Seekor Kerbau Sepalit Lumpur


Peribahasa seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit membawa ibrah yang cukup bermakna dalam menghayati falsafah keadilan dan hak sesama manusia dalam organisasi.
Hak mendapat ganjaran dan pengiktirafan seadilnya dalam organisasi amat dituntut kerana mekanisme itu mampu menjadi alat motivasi kepada warga untuk terus memburu kecemerlangan. Bagaimanapun, keadilan itu tidak lagi dirasai dan bernilai apabila pekerja bermasalah turut mendapat layanan yang memuaskan daripada organisasi.
Sudahlah dilayan sama rata seperti warga yang cemerlang, pekerja bermasalah ada ketika bagaikan dedalu api yang hinggap di pohon kayu, yang meracuni warga lain dan akhirnya mencemarkan imej keseluruhan organisasi. Ibrah tersirat daripada peribahasa itu wajar dihayati oleh pengurus semasa menangani impak pekerja bermasalah kepada organisasi.
Lazimnya, pekerja bermasalah terdiri daripada tiga kategori utama iaitu mereka yang berprestasi kerja tidak memuaskan akibat kekurangan latihan, motivasi dan kemahiran. Kedua, mereka yang kehilangan tumpuan kerja dan produktiviti kerana masalah peribadi. Ketiga, mereka yang melanggar peraturan di tempat kerja akibat stres kewangan dan ketidakpuasan kerja.
Secara amnya, pekerja bermasalah ini sering berpindah tempat kerja atau jabatan kerana kehadiran mereka tidaklah begitu diraikan. Pun begitu, kedapatan juga pekerja bermasalah yang terus kekal di satu organisasi atau jabatan untuk jangka masa panjang. Mengapakah hal ini boleh terjadi sedangkan proses penilaian prestasi dijalankan setiap tahun?
Sebenarnya, terdapat penilai yang lembut hati dan gusar untuk memberi skor prestasi rendah kepada mereka ini. Bahkan bukan sesuatu yang pelik apabila terdapat pekerja bermasalah mencapai skor prestasi cemerlang, hatta menerima anugerah perkhidmatan cemerlang, walaupun mereka sebenarnya tidak layak sama sekali!
Situasi yang tercetus akibat pekerja bermasalah itu perlu ditangani dengan bijak oleh organisasi agar mereka tidak menjadi virus berjangkit kepada warga organisasi yang cemerlang. Berpandukan kepada konsep dan fitrah motivasi, alat-alat motivasi tertentu perlu digunakan bagi menyedarkan pekerja bermasalah dan meningkatkan motivasi mereka.
Sebagai contoh, memaklumkan kepada mereka tentang keperluan kerja yang masih tidak dipenuhi mungkin menimbulkan kesedaran untuk segera berubah dan bergerak menuju matlamat. Pendekatan itu lebih berkesan berbanding dengan mengenakan hukuman yang bersifat negatif, yang akan lebih menakutkan pekerja. MotivasiFaktor seperti latihan dan pembangunan, persekitaran tempat kerja dan perhubungan sesama pekerja dan pengurus adalah lebih sesuai digunakan bagi memotivasikan pekerja bermasalah masa kini. Kesemua faktor ini boleh dikategorikan sebagai motivasi intrinsik yang memberi impak berpanjangan kepada organisasi.
Hakikatnya, bukan mudah untuk menangani pekerja bermasalah masa kini, apatah lagi jika mereka telah berada dalam zon selesa. Kepelbagaian ciri sumber manusia organisasi menambah cabaran kepada pengurus dalam usaha memotivasikan pekerja bermasalah.
Perbezaan jantina, agama, bangsa, budaya dan latar belakang pendidikan menunjukkan bahawa keperluan pekerja dan kaedah memotivasikan mereka mungkin berbeza. Sesuatu yang harus difahami oleh pengurus yang berhadapan dengan pekerja bermasalah ini adalah manusia sukakan perkara positif.
Jika sesuatu yang dimulai dengan positif, maka hasilnya pasti akan menjadi positif. Begitulah sebaliknya, jika elemen negatif seperti ancaman dan tekanan digunakan, hasil yang diharapkan mungkin tercapai tetapi tidak bertahan lama.
Oleh itu, pengurus disarankan mengiktiraf seramai mungkin sumber manusia yang menunjukkan peningkatan prestasi, walaupun hanya dengan pemberian sekeping sijil penghargaan atau pujian ikhlas. Lambat-laun, ia akan bertindak seperti pati wangian yang menyelinap ke seluruh pelosok jiwa pekerja bermasalah dan menyebarkan aura positif kepada mereka.
* Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul ialah Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
The post Seekor kerbau, sepalit lumpur appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/10/seekor-kerbau-sepalit-lumpur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 5 Restoran Trendy Yang Popular Di Kuala Lumpur Malaysia

Senarai 5 Restoran Trendy Yang Popular Di Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 449 hits
Jika di negara asing kita terbiasa dengan restoran trendy yang cantik dengan lampu dan perhiasan indah Menarik untuk dipandang dan selesa untuk bersantai Tetapi trendy di Malaysia tidak hanya pada persembahan premis dan makanan tetapi juga ...
6 Pilihan Ayam Goreng Sedap Rangup Di Kuala Lumpur

6 Pilihan Ayam Goreng Sedap Rangup Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 522 hits
Sejujurnya siapa yang boleh menahan ayam goreng keemasan yang rangup tu kan Ayam goreng menu sepanjang zaman sesuai untuk semua peringkat umur dan hampir semua orang menyukainya Ayam yang digoreng hingga sempurna beraroma rangup di bahagian...
Museum Illusion Kuala Lumpur Museum Trick Illusi

Museum Illusion Kuala Lumpur Museum Trick Illusi

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 701 hits
hai assalammualaikumMuseum Illusion Kuala Lumpur Selalu nampak kawan kawan post dekat Museum Illusion Kuala Lumpur best pulak tengok Kalau dah namanya illusion mestilah muzium yang penuh trick magic dan tertanya tanya macam mana gambar ni d...
Lim Guan Eng Di Dakwa Di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur Esok

Lim Guan Eng Di Dakwa Di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur Esok

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta di sini jam 9 pagi esok Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16
5 Amazing Food Places In Kuala Lumpur You Can Try On

5 Amazing Food Places In Kuala Lumpur You Can Try On

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 549 hits
5 amazing food places in Kuala Lumpur you can try on Food and lifestyle have always been the major topics on my blog and I always enjoy sharing it Kuala Lumpur has always been an exciting place to explore as it is not only famous with the K...
Kafe Kleptokrat Kafe Unik Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur

Kafe Kleptokrat Kafe Unik Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 843 hits
hai assalammualaikumKafe Kleptokrat Kafe Unik Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur Selagi belum habis bulan Julai selagi tu la birthday girl ye hehehe Jadi kita jalan jalan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan birthday girl ni Kihkih Samb...
7 Makanan Lazat Di Kuala Lumpur

7 Makanan Lazat Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 317 hits
Walaupun sektor perlancongan belum boleh beroperasi lagi tetapi Malaysia sebagai sebuah negara asia yang sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan sememangnya sudah sangat sinonim Malah ramai pelancong yang jatuh cinta dengan Malaysia keran...
5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur

5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 283 hits
5 Restoran Cina Terbaik Buat Pengunjung Di Kuala Lumpur Hai readers semua Untuk harini cik mimi just nak share tentang restoran chinese yang ada Restoran ni bukan galakan cik mimi untuk orang islam ke sana Tapi just nak share Oraite Underst...
Street Art Jalan Alor Kuala Lumpur

Street Art Jalan Alor Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 452 hits
hai assalammualaikumStreet Art Jalan Alor Kuala Lumpur Lepas berseronok dekat kita pergi pulak tempat best untuk OOTD hehee Tempat mural dinding yang menarik memang untuk bergambar Tempat ni tersorok sikit kene pandai cari la Nasib baik dah...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal