Sup Tulang Berempah




Alhamdulillah, hari ini kita telah berada pada hari kedua Ramadhan. Hari kedua kita berpuasa. Sesungguhnya puasa kita hanya Allah sahaja yang akan memberikan ganjarannya. 
Jadi semoga kita semua berpuasa secara keseluruhan. Berpuasa mulut, telinga dan mata juga supaya kita tidak semata mata mendapat lapar dan dahaga.
Apa maksudnya? Setiap hari kita akan diberi markah penuh. Setiap kali kita melakukan benda benda atau perkara yang mengurangkan pahala puasa, maka markah akan ditolak. 
Jadi bayangkan bila di saat kita berbuka, markah puasa kita tinggal zero atau menjadi negatif. Rugi kan? Itu yang dikatakan orang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga.
Hari ini saya ingin kongsikan satu resipi istimewa iaitu sup tulang. Nanti, nanti dulu. Resipi ini tak sama dengan resipi sup tulang saya sebelum ini. Haa kalau nak tahu, kena baca resipi dan kemudian mencuba sendiri.
Haa jangan lupa menggunakan kiub daging Knorr kerana ianya sangat menjadikan sup kita berperisa daging. Kalau memasak apa apa, memang menjadi sangat sedap kalau dimasukkan kiub daging. 1 kiub telah cukup untuk memberi rasa yang sedap. Tak perlu lagi ditambah garam. 
Selain kiub pati daging, saya juga menggunakan serbuk limau nipis Knorr yang diperbuat dari buah limau nipis sebenar. Tak perlu susah susah nak memerah limau nipis lagi. Hahaha senang kerja kita tau. 

Bulan Ramadhan saya memang suka berbuka dengan lauk pauk berkuah, lebih lebih lagi sup. Menyediakannya pun sangat mudah dan cepat. Yang pasti, suami dan anak anak pasti suka dengan sup tulang.  
Jadi kalau anda masih mencari idea apa yang hendak dimasak sebagai juadah berbuka, bolehlah mencuba resipi sup tulang saya hari ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa, untuk singgah di Azie Kitchen Youtube Channel untuk video penuh penyediaannya. Boleh klik di SINI. Lepas tu, boleh subscribe supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali video baru di upload. Selamat mencuba.... 


Sup Tulang BerempahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg tulang rusuk - rebusRempah 4 sekawan2 kiub pati daging lembu Knorr½ sudu kecil gula1 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr2 batang sayur batang saderi4-5 sudu besar minyak masak
Bahan A - kisar:½ biji bawang besar3 biji bawang merah3 ulas bawang putih2 inci halia1 sudu besar lada hitam biji½ biji buah pala
Bahan B:2 sudu besar rempah sup3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih
Cara cara:Rebus tulang dengan 1 ½ liter air sehingga daging empuk. Atau boleh dimasak tulang dengan periuk tekanan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan bahan B. Kacau dan tumis sehingga terbit minyak.
Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang.
Masukkan kiub pati daging Knorr, gula dan serbuk limau nipis Knorr.
Setelah mendidih, masukkan batang saderi. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Nota:Sup ini juga boleh dihidang dengan mee kuning dan daun sawi yang dicelur.
Rempah campuran disangai dalam kuali tanpa minyak dan ditumbuk halus.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/04/sup-tulang-berempah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Masak Sup Tulang Ala Thai Pasti Sedap

Jom Masak Sup Tulang Ala Thai Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 670 hits
Terdapat pelbagai jenis menu sup tulang Ada yang berempah masam masam pedas dan ada yang tidak terlalu beraroma Jika anda ingin mencuba masak sup tulang ala Thai berikut resipinya dan cara memasak Bahan Bahan 1kilo tulang lembu 2 biji bawan...
Susu Kambing Untuk Tumbesaran Tulang

Susu Kambing Untuk Tumbesaran Tulang

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 381 hits
Mommyirra sedar yang tulang Amal anak mommy yang ke 3 berumur 6 tahun sangat kecil semasa memegang pergelangan tangannya untuk memilih jam Ya Allah aku pegang tangan anak aku ke ni Tinggal tulang je mommyirra bercakap dalam hati Lama benar ...
Hidangan Daging Tulang Rusuk Dan Kambing Terbaik Di Tony Romas

Hidangan Daging Tulang Rusuk Dan Kambing Terbaik Di Tony Romas

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 370 hits
Kadang kadang kakak sendiri tak tau nak makan apa untuk berbuka puasa kalau nak hadap nasi hari hari memang menggebu dengna jayanya lah badan ni Hee Baru baru ni kakak singgah Tony Roma s dan mencuba salah satu hidangan istimewa yang mereka...
Hidangan Tulang Rusuk Terkenal Dengan Perisa Baharu Di Tony Roma S Sempena Ramadan Dan Aidilfitri

Hidangan Tulang Rusuk Terkenal Dengan Perisa Baharu Di Tony Roma S Sempena Ramadan Dan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 470 hits
Hidangan Tulang Rusuk Terkenal dengan Perisa Baharu Di Tony Roma s Sempena Ramadan Dan Aidilfitri Assalamualaikum semua Sebut je tulang rusuk mesti dah terbayang akan hidangan yang lazat mewah dan menyelerakan Betul tak Ha apa kata sempena ...
Anak Boleh Ada Masalah Tulang Belakang Jika Letak Secara Front Facing Kaki Tergantung

Anak Boleh Ada Masalah Tulang Belakang Jika Letak Secara Front Facing Kaki Tergantung

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 213 hits
Kebelakangan ini kebanyakan ibu bapa akan memilih carrier untuk bawa anak dengan tujuan untuk mudah bawa berjalan Ye betul memudahkan tetapi adakah carrier itu selesa dan sesuai untuk anak Memang banyak pilihan dengan pelbagai jenama tetapi...
Saatnya Aktif Bergerak Untuk Kesehatan Tulang Sendi Dan Otot Di Masa Depan

Saatnya Aktif Bergerak Untuk Kesehatan Tulang Sendi Dan Otot Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 123 hits
Kurangi risiko terkena berbagai penyakit dan obesitas dengan bergerak minimal 15 menit setiap hari
Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy Sambal Ditumis Rasa Lebih Padu

Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy Sambal Ditumis Rasa Lebih Padu

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 243 hits
Gabungan ayam berempah dan nasi panas tidak lengkap tanpa sambal geprek pedas yang membangkitkan rasa hidangan Sambal jadi tambah superb rasanya bila ditumis lama rasa lagi pedas dan menyengat Resipi sambal padu dengan ayam berempah yang di...
Menu Berbuka Puasa Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Menu Berbuka Puasa Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 610 hits
Keenakan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang pernah orang muo nikmati ketika berkunjung ke Dungun bersama keluarga pada tahun 2009 masih lagi segar dalam memori kerana rasanya yang sangat sedap Kepada para ibu atau isteri yang sedang buntu...
Mee Kari Tulang

Mee Kari Tulang

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Panas panas ni teringin nak makan mee kari pula lagipun KK dah lama tak pekena mee kari jadi kita pergi cari Jaranglah apa yang KK nak KK tak dapat mesti dapat walau macam mana pun haha kali ni kita mak...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah