Shampoo Moist Diane Dahlah Wangi Rambut Pun Jadi Lembut Dan Lurus Dengan Treatment
Setia betul saya pakai produk shampoo, conditioner dan toner Good Virtues Co. tak nak cari lain dah kononnya. Terfikir juga nak tukar produk penjagaan rambut yang lain. Untuk toner saya dah tukar kepada spray serum NEEDS.
Akibat terpangaruh dengan Diane Moist shampoo review dari penggunanya, saya pun beli lah Shampoo dan conditioner (treatment) Moist Diane - Japan's Premium Hair Care Brand. Dah namanya premium, harga dia keras sikit.
Rangkaian produk Moist Diane berjenis jenisExtra vitalExtra volume & scalp treatmentVolume & scalpExtra damageFresh & hydrateExtra moist & shineExtra smooth & straightExtra damage repair treatment
Dan banyak lagi. Setiap satu jenis shampoo kena pair dengan treatment dia sekali. Nak rambut cantik dan sihat wajib pakai conditioner/treatment. Toner atau serum tu untuk extra care. Pakai 3 jenis produk ni, tak perlu sikat dah. Guna jari pun boleh. Kadang tak bersikat pun sebab rambut tak kusut
Ini cakap betul ye. Tak kisah pakai produk apa, kena juga ada 3 jenis tu barulah rambut terjaga cantik dan sihat tanpa rosak
Disebabkan rambut saya bukan jenis bermasalah. Jadi saya pilih extra vital shampoo dan treatment. Mulanya nak pilih moist & shine atau smooth & straight tapi tak tahulah kenapa pilih extra vital. Sebab warna pink kot?
Rambut pun dah lurus lembut, jadi sesuailah pilih extra vital tu tak perlu pilih smooth & straight. Selain diane moist shampoo review yang bagus, tertarik juga dengan design botol shampoo dan treatment produk Moist Diane
Pek botol yang nampak mewah dan exclusive. Faham lah kenapa dia bersifat premium. Dari botolnya pun dah nampak ke premium nya tu. Macam botol minyak wangi pun ada tapi versi besar.
Saya beli Shampoo dan conditioner (treatment) Moist Diane masa sale. Lebih untung lagi. Harga biasa tak silap saya RM30 ke atas kot rasanya
Moist Diane Shampoo dan conditioner (treatment) Didatangkan dalam saiz 450ml. Diformulasi kan dengan formula bebas silikon membersihkan secara mendalam sebum dan kekotoran dari folikel rambut manakala formula Minyak Argan Maghribinya memberikan khasiat penting kepada kulit kepala tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi rambut.
Moist Diane shampoo ingredientsMengandungi pati Sakura, Promegranate dan Ginseng membantu menambah nutrien penting untuk rambut licin. Rambut dikuatkan, menghalang kerosakan rambut dan hujung bercabang. Mengandungi Asid Amino, bahan pembaikan kerosakan rambut yang aktif untuk meningkatkan kapasiti pelembapan rambut dan melindungi daripada sinaran UV dan kekeringan.
Pertama kali saya pakai shampoo Moist Diane ni dah jatuh cinta dengan baunya yang wangi. Macam bau minyak wangi manis-manis gitu. Shampoo jenis transparent tidak seperti warna shampoo seperti kebanyakan yang berwarna putih susu.
Dahlah wangi, bilas rambut selepas pakai treatment terus rambut jadi auto lembut. Itu belum pakai essence lagi. Tapi saya tak belilah essence produk Moist Diane ni sebab saya pakai hair serum lain. Tunggu habis dulu nanti baru cuma essence pula
Sumpah best lah pakai produk Moist Diane, pasti ulang membeli nanti. Sila jangan mahal sangat nanti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/12/moist-diane-shampoo.html