Tajjali 7 Alam


Apakah Tajjali itu?

Tajjali: Tersingkap, terbuka
Terbuka hijab pada mata hati seseorang. Seseorang lenyap dalam wilayah kekuasaan Allah SWT. Ia fana' bersamaNya dalam kenikmatan, kebahagiaan dan keredhaanNya.

Bagaimanakah caranya mendapatkan Tajalli?


Cara mendapatkan Tajalli ialah dengan memperbanyakkan amalan sunat sehingga Allah SWT kasih kepadanya lalu Allah SWT mentajallikan sifat-sifatnya (mendengar, melihat, memegang dan berjalan) kepada hamba yang dikasihiNya.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar telah berfirman, "Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya. Hamba-Ku tidak mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling aku sukai daripada sesuatu yang aku fardhukan atasnya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Aku menjadi telinga untuk menjadi pendengarannya, mata untuk menjadi penglihatannya, tangan untuk menjadi pemegangnya, dan kaki untuk berjalannya. Jika dia memohon kepadaKu, nescaya aku akan memberinya. Jika dia memohon perlindungan dariKu, nescaya Aku akan melindunginya. Dan Aku tidak bimbang terhadap sesuatu yang Aku lakukan seperti kebimbanganKu terhadap jiwa hambaKu yang beriman yang mana ia tidak senang mati sedang Aku tidak senang berbuat buruk terhadapnya". (H.R. Bukhari) 
Apakah amalan sunat untuk mendapatkan tajalli?
Amalan sunat untuk mendapatkan tajalli ialah dengan berzikir kalimat Baqiyatul Solihat (Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar Walahawlawala Quwwata illa Billahil Aliyyil Azim) secara istiqamah sebanyak mungkin.
Apakah tingkatan tajalli itu?
Tingkatan tajalli itu ada 7 seperti berikut:
1. Tajalli Alam Mulki
Setelah insan istiqamah berulang menyebut kalimat Baqiyatul Solihat dan sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT, insan itu akan memasuki tingkat tajalli yang terendah iaitu tajalli alam mulki. Pada tingkatan ini, insan akan mula merasa kehadiran Allah SWT dalam dirinya. Sifat Allah SWT yang ditajallikan ialah mendengar dan melihat. Insan akan merasakan seolah-olah Allah SWT sentiasa mendengar zikirnya dan Allah SWT sentiasa melihat apa yang dia kerjakan.
2. Tajalli Alam Bunian
Setelah insan istiqamah berulang menyebut kalimat Baqiyatul Solihat dan sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT, insan itu akan memasuki tingkat tajalli yang seterusnya iaitu tajalli alam bunian. Sifat Allah SWT yang ditajallikan ialah memegang dan berjalan. Insan akan merasakan seolah-olah Allah SWT memegang (mendesak) dan menjalankan (menggerakkan) dirinya untuk melakukan amal soleh. 
3. Tajalli Alam Barzakh
Setelah insan istiqamah berulang menyebut kalimat Baqiyatul Solihat dan sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT, insan itu akan memasuki tingkat tajalli yang seterusnya iaitu tajalli alam barzakh. Kalimah pertama yang akan ditajallikan oleh Allah SWT kepada insan ialah kalimah Subhanallah. Kesan tajallinya kalimah ini ialah insan akan merasa dirinya suci. Suci di sini bermakna Allah SWT telah berkenan untuk menjaga insan dari melakukan dosa. Insan akan merasakan dirinya sentiasa dikawal dan dipandu oleh Allah SWT daripada melakukan dosa.
4. Tajalli Alam Malakut
Setelah insan istiqamah berulang menyebut kalimat Baqiyatul Solihat dan sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT, insan itu akan memasuki tingkat tajalli yang seterusnya iaitu tajalli alam Malakut.  Pada tingkatan ini, insan dapat merasakan seolah-olah ada alam lain di sekelilingnya.  Kalimah kedua yang akan ditajallikan oleh Allah SWT kepada insan ialah kalimah Alhamdulillah. Kesan tajallinya kalimah ini ialah insan akan merasa dirinya sungguh bertuah kerana telah dikurniakan nikmat yang begitu banyak oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, diperingkat ini insan akan sentiasa bersyukur kepadaNya terhadap kesemua takdir yang menimpa dirinya sama ada baik atau buruk.
5. Tajalli Alam Jabarut
Setelah insan istiqamah berulang menyebut kalimat Baqiyatul Solihat dan sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT, insan itu akan memasuki tingkat tajalli yang seterusnya iaitu tajalli alam Jabarut. Pada peringkat ini, rasa "zouk" mula memasuki diri insan. Rasa "zouk" itu adalah rasa bahawa Allah SWT adalah begitu dekat dengan dirinya. Adakalanya insan akan menganggap dirinya tuhan. Rasa "zouk" ini sebenarnya adalah ujian untuk para wali Allah. Asalkan insan tidak meninggalkan solat, Insya Allah insan akan berjaya melepasi ujian tersebut. 
Kalimah ketiga yang akan ditajallikan oleh Allah SWT kepada insan ialah kalimah Lailahaillah. Kesan tajallinya kalimah ini ialah insan akan merasa dirinya sungguh dekat dengan Allah SWT. Insan telah mendapat taraf Ihsan iaitu insan seolah-olah telah melihat Allah SWT dan Allah SWT sentiasa melihat dirinya.
6. Tajalli Alam Lahut
Setelah insan istiqamah berulang menyebut kalimat Baqiyatul Solihat dan sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT, insan itu akan memasuki tingkat tajalli yang seterusnya iaitu tajalli alam Lahut. Pada peringkat ini, rasa "zouk" yang masuk dalam dirinya menjadi semakin kuat. Selain dari tidak meninggalkan solat, insan perlulah ingat bahawa mana mungkin dia adalah tuhan sedangkan dia tidak berkuasa untuk mencipta walau seekor lalat sekalipun.
Kalimah keempat yang akan ditajallikan oleh Allah SWT kepada insan ialah kalimah Allahuakbar. Kesan tajallinya kalimah ini ialah insan akan merasa dirinya besar dan hebat. Ujian Allah SWT untuk insan pada tahap ini ialah ujian agar insan tidak sombong. Untuk melepasi ujian ini, insan mestilah sentiasa melihat kelemahan dalam dirinya lalu berulang-ulang beristighfar agar Allah SWT mengampunkan dosanya yang terhasil dari kelemahan tersebut.
4. Tajalli Sidratul Muntaha
Setelah insan istiqamah berulang menyebut kalimat Baqiyatul Solihat dan sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT, insan itu akan memasuki tingkat tajalli yang seterusnya iaitu tajalli Sidratul Muntaha. Ini adalah tajalli peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh insan. Pada tingkat ini, rasa "zouk" itu adalah paling kuat dan ramai yang tersesat langkah dengan mengaku diriNya tuhan lalu tidak solat kepada Allah SWT. Ingat, solat adalah tiang agama. Ikutlah naluri roh itu sendiri untuk solat dan Insya Allah insan akan selamat.
Kalimah kelima dan terakhir yang akan ditajallikan oleh Allah SWT kepada insan ialah kalimah La Hawlawala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim. Kesan tajallinya kalimah ini ialah insan akan merasa Allah SWT itulah yang maha berkuasa dan makhluk langsung tidak mempunyai kuasa. Insan akan merasa dirinya sentiasa berada di dalam perlindungan dan peliharaan Allah SWT dan insan akan rasa tidak takut terhadap ancaman orang yang jahat terhadap dirinya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/07/tajjali-7-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surah Menyelamat Kita Di Alam Barzakh Ustaz Wadi Annuar

Surah Menyelamat Kita Di Alam Barzakh Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 309 hits
Pagi ini Naim nak share kuliah daripada Ustaz Wadi Annuar berkisar surah yang bakal menyelamatkan kita di alam barzakh Iaitu surah AL Mulk Jom kita dengar tazkirah ini semoga ia memberi keinsafan kepada diri kita semua Insha Allah Jom amalk...
Prog Agus Tempelak Kenyataan Menteri Alam Sekitar Tentang Masalah Air Di Kelantan

Prog Agus Tempelak Kenyataan Menteri Alam Sekitar Tentang Masalah Air Di Kelantan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 349 hits
30 40 tahun untuk selesai masalah air Jangan remehkan keluhan rakyat 1 Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan masalah air Kelantan akan selesai dalam 30 40 tahun lagi kerana kosnya yang besar Oleh itu ...
Lokasi Cantik Beriadah Petang Dan Photoshoot Di Eco Grandeur Puncak Alam

Lokasi Cantik Beriadah Petang Dan Photoshoot Di Eco Grandeur Puncak Alam

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 2226 hits
Hujung minggu kalau dapat keluar sekejap pun jadi lah kan beriadah bersama keluarga Hidup pasca Covid dengan norma norma baharu kehidupan ni melatih kita untuk bijak dalam mengurus masa dan lokasi sebelum keluar ke mana mana Yang perlu di u...
Keindahan Alam Yang Hanya Bisa Kamu Lihat Di New Zealand

Keindahan Alam Yang Hanya Bisa Kamu Lihat Di New Zealand

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 238 hits
1 Lake TekapoDanau indah yang terletak di South Island New Zealand mewakili keindahan yang luar biasa Dari kejauhan kamu bisa melihat Pegunungan Alpen Selatan dengan puncaknya yang tertutup This is a content summary only Visit my website fo...
Khurafat Alam Maya Mampu Dibeli Melalui Talian Atau E Dagang

Khurafat Alam Maya Mampu Dibeli Melalui Talian Atau E Dagang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 379 hits
Antara paling laris di pasaran adalah tali pinggang panglima perang hitam dan baju wafaq perang yang didakwa mampu melindungi diri dari bahaya jika dipakai di pinggang atau tubuh LAZIMNYA dahulu objek khurafat membabitkan tangkal dan azimat...
Mengenal Alam Jin Sihir Dan Cara Mengelakkan Sihir

Mengenal Alam Jin Sihir Dan Cara Mengelakkan Sihir

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 548 hits
Alam JinJin adalah nama jenis bentuk tunggalnya adalah jiniy yang bermaksud yang tersembunyi atau yang tak terlihat Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api berdasarkan ayat berikut Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah l...
Jamuan Makan Besar Cny2020 Yang Lazat Dan Meriah Hanya Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Jamuan Makan Besar Cny2020 Yang Lazat Dan Meriah Hanya Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 336 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Sekejap je rasa kita baru sambut Tahun Baru 2020 dan kini tidak lama lagi Tahun Baru Cina pula bakal menjelma wah seronok cuti lagi heheheBagi yang balik ke kampung tu moga semuanya dimudahkan urusan dan...
Bukit Setia Alam Keindahan Alam Yang Patut Dipelihara

Bukit Setia Alam Keindahan Alam Yang Patut Dipelihara

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 282 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraLast week aku dgn geng hiking nama grup kitorang stylo kan kami pergi daki Bukit Setia Alam Sangat sesuai untuk yang nak practice yang nak jinak hiking dan yang nak keluar peluh dia punya trails tu agak m...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Membuat Cerita Bergambar Dengan Tema Perubahan Iklim Global

Resepi Char Kuew Teow Udang