Tanda Kita Mengalami Stress Yang Kronik Tanpa Sedar


Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.


Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah

Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress

Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita)

Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat

Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari

Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi parking kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat

Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng'hon' di belakang kita

Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun

Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi

Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk

Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik

Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian

Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan "adrenal fatigue"

Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbanding dengan orang-orang yang terdahulu

#HealthDrZubaidi#adrenalfatiguedrzubaidi
Sumber : FB Dr Zubaidi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/02/tanda-kita-mengalami-stress-yang-kronik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Antara Individu Berisiko Mengalami Kemurangan

Ini Antara Individu Berisiko Mengalami Kemurangan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 595 hits
Kemurungan terjadi apabila seseorang itu rasa tak berguna sedih yang berpanjangan keletihan yang tidak boleh dibendung seolah olah tiada tenaga langsung cepat marah serta hilang semangat untuk lalui aktiviti harian Penyakit ini tidak mengir...
4 Langkah Yang Dapat Dilakukan Ketika Mengalami Cyber Bullying

4 Langkah Yang Dapat Dilakukan Ketika Mengalami Cyber Bullying

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 205 hits
Ada sekitar 49 persen netizen yang pernah sasaran cyber bullying di media sosial Angka ini diperoleh dari hasil survei yang dilakukan kepada pengguna internet di Indonesia selama periode Maret hingga April 2019 lalu
Polisi Sebut Dosen Di Tangsel Yang Tusuk Istri Mengalami Gangguan Jiwa

Polisi Sebut Dosen Di Tangsel Yang Tusuk Istri Mengalami Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 159 hits
Azwar Aditya pelaku penusukan terhadap istrinya Siska Meylani warga Cluster Viola Serpong Utara Tangerang Selatan dinyatakan mengidap gangguan jiwa
Semak 4 Petanda Korang Memang Tengah Stress

Semak 4 Petanda Korang Memang Tengah Stress

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 332 hits
Korang biasa tak diserang stress Sis percaya setiap daripada kita pasti ada rasa stress walaupun petanda stress nie berbeza beza pada setiap orang Faktor atau punca stress nie pun ada bermacam macam dan setiap individu pasti mempunyai masal...
Bukit Ekspo Upm How To Release Stress

Bukit Ekspo Upm How To Release Stress

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 354 hits
Salam n hye Pernah pergi bukit ekspo UPM Kalau tak pernah boleh pergi sebab dia lagi besar dari tasik titiwangsa dan banyak pokok pokik dan tanaman lain Ada tempat untuk BBQ lagi Tapi apa yang paling best ialah bagi ikan makan kat tasik Itu...
Waktu Tua Sepatutnya Relaks Bukan Stress Duit Tak Cukup Sebab Anak Anak

Waktu Tua Sepatutnya Relaks Bukan Stress Duit Tak Cukup Sebab Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 305 hits
Gambar Hiasan Mak ayah kalau ada anak jangan terlalu yakin yang anak anak akan jaga anda bila tiba waktu tua Anak anda anak yang baik tetapi pasangan mereka mungkin lain perangainya Ini antara perkongsian Hafiz Mustapge CuteCarry Tahap 5 ya...
Anda Stress Cuba 10 Petua Hilangkan Stress

Anda Stress Cuba 10 Petua Hilangkan Stress

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 170 hits
Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat 10 cara anda boleh mengurangkan tekanan tersebut Ada beberapa cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan 1 MELUKIS MENGGUNAKAN JARIEkspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah sa...
Inilah Pulau Kecil Yang Indah Yang Mengalami 4 Musim Berbeda

Inilah Pulau Kecil Yang Indah Yang Mengalami 4 Musim Berbeda

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 394 hits
Pulau kecil ini terdapat di tengah danau Artis di Krasnoyarsk dekat pegunungan Ergaki Rusia Siberia Pulau ini dihantam empat musim namun tetap saja terlihat indah Setidaknya dalam foto ini Tapi konon pemandangan terbaik akan kamu dapat pada...
8 Hal Yang Harus Dihindari Ketika Kamu Pernah Mengalami Serangan Jantung

8 Hal Yang Harus Dihindari Ketika Kamu Pernah Mengalami Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 145 hits
Terjadinya serangan ini menjadi tanda bahwa ada yang tidak beras pada jantungmu Hal ini berimbas secara keseluruhan pada tubuh sehingga penting untuk melakukan penyesuaian
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis