Spaghetti Bolognese Untuk Orang Senai


Assalamualaikum... 
SEMALAM, masak setimbun Spaghetti Bolognese sebagai buah tangan ke Senai. Iman kata, dah lama tak jumpa nenek. Memang dah lama, dari semenjak ibu kuarantin di rumah Tini, sehinggalah ibu disahkan positif covid. Sampai neneknya dah negatif pun masih tak jumpa-jumpa lagi. Jadinya, semalam la, dah masuk 22 Oktober, baru Iman dapat jumpa nenek.

Kali ini, Sk masak Sos Bolognese gunakan sos readymade jenama Legos (betul ke eja?) Jap.. google 😜

Tak ingat guna yang biru atau merah, sama ada perkataan 'BOLOGNESE' dalam tulisan warna biru atau 'CHILLI BOLOGNESE' dalam tulisan warna merah tu. Botolnya pun dah buang 😅. Selalunya Sk gunakan jenama Prego dan baru-baru ni, Sk guna jenama Barilla. Oh, ejaan sebenarnya Leggo's ya Sk.  🤣. Kalau masak sos bolognese, Sk juga akan campurkan dengan tomato puri. Selalu Sk gunakan jenama duChef, tapi semalam jumpa cap ayam jer. Risau jugak kalau yang keluar dari tin tu, sardin 🤣
Resepi Sos Bolognese
Sedikit minyak zaitun untuk menumis5 ulas bawang putih dicincang1 labu bawang besar dipotong dadu400 gm daging kisar1 botol sos bolognese jenama Leggo's1 tin kecil tomato puri Ayam's BrandSedikit air1 kiub pati lembuDaun parsley dicincang untuk tabur
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi dan keemasan

2. Masukkan daging kisar, kacau dan masak hingga bertukar warna

3. Masukkan bawang besar, masak hingga bawang layu

4. Masukkan sos bolognese dan tomato puri

5. Masukkan sedikit air dalam botol sos dan tin tomato puri, goncang rata, tuang dalam sos yang sedang dimasak

6. Masukkan kiub pati lembu, renihkan

Hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus sempurna. Taburkan daun parsley cincang semasa menghidang

Sk guna linguine, malas nak edit tajuk 😜








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/10/spaghetti-bolognese-untuk-orang-senai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Campur 2 Sos Ni Barulah Kuah Spageti Bolognese Jadi Lebih Sedap

Campur 2 Sos Ni Barulah Kuah Spageti Bolognese Jadi Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 219 hits
Spageti Bolognese Meatball adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak anak Ini dek kerana cara penyediaannya yang mudah rasa yang sedap dan tidak pedas Di pasaraya terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya