Sabtuday


 Assalamualaikum... 
MASA awal bulan Februari hari tu,  dah terasa musim hujan dah mula berganti dengan panas.  Panasnya pulak berangin.  Kalau berada di luar,  rasa macam sejuk aje walaupun matahari terang benderang.  Seronoknya baju di ampaian cepat kering walaupun disidai di bahagian yard yang tertutup cuma dapat pancaran matahari dari tepi. 
Bila berada di pejabat,  memang tak terasa panas.  Bukan sebab sejuk dengan penghawa dingin tapi duduk dalam bangunan tak nampak matahari.  Nak-nak pulak sepanjang minggu lepas ada lawatan verifikasi.  Jadi,  memang duduk dalam pejabat ajelah.  Makan minum ditaja dari pagi sampai petang.  Bila balik,  matahari dah condong ke barat. 
Jadi,  sejak semalam,  baru Sk terasa betapa panas dan berbahangnya cuaca.  Tapi,  semalam tu taklah terasa sangat sebab Sk keluar awal.  Lepas makan nasi kerabu,  terus ke Midvalley. Bila dalam MV tu la terasa macam nak demam,  macam tak ada air-cond.  Peluh merenik-renik di dahi. . hihi. 
Tahu tak,  hari ni sekali lagi kami ke MV.  Kali ni Pak Inche ada sekali.  Program pagi ni,  kami bersarapan di Ashoka dan kemudian ke Plaza Pelangi sebab Iman nak install anti virus baru untuk laptop. InsyaAllah,  bulan depan Iman akan mula semester 4 secara dalam talian.  Jadi,  nak pastikan laptop berada dalam keadaan tip top.  Tapi,  tadi..  kedai komputer tu kata untuk windows 10 sekarang dah tak perlu install anti virus sebab ia akan kesan sendiri kehadiran virus.  Rupanya Iman ter-install anti virus masa update satu programming tu,  jadi anti virus tu selalu pop up dan menggangggu..  haaa..  macam tu la lebih kurang ceritanya, hihi. 
Lepas tu, Pak Inche ajak jalan lagi,  dia tanya nak ke Aeon Tebrau atau MV.  Entahlah,  sekarang rasa Aeon Tebrau tu macam tak ada apo,  hahaha.. Jadi,  MV pun MV la.....

Disebabkan pagi tu dah sarapan di Ashoka Curry House, jadi kami cuma singgah mengopi sahaja di MV.  Lama tak kopi-kopi kan,  asyik minum nescafe o bancuh sendiri jer bosan jugek,  hahahaha. 
Oh ya,  sejak anak dah beso ni,  Sk memang serahkan urusan pesanan di kaunter ni pada Iman,  dari membuat pesanan hingga pembayaran,  dia akan buat semua.  Kami mak bapak goyang kaki jer kat meja, huhu. Orang nampak macam untung dan bertuah badan aje kan tapi kami pun pernah struggle  dalam membesarkan anak suatu masa dulu.  Bayangkan dari kecik dengan satu kereta,  dengan rumah jauh dari sekolah,  hantar tuisyen semua,  sampai hantar belajar ke Ipoh sana,  bukan senang nak senang.  Jadi,  siapa yang sedang membesarkan anak sekarang jangan risau,  suatu masa nanti insyaAllah semuanya akan manis sahaja.  Bak kata pepatah,  berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,  bersusah-susah dahulu,  bersenang-senang kemudian..  tak gitu?? 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/02/sabtuday.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Filem Reversi

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Klia Shooting Malaysia Airports Honours Security Personnel

Rm80mil Allocated For National Heart Centre In Sabah

Changing From Sweet To Less Sweet To Finally Unsweetened

Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal