Satu Lagi Hutan Di S Gor Berdepan Risiko Pembangunan


malaysiakini.com
Annabelle Lee, Chong Siew Zhen & Mukhriz Hazim
Diterbitkan: Sep 19, 2021 8:19 AM

Ketika orang ramai meraikan pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara, sebuah kumpulan di Selangor berusaha untuk mempertahankan sebuah kawasan hijau.

Kawasan Barat Laut Kuala Langat adalah kawasan yang dikenali sebagai Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), yang sebelumnya disebut sebagai Setia Alam Community Trail.

Berkeluasan sekitar 174 hektar atau bersamaan 242 padang bola, SACF adalah tempat mendaki popular terutama di kalangan warga Shah Alam dan Klang. Hutan ini juga kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.

Dalam draf rancangan tempatan terbarunya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menetapkan sebahagian SACF sebagai tanah perkuburan dan untuk projek pembangunan bercampur, selain pembinaan jalan raya merentasinya.

Penduduk tempatan dan NGO alam sekitar menentang usaha berkenaan.

Lima bulan setelah pihak berkepentingan menyatakan bantahan mereka dalam pendengaran awam, mereka masih menunggu MBSA membuat keputusan muktamad,

Rancangan pembangunan MBSA

SACF terletak di tengah-tengah kawasan perbandaran Setia Alam dan Setia Eco Park yang semakin padat.

Peta menunjukkan ia dikelilingi oleh banyak pembangunan perumahan - sebahagiannya sedia ada dan banyak lagi yang sedang dibangunkan.

Pembangunan yang pesat kini telah memasuki ke pinggir hutan.

Para pendaki biasanya melalui pintu masuk trek SACF yang dikelilingi pagar besi di tapak projek perumahan Precinct Arundina.
Menurut Draf Rancangan Tempatan MBSA 2035, MBSA bercadang membina jalan baru yang menghubungkan Setia Alam dan Seksyen U10 di Shah Alam.

Peta (lihat di bawah) menunjukkan bahawa jalan tersebut akan merentasi SACF.

Walaupun MBSA tidak menetapkan berapa panjang jalan ini, penduduk tempatan menganggarkan ia sejauh 1km.
Jalan ini juga ditunjukkan dalam peta "penggunaan tanah" dalam rancangan tempatan yang sama (di bawah ). MBSA menetapkan bahagian SACF ini sebagai zon "tanah perkuburan" untuk orang ramai.

Di samping itu, draf rancangan itu menetapkan bahagian utara hutan yang lebih luas bagi projek pembangunan campuran (warna ungu ).

Malaysiakini difahamkan bahagian berwarna kelabu adalah tanah milik MBSA.

Sementara itu, bahagian berwarna ungu adalah milik kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Habitat bagi spesis terancam

Antara yang lantang menentang rancangan ini ialah Persatuan SACF - sebuah kumpulan yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pakar alam sekitar seperti Teckwyn Lim.

Lim, seorang penyelidik yang mengajar di University of Nottingham Malaysia, berkata hutan berkenaan berfungsi sebagai habitat bagi hidupan liar dan tumbuh- tumbuhan.

Diklasifikasikan sebagai hutan dipterokarpa pamah, dia berkata SACF telah terpelihara dengan dengan baik tanpa sebarang tanda-tanda pembalakan berskala besar dan pembakaran hutan.

Dalam tinjauan biodiversiti yang dilakukan di SACF dan kawasan sekitar hutan itu pada penghujung tahun 2020, para penyelidik merekodkan penemuan 106 spesis burung, 14 daripadanya merupakan spesis terancam atau rentan.

Ini termasuk Burung Daun Besar (Greater Green Leafbird), Burung Tali Pocong (Asian Paradise Flycatcher) dan burung Pong-Pong (Fluffy-backed Tit-Babbler).


Mereka juga merekodkan 14 spesis mamalia dan reptilia.

Ini termasuk spesis terancam seperti Ungka Tangan Putih, Monyet Lutong, Kongkang Sunda serta spesies yang rentan seperti Makau Ekor Panjang.

Lim menjelaskan SACF berfungsi sebagai 'jambatan' semula jadi yang menghubungkan kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah dan kawasan tadahan air Subang di utara. Ia juga melindungi Taman Botani Negara Shah Alam di bahagian selatan, yang dulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

Dia berpendapat adalah sangat penting untuk memelihara koridor ekologi ini bagi menjaga ekosistem sedia ada.

"Sangat penting untuk hubungan ini berlaku. SACF membentuk hubungan penting antara kedua-dua kawasan hutan ini, ” jelasnya kepada Malaysiakini .

Koridor berkenaan sudah agak terganggu disebabkan pembinaan Persiaran Mokhtar Dahari.

Jalan ini membahagi bahagian utara SACF dengan kawasan rimba yang bersambungan dengan Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Sejak 2013, Lim menganggarkan sekurang-kurangnya tujuh penampakan tapir di sepanjang jalan yang sibuk itu. Malangnya, sebahagiannya sudah mati setelah ditemui.

Tapir adalah spesies yang terancam.


Rimba komuniti, faedah bagi masyarakat

SACF tidak diiktiraf secara rasmi sebagai laluan mendaki oleh MBSA atau mana-mana pihak berkuasa.

Terdapat juga "tasik SACF" - tempat yang disukai burung dan penggemar fotografi tempatan.


SACF memiliki beberapa puncak - yang tertinggi adalah Taman Puncak (226m di atas permukaan laut) dan Puncak Budiman kedua (143m di atas permukaan laut).

Dengan semua tempat menarik ini, SACF sering sesak pada hujung minggu.

Keghairahan ini dapat dilihat apabila komuniti berkumpul dalam kumpulan Facebook yang mempunyai 10,000 ahli sehingga kini.
Bagi pengasas dan Setiausaha Persatuan SACF, Alicia Teoh, rasa sayang yang ditunjukkan kepada hutan berkenaan merupakan sebab mengapa ia harus dipelihara.

" Penduduk di sekitar sini menghargai nilai hutan, bukan hanya dari segi harga harta tanah tetapi pemandangan dan udara.

"Ada begitu banyak faedah yang diberikan oleh hutan ini kepada kami sehingga anda tidak boleh meletakkan harga, (dan) ini adalah nilai semula jadi.

"Sangat jelas orang ramai menginginkannya tetapi saya tidak tahu mengapa kerajaan tidak dapat melihatnya atau (mungkin) mereka memilih untuk mengabaikan atau menafikannya," katanya kepada Malaysiakini .

Teoh mengingatkan bahawa rancangan MBSA untuk membina jalan itu sahaja akan memusnahkan hutan seluas 20 hektar iaitu seluas 28 padang bola.

Masih hutan simpan?

Pada April, anggota Persatuan SACF menghadiri pendengaran awam mengenai draf rancangan tempatan MBSA dan menjelaskan mengapa mereka menentangnya.

Majlis tempatan itu dilaporkan menerima 718 bantahan bagi pembinaan jalan dan 195 bantahan bagi tanah perkuburan.
Atas sebab alam sekitar dan komuniti, mereka membangkitkan kemungkinan SACF masih boleh menjadi sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Pada tahun 2002, majlis mesyuarat kerajaan negeri bersetuju menyahwarta sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Cherakah. Ini merangkumi kawasan di mana SACF berada sekarang.

Tahun lalu, Lim bersama dengan pakar perhutanan dan ahli Jawatankuasa Persekitaran dan Perubahan Iklim Majlis Peguam Malaysia melakukan kajian mengenai status tanah hutan berkenaan.

Mereka tidak menemui bukti adanya notis berkaitan dalam warta kerajaan negeri Selangor bagi keputusan menyawarta tersebut.

Seksyen 13 Akta Perhutanan Negara 1984 menyatakan pihak berkuasa hendaklah memberitahu dalam warta apa-apa pengeluaran kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal.
Tanpa adanya notis seperti itu, Lim berpendapat proses penyahwartaan tidak lengkap dan menjadikan ia terbatal.

Oleh itu, dia berpendapat SACF harus kekal menjadi hutan simpan kekal dan dilindungi daripada pembangunan.

" Walaupun exco membuat keputusan, tidak pernah diterbitkan dalam warta.

"Persoalannya adalah - apakah penerbitan dalam warta itu sangat penting atau adakah anda harus melihat keputusan exco untuk menentukan apakah itu hutan simpan atau tidak?

"Untungnya undang-undang ini sangat jelas, undang-undang itu mengatakan ia tetap menjadi hutan simpan hingga notis pengecualian diterbitkan dalam warta ," kata Lim kepada Malaysiakini .

Semasa pendengaran awam, anggota exco Selangor Hee Loy Sian (Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli) dan Ng Sze Han (Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru) dilaporkan memberitahu Persatuan SACF bahawa mereka akan melihat status tanah ini.

Mereka masih belum memberikan jawapan kepada kumpulan berkenaan.

Hee dan Ng tidak memberikan respons terhadap permintaan berulang kali oleh Malaysiakini untuk mendapatkan maklumat mengenai status tanah SACF.

Malaysiakini juga telah menghubungi MBSA dan Jabatan Perhutanan Selangor untuk pengesahan mengenai status sah tanah tersebut.

Mereka masih belum memberi respons semasa laporan ini ditulis.
Sementara itu Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong memberitahu Malaysiakini bahawa ketiadaan notis mengenai penyahwartaan tidak semestinya menjadikan keputusan exco cacat kerana hak milik tanah adalah dokumen paling penting.

" Sekiranya ada keputusan oleh exco dan proses penyahwartaan diselesaikan oleh Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah telah mengeluarkan hak milik; maka ungkapan 'title is king' yang sering digunakan akan berlaku, " katanya.

Wong, yang kini mempengerusikan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor, berkata kerajaan negeri boleh memperbaiki keadaan tersebut dengan menerbitkan notis under tarikh (backdated).

Sebagai alternatif, Wong mencadangkan agar Persatuan SACF berinteraksi dengan pemilik tanah sekarang dan merundingkan usaha pemuliharaan di kawasan hutan sebagai gantinya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/satu-lagi-hutan-di-sgor-berdepan-risiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larian 367km Sebulan Berbasikan 1300km Seminggu Lelaki Ini Berdepan Risiko Kematian Dibedah Betulkan Usus Jatuh

Larian 367km Sebulan Berbasikan 1300km Seminggu Lelaki Ini Berdepan Risiko Kematian Dibedah Betulkan Usus Jatuh

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 202 hits
Wanita Ingat bersukan nak cycling pun jangan berlebihan Lelaki ini mengalami indirect hernia dan berdepan risiko kematian sebab terlalu aktif bersukan Bersukan untuk sihat namun bila berlebihan dan tidak dikawal dengan betul risikonya mempe...
Pembangunan Kawasan Hutan Sungai Panjang Jabatan Alam Sekitar Belum Terima Laporan Eia

Pembangunan Kawasan Hutan Sungai Panjang Jabatan Alam Sekitar Belum Terima Laporan Eia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 185 hits
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor semalam menafikan ia menceroboh dan membuka sebahagian kawasan hutan simpan Sungai Panjang yang dikatakan hutan gantian berikutan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara PETALING JAYA Kementerian...
Sekitar 4 8 Juta Pencarum Kwsp Berdepan Risiko Simpanan Persaraan Baki Akaun 1 Dan 2 Hampir Kosong

Sekitar 4 8 Juta Pencarum Kwsp Berdepan Risiko Simpanan Persaraan Baki Akaun 1 Dan 2 Hampir Kosong

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 266 hits
Rentetan kehilangan pekerjaan dan mengalami pengurangan pendapatan rata rata pencarum kini memilih untuk menggunakan wang simpanan serta mengeluarkan wang persaraan mereka demi kelangsungan hidup Situasi sukar ini jelas didepani sekitar 15 ...
Shahril Takes Aim At Harapan Over Disputes In S Gor N Sembilan

Shahril Takes Aim At Harapan Over Disputes In S Gor N Sembilan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 172 hits
Umno information chief Shahril Hamdan has taken aim at Pakatan Harapan over the latter s internal disputes surrounding the issue of the Kuala Langat Forest Reserve s degazettement and Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun s recent f...
Bentuk Penghargaan Anies Ubah Nama Gor Rorotan Menjadi Sekda Saefullah

Bentuk Penghargaan Anies Ubah Nama Gor Rorotan Menjadi Sekda Saefullah

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 146 hits
Kata Anies penamaan tersebut berdasarkan Keputusan Gubernur Nomor 28 Tahun 1999 tentang Pedoman Penetapan Nama Jalan Taman dan Bangunan Umum di DKI Jakarta S
Wali Kota Jaktim Meninjau Sentra Vaksinasi Uid Gajah Tunggal Di Gor Kramat Jati

Wali Kota Jaktim Meninjau Sentra Vaksinasi Uid Gajah Tunggal Di Gor Kramat Jati

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 158 hits
Vaksinasi Covid 19 ini juga merupakan salah satu langkah penting dalam perbaikan ekonomi di Ibu Kota ujar Anwar
20 Tahun Berlalu Adakah Malaysia Sedia Berdepan Serangan Ala 11 9

20 Tahun Berlalu Adakah Malaysia Sedia Berdepan Serangan Ala 11 9

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 177 hits
Pakar tidak menolak wujud percubaan untuk meniru serangan terhadap bangunan berkembar New York pada 2001 namun percaya Malaysia lebih bersedia ketika ini Menara berkembar Pusat Dagangan Dunia terbakar di belakang bangunan Empire State di Ne...
Atlet Pecut Pemenang Pingat Emas Paralimpik Berdepan Kesukaran Tiada Lesen Memandu

Atlet Pecut Pemenang Pingat Emas Paralimpik Berdepan Kesukaran Tiada Lesen Memandu

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 162 hits
Mohd Raduan Emeari sukar untuk bergerak kerana tidak memiliki lesen memandu Bekas Atlet Paralimpik Malaysia Mohd Raduan Emaeri menunjukkan sebuah almari yang menyimpan pingat pingat yang diraih beliau dalam bidang sukan yang diceburinya kin...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis