Syair Berendoi Ketinggian Ilmu Syair Melayu Oleh Dr Zurinah Hassan



Kertas ini melihat hasil sastera Melayu, khasnya syair sebagai media penyampaian dakwah dan ilmu pengetahuan. Syair yang akan diberi tumpuan ialah syair yang digunakan dalam acara-acara berendoi. Di dalam kategori ini terdapat Syair berikut:1.    Dondang Siti Fatimah dicatat oleh Harun Mat Piah hasil penyelidikannya di hampir seluruh Semenanjung Malaysia, terutama di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor. (Harun Mat Piah,1997).
2.    Endoi, petikan dari Journal of Straits Branch of Royal Asiatic Society No. 76 (1917) hlm 128-129). Penyiaran dalam JMBRAS 1917 menunjukkan  bahawa teks ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu. (Mohd Taib Osman, 1976)
3.    Syair Nyanyian Anak, hasil penyelidikan Drs. Sahril di kalangan masyarakat Melayu di Kabupaten Batubara, Sumatera Utara tahun 2005 (Roslan Madun (Penyusun) 2016)..
Ketiga-tiga Syair di atas adalah variasi dari syair yang sama. tetapi mempunyai perbezaan dari aspek senikata dan irama, mengikut tempat. Setakat ini  tidak diketahui siapakah pengarang asalnya. .Syair-syair ini boleh dikategorikan sebagai lagu2 Dodoi atau  Lullabies. Lagu Lullalabies adalah sebahagian daripada sastera lisan yang diwarisi oleh masyarakat di seluruh dunia, termasuklah masyarakat Melayu/Nusantara. Ia adalah lagu yang dinyanyikan untuk menghiburkan dan menidurkan bayi. Selain syair terdapat lagu-lagu yang lebih pendek misalnya yang bersenikata pantun.
Buah kacang katok
Bilang satu Satu Satu
Tidur anak tidur
Takut burung hantu
Nureeyan Saleh, 1999: 22, memetik Dorothy Berliner Commins (1967)  bahawa “Lullabies are love songs. Sometimes they are gay and sometimes they are sad; but whatever the mood, they are always tender. They are the expression of one of the deepest emotions of the human spirit. A lullaby is born in a mother’s heart to live on in the child’s memory, for a lifetime and even longer; for lullabies are passed on from generation to generation.” Bermaksud lagu-lagu dodoi lahir dari hati ibu dan kekal di pemikiran anak seumur hidupnya malah lebih lama kerana ia akan diwarisi oleh generasi seterusnya.
       Lagu Dodoi merupakan sebahagian dari nyanyian rakyat (folk songs) Nureeyan Saleh,1999:11 memetik Jeua Stawethin, 1974  “Lagu dodoi adalah folk songsyang pertama dan tertua iaitu amat panjang umurnya dan tidak dapat diketahui siapakah yang mengarang atau memulai lagu-lagu itu. Nyanyian ini lahir di kalangan rakyat biasa dalam keadaan yang bersahaja. Setiap nyanyian rakyat bertemakan kehidupan harian masyarakat zaman dahulu, dan ini termasuklah pemikiran, kepercayaan serta keinginan-keinginan mereka”. Ia mencerminkan atau menggambarkan keadaan hidup masyarakat yang menuturkannya. Misalnya kehidupan petani yang terpaksa bekerja keras terlihat dalam lagu:
Endoi-endoi tiak
Tiak makan padi
Adik jangan teriak
Mak cari padi.
Lagu Dodoi dikenali sebagai satu cara untuk melahirkan kasih sayang. Manusia, tidak kira keturunan, bangsa atau agama memiliki cara-cara tersendiri untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada anak-anak mereka. Salah satu cara mereka meluahkan perasaan yang begitu seni sekali ialah dengan menyanyikan lagu-lagu mengulit anak. Oleh itu mereka akan berusaha untuk memilih dan menyusun kata-kata supaya menjadi puisi yang indah dan menarik yang mengandungi nilai-nilai moral atau seni kata yang sesuai untuk bayi. Puisi tersebut akan dinyanyikan dengan gaya, nada dan ritma yang merdu. Akhirnya puisi yang pendek dan padat itu akan menjadikan nyanyian dodoi itu indah, merdu, dan sedap didengar bukan sahaja dari segi iramanya tetapi dari segi puitisnya.
Lagu2 ini adalah penting dalam kehidupan seseorang kerana suara ibu yang mendodoikan itu  merupakan komunikasi pertama seorang bayi dengan dunia di sekelilingnya. Ia merupakan ekspressi kasih sayang dari hati ibu yang paling mendalam dan  kekal dalam ingatan seorang individu. Dari pantun-pantun dan syair yang didengar dia mengenal sastera dan mengenal khazanah warisan bangsanya, Lagu dodoi adalah sastera yang mempunyai ciri-ciri universal. Ia adalah  fikiran dan daya khayalan bersama kepunyaan manusia. Genre dodoi sudah wujud berzaman lamanya sejak ibu melahirkan bayi dan mendodoikan bayinya di dalam buaian. Lagu dodoi adalah satu perkenalan tradisi bagi semua golongan masyarakat yang menjadi amalan tradisi dalam kitaran hidup seseorang pewaris tradisi. Lagu dodoi adalah bahan hiburan paling awal yang diperolehi oleh kanak-kanak. Walaupun penggunaan bahasa dalam nyanyian itu berbeza mengikut masyarakat dan bangsa masing-masing tetapi tujuannya sama iaitu bertujuan untuk menidurkan bayi, membelai anak dengan kasih mesra, serta menyampaikan pengajaran.
Lagu dodoi Melayu tidaklah jauh bezanya daripada lagu dodoi bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia didapati mengandungi empat aspek utama iaitu:
·         aspek pembelajaran bahasa dan makna kata-kata
·         aspek fizikal yang berkaitan dengan permainan kanak-kanak,
·         aspek budaya yang melibatkan mesej-mesej tentang nilai dan norma kehidupan,
·         aspek keagamaan yang melibatkan ajaran-ajaran keagamaan sebagai panduan hidup sebagai umat Islam.
Oleh itu, lagu dodoi, selain  menjadi lagu hiburan bagi kanak-kanak untuk menidurkan mereka, ia juga penting dalam kehidupan, khasnya perkembangan dan perwatakan individu kerana  mempunyai fungsi sosial dan kognitif.  
Dalam budaya Melayu terdapat tradisi yang dinamakan Berendoi. Endoi merujuk kepada buaian di mana bayi ditidurkan dan diayun. Buaian adalah budaya kebendaan yang lahir bersama-sama dengan tradisi nyanyian dodoi. Rekaan buaian menunjukkan perasaan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya kerana sesebuah keluarga yang melahirkan bayi akan menyediakan buaian untuk dijadikan tempat tidur bayi tersebut.  Buaian menjadi penting dalam pembesaran dan Pendidikan seorang individu sehingga muncul ungkapan yang terkenal  “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”. (Walaupun ada yang mengatakan hadis, namun tidak terbukti kesahihannya).
       Acara Berendoi. menjadi sebahagian dari acara yang lebih besar,  seperti akikah, khatam Quran. Ia biasanya diadakan ketika bayi dan ibu baru lepas tempoh berpantang iaitu  selepas enam minggu kelahiran. Acara ini lazimnya dimulai dengan mencukur rambut, turun tangga atau memijak tanah. Lagu dinyanyikan ketika bayi dibuai di dalam buaian yang berhias, oleh bidan dan seorang anggota keluarga.
Di Malaysia, syair yang terkenal untuk acara ini ialah Dondang Siti Fatimah atau Dendang Siti Fatimah. Ia mempunyai persamaan dengan Syair Nyanyian Anak kutipan Drs Sahril di Kabupaten Batubara, Sumatra. Sahril memberi tajuk Syair Nyanyian Anak , tetapi di dalam rangkap yang terakhir  ada menyebut Syair Fatimah.

           Habislah nasihat tamatlah kalam
Syair Fatimah yang punya salam
Salah perkataan tersebut kalam
Jangan disimpan di hati dalam
 (Roslan Madun, 2016:33)
Meneliti syair-syair ini, walaupun ada ubahsuai dan variasi mengikut daerah, mempunyai persamaan yang nyata. Dari segi bahasa amat jelas terdapat pengaruh Bahasa Arab manakala dari segi isi keseluruhan syair adalah merupakan penyampaian dakwah. Untuk mendidik anak supaya menjadi seorang Islam yang baik.
Pengaruh Arab dalam tata bahasa adalah sesuatu yang lumrah dalam mana-mana Syair pun. Dari segi pengistilahan dan teknis perkataan syair dipinjam daripada istilah Arab, syi,ir namun kata sepakat di kalangan sarjana telah tercapai bahawa istilah yang dipinjam ini telah dicorak dengan ragam tempatan dengan mengubah suku awal syi kepada sya , lalu menjadi syair. Syair telah menarik perhatian Sarjana dan pengkaji seperti A. Teeuw (1966), Winstedt (1967:186), Hooykaas (1965: 72) Syed Muhammad Naguib al-Attas (1969:178) yang telah mengulas dengan panjang lebar struktur dan asal usul syair Melayu.
(Zurinah Hassan,2012:20)
Istilah atau kalimat yang bermaksud Syair, Penyair ditemui di dalam AL QURAN, malah terdapat sebuah surah yang dinamakan Assyuaara membawa erti para penyair. Keindahan Al Quran yang mempunyai unsur-unsur  Syair diterima oleh orang-orang Arab. Walaupun enggan beriman, mereka tidak berupaya menafikan keindahan dan nilai bahasa  dalam Al-Quran. Ramai (orang kafir) yang kemudiannya tunduk memeluk Islam setelah mendengar ayat-ayat suci dibacakan. Contoh termasyhur ialah kisah Saidina Umar Al-Khatab. Sebelumnya beliau adalah penentang yang keras dan amat ditakuti. Namun hatinya menjadi lembut bila terdengar adik perempuannya membaca ayat-ayat suci. Reaksi orang Arab terhadap Al-Quran telah diceritakan dalam Al-Quran melalui ayat: “Mereka menuduh dengan berkata, ‘Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair” (Al-Anbiyaa’, ayat 5).Allah SWT telah menyangkal tuduhan tersebut. Apatah lagi Nabi Muhammad saw sendiri adalah seorang yang tidak tahu menulis dan membaca . Ayat yang secara terang menafikan Nabi sebagai penyair ialah: “Muhammad bukanlah penyair dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya” (Surah Yaa Siin, ayat 69).
Dondang Siti Fatimah, Endoi dan Syair Nyanyian Anak memperlihatkan peranan berdakwah yang jelas. Dakwah disampaikan melalui Struktut Isi yang mengandungi:
a. Pendahuluan yang berupa Salasilah keturunan dan riwayat     kelahiran Rasulullah S.A.W.
b. Mengajar tentang proses kehamilan dan kelahiran.
c. Mengingatkan anak tentang kesusahan ibu bapa memeliharanya.
d.  Menasihat supaya taat kepada ibu bapa dan suami
e. Menyeru untuk menuntut ilmu.
f. Mengingatkan kewajiban mengerjakan ibadat
g. penutup.
Dalam penutup seperti biasa dalam majlis majlis akan dibacakan Doa:
Ya Allah Malikul Manan
Doa kami minta perkenan
Siang dan malam sepanjang zaman
Bala dan fitnan minta jauhkan.
(Harun Mat Piah, 1989: 270, Roslan Madun, 2016:32)

Lagu Dodoi menjadi media awal seorang insan dalam mengenali dunia dan kehidupan di sekelilingnya sambil menghubungkan perasaan kasih sayang antara anak dan ibu. Sebagai media sosiolisasi terawal ia sangat berperanan dalam membentuk peribadi kanak-kanak sebelum mereka memahami bahasa atau boleh bertutur. Senikata lagu dodoi mencerminkan kehidupan  harian masyarakat setempat Isi utama  lagu-lagu dodoi ialah menyampaikan nasihat, moral atau akhlak,  Ajaran agama merupakan bahagian yang penting dalam lagu dodoi,  dengan dimasukkan ayat-aya suci Al-Quran, selawat nabi, serta cerita cerita tentang keluarga dan perjuangan Nabi Muhammad saw. Lagu-lagu dodoi memperlihatkan prinsip-prinsip umum teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu di mana pembentukannya adalah bertunjangkan realiti kehidupan dan keagamaan penghasil sastera. Penciptaan teks  mempunyai sebab, tujuan, dan fungsi yang tersendiri. Hasil karya yang dicipta, iaitu syair yang dinyanyikan dalam berendoi mempunyai kegunaan atau manfaat terhadap masyarakat. Hal ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW “Sesungguhnya dari Bayan itu ada kehalusan dan sesungguhnya dari syair itu ada hikmah dan falsafah” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Alam dan agama Islam, mempengaruhi pemikiran dan mencorakkan kreativiti orang Melayu. (Hashim Awang 1989, Zurinah Hassan 2010). Banyak karya yang lahir atau diinspirasikan oleh Al Quran. Al-Faruqi mengulas “Jika pernah pendapat atau perasaan orang Islam dipengaruhi oleh sesuatu, sudah tentu ia dipengaruhi oleh Al-Quran” (Al-Faruqi, 1982:251-258). Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Syed Naguib Al-Attas dengan tulisannya: “Pengaruh Al-Quran terhadap masyarakat Melayu Indonesia itu tiada tolok bandingnya di sini” (1972:29).
Perbincangan di sini ditumpukan kepada bahagian syair Dondang Siti Fatimah, Endoi, Syair Nyanyian Anak yang menyentuh proses penciptaan janin di dalam Rahim ibu.

Setelah turun rahim bapakmu
Ke dalam batin rahim ibumu
Empat puluh hari nattefah namamu
Di situ dimulai pantang ibumu

Setelah sampai delapan puluh hari
Alkah namamu pula diberi
Sehingga sampai seratus dua puluh hari
Alkolah pula konon dinamai

   
     Empat bulan sampailah tuan
     Sudah menjadi kaki dan tangan
     Cukuplah dengan sifat sekalian
      Nyawanya lagi belum didatangkan

     Setelah sampai saat dan waktu
     Datanglah nyawa lalu bersatu
     Di dalam tubuh tempat nyawa itu
     Hawa dan nafsu sudah berlaku


Dikandungkan ibumu sembilan bulan
Nasi dan air tiada tertelan
Memperanakkan engkau berapa kesakitan
Kadang bercerai nyawa di badan

            (Sahril: Syair Nyanyian Anak)
 Rangkap rangkap ini menjelaskan tentang pembentukan janin. Ia menampakkan kedudukan syair sebagai penyebar ilmu pengetahuan, iaitu, pengetahuan tentang ilmu kejadian manusia sejak di dalam rahim ibunya. Penciptaan ini adalah bertunjangkan ajaran dan keterangan dalam Alquran surah al-Mu’minun ayat 12-14 “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian, Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu  Kami jadikan segumpal. Lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang. Lalu, tulang belulang itu Kami bungkus daging. Kemudian, Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain”.
Ayat ini diikuti pula oleh hadis Rasulullah SAW yang bermaksud  “Seseorang dari kamu ditempatkan penciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian menjadi alaqah selama itu pula (40hari) kemudian menjadi mudhghah selama itu pula (40 hari) kemudian Allah mengutus seorang malaikat lalu diperintahkan empat kalimat (hal) dan dikatakan kepadanya. Tulislah amal, rezeki dan ajalnya, serta celaka atau bahagia (nya) kemudian ditiupkan ruh padanya. (Hadis Riwayat Imam Al Bukhari).
Dari ayat tersebut dapat disimpulkan adanya enam fasa terbentuknya janin dalam rahim.  Tahap pertama penciptaan janin  disebut  Sulalah dimulai dari  saripati mani. Allah menjelaskan bahwa manusia diciptakan “ dari saripati air yang hina (air mani)”.
Perkataan saripati bermaksud yang terbaik dan terpilih (sari dan pati).  Ini adalah sejajar dengan penelitian oleh para ahli sains sekarang, bahwa manusia itu tercipta dari satu sperma saja, iaitu yang terkuat dan terpilih dari  jutaan sperma yang keluar dari laki-laki.   Sulalah adalah kata yang menggambarkan proses terbentuknya janin ini, karena satu dari jutaan sperma ini bergerak menuju ke rahim untuk membuahi ovum wanita. 
Penurunan ayat 12-24 surah al-Mu’minun yang memperkatakan tentang pembentukan janin ini, merupakan satu daripada mukjizat Al Quran. Adalah satu keajaiban bila kenyataan ini disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW pada abad ke 7 jauh sebelum sains modern menemukan pengetahuan tentang  pembentukan embrio di dalam tubuh manusia,  Seperti yang diketahui oleh sekelian manusia, Nabi Muhammad adalah seorang yang tidak tahu membaca apa lagi menulis. Dunia tertanya-tanya bagaimana seorang yang tidak pun belajar ilmu sains dan ilmu kejadian, boleh menyampaikan kenyataan tentang kejadian fetus atau janin di dalam tubuh seorang wanita lengkap dengan bilangan harinya pula.
Prof Keith L.Moore Department of Anatomi dan Biology Universiti Toronto berkata “Saya tidak tahu apa-apa tentang agama namun saya meyakini kebenaran fakta yang terkandung dalam Al-Quran. Al-quran secara tepat menjelaskan perkembangan embrio manusia. Sains modern baru mengetahui proses penciptaan di alam Rahim setelah ditemukan alat-alat modern” Hal ini membuktikan keRasulan Muhammad SAW kerana tidak mungkin seorang yang tidak belajar seperti Muhammad dapat mengetahui semua ini, ketika peralatan dan pengetahuan sains masih belum ditemui.
Syair Berendoi Sastera yang dicipta untuk menjalankan fungsi Dakwah ialah kegiatan yang dituntut oleh Islam seperti yang terlihat pada ayat yang bermaksud:
1.         “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman”  (Surah adz-Dzaariyat, ayat 55).
2.         ”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Dan merekalah umat yang beruntung” (Surah Ali-Imran ayat 104).
3.         ”Siapakah lagi yang lebih baik perkataannya daripada orang-orang yang menyeru ke jalan Allah dan mengerjakan amal soleh dan mengatakan: Sesungguhnya aku adalah seorang yang menyerah diri” (Surah Fussilat ayat 33).
Di dalam syair yang diperkatakan ini terdapat ajaran yang selaras dengan seruan Al Quran agar manusia berfikir tentang kejadian alam termasuk kejadian diri sendiri. Al-Quran mengandungi  ayat-ayat yang menggesa manusia supaya mengkaji dan meneliti tentang fenomena alam agar mereka mencapai ilmu pengetahuan dan berupaya membina tamadun di dunia ini. Di dalam Kitab suci Al-Quran terdapat banyak ayat yang diakhiri dengan   Afalatabsirun bermaksud apakah kamu  tidak memerhati, Afalatakkhilun bermaksud apakah kamu tidak menggunakan akal? dan  Afalatatafakhkarun bermaksud apakah kamu tidak berfikir?  Seruan ini diperkuat oleh Nabi Muhammad saw melalui sabda baginda: “Tiada agama bagi orang yang tiada mempunyai akal dan tiadalah akan sempurna agama manusia selama-lamanya sebelum sempurna akalnya” (Hadis riwayat Jabir kepada al-Baihaqi).
KEGIATAN BERENDOI PADA MASA KINI.
Pada masa ini kegiatan berendoi boleh dikatakan aktif. Ia lebih merupakan kegiatan dalam kegiatan yang lebih besar, biasanya acara akikah baik di kampung atau di bandar bandar besar seperti Shah Alam. Di Shah Alam hampir setiap seksyen ada kumpulan kumpulan yang menjalankan kegiatan. Seperti biasa acara-acara budaya orang Melayu akan cepat dimanipulasi untuk tujuan komersial atau mencari keuntungan.  Maka tumbuhlah syarikat syarikat sewaan buaian yang ada kalanya boleh mencecah seribu rm sekali sewaan.  Golongan pengamal rata-rata tidak mengenakan apa-apa bayaran (Mengikut Puan Hapisah biasanya diberi saguhati 50rm Di kampung pasokan ini mendapat 200 rm untuk dikongsi. .

1.     Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, .Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997
2.     Roslan Madun (Penyusun) , Syair Alam Melayu Nusantara, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 2016..
4.     Mohd Taib Osman, Warisan Puisi Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
5.     Nureeyan Saleh, Lagu Dodoi Melayu Patani, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.1999)
3.     Zurinah Hassan, Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,2010.
4.     Zurinah Hassan, Puisi Melayu Tradisional, Pantun, Syair, Gurindam, Nazam, Seloka,  Kuala Lumpur, Pekan Ilmu, 2012..
5.     Hashim Awang,Kajian Sastera, Satu Pendekatan Melayu,Dewan Sastera, 60-63.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2019/10/syair-berendoi-ketinggian-ilmu-syair.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biodata Zurinah Hassan

Biodata Zurinah Hassan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 75 hits
ZURINAH HASSANMENULIS SEJAK TAHUN ENAMPULUHANPenulis wanitaMalaysia pertama menerima ANUGERAH SASTERA NEGARA membawa gelaran SasterawanNegara menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara 2004 Hadiah Puisi Sunthorn Phu 2013 ZURINAH HASSAN ialah S...
Kongres Maruah Melayu Amanat Oleh Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Di Stadium Malawati Shah Alam

Kongres Maruah Melayu Amanat Oleh Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Di Stadium Malawati Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 27 hits
Kongres Maruah Melayu amanat oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam
Ini 3 Pilihan Menu Kari Ala Melayu Yang Boleh Dicuba

Ini 3 Pilihan Menu Kari Ala Melayu Yang Boleh Dicuba

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 82 hits
Rempah ratus menjadi agen penambah perisa dan penyedap rasa masakan termasuklah dalam masakan Melayu Ditambah pula dengan gabungan bahan mentah tempatan seperti santan dan daun kari serai kunyit dan lengkuas dan cili keenakan menjadi lebih ...
Bila Ah Long Kata Mahu Tolong Orang Melayu Kampung Baru

Bila Ah Long Kata Mahu Tolong Orang Melayu Kampung Baru

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 72 hits
Baru baru nie Khalid Samad tawarkan pewaris Kg Baru untuk jual tanah mereka dengan harga RM850 kaki persegi Khabarnya ramai pewaris Kg Baru yg tolak tawaran Khalid Samad sebab harga yang ditawarkan terlalu rendah malah pakar hartanah pun ak...
Mencurigai Warganegara Yang Tak Tahu Berbahasa Melayu

Mencurigai Warganegara Yang Tak Tahu Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 94 hits
DAP jangan terlalu agresif campur isu kewarganegaraan kata PASTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan DAP sebagai semakin agresif dalam memberi tekanan untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan Tuan Ibrahim berkata demikian ...
Rumah Melayu Yang Tersepit Di Tengah Tengah Kl Jadi Semangat Perjuangan Warisan

Rumah Melayu Yang Tersepit Di Tengah Tengah Kl Jadi Semangat Perjuangan Warisan

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 60 hits
Rumah Degil yang terdapat di Chow Kit di tengah tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur kembali mendapat perhatian ramai apabila timbul isu tanah yang terdapat di Kampung Baru pada waktu ini Namun begitu tidak ramai yang mengetahui sejar...
Lelaki Melayu Ditembak Mati Sakit Mental Pdrm

Lelaki Melayu Ditembak Mati Sakit Mental Pdrm

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 68 hits
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur Sumber
Bahasa Melayu Tidak Pelik Tapi Unik 14 Cakap Berkias

Bahasa Melayu Tidak Pelik Tapi Unik 14 Cakap Berkias

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 47 hits
Bahasa Melayu halus dan berlapik Penuturnya tidak mahu memalukan orang atau memalukan diri sendiri Untuk itu mereka gunakan bahasa kiasan untuk menyampaikan maksud di hati Contoh 1 Mereka kata anaknya kerja ladang anggur jika anaknya masih ...
Tidak Salah Kempen Beli Produk Muslim Melayu Ada Hak Memilih

Tidak Salah Kempen Beli Produk Muslim Melayu Ada Hak Memilih

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 99 hits
Orang Cina kalau tahu produk Melayu mereka tak beli BANGI Walaupun berlainan bangsa Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam Felo Penyelidik Utama Be...
Pemandu Grab Bangsa Cina Sanggup Tunggu Gadis Ini Solat

Kereta Dipenuhi Air Ketum Kemalangan Teruk

10 Perbezaan Majlis Perkahwinan Zaman Dulu Vs Zaman Sekarang

Kisah Seram Pocong Di Atas Katil Anak

Kes Saman Fitnah Ismail Sabri Khalid Selesai Dengan Izzah

5407 Baru Nak Senang Sikit Bala Sampai Tv Ppim 16 10 2019

Semak Kelayakan Subsidi Petrol

Mohamad Sabu Penasihat Kafa



Kisah Lawak Bagaimana Coca Cola Diseludup Ke Russia

5 Lokasi Radioaktif yang Menjadi Tarikan Pelancong

Biodata Farzana Zainul Calon Dewi Remaja 2019 Yang Viral Kerana Terjatuh

Biodata Dian Fernandez Peserta Dewi Remaja 2019

5 Bandar Rahsia Yang Dahulunya Disembunyikan Dari Peta


Kek Look Tong Cave Temple Tempat Menarik Di Ipoh

Pengalaman Naik 4x4 Kampung Tekek Ke Kampung Juara

Sublimation Tshirt Floral Gold Edition

Pasar Kedai Payang Pasar Payang 2

6 Makanan Sihat Untuk Bersihkan Paru Paru Perokok

Pengalaman Kerja Part Time