arti kata lain berlindung dengan Allah dari kejahatan tersebut dari berjagkit keapda diri kita, berlindung dengan Allah dari perbuatan mereka  yang hasad kepada kita, melindungi diri kita dari tercebur dalam golongan tersebut.

Cinta Dunia, apa lagi jika tahap keterlaluan.

Cinta dunia bermaksud, cinta yang berlebihan, keterlaluan kadang-kadang boleh sampai kepada tahap rakus. Seolah-olah dunia ini segala-galanya, mejadikan dunia ini sebagai istana impian lagaknya, melistarikan lingkungan hidupnya seolah kita tinggal buat selama-lama di dunia ini lupa akan tujuan Allah menjadikan manusia ini sebagai hambanya yang mengabdi kepadaNya, dalam artikata lain akhirat yang berada dihadapannya di kesampingkan. Selain dari itu jangan sampai membiarkan kuasa harta menguasai diri kita, kuasa harta melebihi dari kecerdasan minda kita, kuasa harta menyebabkan kita menzalimi orang yang perlukan bantuan kita, menyebabkan kita angkuh dan bangga diri,  menyebabkan takut kepada kematian yang sentiasa ada didepan kita.

Harta itu hanyalah alat untuk menambah baik kehidupan di dunia ini, ia tidak boleh dibawa bersama apabila kita tinggalkan dunia ini. Harta boleh datang dan boleh hilang, bila-bila masa sahaja, disebabkan oleh bencana alam, dirompak, dicuri, digunakan nuntuk berpoya-poya, sakit  yang memerlu rawatan yang mahal dan sebagainya.

Harta yang kita gunakan itu untuk memenuhi keperluan asas kita, jika melebihi dari keperluan asas, digunakan untuk keselesaan kita, jika melebihi dari keselesan, maka digunakan untuk kemakmuran dan kemewahan. Namun itu semuanya  hanya berlegar-legar di dunia ini semata-mata.

Oleh itu sebagai seorang muslim, jika inginkan keuntungan, hendaklah mengimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat, sebagaimana digariskan oleh Allah s.w.t dalam Al Qur'an, firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) di negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi." (Al Qashash : 77)

Secara keseluruhanya, seorang muslim haruslah mempunyai sikap seimbang antara kehidupan dunia dengan persiapan untuk kehidupan di akhirat. Dimaksudkan dengan keseimbangan itu tidak semestinya 50-50, tetapi titik tolaknya ayat di atas mendahulukan akhirat, jadi artinya perlu diberikan keutamaan, keselesaan dan kemakmuran yang kita terima itu perlu ada bahagiannya di akhirat, sebab harta yang kita miliki itu yang menjadi hak kita, apabila harta itu juga disumbangkan ke jalan Allah, kalau tidak harta di dunia ini akan menjadi tabungan perut semata-mata atau seperti membakar rokok tidak ada hasil yang kita dapat kecuali habok-haboknya, maka itulah contohnya terhadap harta yang tidak disumbangkan ke jalan Allah tidak dapat melihatnya di akhirat.

Allah s.w.t menerangkan dalam Al Qur'an, firmannya yang bermaksud: "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (QS .Alankabuut : 64).

Allah s.w.t menggambarkan kehidupan dunia ini sebagai suatu senda gurau, sambil berjalan-jalan untuk melihat kelestariannya, mencipta berbagai pesta keramaian, suwa heboh dan sebagainya tapi harus ingat, bahawa kita tidak selama-lamanya berada ditempat tersebut dan ingat juga, bahawa  di belakang keseronokan dan keindahan itu ada kemusnahan ia tidak kekal dan bila-bila masa sahaja akan musnah seperti apa yang berlaku kepada negara yang dilanda, gempa bumi, tsunami, ribut topan, gunung berapi dan sebagainya, separa kemusnahan, belum lagi kemusnahan total.

Tidak Punya Perasaan Malu.

Malu atau dalam bahasa Arab dipanggil Al Haya'. Dalam kontek Islam malu itu, selalu dikaitkan dengan marwah atau kehormatan,  malu melaku perkara  yang dilarang oleh Allah, malu  tidak menunaikan hak dan tanggungjawab. Ya'ni segala perkara yang berkaitan dengan hak, kewajiban dan tanggungjawab, jika tidak dapat menunaikannya harus  ada rasa malu. Malu juga dikaitkan dengan iman. Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya: "Malu  itu mempunyai lebih 60 rangka (cabang) malu adalah salah satu dari cabang Iman." (HR. Al Bukhari)

Dalam Hadis  yang lain Nabi ﷺ bersabda yang maksudnya: "Malu dan keimanan itu  dalam rangkaian yang satu, maka apabila salah satunya terpisah, maka yang satu lagi itu juga ikut terpisah." (HR.Abu Na'im dari Ibn Umar)

Seseorang yang telah mencapai usia dewasa, sihat mental dan fizikalnya, pada umumnya mempunyai sifat malu, sifat malunya itu berbeza antara satu sama lain. Kadang-kadang ada di antaranya perasaan malu amat sedikit, melakukan hal-hal yang bercanggah dengan norma dan tata susila dalam masyarakat adalah biasa baginya,  seperti berkata dengan kata-kata tidak sopan, lucah dan prono, berpakaian yang tidak beretika, berkelakuan tidak senonoh, semuanya ini melamabang amat sedikit rasa malu, kadang-kadang ia berpakaian  yang seksi, dan seksa mata orang lain melihatnya, kemudian minta maaf pula kerana menyiksa orang yang melihatnya.

Jadi hidup yang seperti ini berada di antara norma-norma dan etika Barat dan Timur, dikatakan Barat bukan dan Timur pun bukan, jadi mangsa kepada serangan budaya sekular Barat yang dipanggil kebarat-baratan. Orang Barat memang jelas, melihat cara berpakaian orang Timur terutama wanita Islam, merimaskan mereka. Tetapi kita melihat mereka semacam tidak berpakaian itu juga merimaskan.

Maka bagi orang Barat perbuatan tidak beretika itu, mereka menganggap sebagai suatu intermezo satu selingan atau pertunjukan yang tidak mengenal batas, yang  mengajarnya dari sistem yang  bebas lepas tidak terikat kepada mana-mana etika yang ada. Sistem sekular yang seperti ini sampai ke tahap sekular yang ekterim sukar dirubah...amat bahaya.

Sifat malu  itulah merupakan demarkasi (pemisah) antara orang yang baik dengan orang jahat. Dalam satu hadis Nabi ﷺ bersabda maksudnya: "Seorang lelaki yang mempunyai sifat malu  adalah petanda dari lelaki yang soleh. Lelaki yang tidak bersifat malu adalah petanda dari orang yang jahat." (HR. Ath Thabarani dari Eisyah r.a)

Oleh itu yang dikatakan malu itu, perlanggaran etika yang serius yang membabitkan maruahnya yang ketara, ini berarti malu  bertempat, sedagnkan malu yang tidak pada tempat itu, seperti malu mengatakan sesuatu yang benar, malu  mengatakan sesuatu yang baik, malu untuk memperakui akan kebenaran apa-apa yang dilihatnya. Jadi sesuatu yang benar dan baik itu, tidak termasuk apa yang dimaksudkan dari sifat negatif itu dan ia memang tidak tergolong dari sifat tersebut.
Angan-Angannya Tinggi Melangit.

Angan-angan itu suatu bayangan, dalam bentuk khayalan tanpa perhitungan, tanpa perancangan. Bukan realiti. Tidak seperti cita-cita yang berdasarkan  perhitungan dan perancangan yang dianalisa oleh akal yang mengandungi kemungkinan.

Angan-angan biasanya mengundang kehancuran, kerana mengheret seseorang melakukan sesuatu tanpa perancangan yang akhirnya membawa kegagalan. Angan-angan juga apabila menjelema kepada manusia ia akan mencetak manusia pasif, statik, idea yang berbungkah-bungkah yang tidak dapat dicernakan, kerana matlamat dan tujuannya tidak jelas. Seperti angan-angan dalam cerita penglipur lara Mat Jenin menjadi pemanjat kelapa, ia berangan-angan untuk menjual kelapa yang dipanjatnya dan uang hasil jualan kelapanya akan membeli sebuah kapal, kononya ia belayar dengan kapalnya dan singgah disebuah negeri, kemudian ia berkahwin dengan puteri raja negeri tersebut, sambil bergurau dengan puteri konon isterinya, tidak sedar ia berada di atas pohon kelapa dan terjatuh  lalu mati. Kelihatanya cerita ini dongen semata-mata, tapi sambil merenung boleh jadi iktibar.

Tersangat malang jika anggan-angan ini hinggap kepada seseorang pemimpin yang berjiwa besar ia akan mengheret masyarakat dan negara ke lembah kehancuran. Lihat saja ke negara jiran tetangga, era 60an  zaman Sukarno  dengan gagasan NEFSO The New Emerging  Forces yang menyebabkan dia tersingkir dari istana Presiden.

Peribahasa mengatakan: Hendaklah angan-angan sepanjang badan, maksudnya berpada-pada dan harus berdasarkan kenyataan, kemungkinan dan perhitungan  perlu konkrit dan boleh diterima serata masuk akal.

Selain dari itu mungkin disebabkan oleh tekanan hidup dan terdedah  kepada penipu dan berangan-angan untuk menjadi jutawan segera sangup bergadai harta untuk melabur dan dijanjikan pulangan hebat. Akhirnya semua musnah dan hidupnya lebih teruk dari sebelum ini dan hampir hilang pertimbangan dalam hidupnya. Oleh itu singkirkan sifat negatif tersebut dalam diri kita hidup yang tidak berdasarkan realiti dan fakta, kerana ia akan mengheret kita ke kancah derita yang akan menyebabkan derita di dunia terseksa di akhirat, dunia dikejar tak dapat dan akhirat juga melepas. Tinggalkan sesuatu yang tidak mungkin kita capai, kerana hidup yang namanya dunia ini adalah material, realiti dan fakta sesuaikan diri kita dengan kehidupan ini dan ikut petunjuk yang  diberikan oleh Allah s.w.t.

Perbuatan Zalim Yang Berterusan.

Perbuatan zalim itu, iaitu memijak-memijak keadilan, memijak-mijak kebenaran, peanyayaan, penindasan. Kezaliman yang paling besar sekali mensyirikkan Allah. Al Maududi mrumuskan, bahawa kezaliman itu suatu perkosaan terhadap hak dan kewajiban (a violation of a right or duty). Rumpun dari semua kezaliman itu, zalim terhadap Allah, iaitu tidak mahu tunduk terhadap peraturanya, sangat suka kepada hal-hal dilarang dan syirik kepadaNya.

Allah s.w.t menjelaskan  Syirik kepada Allah itu maksud Al Qur'an: "Sesungguhnya memperskutukan Allah itu benar-benar kezaliman  yang besar." (QS. Lukman : 13)

Zalim terhadap manusia melakukan hal yang merugikan orang lain, merampas, memperkosa, melakukan sewenang-wenang kuasa yang ada kepadanya, khususnya kepada pemimpin hingga mendatangkan kerugian besar kepada rakyatnya. Kemudian kezaliman ke atas dirinya sendiri, seperti berpoya-poya, bermabuk-mabukan, perlumbaan haram, menjatuhkan dirinya dalam perangkap dadah, pelacuran dan sebagainya. Selain dari itu tidak memelihara kesihatan, makanan yang bermutu menurut kemampuan, membelenggu dirinya ke arah kebinasaan dan lain sebagainya, ini berarti segala perkara yang boleh merosakkan dirinya.

Kezaliman sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain, sesuatu negara kepada negara  yang lain, sehingga menyebabkan punah ranah  dan hancur lebur negara tersebut. Sejarah kejatuhan sesuatu negara dan sesuatu bangsa membuktikan hal tersebut.

Sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.a.t firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah membinasakan umat-umat yang sebelum kamu ketika mereka  berbuat   zalim." (Q.S.Yunus : 13)

Kesimpulan: 

Kezaliman itu sebagai kemuncak kepada kejahatan, doa orang yang dizalimi sangat mudah diterima oleh Allah dan mudah pula akan menimpa sesuatu ke atas diri penzalim, banyak-banyak muhasabah diri  atau introspeksi diri, kemudian perbaiki diri, didiklah diri sebagaimana Allah mendidik manusia dengan cara mendirikan ibadah yang wajib untuk mencegah perbuatan jahat dan keji. Jadikan diri ini rendah hati, terpuji, dan di ridha Ilahi. Kejahatan-kejahatan di atas, jika terus menerus bersarang  dalam diri kita, ia akan memusnahkan kebaikan yang ada pada diri kita, maka perlu diingat, bahawa hidup ini tidak indah lagi apabila keburukan itu kekal mengambil tempat dalam diri ini. Wallahu A'lam. [Kehidupan dunia hanya senda gurau...]
Jom kita rampas kuasa!
S Arutchelvan Diterbitkan Hari ini 1:04 tengahari

ULASAN l Ketika rakyat menanti gelisah dengan kakitangan hospital bertungkus lumus berperang dengan Covid-19, wartawan pula berlari ke sana ke mari mencari berita, ada segelintir ahli politik merancang untuk mengulingkan kerajaan dengan cara putar-belit, fitnah dan manipulasi
Mereka datang dengan kereta mewah, berbincang di hotel lima bintang, membicarakan soal bagaimana untuk berkuasa, bagaimana untuk mencuri sokongan anggota parlimen (MP) dan sebagainya
Mereka mencetuskan krisis ekonomi, ketidaktentuan politik dan meningkatkan kegusaran dan kegelisahan rakyat yang baik dan ikhlas
Mereka MP bukan seperti rakyat biasa. Esok, mereka tidak perlu pergi kerja kerana gaji mereka dan ganjaran mereka sebagai MP sudah memadai. Keselesaan mereka terjamin
Rakyat merasa marah. Marah kepada politik dan ahli politik. Bagi mereka semua ahli politik adalah kaki tipu dan politik itu kotor dan tercemar. Bukan salah mereka jika itulah yang berlaku dalam politik dan itulah yang mereka dapat lihat
Masalahnya politik tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita. Daripada hari kita dilahirkan sehingga hari kita meninggal dunia, politik menguasai kehidupan kita. Persoalan adalah sama ada kita sebagai rakyat hendak menguasai politik atau membiarkan politik di tangan segelintir kecil
Daripada dulu, kami telah menyarankan bahawa rakyat perlu dipolitikkan dan memainkan peranan penting
Rakyat harus menentang politik kotor dan politik pintu belakang. Rakyat kena menjadi kuasa perubahan dan bukan sekadar kuli wakil rakyat
Ramai di antara kita menjunjung ahli politik kita di atas kepala khususnya mereka yang mempunyai gelaran YB, Tan Sri, Dato dan sebagainya
Kita bodek mereka hanya untuk sekadar mendapat “sedikit sesuatu”. Inilah jiwa hamba yang ada di hati kita dan kita melahirkan kelas MP dan ahli politik yang angkuh dan berjiwa penjajah
Dr Burhanuddin al-Helmy - tokoh besar politik negara - pernah berkata“Di atas runtuhan kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah wahai seluruh baka, membela hak keadilan pusaka.”Maka dibawah runtuhan langkah Sheraton, jom kita membina jiwa merdeka. Biar kita mula peduli tentang hak dan kepentingan rakyat terbanyak dan bukan segelintir yang mahu kita sentiasa berpecah dan bergaduh
Biar kita cemburukan kuasa politik. Biar kita rampas kuasa politik dari ahli politik yang oportunis dan tamak
Jom kita membina politik bawahan untuk melawan elit di atas. Inilah masa untuk merenung dan inilah masa untuk berubah. Politik bukan milik mereka sahaja
S ARUTCHELVAN ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM)Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. [www.malaysiakini.com]




Kami gagalkan konspirasi singkir PM di tengah penggal - AzminNews  |  Diterbitkan 24 Feb 2020, 11:30 malam  |  Dikemaskini 24 Feb 2020, 11:40 malam
Usaha pihak tertentu menyokong Dr Mahathir Mohamad sekarang membuktikan mereka kini sedar "kesalahan yang mereka lakukan," kata sekumpulan bekas pimpinan PKR yang diketuai Azmin Ali
Dalam suatu kenyataan bersama, para anggota parlimen itu menjelaskan tindakan mereka bermaksud untuk menghalang konspirasi yang bertujuan menjadikan Dr Mahathir sebagai 'perdana menteri yang pincang' (lame duck) dengan memaksa peralihan kuasa pada pertengahan penggal mandat PRU
"Justeru itu kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri di tengah-tengah penggal
"Langkah yang kami lakukan adalah untuk menjamin keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan untuk meningkat tahap sosioekonomi rakyat seperti yang terkandung Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
"Justeru itu kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan perdana menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa perdana menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat
"Usaha kami terbukti benar bahawa pihak tersebut kini menyedar kesalahan yang mereka lakukan, lantaran itu kenyataan mereka menyokong Dr Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri hingga akhir penggal," jelas mereka
Kenyataan terakhir ini merujuk kepada sokongan daripada Amanah dan DAP kepada Dr Mahathir untuk terus menjadi perdana menteri. Bagaimanapun, sokongan dua parti ini tidak menyebut sehingga Mahathir menghabiskan penggal mandat PH
Kenyataan ini ditandatangani pimpinan dan bekas MP PKR Azmin, Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah, Baru Bian, Kamaruddin Jaafar, Mansor Othman, Rashid Hasnon, Edmund Santhara, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin
Cubaan untuk mengambil alih pentadbiran negara gagal pada hari ini menyebabkan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu, dikatakan kerana tidak merestui gabungan politik baru yang sejajar dengan Azmin
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik beliau sebagai perdana menteri interim sehinggalah kerajaan baru mengangkat sumpah
Percubaan untuk membentuk kerajaan baru dengan penjajaran semula sokongan politik itu telah mengheret Bursa Malaysia FBM KLCI turun ke paras terendah sepanjang 8 tahun ketika ditutup hari ini pada 2.68 peratus atau 41.14 mata lebih rendah berbanding penutupan hari Jumaat sebanyak 1,531.20
Percubaan menukar kerajaan ini disokong oleh Bersatu, yang telah keluar daripada Pakatan Harapan, serta Umno dan PAS
Warisan dan GPS juga kelihatan menyokong gerakan itu, namun Warisan hari ini mengulang pendiriannya menyokong Mahathir
Selepas bertemu perdana menteri pagi ini, DAP dan PKR mendakwa Mahathir tidak menyokong rampasan kuasa itu. [malaysiakini]



LANGSUNG: Zahid, Najib tiba untuk mengadap AgongPasukan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 8:28 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 4:17 petangHadi Awang keluar dari istana3:50 petang: Istana Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang meninggalkan istana. Kelihatan ceria, Hadi enggan diwawancara petugas media dan hanya melambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta
Pakej ransangan mungkin diteruskan3.50 petang: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengatakan bahawa perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum kejatuhan kerajaan PH,  mungkin akan diteruskan
"Mahathir membayangkan bahawa pakej rangsangan ekonomi akan diteruskan pada satu tarikh yang akan diumumkan oleh beliau," kata Lim dalam satu kenyataan ringkas
Lim bertemu Mahathir awal pagi ini untuk membincangkan pakej rangsangan berkenaan dan perkara-perkara lain. Abang Johari tiba di PMO3.30 petang: Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya - Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg tiba di Perdana Putra hari ini. Kenderaan yang dinaiki ketua menteri itu diikuti oleh tiga kenderaan lain
Abang Johari dari gabungan GPS disifatkan sebagai "kingmaker" dalam usaha berterusan yang dilakukan beberapa pihak untuk membentuk kerajaan baru. LANGSUNG: Zahid, Najib tiba untuk mengadap AgongPasukan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:28 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 4:05 petangLANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam
Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini
Rombongan MP BN tiba di Istana Negara3:30 petang: Rombongan yang terdiri daripada dua bas dan beberapa kereta membawa anggota Parlimen Umno termasuk anggota parlimen Pekan Najib Razak, anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa dan anggota Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di istana dari PWTC. 
MP BN termasuk Zahid, Najib naik bas ke Istana negara3.19 petang: Beberapa anggota parlimen Umno keluar dari pekarangan bangunan PWTC menaiki bas ke Istana Negara
Antara anggota parlimen terawal yang menaiki bas ialah anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa dan Anggota Parlimen Kota Tinggi, Halimah Mohd Sadique
Ia diikuti beberapa lagi anggota parlimen kira-kira lima minit kemudian. Antaranya Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim , Anggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, An ggota Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad
Turut kelihatan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas presidenya, Najib Razak dan naib presiden Umno, Ismail Sabri
Anggota Tanjung Piai dari MCA, Wee Jeck Seng dan Anggota Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong turut menaiki bas tersebut
Sebelum menaiki kenderaan berkenaan, beberapa anggota parlimen melaungkan “bubar” “bubar” dan takbir. Bas mereka bergerak ke Istana Negara 10 minit kemudian. Ku Li kembali ke istana untuk bersama MP lain3.15 petang: Istana Negara - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tiba ke istana pagi ini dan meninggalkan istana kemudiannya, kembali untuk menyertai anggota parlimen lain bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong
Sejurus kemudian, Anggota Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukry, anggota parimen Petra jaya Fadillah Yusof, dan anggota parimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba dengan kereta berasingan
Ya, saya mengadap Tuanku - Hishammuddin3.11 petang: Istana Negara - Anggota Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein tiba di Istana Negara
Diminta oleh pihak media memberikan komen, Hishammuddin membuka tingkap kereta dan berkata ringkas "Ya, saya berjumpa Tuanku," sebelum meneruskan perjalanan
PKR gesa GPS, Warisan sokong Anwar3.10 petang: Adun Semambu Lee Chean Chung menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim
"Oleh kerana ideolgi parti Keadilan (PKR) lebih mendekati dengan adat dan sentimen penduduk-penduduk Sabah Sarawak, Keadilaln boleh bertapak di Sabah dan Sarawak. Bayangkan dari bandar Kuching ke pedalaman Baram, bendera Parti Keadilan masih kelihatan dan dikibarkan
"Ideologi Parti KEADILAN Rakyat yang memperjuangkan keadilan untuk seluruh rakyat, dan pluralisme serta keterbukaan adalah paling sesuai untuk Sabah dan Sarawak," katanya
Kadir Jasin: Dr M rayu Bersatu agar tak memaksanya mungkiri janji pada Anwar2.50 petang - Ahli majlis tertinggi Bersatu, Kadir Jasin dalam hantaran di blog menceritakan peristiwa terjadi, yang serupa diperkatakan oleh PKR dan DAP mengenai Mahathir
Kadir mengatakan bahawa semasa mesyuarat majlis tertinggi Ahad lalu, Mahathir merayu parti itu "untuk tidak memaksanya membuang prinsipnya dan mengingkari janjinya" untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim selepas sidang kemuncak Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada bulan November
"Dengan melihat perkara-perkara ini, dia tidak melayan rayuan mereka sebagai perkara yang mendesak, sepatutnya, ada banyak lagi perkara penting yang memerlukan perhatiannya," katanya
Beliau berkata Mahathir juga meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu kerana majlis tertinggi "mendengar lebih banyak daripada setiausaha politiknya daripada beliau"
Anwar dan DAP mengatakan bahawa Mahathir tidak terlibat dalam usaha yang dilakukan kumpulan parti-parti politik pada Ahad lalu
20 anggota parlimen tiba di Istana Negara2.50 petang: Istana Negara - Sebuah bas yang membawa kira-kira 20 orang anggota parlimen tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah
Terdahulu, tiga kereta yang membawa anggota parlimen juga dilihat memasuki istana
Difahamkan lebih ramai anggota Parlimen akan tiba pada bila-bila masa daripada sekarang
Kira-kira 60 pengamal media bersiap sedia menunggu di luar Pintu 2 istana di mana 90 anggota parlimen dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini
2.50 petang: Pemuda PKR (AMK) melancarkan kempen “Teguh Setia Bersama DSAI” yang bermula hari ini sehingga selesai kemelut politik semasa
Kempen ini menyeru anggota PKR, pendukung Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia untuk menukar gambar profil laman sosial masing-masing dengan logo kempen yang boleh didapati di laman Facebook rasmi AMK bersama tanda pagar (#)TeguhSetiaDSAI
Petugas media dapat makan KFC lagi2.40 petang: Kira-kira 50 petugas media yang 'berkampung' di dua pintu di Pejabat Perdana Menteri hari ini sejak pagi bagi membuat liputan berhubung pergolakan politik semasa dijamu dengan makanan segera, ayam goreng KFC
Kotak ayam KFC itu diberikan oleh oleh Setiausaha Akhbar Dr Mahathir Mohamad, Endie Shazli Akbar kepada wakil media di dua pintu PMO
Selain PMO, wakil media turut menerima tajaan dari Nasi Lemak Royale Kedah cawangan Putrajaya dan Mcdonalds Putrajaya
Semalam, petugas media dijamu ayam goreng KFC ketika berkampung di hadapan pintu Istana Negara
Sementara itu, Endie berkata setakat ini Dr Mahathir tidak akan ke mana-mana sehingga tamat waktu pejabat
“Tun akan berada di pejabatnya sehingga jam 5 petang,” katanya ringkas
Difahamkan terdapat beberapa pemimpin yang masih berada di PMO
Namun, ketika ditanya siapa di antaranya, Endie enggan mengulas lanjut
MP BN, PAS ke Istana, Agong bertemu MP PH esok2.30 petang: PWTC - Anggota Parlimen BN dan PAS menaiki bas untuk menuju ke Istana Negara
Antaranya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Anggota Parlimen Baling, Azeez Abdul Rahim
Menurut sumber, Agong akan menemubual penggubal undang-undang dari BN dan PAS hari ini, dan anggota parlimen PH esok
Badan Peguam: Parlimen perlu tentukan majoriti2.25 petang: Badan Peguam Malaysia berpendapat  Parlimen yang harus menentukan siapa yang mempunyai majoriti di dalam dewan berkenaan
"Sekiranya Pakatan Harapan telah kehilangan majoriti, maka usaha perlu dilakukan untuk menentukan siapa yang kini dapat menguasai keyakinan majoriti di Dewan Rakyat, untuk dilantik sebagai perdana menteri
"Dalam hal ini, kami menyuarakan nasihat Peguam Negara Tommy Thomas - ketua penasihat undang-undang kerajaan - bahawa langkah ke depan adalah untuk menentukan perkara ini ditentukan oleh Dewan Rakyat apabila ia kembali bersidang 10 Mac
"Pada ketika itu, undi percaya atau sebaliknya boleh diambil dan dibahaskan terhadap perdana menteri sementara," kata presiden Badan Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor dalam satu kenyataan
Beliau menambah Akuan Berkanun (SD) tidak boleh digunakan untuk menentukan sokongan anggota parlimen kerana keaslian SD tersebut boleh dipertikaikan
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/512106


Item 1Item 2Item 3Item 4Item 5BERITA
.LANGSUNG: Wan Saiful cadang kerajaan tanpa pembangkangPasukan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:28 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 2:28 tengahariiLANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam
Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini
Iklan
Wan Saiful cadang 'kerajaan tanpa pembangkang' jika Dr M dapat sokongan penuh2.10 petang: Anggota majlis tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad
"Sekiranya Tun Mahathir mendapat sokongan seratus peratus ahli dewan rakyat, beliau boleh melantik sesiapa sahaja dari mana mana parti sebagai anggota kabinet
"Dalam kata lain, sekiranya semua ahli dewan rakyat menyokong beliau, maka akan terbentuk sebuah "unity government" dan tidak ada pembangkang. Jika ini boleh dilakukan, saya rasa negara kita lebih stabil," katanya dalam satu kenyataan
Senario ini, bagaimanapun, mempunyai halangan utama
Umno telah menyuarakan bantahan untuk membentuk kerajaan dengan DAP, dan PAS juga dilihat mempunyai pendirian sedemikian. Begitu juga, Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing juga mengatakan bahawa GPS tidak mahu bekerjasama dengan DAP
Sementara itu, Amanah, PKR dan DAP tidak mahu bekerjasama dengan Umno, PAS, Bersatu dan kumpulan Azmin Ali dari PKR
Kumpulan Azmin yakin ada 'perkembangan positif', tunggu untuk mengadap Agong.1.58 petang: Kumpulan Azmin Ali hari ini mengulangi sokongan mereka terhadap Dr Mahathir Mohamad untuk berkhidmat sebagai perdana menteri
Seramai 11 anggota parlimen dalam satu kenyataan bersama mengatakan mereka menunggu giliran untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong dan yakin akan ada perkembangan positif terhadap usaha mereka
Sementara itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari Pejabat Perdana Menteri pada jam 1.30 petang
KSN jamin kelangsungan perancangan dan dasar awam1.30 petang: Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata beliau akan memastikan kelancaran fungsi perkhidmatan awam dengan ketiadaan kerajaan
“Mesyuarat khas bersama ketua-ketua setiausaha kementerian bagi meneruskan khidmat seperti biasa untuk kelangsungan perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada untuk rakyat dan negara,” katanya dalam satu ciapan di Twitter
Mohd Zuki Ali✔@zukiAli_Mesyuarat Khas bersama Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian bagi meneruskan khidmat seperti biasa untuk kelangsungan perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada untuk rakyat dan negara.#KetuaSetiausahaNegara#KepercayaanUntukBerkhidmat#TrustToServe#Bekerjasepertibiasa57212:08 PM - Feb 25, 2020Twitter Ads info and privacy263 people are talking about this
Mohd Zuki petang ini akan bertindak sebagai saksi dalam pertemuan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan 90 ahli parlimen untuk menentukan siapa yang mereka menyokong sebagai perdana menteri baru
Seri Paduka nasihati rakyat supaya bersabar1.15 petang: Istana Negara - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan orang ramai supaya bersabar dengan perkembangan semasa politik negara
Seri Paduka juga meminta agar diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua negara
"Kita amat prihatin... bersabarlah, biar saya laksanakan tanggungjawab
"Saya berharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik demi negara," katanya
Terdahulu, baginda menyerahkan hidangan makan tengahari dari McDonald's kepada media yang bertugas di sini
Kerajaan negeri Perak berfungsi seperti biasa: MB1.10pm: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa, di sebalik perkembangan yang berlaku diperingkat kerajaan persekutuan
“Saya masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab menteri besar menurut yang diamanahkan,dan kekal mendapat sokongan majoriti Adun Perak
“Barisan exco pula masih menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan
Beliau menambah bahawa dirinya telah menyembah maklum kedudukan politik negara dan negeri kepada Sultan Nazrin Shah (foto, atas)
“Saya menyeru persefahaman rakyat membantu usaha-usaha yang sedang dijalankan agar kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini dapat diatasi dengan baik, untuk membolehkan kerajaan kembali menumpukan usaha-usaha pembangunan untuk kepentinganrakyat,” katanya
90 MP menghadap Agong hari ini12.50 tengah hari: Istana Negara - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap semua anggota parlimen hari ini dan esok
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata kumpulan pertama 90 ahli parlimen akan menghadap Seri Paduka mulai jam 2.30 petang hari ini
Mereka dipanggil menghadap secara rawak tanpa mengikut parti masing-masing dalam pertemuan bersemuka dengan baginda
Masing-masing akan diberikan dua hingga tiga minit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan pertemuan itu akan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali
Ahli Parlimen yang lain akan menghadap Seri Paduka esok
"Baki lagi 131 Ahli Parlimen akan dipanggil menghadap baginda, esok, selain keseluruhan proses temu bual ini dijangka tamat pada jam 7 malam nanti
"Setakat ini kita tidak boleh dedahkan siapa ahli parlimen yang dipanggil menghadap baginda hari ini. Bagaimanapun, tiada sesiapa bekas menteri atau timbalan menteri yang akan menyertai sesi ini
"Baginda perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang yang dipilih," kata Ahmad Fadil
Anwar tiba di Perdana Putra12.35 tengah hari: Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya - Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilihat memasuki bangunan Perdana Putra
Kenderaannya tidak berhenti untuk membolehkannya bercakap dengan media
Buat masa ini, sudah ada beberapa pemimpin dari pelbagai parti memasuki pekarangan bangunan berkenaan bagi menemui perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad
Antara mereka yang dilihat memasuki bangunan berkenaan ialah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Semberong, Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu
PAS sedia jadi sebahagian k'jaan persekutuan12.30 tengah hari:  Kota Bharu - Situasi politik semasa menyaksikan PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian parti membentuk kerajaan persekutuan
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun keadaan itu belum pasti tetapi PAS mempunyai potensi
"Tak tahu lagi, tapi dalam keadaan sekarang kita ada potensilah
"Ada kemungkinan kita ada berada dalam kerajaan persekutuan nanti," katanya kepada media ketika ditemui selepas pramesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi dan persediaan PAS dalam situasi politik semasa
Kerajaan Selangor masih utuh, kata MB12.15 tengah hari: Selepas mengadap Sultan Selangor, Menteri Besar dan Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari berkata pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu masih utuh
Amiruddin berkata beliau bertemu dengan Pengerusi bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari sebelum pertemuan di istana
Pendirian Bersatu Selangor sama ada akan menyertai kerajaan negeri atau sebaliknya masih belum jelas
Walaupun tanpa Bersatu, gabungan PKR, DAP dan Amanah masih mempunyai majoriti yang selesa di Dun Selangor
12.15 tengah hari: Istana Negara - Anggota media yang berada di pejabat pengurusan di Istana Negara diberi taklimat khas oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, mengenai susunan acara hari ini yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang ini
Rais Yatim sindir MP jumpa Agong agar tak 'pusing ke belakang'12.10 tengah hari: Anggota majlis tertinggi Bersatu, Rais Yatim menyindir  Anggota Parlimen yang mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini agar tidak "pusing ke belakang' untuk menyokong semula Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan baru dibentuk
"Kini kerajaan PH dah tak ada. Tun hanya sebagai PM sementara sebelum PM berkabinet baru dilantik Yang di-Pertuan Agong
"Bila Tun M dapat sokongan majoriti (lebih 112 kerusi) beliau boleh tubuh kerajaan baru, tapi bukan kerajaan PH lagi. Harap MP yang berdepan YDPA hari ini tak pusing belakang," katanya di Twitter
Yang di-Pertuan Agong dijangka sedang menilai sokongan anggota parlimen hari ini, untuk melihat apakah kerajaan baru dapat dibentuk
Wan Azizah tak jumpa Dr M, hanya kemas barang11.54 pagi: Pejabat PM, Putrajaya - Presiden PKR, Nurul Izzah, bercakap kepada Malaysiakini, berkata beliau dan ibunya tidak bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri (PMO)Sebaliknya, Nurul Izzah berkata beliau hanya membantu ibunya mengemas barang-barang di Pejabat Timbalan Perdana Menteri
"Kami bersama ibu mengambil barang-barang dari pejabat TPM dan kemudian kami beralih ke Kementerian Wanita (untuk mengemas barang-barang)," katanya
Nurul Izzah menambah ibunya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah berkhidmat di bawah kementeriannya
Umno tolak pembentukan kerajaan dengan DAP11.45 pagi: Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah berkata partinya menolak pembentukan kerajaan baru dengan DAP
"DAP parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai. Kerosakan negara selepas PRU 14 dan kehancuran Kerajaan PH ini sebenarnya berpunca daripada DAP. DAP antara penyebab utama kegagalan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan
Shamsul (gambar) juga mengecam setiausaha agung DAP Lim Guan Eng kerana menyalahkan penglibatan Umno dalam menghancurkan kerajaan Pakatan Harapan
"Kehancuran Kerajaan PH adalah disebabkan oleh pimpinan PH sendiri terutama DAP," katanya
Selamat bertugas, kata Maszlee kepada wartawan11.45 pagi: Istana Negara - Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik menyapa anggota media yang bertugas di luar Istana Negara, sebelum memasuki pekarangan istana
Bekas menteri pendidikan itu enggan menjawab sebarang soalan mengenai keadaan politik yang sedang berlaku sekarang, dan hanya mengatakan "selamat bertugas."Azmin memasuki PMO11.39 pagi: Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya - Kenderaan yang membawa bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri
Sementara itu, kenderaan yang membawa bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali memasuki kompleks itu
Selangor aman sejahtera, kata MB11.27 pagi: Istana Bukit Kayangan - Selang beberapa minit selepas pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pula dilihat keluar dari pekarangan Istana Bukit Kayangan Shah Alam
Beliau yang ditemui pemberita enggan mengulas lanjut namun menjelaskan negeri Selangor dalam keadaan aman dan sejahtera
“Selangor Aman Sejahtera,” katanya
Selepas itu, kenderaan milik Amirudin terus dipacu laju meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan dan disusuli kenderaan milik Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo
Wan Azizah, Nurul Izzah dilihat keluar dari PMO11.24 pagi: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilihat meninggalkan PMO menaiki kereta berasingan
Pemandu yang membawa Wan Azizah dilihat memperlahankan kenderaan dan bekas TPM itu melambai tangan kepada media yang menunggu di luar pekarangan PMO
Umno Johor yakin boleh tubuh kerajaan baru11.20 pagi: Umno Johor yakin mereka boleh membentuk kerajaan negeri yang baru dengan Bersatu
"Kita perlu mendapat satu dari PKR, ini dijanjikan kepada kita oleh bos mereka dari KL. Mungkin ada lebih daripada satu," kata Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad kepada Malaysiakini
Pada masa ini PKR, DAP dan Amanah mempunyai 28 kerusi DUN di Johor, begitu juga Bersatu, Umno, MIC, dan PAS
Muhyiddin tiba di PMO11.17 pagi: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri selepas dua jam meninggalkan kediaman perdana menteri di Seri Kembangan pagi tadi
Zahid, Izzah dan Wan Azizah di PMO11.00 pagi: Putrajaya - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi antara mereka yang berada di kompleks Pejabat Perdana Menteri
Turut hadir ialah penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden Nurul Izzah Anwar
Kumpulan Azmin dakwa tunggu isyarat untuk mengadap Agong11.00 pagi: Kumpulan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa mereka sedang menunggu isyarat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Menurut Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin, mereka sedang menunggu di di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Istana Negara
“Kami tunggu arahan,” katanya ringkas kepada pemberita di hotel Sofitel
Ahli Parlimen Sri Gading memasuki istana11am: Istana Negara - Anggota Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, yang juga bekas timbalan menteri wilayah persekutuan, memasuki istana dengan menaiki kereta Perodua Bezza
10:47 pagi: Istana Negara - Peguam Negara, Tommy Thomas tiba di Istana Negara. Kenderaaannya dilihat memasuki pekarangan istana melalui pintu 2
Difahamkan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat tiba lebih awal sekitar jam 10.30 pagi
Kedua-dua mereka memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Kedatangan Tengku Maimun dimaklumkan oleh seorang pegawai polis yang ditempatkan di luar pintu 2 istana
10.50 pagi: PMO -  Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10:45 pagi:  Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tiba di Istana Negara
Pertemuan dengan Sultan S'gor berjalan lancar - Pengerusi Amanah negeri10.46 pagi: Istana Bukit Kayangan - Selepas masuk mengadap hampir dua jam, kenderaan milik Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dilihat keluar dari perkarangan Istana Bukit Kayangan Shah Alam
Ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan pertemuan bersama Sultan Sharafudin Idris Shah berjalan lancar dan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil
“Selangor baik-baik sahaja, tiada masalah, pertemuan (bersama Sultan) juga berjalan lancar
“MB (Menteri Besar) akan keluarkan kenyataan sekejap lagi selepas pertemuan ini,” katanya
Jelasnya, hadir bersama mengadap sultan adalah Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Pengerusi PKR merangkap Menteri Besar Selangor Amirudin Shari
Pemberita kini sedang menunggu kedua pemimpin berkenaan keluar dari pekarangan Istana Bukit Kayangan
10.30 pagi: PMO- Bekas Timbalan Perdana, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya
Urusan berjalan seperti biasa, kata Exco Kedah10.25 pagi: Selepas Bersatu umum keluar daripada Pakatan Harapan (PH), kerajaan negeri Kedah secara teknikalnya telah tumbang
Kedah memiliki seramai 36 anggota Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada Adun PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), DAP (2), PAS (15) dan BN (2)
Bagaimanapun, pemimpin kerajaan negeri mengatakan "urusan masih berjalan seperti biasa" pada masa sekarang
Exco Kedah, Simon Ooi berkata Menteri Besar, Mukhriz Mahathir sepatutnya mengadakan mesyuarat exco hari ini
"Bagaimanapun ia ditangguhkan ke esok, sehingga diberitahu kelak
"Kami akan menunggu untuk bertemu dengannya untuk melihat jika terdapat apa-apa perkembangan selanjutnya
"Buat masa ini, kita bekerja seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini.Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang dilihat stabil walaupun tidak jelas jika kerajaan pimpinan DAP akan kekal menguasai kerajaan negeri atau kembali ke status pembangkang sebelum PRU 2018
Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy berkata tidak ada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri ini buat masa ini kerana ia disokong kuat oleh DAP
"Urusan berjalan seperti biasa," kata Ramasamy
DUN Pulau Pinang yang dianggotai 40 anggota dikuasai oleh DAP (19) kerusi, PKR (14), Bersatu (2), Amanah (2), BN (2) dan PAS (1). Pakej ransangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb10 pagi: Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming (gambar) berkata pakej rangsangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb seperti yang dirancang pada awalnya
"Saya fikir kamu boleh menyatakan dengan jelas bahawa ia (pakej rangsangan) tidak lagi dalam agenda kerana tiada kerajaan sekarang," katanya kepada radioa BFM awal hari ini
Ong berkata tiada dasar baru boleh diumumkan tanpa pembentukan kerajaan baru
Beliau berkata keutamaan sekarang adalah untuk membentuk kerajaan baru
Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu industri akibat penularan wabak Covid-19
Kenderaan MB S'ngor dilihat memasuki Istana Bukit Kayangan9.55 pagi: Istana Bukit Kayangan - Tiga kenderaan milik pemimpin PH Selangor dilaporkan telah memasuki kawasan Istana Bukit Kayangan Shah Alam sejak pukul 8.52 pagi tadi
Difahamkan dalam tiga kenderaan itu, satu antaranya milik Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan dua lagi dipercayai milik exco
Difahamkan pemimpin PH di Selangor hari ini juga dijangka bertemu dengan Sultan Sharafudin Idris Shah, untuk membincangkan keadaan politik semasa
Dr Mahathir tiba di PMO9.40 pagi: PMO - Dr Mahathir Mohammad tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya. Ini merupakan hari pertama beliau memasuki pejabat berkenaan sebagai Perdana Menteri interim selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong semalam. Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas menjelaskan tidak ada had masa untuk bertugas sebagai Perdana Menteri interim
Mahathir kini boleh membuat keputusan untuk melantik anggota kabinet mengikut budi bicaranya sehingga perdana menteri baru dilantik
Perbicaraan ditangguh, Najib ke PWTC9.24 pagi: Mahkamah Tinggi KL -  Bekas Perdana Menteri Najib Razak akan ke PWTC untuk menghadiri satu mesyuarat penting sekitar jam 10.30 pagi
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam beliau, Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini
Ini antara sebab Shafee memohon prosiding terhadap Najib yang didakwa menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International ditangguhkan ke pagi esok
Mahathir keluar dari kediaman, menuju ke PMO9.15 pagi: Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad difahamkan telah keluar dari kediamannya di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan
Bagaimanapun, Mahathir tidak melalui pintu A di mana media berkumpul
Sebaliknya, Mahathir keluar melalui pintu B dan difahamkan menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO)
Sementara itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pula keluar dari kediaman Mahathir pada jam 9.36 pagi
Adly ucap terima kasih pada semua8.30 pagi: Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu
"Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua. Didoakan semua dirahmati Ilahi," katanya dalam hantaran di media sosial

Pemimpin mula tiba di kediaman Mahathir8.50 pagi: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin adalah yang pertama tiba di kediaman perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad
Keretanya dilihat dipandu masuk pada jam 8.05 pagi
Ia disusuli dengan ketibaan Mukriz Mahathir pada jam 8.10 pagi dan Rina Harun jam 8.20 pagi
Pembubaran kabinet tak jejaskan usaha tangani Covid-198 pagi: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pembubaran kabinet tidak akan menjejaskan usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19
"Semua isu kesihatan dan cabarannya akan diteruskan seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini dalam kiriman pesanan teks
Terdapat pihak membangkitkan kebimbangan bahawa pembubaran kabinet semalam akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam menangani Covid-19
Sehingga hari ini, seramai 20 pesakit daripada 22 orang telah pulih daripada wabak berkenaan
Wabak itu menjangkiti hampir 80,000 orang di seluruh dunia dan mengorbankan lebih 2,600 orang setakat hari ini
Marzuki nafi pemimpin Bersatu keluar parti8 pagi: Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya menafikan laporan bahawa pemimpin parti itu keluar parti
"Saya nak jelaskan di sini, bahawa kita buat penafian, sekeras-kerasnya bahawa tidak ada seorang pun ahli parlimen atau pimpinan bersatu yang diuar-uarkan keluar dari PPBM
"Maka kita semua intact, masih dalam satu barisan dan kita telah membina parti ini dan kita harungi apa juga halangan dan rintangan, dan saya pasti kita akan dapat atasi kemelut ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Petaling Jaya tengah malam semalam
Rais Hussin: Lantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan interim7.50 pagi: Pengerusi Strategi Bersatu Rais Hussin mencadangkan perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad melantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan sementara
Menulis di media sosial, beliau berkata perkara itu perlu untuk mengawal penyebaran Covid-19 di Malaysia
Kemelut politik masuk hari ketiga7.40 pagi: Kemelut politik yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 20 bulan, memasuki hari ketiga hari ini
Dr Mahathir Mohamad disokong oleh kedua-dua blok namun belum ada pihak yang tampil dengan majoriti yang jelas
Mahathir pada masa ini merupakan satu-satunya anggota kerajaan selepas dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong semalam berikutan peletakan jawatannya
Semua jawatan menteri kabinet dikosongkan, sementara menunggu pembentukan kerajaan baru. [www.malaysiakini.com]

Bukan kerana sedih, jauh sekali merayuMujahid Yusof
Diterbitkan Hari ini 12:26 tengahari ULASAN | Ada yang hantar mesej peribadi mendoakan saya. Saya ucapkan terima kasih atas ingatan
Dinamika politik di dunia yang serba tidak ketentuan adalah hakikat yang perlu diurus bukan disalahkan
Kami dari PH terlantik atas mandat rakyat. Sepanjang dua tahun tiada henti fitnah dan pembohongan bernuansa kaum dan agama sempit dimainkan
Anggota post-cab mengenali saya melalui sikap dan keputusan pentadbiran yang dibuat. Tiada kompromi pada budaya ketaksuban dan kejumudan dalam pimpinan saya termasuk kipas-mengipas
Saya hanya menuntut dasar Rahmatan Lil Alamin (RLA) difahami sebagai ikatan anda dengan kepimpinan saya. Ada yang terkilan dengan keputusan saya tetapi ia bukan kerana peribadi. Saya tak pernah ambil hati terhadap sesiapa atau niat menyakitkan hati sesiapa
Hanya saya terkilan, dasar RLA belum masak sepenuhnya untuk dimenfaati oleh rakyat Malaysia. Saya hanya berkecil hati jika sesuatu yang baik tak dapat saya penuhi
Dari sudut politik, ia belum berakhir kerana kegagalan kudeta hari Ahad sepatutnya membawa perompak mandat rakyat hari Isnin kelmarin sebagai kerajaan kononnya
Alhamdulilah kami terus akan menyelamatkan dan mempertahankan mandat rakyat. Saya ingin ingatkan alam ketidaktentuan boleh jadi macam-macam tetapi kami sedang menguruskannya
Orang bertanya saya: tak sedih ka? Saya jawab kenapa perlu bersedih di hadapan perompak mandat rakyat, saya perlu beri jaminan dengan tenang kepada rakyat: "Kami bersama mandat rakyat dan rakyat perlu tolak golongan pintu belakang!"Teringat sifu politik saya memetik kata-kata semangat dari seseorang: "Jangan salahkan musuh kerana menjatuhkan kamu kerana itu kerja mereka, salahkan diri sendiri kenapa anda tidak bangun dan bangkit!"Pentadbiran Islam perlu terus kekal dinamik dan progresif kerana itu adalah tuntutan syariat kita. Saya hanya membekalkan alat pentadbiran semata-mata. Terima kasih sekali lagi kerana bersama menjayakan. Pencapaian tidak boleh dipadam walaupun ada yang tidak menyukainya
10. Saya menulis pada anggota post-cab hanya kerana arahan Yang di-Pertuan Agong melalui ketua setiausaha negara bahawa jawatan menteri dan timbalan sudah dibatalkan dalam masa interim ini, bukan kerana sedih jauh sekali merayu. Saya hanya merayu kepada Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Saya yang telah menjalankan tugas
DR MUJAHID YUSOF RAWA ialah bekas menteri agama
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini. [malaysiakini]‘PAS ada potensi jadi sebahagian kerajaan persekutuan’N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 1:11 tengahari Situasi politik semasa menyaksikan PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian daripada parti bagi membentuk kerajaan persekutuan
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun keadaan itu belum pasti tetapi PAS mempunyai potensi tersebut"Tak tahu lagi, tapi dalam keadaan sekarang kita ada potensilah
"Ada kemungkinan kita ada berada dalam kerajaan persekutuan nanti," katanya kepada media ketika ditemui selepas pramesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu, hari ini
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi dan persediaan PAS dalam situasi politik semasa
Sebagai rekod PAS mempunyai 18 kerusi parlimen dan telah menyatakan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/tidak-punya-perasaan-malu-9777.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Manfaat Punya Hewan Peliharaan Baik Untuk Masa Pemulihan Pasca Operasi

9 Manfaat Punya Hewan Peliharaan Baik Untuk Masa Pemulihan Pasca Operasi

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 213 hits
Hewan peliharaan layaknya anjing dan kucing dapat dianggap sebagai anggota keluarga menurut American Psychological Association
Mahfud Md Veronika Koman Punya Utang Ke Indonesia

Mahfud Md Veronika Koman Punya Utang Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 198 hits
Mahfud mengatakan bahwa Veronica selama ini mendapatkan beasiswa dari pemerintah namun tak pernah kembali ke Indonesia
Sanjar Menangis Luah Perasaan Supaya Rakan Sepasukan

Sanjar Menangis Luah Perasaan Supaya Rakan Sepasukan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 271 hits
Photo Razzi HarunKuala Nerus Tamat perlawanan perlawanan pertama TFC kelihatan Sanjar Shaakhmedov menangis teresak esak menuju ke bilik persalinan Penjaring terbanyak pasukan Terengganu FC musim lepas itu dan juga penjaring gol tunggal perl...
Netizen Luah Perasaan Hashtag Notmypm Mula Kedengaran Sejak Muhyiddin Dilantik Pm Ke 8

Netizen Luah Perasaan Hashtag Notmypm Mula Kedengaran Sejak Muhyiddin Dilantik Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 406 hits
Drama konflik politik Malaysia akhirnya menemui episod akhir apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia selepas menerima berkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatatuddin Al Mustafa Bil...
Bayi Belum Lahir Lagi Sudah Menerima Kec4man Netizen Doa Kegugvran Perasaan Eyra Hazali Terg4nggu

Bayi Belum Lahir Lagi Sudah Menerima Kec4man Netizen Doa Kegugvran Perasaan Eyra Hazali Terg4nggu

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 363 hits
Semoga Eyra tidak mengambil hati dengan kecaman tersebut Aktres Eyra Hazali mendedahkan mendapat respon neg4tif daripada netizen selepas berkongsi berita keham1lan kepada umum VIDEO PENGUMUMAN EYRA HAZALI HAMIL Kata Eyra terdapat segelintir...
The Suicide Squad Selesai Jalani Penggambaran James Gunn Kongsikan Ucapan Yang Menyentuh Perasaan

The Suicide Squad Selesai Jalani Penggambaran James Gunn Kongsikan Ucapan Yang Menyentuh Perasaan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 196 hits
Buat James Gunn penggambaran The Suicide Squad adalah sesuatu yang sukar buatnya Tetapi hari ini usahanya dalam menyiapkan sekuel reboot akan datang telah mencatatkan satu pencapaian baru Menerusi laman Instagram miliknya Gunn telah kongsik...
Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 435 hits
Telatah anak yang comel dan melucukan boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja Apabila melihat senyuman anak di rumah semua kekusutan dan kesibukan kerja boleh dilupakan Namun satu kisah kelakar yang dikongsikan oleh lelaki i...
Jokowi Ingin Bakamla Punya Kewenangan Penuh Di Perairan Indonesia

Jokowi Ingin Bakamla Punya Kewenangan Penuh Di Perairan Indonesia

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 228 hits
Jokowi berharap dengan diangkatnya Aan misi pemerintah menjadikan Bakamla punya kewenangan penuh di perairan Indonesia bisa terealisasi
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ