Semalam Ku Bermimpi



Saya telah menerima satu soalan berkaitan mimpi: “Dalam mimpi, saya memakai cincin emas pada jari manis tangan kiri. Waktu itu saya berada di sebuah tempat (rumah mungkin) yang semuanya gelap dan hitam. Waktu berjalan-jalan di situ, ada satu makhluk kecil (tak ingat apa dia) menanggalkan cincin saya dan melarikannya.
“Saya kejar. Sampailah di satu sudut, makhluk itu beri cincin saya kepada seekor labah-labah hitam. Haiwan itu memegang erat cincin hingga saya tak boleh ambilnya. Apa makna mimpi saya?”
Ini jawapan ringkas saya kepada yang bertanya: “Maaf saya tak pasti. Cuma kena tengok keadaan awak sebelum tidur. Adakah awak ada baca apa-apa doa sebelum tidur. Mungkin ia sekadar mimpi mainan tidur atau usikan syaitan yang nak takutkan awak. Abaikan sahaja dan minta perlindungan dengan Allah daripada sebarang bahaya.”

JENIS-JENIS MIMPI
Ini pula jawapan panjang yang mungkin boleh membantu yang bertanya. Mimpi manusia terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan hadis ini:
“Apabila waktu (kiamat) semakin dekat, hampir sahaja mimpi seorang Muslim tidak mendustainya. Orang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar lidahnya. Mimpi orang Islam adalah satu bahagian dari 45 bahagian kenabian. Mimpi itu tiga jenis: (1) Mimpi yang benar adalah perkhabaran gembira daripada Allah, (2) mimpi gangguan daripada syaitan (untuk menyedihkan) dan (3) mimpi yang dipengaruhi jiwa seseorang (psikologi). Sekiranya kamu bermimpi sesuatu yang tidak kamu sukai, maka bangunlah bersolat dan usahlah diceritakan mimpi itu kepada manusia,” – Sahih Muslim.

Perincian tiga jenis mimpi:

Mimpi mainan tidur
Banyak dipengaruhi emosi, psikologi orang tidur.
Usah dipedulikan mimpi jenis ini kerana ia sekadar pengisi ruang minda sewaktu mata terlelap. Langsung tidak memberi impak.
Anda boleh cuba eksperimen mudah bagi menghadiahkan mimpi ini kepada teman anda. Bagaimana? Siram air kepada teman anda yang sedang nyenyak tidur. Besar kemungkinan mimpinya berkisar dalam lingkungan air.
Saya pernah menonton dokumentari berkaitan ular tedung ganas dari Mesir. Pengacara rancangan yang terkenal sebagai pakar menangkap ular gagal mengawal kerana keganasannya yang luar biasa. Sejurus selepas itu, saya bermimpi sang ular menyeringai ganas ke arah saya.
Mengapa? Mudah sahaja, kerana memori yang terpahat dalam minda saya masih nampak bayangan ular, lalu bayangan itu menjengah masuk ke dalam mimpi tanpa diundang.
Ketika paginya saya faham bahawa ular yang muncul dalam mimpi itu adalah imbasan ular yang ditonton dan bukannya petanda saya didengki atau disihir oleh sesiapa.

Mimpi gangguan syaitan
Syaitan sudah mengikat janji akan merosakkan manusia sehingga kiamat.
Usaha merosakkan manusia berlaku secara rohani, mental dan fizikal.
Serangan mental dan emosi paling mudah syaitan jalankan kerana mereka adalah makhluk yang lain jisimnya. Laluan perjalanan mereka merentas tubuh manusia melalui pembuluh darah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya syaitan (mampu) bergerak dalam (tubuh) manusia melalui pembuluh darah,” – Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Cara mudah menangani mimpi ini adalah memotong langsung gangguannya sehingga ke akar umbi. Ikutlah panduan Rasulullah SAW:
“Apabila seseorang kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, ketahuilah ia daripada Allah maka pujilah Allah atas mimpi tersebut dan berbicaralah tentangnya. Akan tetapi apabila seseorang itu bermimpi yang lain iaitu sesuatu yang tidak disukai, ketahuilah ia daripada syaitan. Maka hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatannya. Jangan juga diceritakan mimpi itu kepada sesiapapun kerana mimpi itu tidak akan memudaratkannya,” – Sahih Bukhari.
Dalam hadis lain Rasulullah memperinci cara mengurus mimpi buruk:
“Apabila seseorang bermimpi (buruk) sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah dia meludah ke kirinya sebanyak tiga kali, memohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatan syaitan sebanyak tiga kali, dan hendaklah dia beralih tempat tidur,” – Sahih Muslim.

Mimpi yang benar atau perkhabaran gembira untuk orang soleh
Mimpi jenis ini biasanya berlaku kepada orang yang benar lidahnya sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“…Apabila waktu (kiamat) semakin dekat, hampir sahaja mimpi seorang Muslim tidak mendustainya. Orang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar lidahnya,” – Sahih Muslim.

Lidah yang pantang berdusta berpunca daripada suluhan iman dalam jiwa. Lalu suluhan itu terpancar terang dalam mimpinya. Imam Muhammad Ibn Sirin, seorang tabiin tersohor dan dikurniakan kelebihan mentafsir mimpi turut menasihati perihal kepentingan takwa kepada Allah semasa sedar yang akan memancarkan mimpi yang benar semasa tidur.
Sebuah riwayat menyebut: “Apabila seseorang lelaki bertanya Imam Ibn Sirin tentang tafsiran sebuah mimpi, beliau akan berkata: Bertakwalah kamu kepada Allah ketika sedar (jaga), sudah pasti mimpi kamu tidak akan memberi mudarat padamu,” – Hilyat al-Awliya’ Wa Tabaqat al-Asfiya’ oleh Imam Abu Nu’aym al-Asbihani.
Walaupun begitu, waktu tidur orang yang benar lidahnya perlu kena dengan waktu mimpi yang benar. Perhatikan wilayah tidur yang disinggung Allah dalam ayat ini:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh daripada kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) (1) sebelum solat subuh, dan (2) ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan (3) sesudah solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana,” (al-Nur [24:58]).
Sebelum percaya mimpi mempunyai petanda, kelaskan terlebih dahulu mimpi yang dialami kepada tiga kategori di atas. Juga ambil kira waktu tidur kita agar menepati tiga masa yang disebut ayat itu. Cubalah tafsir mimpi anda kepada kebaikan, mudah-mudahan Allah berikan mesej terbaik.
Jika mimpi kita tampak kelabu dan tidak menepati jenis mimpi yang benar serta waktunya jauh menyimpang, maka abaikan sahaja mimpi tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalanakhirat.wordpress.com/2019/02/12/semalam-ku-bermimpi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semalam Dapat Bunga Harini Dapat Makanan Pulak

Semalam Dapat Bunga Harini Dapat Makanan Pulak

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum Pulang sahaja dari sekolah tengahari tadi Sara mengeluarkan sesuatu dari beg sekolah dia Katanya minta mama tutupkan mata Ada surprise dari sekolah Katanya hahaha Dup dap janung ni Ingatkan apa lah dia ni kan Dia keluarkan s...
Kepentingan Melayu Tan Sri Muhyiddin Masih Bermimpi

Kepentingan Melayu Tan Sri Muhyiddin Masih Bermimpi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 354 hits
oleh Ab Jalil Backer Sesiapa yang mengikuti tulisan tulisan saya di Facebook akan nampak saya jarang sekali mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin Malah saya antara yang mengkritik tindakan UMNO menghalang beliau merasmikan Pehimpunan Agung Wa...
Macam Bermimpi Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun Sarimah Syukur Allah Terima Doanya

Macam Bermimpi Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun Sarimah Syukur Allah Terima Doanya

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 450 hits
Macam bermimpi dan tak percaya bakal menjadi ibu buat julung kali pada usia 41 tahun Demikian kenyataan pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim saat mengumumkan mengenai kehamilannya menerusi Instagram View this post on Instagram A post share...
Gunung Merapi Keluarkan Awan Panas Guguran Tiga Kali Selama Semalam

Gunung Merapi Keluarkan Awan Panas Guguran Tiga Kali Selama Semalam

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 161 hits
Kepala Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Hanik Humaida mengatakan awan panas guguran pertama terjadi pada Selasa pukul 20 17 WIB Awan panas guguran ini memiliki jarak luncur 1400 meter dengan durasi 141 detik
Bisikan Rindu Semalam Luvis Eija

Bisikan Rindu Semalam Luvis Eija

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 419 hits
BISIKAN RINDU SEMALAM LUVIS EIJAHARGA BUKU RM 25 00WHATSAPP 0177342366BLURB Kerana kenangan silam Cinta Arissa menutup pintu hatinya untuk semua lelaki Janji abang sepupunya Hariz Ilman terus dipegang Bertahun tahun lamanya 7 tahun Hariz pe...
Miliuner Softbank Raup Rp 69 Triliun Dalam Semalam

Miliuner Softbank Raup Rp 69 Triliun Dalam Semalam

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 135 hits
Miliuner Masayoshi Son yang memimpin SoftBank berhasil mengumpulkan puluhan triliun dalam semalam berkat harga sahamnya yang naik Dia menarik perhatian para investor lewat trik matematika yakni 25 4 9
Permohonan Fasa Kedua Ketiga Bsh 2019 Dibuka Bermula Semalam

Permohonan Fasa Kedua Ketiga Bsh 2019 Dibuka Bermula Semalam

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 639 hits
PUTRAJAYA Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019 masing masing bagi fasa kedua dan ketiga dijadual diagihkan pada Mei dan Ogos depan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan bayaran fasa pertama BSH 2019 sudah dilaksanakan pada 28 Jan...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Asan Lembu The Movie

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air