Seketika Di Taman Rekreasi Cahaya Ibadah Gunung Reng Jeli


Catatan kisah pada hari Isnin, 5 September 2022 yang lalu

Dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke PP, saya dan encik suami berkesempatan singgah di Taman Rekreasi Cahaya Ibadah, Gunung Reng atau biasa disebut Gunung Reng saja

Gunung Reng terletak di laluan Lebuhraya Timur-Barat, kira-kira 15 km dari pekan Jeli, Kelantan. Gunung Reng dapat dilihat dengan jelas dari laluan utama. Juga ada papan tanda tertera Gunung Reng. Dari jalan utama kita perlu masuk ke dalam sedikit. Tak jauh pun dari laluan utama, mudah saja nak sampai sini

Sebelum ke Gunung Reng, saya dah pun buat carian berkenaan tempat ini. Ramai mencadangkan menu Laksa Sarang yang terdapat di salah sebuah kedai makan di sini. Jadinya selain nak melihat bagaimana rupa Gunung Reng yang pertama kali saya tahu namanya menerusi majalah Al-Ain, saya juga teringin nak mencuba Laksa Sarang di sini

Ada pilihan kawasan parkir - di bawah berhampiran sungai atau naik atas sikit di kaki Gunung Reng

Gunung Reng, Jeli, Kelantan.Beginilah rupa Gunung Reng yang merupakan bukit batu kapur dengan gua-gua di dalamnya. Selain kawasan parkir, di sini juga terdapat kedai-kedai makan. Sebelum meneruskan penjelajahan, kami memutuskan untuk menikmati Laksa Sarang terlebih dahulu

Laksa Sarang dan cendol.Disebabkan tiada info mana satu kedai yang menjual Laksa Sarang, saya mengambil sedikit masa untuk memerhati kedai-kedai yang ada. Siap teliti foto yang orang kongsikan untuk memerhati kalau ada memaparkan rupa kedai, meja kerusi yang bagaimana atau apa-apa saja yang boleh dijadikan petunjuk. Gigih kan…haha! Akhirnya, kami menghampiri sebuah kedai yang ‘disyaki’ dan bertanya menu yang ada sebab tiada menu dipaparkan di kedai ini. Alhamdulillah…memang kedai yang tepat

Kami memesan semangkuk cendol dan semangkuk Laksa Sarang. Kita cuba satu dulu. Lepas tu, terus tambah pesanan lagi semangkuk Laksa Sarang sebab lepas mencuba beberapa suap ternyata memang sedap! Mi yang digunakan bukanlah mi laksa beras yang yang kenyal tu. Kami kurang gemar makan laksa mi kenyal. Laksa Sarang ni menggunakan mi halus. Kuah laksanya sedap, tambahan pula bila dimakan bersama telur sarang. Memang memenuhi cita rasa. Alhamdulillah

Bagi yang nak mencuba Laksa Sarang ni, boleh ke kedai makan dengan petunjuk berikut - kedai di kedudukan kedua akhir dan agak setentang dengan binaan wakaf di kaki Gunung Reng (rujuk foto ke-2). Kedai di sini dibina sebuah-sebuah dan tidak selari kedudukannya. Juga tiada nombor kedai yang terpapar. Itu yang susah sikit nak mencari

Laluan ke pintu gua.Ok, perut dah kenyang barulah kami jalan-jalan tengok apa yang ada di taman rekreasi Gunung Reng ni. Kami menuju ke pintu gua. Di bahagian depan gua ada disediakan wakaf dan taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga papan sejarah Gunung Reng. Tetapi saya fikir, ia bukanlah sejarah sebaliknya mitos atau kepercayaan setempat

Wajib tutup aurat. Gewe?! Jauhi khalwat.Seperkara yang menarik perhatian, di sini terdapat papan notis supaya menutup aurat dan jauhi khalwat serta hukuman yang bakal dikenakan. Bagus ada peringatan begini, sekurang-kurang ada usaha di peringkat pemerintah. Yang tak tahu, jadi tahu dan yang tahu tapi terlalai, jadi beringat semula. Pun begitu, bukan hanya adik kakok yang perlu menutup aurat kerana abe (orang lelaki) pun ada batas aurat juga ya

Di hadapan pintu gua.Jom masuk gua

Gua di Gunung Reng.Terdapat anak-anak tangga simen untuk kita mendaki ke atas. Ada anak tangga yang nampaknya licin dan basah kesan titisan air yang turun dari bumbung gua. Semakin ke atas, bau najis kelawar semakin kuat menusuk hidung saya. Jadinya saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian ke atas. Tak rajin pula nak ke kereta ambil pelitup hidung mulut

Perhatikan formasi pada bumbung gua. Setiap gua mempunyai keunikan tersendiri.Encik suami dengan membawa lampu suluh naik bersendirian ke atas untuk melihat-lihat

Foto pintu gua dari sudut pandang dalam gua.Encik suami memotret foto pintu gua dari atas. Saya menanti di tangga bawah. Bersama saya ada seorang budak lelaki usia remaja. Terjadi sedikit perbualan ringkas antara kami. Antara soalan budak lelaki ini - ada pocong kat sini? Sebabnya beliau terbaca contengan ‘pucong’ di dinding gua. Saya katakan, orang yang melakukan vandalisme tu mungkin berasal dari Puchong, Selangor. Hehe. Yelah, tak kanlah saya nak kata iyaa ada pocong

Mini zoo rusa.Satu lagi tarikan di sini, terdapat mini zoo yang menempatkan sekawan rusa. Lokasinya tak jauh dari pintu gua tadi

Salah seekor rusa yang terdapat di mini zoo

Aliran Sungai Pergau.Aliran Sungai Pergau di sebelah Gunung Reng juga antara tarikan di sini. Terdapat wakaf-wakaf dan bangku disediakan berdekatan sungai. Juga ada penjaja yang menjual makanan dan minuman berhampiran sungai. Ramai juga pengunjung berkeluarga yang sedang bermain air di sini. Memang sesuai untuk budak kecil kerana sungainya tohor dan aliran airnya perlahan saja. Kalau orang dewasa kira tahap celup kaki sajalah

Selain gua yang kami masuki tadi, saya nampak ada satu lagi pintu gua di bahagian sisi berhadapan dengan sungai. Tapi kami tak masuklah. Di sekeliling Gunung Reng ini juga nampaknya tersedia laluan bersimen, sesuailah untuk sesiapa nak joging atau melakukan senaman jalan kaki

Pendek kata, Taman Rekreasi Cahaya Ibadah, Gunung Reng ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah untuk seisi keluarga secara percuma! Lengkap dengan kemudahan asas. Persekitaran juga nampaknya dijaga baik dan bersih. Juga ada Laksa Sarang yang sedap. Makanan lain pun mungkin sedap juga, cuma saya tak sempat nak mencuba

Dari Gunung Reng, kami singgah solat di Masjid An-Nur, Gunung Reng yang terletak tidak jauh dari laluan masuk ke Gunung Reng. Cantik pemandangan masjid dengan latar belakang Gunung Reng tersergam. Terdapat kemudahan tandas yang bersih dan berkeadaan baik, juga wakaf-wakaf di perkarangan masjid. Nampaknya ramai juga yang berhenti rehat dan makan di wakaf tersedia






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/09/seketika-di-taman-rekreasi-cahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Penampakan Lubang Misteri Di Gunung Kinabalu Ini Pendedahan Malim Gunung Yang Sangat Mengejutkan

Tular Penampakan Lubang Misteri Di Gunung Kinabalu Ini Pendedahan Malim Gunung Yang Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 436 hits
Ada syak gua harta peninggalan Sultan Sulu tapi pendedahan malim Gunung Kinabalu ini memang mengejutkan Penampakan Lubang Misteri Di Gunung Kinabalu AWAL tahun ini fenomena salji turun kira kira tiga minit di Sayat Sayat sehingga ke puncak ...
Bakal Daki Gunung Peminat Teruja Lihat Yoo Eunhye Son Hojun Uee Hyojung Oh My Girl Dalam Kilimanjoro

Bakal Daki Gunung Peminat Teruja Lihat Yoo Eunhye Son Hojun Uee Hyojung Oh My Girl Dalam Kilimanjoro

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 125 hits
Kumpulan wanita mendaki Gunung Kilimanjoro Biar betul ARTIKEL BERKAITAN Menurut sumber sebelum ini penampilan Yoo Eun hye UEE Hyo jung dan Son Ho jun telah disahkan dalam program realiti Once in Life Kilimanjoro Kilimanjoro merupakan satu p...
Bolehkah Ziarah Ke Kuburan Ulama Tanpa Bermaksud Ibadah

Bolehkah Ziarah Ke Kuburan Ulama Tanpa Bermaksud Ibadah

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 141 hits
Pertanyaan Semoga Allah melimpahkan kebaikan untuk Anda wahai Syeikh yang mulia Penanya ini bertanya Apakah boleh ziarah kuburan orang saleh seperti kuburan para ulama dengan maksud
Istana Negara Bangunan Ikonik Kl Disinari Cahaya Jingga Malam Ini

Istana Negara Bangunan Ikonik Kl Disinari Cahaya Jingga Malam Ini

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 94 hits
ISTANA Negara dan beberapa lokasi mercu tanda di ibu negara dilimpahi nbsp cahaya berwarna jingga malam ini nbsp sebagai tanda sokongan sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 hari ini Sinaran cahaya jingga nbsp menerangi tig...
Semata Mata Nak Bergambar Dua Hari Sesat Di Gunung Anak 3 Tahun Jadi Mangsa Hiportemia

Semata Mata Nak Bergambar Dua Hari Sesat Di Gunung Anak 3 Tahun Jadi Mangsa Hiportemia

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 142 hits
Tidak salah untuk kita beraktiviti lasak asalkan aspek keselamatan dititik beratkan dan menjaga persekitaran awam dengan baik Namun baru baru ini di negara seberang beberapa pendaki telah dilaporkan sesat ketika mendaki di Gunung Soputan Su...
Perghh Minat Punya Pasai 2 Lelaki Berjalan Atas Kabel Lintas Kawah Gunung Berapi

Perghh Minat Punya Pasai 2 Lelaki Berjalan Atas Kabel Lintas Kawah Gunung Berapi

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 245 hits
Pasangan duo ini berjalan di atas kabel pada ketinggian 42 meter di atas kawah Gunung Berapi Yasur di Pulau Tanna Instagram Guinness World RecordsPORT VILA VANUATU Dua penggemar aktiviti pengembaraan ekstrem berjaya menempa nama dalam Guinn...
Kelantan Eksplorasi Ekopelancongan Ke Dabong Jeli

Kelantan Eksplorasi Ekopelancongan Ke Dabong Jeli

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 165 hits
Halluuu Lama betul tak update blog Sebenarnya ada ikuti beberapa trip tapi artikel kena pos di majalah dahulu ditambah pula buat kerja sementara sebulan dua hari tu lama kelamaan terus sepi Kemain susah nak mula balik Bulan Ogos September d...
Komisi Iii Nilai Aparat Kurang Jeli Antisipasi Kerusuhan Suporter Di Kanjuruhan

Komisi Iii Nilai Aparat Kurang Jeli Antisipasi Kerusuhan Suporter Di Kanjuruhan

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 99 hits
Artinya lanjut Bambang bisa saja SOP pengamanannya tidak benar terutama dalam memprediksi jumlah suporter yang akan hadir di stadion Faktor lainnya selama 23 tahun terakhir Arema belum pernah kalah di kandang dengan seterunya tersebut
Gempar Gunung Berapi Meletus Muntahkan Lumpur Di Lahad Datu

Gempar Gunung Berapi Meletus Muntahkan Lumpur Di Lahad Datu

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 141 hits
Gunung berapi dilaporkan telah meletus dan memuntahkan lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin Lahad Datu semalam adalah satu fenomena biasa Menurut pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perka...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000