Sedekah Tak Sampai


Kredit gambar: Google image
Allah! Detus dalam hati juju...Tengah mengunyah bersungguh Char Kuew Tiau, sekali mata terpanah pada seseorang. Sampaikan panahan itu padu, tepat dan tak boleh dijeling sekali pun.
Seorang wanita, berumur, mengemis sambil memegang selonggokkan tisu. Dia menghela nafas panjang setelah meminum segelas air kosong.
Macam mana aku tahu air kosong?Sebab cawannya sangat transparent, nampak dia sangat kepenatan, entah makan atau tidak.
Dari tadi aku makan laju sebab kelaparan malam hari, terus jadi kenyang serta merta. Mata seakan masuk habuk, bayangkan kedai tu penuh dengan puluhan pelanggan sedang asyik menjamu selera, tapi Allah mengusik hati kecil ku...pun berkata...dia sudah makan ke?
Benar-benar nampak dia kenyang dengan air masak sahaja, habis air tu diminum, dan dia meletakkan perlahan-lahan cawan tu kembali di salah satu meja pelanggan sangat perlahan-lahan, nampak kepenatan teramat sangat. 
Aku yang dari tadi mengusik lengan suami di sebelah,"Abg, lihat tu, entah makan ke belum kakak tu Abg, sebab dari tadi julia tengok dia minum air kosong tu bersungguh-sungguh, macam dapat minuman mahal sekali dia hadap, penat betul gayanya, muka agak sugul, tiada senyuman, hanya terbit wajahnya penuh kepayahan hidup".
Ya terbantut terus nafsu nak teruskan makan.Aku cadang segera dekat suami, untuk belikan nasi lemak telur mata panas-panas dekat dia, bingkas bangun dari tempat duduk, senyap2 berbaris, kebetulan baris panjang pula tika itu.
Aku berdengus lagi, Allah, permudahkanlah jalan ini YA Allah! (itu doakan ku dalam diam)
Mata dari tadi tak henti-henti mengikut ke mana sahaja wanita pengemis tu pergi, dia pergi ke suatu lorong gelap belakang kedai...Allah lagi aku cakap, terus rasa nak lompat dalam kedai nak isi sendiri nasi lemak tu tau.
Aku pandang suami dari jauh, dia bagi signal anak mata yang wanita berkenaan ke lorong gelap berkenaan, sama seperti aku pandang tanpa sesaat dari pandangan. 
Sampai dah bayar, aku terus pecut lari....ye lari!Kau rasa? Mesti orang sekeliling pelik, apa yang aku lari sangat berkejar tu...
Sekali lagi ujian aku lalui....nasi lemak panas telur mata masih erat aku pegang...aku berdoa sepanjang jalan. Aku besarkan anak mata lagi, lihat setiap orang dalam kedai belakang, sifat malu hilang, yang aku tahu, aku nak jumpa kakak si pengemis tadi. 
Kakak! Dimana kakak berada, tolong munculkan diri...(dengus hati kecilku)
Dalam lorong gelap berkenaan, aku membesarkan biji anak mata, aku lap mata dengan jari jemari, aku berdoa. Allah pertemukan aku sekali dengan wanita berkenaan Allah...dimanakah dia, hilang sekelip mata...tetiba mata aku berair, menyeka penuh anak mata, terasa mata kabur.
Aku cuba intai ke semua kedai di sekitarnya...tiada!
Aku intai anak-anak tangga kedai depan dan belakang...tiada!
Dua kali aku ulang alik, tengok restoran aku makan tadi...tiada!
Aku patah balik...masuk restoran berdekatan, masih erat pegang nasi lemak panas....tiada...tapi mata-mata manusia kepelikan melihat aku atas bawah, mesti mereka berkata dalam hati, siapakah gerangan aku cari sebenarnya...
Aku patah balik, mencari suami semula...nampak bayangan dari jauh...suami dan Abg Qi melambai-lambai tangan di dalam lorong gelap, suami berkata, jom kita naik kereta, pusing sekitar sini, mesti kakak tu ada sekitar sini, dia jual tisu, mesti dia sambung balik menjual.
Aku mengiyakan kata suami...tapi mata aku tak putus melihat lorong gelap tu semula...
Dimanakah kakak! Allah tolong Allah...aku melihat raut wajah dan fizikal kakak tersebut seperti seusia ibu ku sendiri...aku sebak melihat seorang wanita minum secawan air masak dengan sepenuh hati, hanya mengintai pandangan jauh lauk sedap-sedap pelanggan sekitar...serius jiwa aku sangat terusik! 
Kami pusing sekitar deretan kedai di kawasan berkenaan bukan dua kali...
Tapi TIGA KALI...setiap pusingan aku berdoa depan suami dan Abg Qi...Allah pertemukan dia sekali dengan ku Ya Allah!

Golekan tayar kereta sangat perlahan, semacam mengintai-intai jadi perisik.
Suami sambil memandu, intai deretan kedai banyak di sebelah kanan, aku intai sebelah kiri, Abg Qi intai dari belakang kereta.
TAPI....Sedekah ku tidak kesampaian.
Aku masih menjinjit erat nasi lemak panas telur mata, tiba-tiba air mata laju turun...arghhhhhhhhhhhh sudah! 😭😭😭
Bukan rezeki kakak tu, bukan rezeki aku...Sampaikan suami bagi pandangan dan nasihat, katanya, jom kita sedekah kawasan sekitar kot ada orang yang memerlukan...
Tiada!Entah kenapa malam tu kami tengok kawasan bus stop, kawasan rumah, kawasan yang kita rasa ada orang gelandangan tidak pula dijumpai.
Nasi lemak panas telur mata balik rumah sendiri...Abg Qi sempat beri jenaka, "Umi, nasi lemak ni umi simpan, esok Qaiser makan umi panaskan je"
Aku pandang tepat pada anak matanya, ketawa kami berdua dalam kereta. Haha, si kecil ini pandai mengambil hati orang tuanya adakala...
Allah, rupanya rezeki berkenaan memang rezeki anakku sendiri.Bukan rezeki itu tertulis buat wanita berkenaan...semoga kakak yang aku maksudkan dalam keadaan sihat walafiat hendaknya...amin.
Keesokkan harinya, suami panaskan nasi lemak berkenaan dalam kuali, Abg Qi makan bersungguh-sungguh, sedap katanya.
Ya, itulah rezeki...bila lalui, baru tahu, ketentuan rezeki kalau kita usaha sekali pun kalau bukan hak orang berkenaan bukanlah, sebaliknya mungkin rezeki itu Allah balikkan kepada keluarga sendiri untuk menikmatinya terlebih dahulu...
Pembelajaran yang sangat hebat! Erti sedekah, korang kalau nampak rezeki untuk tambah sedekah depan mata, cepat-cepatlah ambil kesempatan, sebab zaman sekarang kita selalu fikir juta kali nak sedekah ke tidak? Sebab fikir banyaklah kita terlepas satu nikmat sedekah. Rasa ralat sangat sebenarnya aku alami dari cerita benar ini.
Terima kasih Allah, satu pengalaman dunia sedekah yang membuka mata hati, walaupun tak kesampaian tapi aku nampak suami dan anak mengikuti episod sedekah tak kesampaian sehingga ke hujung usaha. Barakallah! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/11/sedekah-tak-sampai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aset First Travel Diambil Negara Kejari Depok Sarankan Korban Anggap Sedekah

Aset First Travel Diambil Negara Kejari Depok Sarankan Korban Anggap Sedekah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 269 hits
Selama proses hukum berlangsung seluruh aset First Travel disita negara sedangkan para korban meminta agar aset tersebut bisa diberikan pada mereka Hasil lelang nantinya akan dikembalikan ke negara oleh Kejaksaan
1001 Rahsia Sedekah Yang Dapat Membantumu Di Dalam Kubur

1001 Rahsia Sedekah Yang Dapat Membantumu Di Dalam Kubur

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 622 hits
1001 Rahsia Sedekah Yang Dapat Membantumu Di Dalam Kubur Sedekah bermaksud pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S W T Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Al...
Sedekah Kecil Tapi Pahala Besar

Sedekah Kecil Tapi Pahala Besar

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 428 hits
Semasa saya singgah di sebuah masjid untuk bersolat Zohor sebuah kereta Proton Saga tua juga masuk ke kawasan masjid Saya agak mungkin juga singgah nak bersolat Zohor Jam sudah menunjukkan pukul 2 00 petang lebih Pemandunya seorang tua bers...
Berebut Barang Sedekah Di Masjid

Berebut Barang Sedekah Di Masjid

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 641 hits
SOALAN Apa hukumnya sesetengah AJK dan orang ramai mengambil dan membawa balik banyak makanan yang disedekahkan orang untuk jemaah masjid dan menafikan hak orang yang datang kemudian JAWAPAN Dalam masyarakat kita seringkali kita lihat fenom...
Quot Nak Hidang Makan Pun Macam Bagi Sedekah Quot Raja Ilya Berang Dengan Syarikat Penerbangan

Quot Nak Hidang Makan Pun Macam Bagi Sedekah Quot Raja Ilya Berang Dengan Syarikat Penerbangan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 364 hits
Hiburan Pelakon Raja Ilya memuat naik satu status di Instagram meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkhidmatan daripada sebuah syarikat penerbangan Menurut Ilya 34 dia terpaksa berkongsi hal tersebut di media sosial selepas segala u...
Solat Malam Sama Seperti Sedekah Secara Sembunyi

Solat Malam Sama Seperti Sedekah Secara Sembunyi

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 221 hits
SOALAN Benarkah terdapat hadith kelebihan solat malam seperti sedekah secara tersembunyi JAWAPAN Solat malam merupakan solat afdhal untuk ditunaikan selepas daripada solat fardhu Hal ini berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah R A b...
Bahagiakan Isteri Adalah Sedekah Terbaik Seorang Suami Rugi Tak Amalkan

Bahagiakan Isteri Adalah Sedekah Terbaik Seorang Suami Rugi Tak Amalkan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 500 hits
Bersedekah merupakan amalan yang mulia Lebih lebih lagi ia perkara sunat yang sangat dituntut pada hari Jumaat Seringkali kita terlepas pandang untuk bersedekah pada ahli keluarga sendiri berbanding mengutamakan orang lain Sedangkan bersede...
Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik Hidup Lebih Kaya Raya

Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik Hidup Lebih Kaya Raya

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 612 hits
Gambar HiasanSebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki l...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan