Tahniah Dan Pujian Buat Salahuddin Ayub




NAFAS UMUM PELANTIKAN PENGURUS BESAR, PENGERUSI & AHLI JEMAAH PENGARAH YANG BAHARU


Alhamdulillah, selepas tamat tempoh penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan - NAFAS, pagi tadi saya telah mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pengurusan yang baharu. 


Saya berharap pengurusan NAFAS telah distruktur semula ini dapat memastikan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. 


Kerajaan bersikap proaktif dan positif terhadap NAFAS bagi memastikan ia kembali kepada fungsi asal - memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya. 


Adalah diharap dengan pemilihan saf kepemimpinan baharu ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin berintegriti bagi menjamin keperluan golongan sasar.


YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi telah diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Kedah. 


Pagi tadi saya turut mengumumkan pelantikan enam orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP NAFAS pada tahun 2016 bagi penggal 2016-2019. 


Barisan AJP NAFAS yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim, Mohd. Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof, YB Senator Dr. Yaakob Sapari dan YB Muhamad Said Jonit yang merupakan AJP lantikan Menteri. 


Lima lagi AJP NAFAS ialah YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, YBhg. Dato' Haji Ahmad Bhari Abd Rahman, YM Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.


Salahuhuddin Ayub
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Komen Blog - Ini adalah satu lagi tindakan terpuji daripada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.  


Sebelum ini, beliau juga membuat beberapa perlantikan daripada kalangan orang politik mengetuai agensi di bawah kementeriannya, antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.


Agensi di bawah kementerian bukanlah GLC. Oleh itu perlantikan ini sama sekali tidak bercanggah dengan manifesto PRU14. Agensi kerajaan memang perlu diterajui oleh orang politik dengan tujuan membawa suara dan kepentingan politik dalam agensi berkenaan. 


Ia malah selari dengan kedudukan menteri sendiri sebagai orang politik. Hanya orang politik yang duduk di agensi yang boleh memudahkan lagi perlaksanaan agenda membantu rakyat sebagaimana kehendak menterinya berbanding jika diserahkan kepada golongan profesional.


Golongan profesional boleh diletakkan di peringkat perlaksanaan seperti Ketua Pengarah, Pengarah dan sebagainya.


Saya telah menulis sebelum ini berkenaan isu yang sama di sini - http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/ingatah-kepada-tun-mahathir-jangan-tak.html


Juga di sini - http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/jangan-sampai-orang-politik-jadi-mangsa.html


Selain itu, dengan memberi penghargaan kepada orang politik mengetuai agensi kerajaan juga mampu menguatkan lagi parti politik untuk berdepan cabaran lawan dalam pilihanray akan datang.


Orang profesional tidak terlibat dengan pilihanraya, kadangkala tidak peduli pun dengan remeh-temeh pilihanraya. Hanya orang politik yang bertungkus lumus dan bersusah payah memegangkan parti sehingga berjaya membentuk kerajaan.


Tiada salahnya memberi penghargaan kepada mereka.


Berbanding menteri-menteri lain, Salahuddin nampaknya paling ke depan dalam memberi penghargaan kepada orang-orang politik yang berkelayakan dan berkemampuan mengetuai agensi-agensi di bawah kementeriannya.


Syabas, tahniah serta pujian kepada beliau dan semoga menteri-menteri yang lain juga tidak takut melakukan perkara yang sama selepas ini, itu pun jika masing-masing mahu ada hati melihat Pakatan Harapan ini menang lagi dalam PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 24/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/tahniah-dan-pujian-buat-salahuddin-ayub.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Adik Syukor Khamis Terima Anugerah Pelajar Unggul

Tahniah Adik Syukor Khamis Terima Anugerah Pelajar Unggul

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1103 hits
Seorang pelajar tingkatan dua Muhammad Syukor Khamis 14 hari ini menerima Anugerah Pelajar Unggul dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini Penghargaan itu diberikan oleh Pejabat Pendidikan daerah ini atas kelebi...
Alhamdulillah Tahniah Isteriku Isteri Rody Kristal Selamat Bersalin

Alhamdulillah Tahniah Isteriku Isteri Rody Kristal Selamat Bersalin

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 374 hits
Isteri gitaris kumpulan Kristal Rody Niena Azman selamt melahirkan putera sulungnya semalam Bayi comel itu dilahirkan secara normal pada jam 9 34 malam tadi Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Rody menerusi akaun Instagram di ruanga...
Tahniah Husam Ucap Pada Haji Hadi

Tahniah Husam Ucap Pada Haji Hadi

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 235 hits
Tahniah Pas bantu kempen calon BN Abdul Hadi Husam Musa Dulu marah sekarang sayang Dulu kita bersama menentang mereka menolak islam Sekarang kita bersama mereka menentang pemerintah baru Dan itulah resmi padi politik
Tahniah Juara Maharaja Lawak Mega 2018 Milik Shiro Dan Ini Senarai Penuh Pemenang

Tahniah Juara Maharaja Lawak Mega 2018 Milik Shiro Dan Ini Senarai Penuh Pemenang

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 470 hits
Sungguh hebat persembahan pada malam ini malah kumpulan masing masing sangat kreatif dengan idea yang mantap sehingga membuatkan ramai yang tercuit hati Antara kumpulan yang berjaya ke final adalah Taman Puteh Zero Shiro dan Bocey Malam ini...
Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 517 hits
PEKAN Rakyat negeri Pahang menzahirkan sembah tahniah kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilantik menjadi Sultan Pahang keenam menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Penduduk di Pekan Azahani Mahmud 49 berkata pelantikan...
Sultan Johor Zahir Tahniah Kepada Tengku Abdullah

Sultan Johor Zahir Tahniah Kepada Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 251 hits
12 Januari 2019 8 57 PM JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pah
Indahnya Perbedaan Viralnya Foto Pernikahan Di Gereja Bersama Semua Bridesmaid Berhijab Di Malaysia Ini Tuai Pujian

Indahnya Perbedaan Viralnya Foto Pernikahan Di Gereja Bersama Semua Bridesmaid Berhijab Di Malaysia Ini Tuai Pujian

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1025 hits
Sekilas terkesan biasa Tapi caption unggahan fotografer yang sebar foto viral di Facebook ini dalem banget lo
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah