Setakat Base Camp Gunung Haba Lijiang





Kami berlima menaiki bas dari bandar Lijiang ke Haba Village pada pertengahan Disember 2019 dan sampai bandar kecil ini sekitar jam 15:00 petang. Tujuan utama kami ke sini adalah untuk mendaki Gunung Haba 5396 mdpl. Setelah check-in di bandar kecil kaki Gunung Haba itu, kami makan dan bersiar di sekitar bandar dan kampung di sana. Tidak sukar mencari kedai makanan halal di sini kerana terdapat ramai penduduk yang beragama Islam di bandar ini.






Malam itu sebelum tidur, Apip selaku ketua kumpulan kami menguruskan urusan perjalanan untuk pendakian ke Gunung Haba. Kami menyewa peralatan mendaki dan mengemas keperluan untuk dua hari pendakian. Keesokan paginya selepas sarapan, kami berangkat ke starting point Gunung Haba. Trek pendakian bermula dari jalan tepi masjid.






Trek menegak 45 darjah, menyusuri hutan pokok pinus yang cantik. Kami bergerak secara santai dan air sungai sudah mulai membeku kerana sekarang telah masuk musim dingin. Kami ditemani dua orang guide, dua ekor kuda sebagai pengangkut barang dan empat ekor kuda untuk tunggangan sekiranya perlu. Kami menyusuri trek zig-zag di hutan pinus itu mengikut laluan kuda sehingga Apip mengajak kami memintas trek zig-zag agar kami lebih laju dan jimat masa. Kami berehat seketika di satu kawasan padang ragut yang rata dan agak luas.




Setengah jam kemudian, kami meneruskan pendakian dan trek masih membelah hutan pinus yang cantik. Tidak berapa lama kemudian, salji mula turun. Menurut guide, hari ini adalah hari pertama salji turun bagi tahun ini. Semakin lama, salji turun semakin lebat dan kami sampai di cabin tempat makan tengahari sekitar jam 13:30 petang.






Guide membakar kentang dan memasak teh keju Yak. Kami mencuba makanan yang disediakan. Inilah kali pertama saya minum teh keju Yak. Kami berehat agak lama di sini dan meneruskan pendakian ke Base Camp Gunung Haba sejam kemudian. Meneruskan pendaki membelah salji menyebabkan saya mengambil keputusan menunggang kuda untuk menjimatkan tenaga.







Saya sampai di Base Camp Gunung Haba di ketinggian 4100 mdpl pada jam 16:00 petang dan salji turun sangat lebat pada masa itu, tambahan pula angin bertiup agak kencang. Teman-teman saya yang lain sampai di base cam sekitar jam 17:30 petang. Malam itu kami makan malam seperti cara masyarakat cina dari periuk di atas dapur tanpa hidang.




Malam itu kami tidur awal kerana kami akan meneruskan pendakian ke puncak awal pagi. Di luar angin masih bertiup kencang menyebabkan atap zink cabin meriah bergendang menghasilkan bunyi yang agak bising. Jam 03:00 pagi, guide mengejutkan kami untuk pendakian ke puncak. Setelah bersedia dan bersarapan ala kadar, kami memulakan perjalanan ke puncak sekitar jam 04:00 pagi. Langit cerah dan kelihatan banyak bintang tetapi angin masih bertiup kencang. Tiada sekeping gambar dapat dirakam sepanjang pendakian kerana gelap dan sukar membuka sarong tangan dalam kesejukan. Kami mendaki bongkah batu besar dan trek terbuka. Tiada tali disediakan sepanjang trek di bongkah batu besar. Semasa mendaki, kadang kala saya membongkok untuk merendahkan badan kerana bimbang dengan tiupan angin yang agak kencang. Sampai di ketinggian sekitar 4600 mdpl, dua pendaki dari kumpulan yang mendahului kami berpatah balik. Menurut mereka, angin terlalu kuat di atas dan mereka mengambil keputusan untuk membatalkan pendakian ke puncak kerana bimbang akan 'frostbite' akibat terlampau sejuk. Saya sedikit gentar dan setelah guide mengarahkan kami juga turun, saya dan dua teman mengambil keputusan untuk turun, manakala Apit dan Eryn meneruskan pendakian. Menurut mereka, telah terlihat kawasan starting untuk menggunakan 'crampon'. Kawasan wajib menggunakan 'crampon' adalah di ketinggian 4900 meter. Saya dan dua teman sampai semula di cabin sekitar jam 07:30 pagi. Setengah jam kemudian, Apip dan Eryn sampai di cabin, menurut mereka guide tidak membenarkan mereka meneruskan pendakian atas factor keselamatan. Pagi itu kami merakam gambar puncak Gunung Haba dari base camp.



Kami bergerak turun sekitar jam 11:00 pagi. Dari trek turun, kami nampak salji yang berterbangan ditiup angin di laluan ke puncak gunung. Setelah berjalan sekitar 30 minit, saya dan seorang teman mengambil keputusan untuk turun dengan menunggang kuda. Perjalanan turun dengan menunggang kuda dan merakam gambar menjadikan kami seperti pelancong gunung kata teman saya.
 

Salji yang berterbangan ditiup angin di puncak gunung

Jelas kelihatan salji ditiup angin



Kami berhenti di beberapa tempat untuk berehat dan merakam gambar. Pemandangan sepanjang trek turun ke bawah sangat indah dengan pancaran matahari, langit biru, hutan pinus dan hamparan salji yang memutih sedikit sebanyak mengubat rasa kecewa gagal ke puncak Gunung Haba. Mungkin kali ini bukan rezeki kami ke puncak.




Puncak Gunung Haba dilitupi salji sepanjang tahun. Pendakian ke puncak Gunung Haba adalah tecnikal, memerlukan peralatan mendaki seperti harnest, kapak ais, crampon dan sebagainya. Menggunakan khimat guide tempatan wajib untuk pendakian ke Gunung Haba ini.





Kami sampai di Haba Village sekitar jam 15:00 petang dan malam itu kami bermalam di sini. Keesokan paginya kami bergerak ke Baishuitai dan seterusnya pulang ke Lijiang. Saya mungkin akan mengulangi pendakian yang belum selesai ini pada masa akan datang. Moga ada rezeki datang ke sini lagi. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk melawat China.
2-Gunung Haba diselaput salji sepanjang tahun dan memerlukan peralatan dan tecnikal untuk ke puncak.
3-Contact guide untuk trip mendaki Gunung Haba: Apip- 013 3508508




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2020/01/setakat-base-camp-gunung-haba-lijiang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nenek Baik Hati Jahit 100 Topeng Muka Setiap Hari Untuk Mangsa Letusan Gunung Taal Filipina

Nenek Baik Hati Jahit 100 Topeng Muka Setiap Hari Untuk Mangsa Letusan Gunung Taal Filipina

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 530 hits
Seorang tukang urut berusia 61 tahun mengambil inisiatif menjahit ratusan topeng muka atas permintaan dan harga yang tinggi selepas letusan gunung berapi Taal yang berlaku di Manila Filipina serta memuntahkan debu panas secara tiba tiba Ros...
Kiamat Kecil Di Filipina Inilah Fenomena Petir Vulkanik Saat Gunung Taal Meletus

Kiamat Kecil Di Filipina Inilah Fenomena Petir Vulkanik Saat Gunung Taal Meletus

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 250 hits
Peristiwa meletusnya Gunung Taal di Filipina mendapat perhatian luas oleh dunia internasional Selain pemberitaan media bencana tersebut juga menjadi trending topic Twitter Indonesia dengan tagar PrayForPhilippines yang telah mencapai 35 1 r...
Status Gunung Sinabung Segera Diturunkan Jadi Waspada

Status Gunung Sinabung Segera Diturunkan Jadi Waspada

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 126 hits
Penurunan status itu masih dievaluasi Badan Geologi Kementerian ESDM di Bandung Evaluasi didasarkan pada data data akademis dari pengamatan Pos Gunung Api Sinabung
6 Persiapan Naik Gunung Prau Yang Sangat Membantu Perjalanan Anda

6 Persiapan Naik Gunung Prau Yang Sangat Membantu Perjalanan Anda

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 631 hits
Sebagian anak muda pasti suka dengan kegiatan mendaki gunung Meskipun melelahkan namun apabila sudah sampai di puncak rasa lelah mereka Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Hilang Ghaib Di Gunung Si Ibu Tak Henti Berdoa Amp Solat Di Dalam Hutan

Hilang Ghaib Di Gunung Si Ibu Tak Henti Berdoa Amp Solat Di Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 309 hits
Sukan lasak dan mencabar antara aktiviti yang semakin diminat ramai Namun begitu pasti setiap aktivit yang kita ceburi mempunyai risiko tersendiri Aktiviti memanjat gunung kian popular dikalangan peminat sukan lasak Walaupun seringkali kita...
Polisi Tetapkan Tersangka Perusakan Hutan Gunung Lawu

Polisi Tetapkan Tersangka Perusakan Hutan Gunung Lawu

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 106 hits
Berdasarkan hasil pemeriksaan tersangka mengakui tidak meminta izin Perhutani sebelum perobohan pohon
Istri Ungkap Janggal Tewasnya Suami Dan Adik Saat Mendaki Gunung Dempo

Istri Ungkap Janggal Tewasnya Suami Dan Adik Saat Mendaki Gunung Dempo

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 222 hits
Misteri dua pendaki JUM dan FIK yang hilang di Gunung Dempo Pagar Alam Sumsel akhirnya diungkap oleh istri JUM Suci Anandita Keduanya hilang dan ditemukan meninggal pada November 2019 lalu
Satelit Rakam Kejadian Letusan Gunung Berapi Taal Yang Sudah 43 Tahun Menyepi

Satelit Rakam Kejadian Letusan Gunung Berapi Taal Yang Sudah 43 Tahun Menyepi

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 314 hits
Letusan gunung berapi yang berlaku di Filipina baru baru ini telah membawa kepada sebahagian kawasan di Filipina dilanda debu dan berubah menjadi kelabu Gunung berapi Taal yang sudah 43 tahun tidak meletus tiba tiba meletus itu telah di tan...
Gambar Gunung Berapi Taal Bakal Meletup

Gambar Gunung Berapi Taal Bakal Meletup

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1057 hits
Gunung Berapi Taal Filipina bakal meletupSalam semua Dah lama Abang Wayne tak menulis nih Ok kali ni kita relaks relaks santai santai gitu Untuk makluman semua sebuah gunung berapi di Filipina bernama Gunung Berapi Taal akan meletus dalam m...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree