Siapa Siasat Aduan Kpn


BIASANYA Ketua Polis Negara (KPN) mempunyai kecenderungan untuk membuat kenyataan selepas mereka bersara. Namun, KPN sekarang, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membuat kenyataan dan pendedahan semasa beliau masih bertugas.

Ini adalah satu precedent (duluan) yang tidak pernah berlaku. Walaupun bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi ia menghairankan.

Untuk sekian lama, kita didedahkan kepada istilah deep state (negara dalam negara atau pemerintah tersembunyi) di mana wujudnya sebuah kerajaan rahsia yang berkuasa di sebalik kerajaan sah.

Sering juga terdengar tauke-tauke dunia jenayah (underworld) yang beroperasi di bawah perlindungan polis. Sekarang KPN pula bercakap isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cuba menjatuhkan beliau.

Apabila rakyat ada masalah, mereka akan mengadu kepada polis untuk siasatan tetapi apabila KPN sendiri yang mengadu, siapa pula yang hendak siasat?

Pendedahan KPN sedikit sebanyak menunjukkan terdapat golongan peniaga yang begitu berpengaruh sehingga boleh menyusup masuk ke dalam struktur polis. Saya ucapkan tahniah kepada Abdul Hamid kerana membuat pendedahan itu walaupun ia mungkin berisiko kepada dirinya sendiri.

Apabila KPN membuat pendedahan sedemikian, kemungkinan besar ialah beliau tertekan, tiada pilihan lain atau terpinggir.

Pendedahan mengenai kewujudan kartel dalam PDRM ini disusuli dengan pendedahan beliau mengenai kebocoran maklumat semasa Ops Pelican 3.0 dalam memburu ketua sindiket pengubahan wang haram terbesar di negara ini, Datuk Seri Nicky Liow.

Beliau mendedahkan, pembocoran maklumat itu ada kaitan dengan 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa yang disyaki mempunyai hubungan dengan sindiket jenayah terancang tersebut, majoritinya anggota polis. Ini adalah satu angka yang besar dan mencemaskan.

Yang paling mengecewakan, desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat aduan KPN disambut dingin oleh pemerintah dengan menyatakan ia boleh disiasat secara dalaman.

Jika ia boleh diselesaikan secara dalaman, kenapa KPN membuat pendedahan secara terbuka? Ini menimbulkan pelbagai persoalan dan kesangsian sama ada wujud tangan tersembunyi yang tidak mahu perkara itu didedahkan kepada umum.

Pada suatu ketika dahulu, semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditumbuk dalam tahanan polis, hanya setelah RCI dibentuk, barulah didedahkan KPN pada masa itu, Tan Sri Rahim Noor adalah individu yang melakukan perbuatan berkenaan.

Sebenarnya, isu yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid jauh lebih serius kerana ia melibatkan satu kartel dalam PDRM. Ia bukan masalah seorang individu tetapi satu kumpulan yang mungkin boleh mengambil alih pasukan polis.

Lencana mesra dan integriti yang dipakai oleh polis tiada gunanya jika ada pihak lain di luar sistem perundangan yang mengawal tindak-tanduk mereka. Untuk jangka masa panjang adalah mustahak Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan sejak 2006 diluluskan oleh Parlimen.

Oleh: S. ARUTCHELVAN
         Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/siapa-siasat-aduan-kpn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pahang Akan Siasat Sama Ada Helikopter Terhempas Ada Kebenaran Merentas Negeri

Polis Pahang Akan Siasat Sama Ada Helikopter Terhempas Ada Kebenaran Merentas Negeri

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 63 hits
KUANTAN Polis Pahang menjalankan siasatan sama ada helikopter yang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang semalam mendapat kebenaran merentas negeri atau pun tidak Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata pol...
Igp Zahid Anwar Boleh Buat Aduan Jika Rasa Difitnah Teraniaya

Igp Zahid Anwar Boleh Buat Aduan Jika Rasa Difitnah Teraniaya

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 79 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Apr 2021 1 28 pmAhmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim diminta tampil membuat aduan polis sekiranya merasakan diri mereka difitnah atau teraniaya berhubung dakwaan perbualan rakaman audio yang melibatkan mereka ...
One Stop Centre Ccid Scam Response Centre Semak Scammer Amp Buat Aduan Sekiranya Ditipu Scammer

One Stop Centre Ccid Scam Response Centre Semak Scammer Amp Buat Aduan Sekiranya Ditipu Scammer

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 106 hits
Untuk memerangi jenayah Macau Scam dan mengelakkan orang ramai terpedaya dengan jenayah tersebut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menubuhkan pusat panggilan setempat CCID Scam Response Center Tugas dan tanggungjawab CCID ...
Tidak Syak Lagi Manusia Ini Paling Layak Jadi Kpn

Tidak Syak Lagi Manusia Ini Paling Layak Jadi Kpn

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 141 hits
Ketegasan seperti ini yang kami rakyat marhaen tunggu tunggu
Masih Terlalu Awal Tubuh Rci Siasat Kartel Polis Timbalan Menteri Kdn

Masih Terlalu Awal Tubuh Rci Siasat Kartel Polis Timbalan Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 108 hits
Masih terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dr Ismail Mohamed Said Beliau berkata semuanya masih terkawal dan setak...
1mdb Polis Perlu Siasat Isu Komisyen Goldman Sachs

1mdb Polis Perlu Siasat Isu Komisyen Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 75 hits
Paling melucukan dia menekankan bahawa BERSATU dibentuk untuk memperjuangkan integriti dan ketelusan Kerajaan sindir Tony Pua Beliau berkata kebisuan yang wujud menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam bahawa penyelesaian tersebut tid...
Perak Siasat Isu Kerosakan Gua Matsoorat Selepas Penggambaran Drama

Perak Siasat Isu Kerosakan Gua Matsoorat Selepas Penggambaran Drama

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 95 hits
BH ONLINE Kerajaan Perak sedang menyiasat dakwaan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat IPOH Kerajaan Perak sedang menyiasat dakwaan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat di sini dirosak...
Polis Siasat Cikgu Campak Budak Dalam Video Tular

Polis Siasat Cikgu Campak Budak Dalam Video Tular

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 138 hits
FMT ReportersKlip video 10 saat yang tular menunjukkan kejadian dalam bilik darjah PETALING JAYA Polis menyiasat seorang guru bagi kes penderaan selepas video tular menunjukkan seorang budak dikasari dalam bilik darjah Dalam klip video sepa...
Polis Siasat Video Tular Guru Tadika Dera Anak Murid

Polis Siasat Video Tular Guru Tadika Dera Anak Murid

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 113 hits
209 total views 209 views today SHAH ALAM 26 Mac Polis telah menerima laporan berhubung satu klip video yang tular dalam sosial media hari ini menunjukkan seorang guru tadika melakukan kekerasan ke atas anak muridnya Ketua Polis Daerah Shah...
Berhati Hati Di Usia 60 Tahun

Berapa Kos Majlis Iftar Pr1ma Pembeli Terus Ikat Perut

Saya Percaya Kedua Dua Anak Ini Akan Sayang Jaga Ibunya Sebak Luahan Datuk K

Lirik Tetap Ku Anti Hani J

Anugerah Pg Mall

37 Pelajar Kolej Vokasional Di Melaka Positif Covid 19

Lirik Cinta Bukan Untuk Ku Yelse

Kisah Seram Saka Tak Bertuan Dari Indonesia



8 Rahsia Dan Fakta Menara Eiffel Yang Ramai Tak Tahu

Ini Dia Warna Putih Paling Cerah di Dunia

Biodata Afea Deanna Baharudean Yah Kuchai Pelakon Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kisah Mangsa Radiasi Nuklear Paling Teruk Di Dunia Tragedi Tokai 1999

Ini Sebab Mengapa China Haramkan Bangunan Pencakar Langit


Cerita Ramadhan Alhamdulillah Dapat Berkumpul Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Timbang Berat Badan Dan Kenapa

Bayaran Rm500 Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2021

Ticket Id Szejf Suspending Login And Sending Messages From E Mail

Mood Dan Puasa

5 Ways To Make Your Bedroom Help You Rest