Sabar Kunci Utama Bagi Pasangan Pjj


Assalamualaikum
maksud pjjAkronim PJJ dilihat tidak lagi asing di era krisis pandemik ini. Maksud PJJ adalah perhubungan jarak jauh melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga tetapi tinggal berjauhan
pasangan pjj rentas negeri terkini syarat syarat rentas negeri terkini 2021 Menjalani kehidupan sebagai suami isteri jarak jauh di zaman ini bukanlah mudah, lagi-lagi selepas negara mula dilanda pandemik pada awal tahun 2020 lalu. pasangan jarak jauh pkp 3 0Pasangan PJJ kini bukan cuma berpisah kerana mempunyai kerjaya di tempat yang berbeza, malah terpaksa terpisah lebih lama dari tempoh normal, kerana mematuhi sekatan dan arahan operasi standard dari kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19
terkini bila boleh rentas negeriBaca juga : Rahsia Kekalkan Kehangatan Pasangan PJJsop pkp 3 0 pasangan jarak jauh  Perkahwinan jarak jauh atau lebih popular dipanggil sebagai suami isteri PJJ ini sering berhadapan dengan masalah-masalah seperti masalah kewangan, cemburu, penat mental fizikal, dan juga masalah emosi seperti tertekan menjaga anak sendirian atau rasa kesunyian tanpa pasangan di sisi

Kepada yang ditakdirkan menjalani perkahwinan jarak jauh sebegini, Mamy sarankan kalian agar lebihkan sifat sabar dalam diri untuk menghadapi segala yang datang di hadapan dan bersangka baiklah senantiasa.terkini bila boleh rentas negeri terkini sop pjj terkini pasangan jarak jauh pkp 3 0  
Sempena tahun kesepuluh perkahwinan kami, Mamy nak kongsikan beberapa cabaran dan masalah yang biasanya akan timbul di antara pasangan suami isteri jarak jauh ini. Antaranya ialah: pasangan pjj yang lengkap vaksinasi untuk merentas daerah Masalah kewanganBila suami isteri tinggal berasingan maka secara automatik komitmen kewangan akan semakin bertambah. Syu ibaratkan keadaan ini seperti mempunyai dua dapur. Bila semunya sudah ada dua, maka kosnya pun akan ikut berganda lah juga kan? Sewa rumah, bil elektrik bil air dan kegunaan kenderaan. Cash flow masuk dan keluar, sama laju je macam air.  Masalah psiko-sosialMasalah psikososial dan emosi biasanya melibatkan rasa insecure dan lonely. Tengok orang lain keluar membeli keperluan dapur dengan pasangan, kau yang tiba-tiba koyak. It's normal tu gais. Dah memang nature kita sebagai insan, sentiasa inginkan belaian dan perhatian daripada orang yang disayang.  Penat yang tak berkesudahanbagi PJJ hujung minggu, banyak tenaga dan masa terbuang sebab berulang alik jumpa keluarga dan setiap kali confirm banyak duit akan burnt. Keletihan ada kalanya membuatkan kualiti hidup merosot dan tak kurang juga gangguan emosi

Cemburu dan PrasangkaCemburu tu memang lah kena ada jugak dalam hubungan suami isteri tapi sifat prasangka tu pulak adalah mainan jahat iblis yang ditiup ke dalam minda masing-masing. Bagi Syu, kalau nak curang, tak perlu tunggu PJJ. Laki bini yang hari-hari tidur sebantal tu pun kalau memang dah pasang niat nak curang, dia akan buat je. 
Apa yang penting, adalah iman dan jati diri. Pegang kuat pada nawaitu asal, kenapa kita PJJ, Lillahitaala tak

Jadi itulah dia sedikit sebanyak perkongsian Syu tentang masalah yang mungkin timbul di kalangan pasangan suami isteri jarak jauh. Tapi pernah terfikir tak? Dalam ramai-ramai pejuang LDR (long-distance relationship) ini, ada juga pasangan yang prefer hidup PJJ dan telahpun mencapai mutual agreement antara satu sama lain.  
Plot Twist - Ada Pasangan Yang Lebih Memilih PJJJangan tak tahu, walaupun kebanyakan long distance married couple ni terpaksa berjauhan bukan atas kehendak dan pilihan mereka, namun wujud juga pasangan yang memang lebih memilih untuk hidup secara jarak jauh. Kenapa ya

Syu tak berniat untuk membuka aib rumah tangga sendiri or what. Ini semata-mata untuk pengajaran dan sempadan buat kalian semua yang senasib dengan Syu. Dan sedikit penafian lagi. Bahawa story ini dah pun mendapat persetujuan dari Incik Asben untuk dikongsikan ke dalam blog ni, demi manfaat bersama

Terdahulum Syu pernah share bagaimana selama 5 tahun kami hidup secara long distance, dan bagaimana bermulanya bibit bosan dan rasa tawar terhadap suami. Kalian boleh baca dalam entri di bawah ini

Baca: Pengalaman Mamy Syu Mengharungi Hidup PJJ 5 Tahun
Ketika tu, aku rasa semua seakan tak kena dan salah je di mata aku. Ada saja point untuk mencari gaduh dengan Incik Asben tu. huhu. Bukan biasa-biasa ye. Benda ni sampai tahap Incik Suami pergi cari ustaz la, untuk berubat, sebab syak yang bini dia terkena sihir pemisah or whatsoever benda-benda syirik tu lah kan

But it was proven wrong. Semua yang berlaku bukan kerana buatan orang yang dengki atau busuk hati, tapi sebab kami sendiri - broken communication.
Komunikasi dan Mesej yang Tak SampaiTiga tahun lalu, cita-cita kami untuk kembali tinggal sebumbung alhamdulillah akhirnya tercapai. Pengorbanan karier Incik Suami adalah sebagai ganti untuk kami hidup bersama secara normal, seperti pasangan-pasangan lain

Masa tu memang perasaannya, hanya Allah yang tahu. Banyak betul beban-beban yang selama ini terpaksa aku pikul sendirian, akhirnya menjadi ringan dengan kehadiran suami di sisi. Bahagia sangat bila dapat sama-sama membesarkan anak, dan mempunyai lebih masa bersama-sama

Namun sehebat-hebat perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah. 
Tak sampai setahun kami tinggal sebumbung, sesuatu yang besar telah berlaku dan puncanya masih sama. Kegagalan dalam komunikasi antara suami dan isteri

Entahlah. Aku masa tu sangat tertekan dan keliru, apakah keputusan kami untuk kembali tinggal bersama ini merupakan keputusan yang betul. 
Rasa cemuih, rimas dan bosan semakin hari semakin kuat menghantui aku. Sampai satu tahap, melihat muka dia saja pun, rasa menyampah dan aku kerapkali menderhaka dengan lari, start kereta dan driving seorang diri lebih dari 2 marhalah dari rumah
Hanya Pasangan Yang Kuat Sahaja Mampu Lalui Perkahwinan PJJSifat Keras Kepala Isteri Menerukkan Lagi KeadaanTeringat kata-kata my BFF masa tu, "Tak sangka kan, kau ni nampak je lembut Syu, tapi keras kepala mengalahkan batu dan besi!" Ye betul. Aku memang keras kepala dan juga ego. Aku tak suka bila disuruh, diminta buat itu buat ini. Aku cepat panas bila ada yang cuba buat macam tu kat aku. Sebulan dua, ok la, tapi lama-lama, urghh rasa tak boleh tahan dah. End up, bercerai


Menyesal pun tak guna. Benda dah pun terjadi. Bagaimanapun talak jatuh bukan sebab Incik Suami lafazkan cerai. Tapi ia berlaku sendiri berdasarkan lafaz taklik
Kelonggaran yang diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ)Bila Berjauhan Baru Fikiran Rasional SemulaMissing each other even just for one day benar-benar membuka mata aku. Tak tahu jin apa yang menghasut aku sampai semuanya jadi berantakan begini, tapi yang pasti roh ego tu datang dari dalam diri aku sendiri. Orang kata, saat kita kehilangan sesuatu tu lah baru kita betul-betul sedar, bahawa betapa berharganya benda tu

Tapi dalam kes aku, bila kami mula tinggal sebumbung, menghadap muka dia hari-hari, aku jadi get so used to being around him and start taking him for granted as a result

So gais, please jangan buat perangai kebudak-budakan ya gais di dalam perhubungan. Kita ni memang akan rasa puas bila kita berjaya membesarkan ego kita, lepastu pasangan kita pulak mengalah. Huisy sedangkan dalam tak sedar, kita sendiri yang sebenarnya kalah

Benda ni aib kot. Aku kalau tak get back dengan Incik Asben sekarang ni, sumpah aku takkan share story ni dengan you all tau! I'm telling you this for the sake of your marriage je. Selagi boleh elak daripada bercerai, so elak lah

Sebab basically, semua orang akan banyaakkk sangat belajar melalui pengalaman kan? Tapi dalam kes-kes macam ni, tak semestinya you guys kena berpengalaman atau alami dulu keadaan macam aku ni baru you guys nak belajar. 
Tak! Sesetengah perkara, kita perlu belajar daripada pengalaman orang lain weh. 
Umpama kita nampak badai yang besar tengah lautan. Takkan lah kita nak serah tengkuk, pergi navigate bahtera kita tu masuk ke dalam badai dan taufan tu kot kan? Sedangkan badai taufan yang datang tu cukup-cukup dahsyat, yang mana kalau bahtera kita tu kena lambung dek badai tu, entah selamat entah tidak crew-crew di dalamnya

Muhasabah diri masing-masingTempoh berpisah tu, aku tak nafikan yang aku betul-betul down. Nak mengadu pada orang, malu. even kawan rapat aku sendiri pun aku rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan dia. Amalan aku untuk kuatkan semangat dan bangkit semula adalah :
Doa Ketika Sedih Hati Gundah Gulana
 Keluh kesah pasangan 'PJJ'Start freshSebetulnya, re-start lah kan haha. Cinta sekali lagi katanya. Siapa tengok drama tu, kita geng! By the way, masa drama tu ditayangkan, kami belum get back lagi. Masa tu, aku macam orang gila menangis depan TV, tersesak-esak mengenangkan diri sediri pegang watak Nelydia Senrose dalam cerita tu haha. *eleh,sekarang boleh lah kau gelak kan* Iyer. Masa memegang status J tu, aku macam perempuan meroyan separuh gila tahu? Stress bila memikirkan macam mana nak berhadapan dengan semua orang. 
Mujur jugak setahun dua ni banyak sangat PKP, so tak banyak la bertemu officemate. Koyak teruk mental masa tu, nak-nak pula ditekan dengan perasaan takut rahsia (yang aku dah bercerai) itu bocor

Well, alhamdulillah. Here we are. Walaupun perceraian ini hanya seketika, tapi ia memberikan both of us peluang untuk betulkan kesilapan masing-masing. Ianya betul-betul memberi kesan ke atas perubahan sikap kami suami isteri. Syukur sangat

Disebabkan 'iddah sudahpun tamat, jadi Incik Asben sekali lagi melamar aku melalui Abah, dan kami diakad nikah kan semula oleh Abah sendiri. Sekali lagi Allah satukan kami sekeluarga di bawah rahmat Nya yang tak terhingga. Waaa happy ending. Dah macam kisah adaptasi novel melayu pulak.ahaks~
Tapi weh. Serius perasaan selepas bernikah kali kedua ni, lain sangat! Lain macam mana

Dari side Syu sendiri:- Rasa lebih menghargai- Lebih menyayangi- Nekad taknak ulangi kesilapan sama- Rasa nak beri yang terbaik
Dari side Incik Asben pula:- Nampak semakin memahami diri bini dia- Makin sweet (baca: manja)- Lebih terbuka & banyak cakap (pillow-talk hampir tiap malam)- Dah tak lagi keluar / lepak / hobi mekap motor/kereta
Hobi dia sekarang, hanay main gitar di rumah while aku dan anak-anak sebagai penyanyi, melalak beramai-ramai.haha. Tapi, paling penting sekarang ni, kami masing-masing sepakat untuk meneruskan hidup sebagai pasangan PJJ, hinggalah kami berdua mencapai umur bersara, insyaAllah jika rezeki umur panjang

Allah dah cakap, boleh jadi benda yang kita sukai itu, adalah buruk untuk kita. Padahal benda yang kita paling tak suka itulah sebenarnya yang terbaik buat kita

Anyone can relate
pasangan pjj rentas negeri terkini syarat syarat rentas negeri terkini 2021  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2021/09/pasangan-pjj-suami-isteri-jarak-jauh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
27 September 2021 Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Dan Tahap Utama Yang Signifikan

27 September 2021 Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Dan Tahap Utama Yang Signifikan

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 196 hits
Pasangan mata wang GBPUSD telah berada di atas tahap permintaan beberapa kali sementara penembusan aliran menurun di bawah 1 3600 diperlukan untuk meningkatkan penurunan bearish selanjutnya Sebaliknya tahap PENAWARAN terdekat terletak di se...
Luhut Beberkan Tiga Kunci Utama Hidup Berdampingan Dengan Covid 19

Luhut Beberkan Tiga Kunci Utama Hidup Berdampingan Dengan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 136 hits
Menko Luhut melanjutkan sebagai salah satu proses transisi untuk hidup bersama COVID 19 telah diputuskan untuk memasukkan indikator cakupan vaksinasi dalam evaluasi lima penurunan level PPKM dari level 3 ke level 2 dan level 2 ke level 1 di...
Dua Wanita Tertukar Kehidupan 4 Kunci Utama Drama Komedi One The Woman

Dua Wanita Tertukar Kehidupan 4 Kunci Utama Drama Komedi One The Woman

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 406 hits
Ramai katanya yang dah tak sabar menantikan drama terbaru SBS yang menggantikan The Penthouse Drama komedi One Of The Woman di mana ia membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar kehidupan dek kehilangan ingatan Seorang ialah...
Semak Status Perkahwinan Rekod Jenayah Bakal Pasangan Hidup Ini Caranya

Semak Status Perkahwinan Rekod Jenayah Bakal Pasangan Hidup Ini Caranya

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 272 hits
PERSEDIAAN sebelum memasuki alam perkahwinan sememangnya tidak boleh dipandang enteng oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga Membina mahligai indah bukanlah perkara mudah apatah lagi dalam melibatkan pemilihan pasangan hidup Jika ...
Isyarat Dagangan Untuk Pasangan Gbp Usd Pada 27 28 September 2021 Beli Di Atas 1 3671

Isyarat Dagangan Untuk Pasangan Gbp Usd Pada 27 28 September 2021 Beli Di Atas 1 3671

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 231 hits
Pada awal dagangan minggu ini mata wang Britain diniagakan di bawah Murray 0 8 dan di bawah SMA 21 dengan kecenderungan menurun Semasa penulisan ini ia diperdagangkan pada tahap 1 3666 graf lilin 4H terbaru menunjukkan bahawa tekanan menuru...
Walaupun Kenaikan Dolar As Nampaknya Lemah Pelabur Masih Memilih Untuk Menjual Pasangan Mata Wang Eur Usd

Walaupun Kenaikan Dolar As Nampaknya Lemah Pelabur Masih Memilih Untuk Menjual Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 228 hits
Semasa Rizab Persekutuan sedang bersiap untuk mengadakan pertemuan dua hari berita yang mengejutkan datang dari China Pemaju terbesar di negara ini Kumpulan Evergrande berada di ambang kemuflisan Kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan s...
Kejatuhan Akan Berlaku Pasangan Eur Usd

Kejatuhan Akan Berlaku Pasangan Eur Usd

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 146 hits
Pasangan mata wang EUR USD jatuh semasa penulisan ekoran daripada Indeks Dolar naik semula setelah mengakhiri pengundurannya Pasangan ini dapat melanjutkan sell off apabila lantunan semula kelihatan lengkap Seperti yang telah anda ketahui d...
Lantunan Pasangan Mata Wang Eur Usd Nampaknya Sudah Berakhir

Lantunan Pasangan Mata Wang Eur Usd Nampaknya Sudah Berakhir

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 212 hits
Pasangan mata wang EUR USD telah meningkat sedikit dalam jangka pendek tetapi tekanannya tinggi dan boleh turun sekali lagi Ia telah menguji semula garis bawah saluran ketika Indeks Dolar AS merosot lebih rendah setelah gagal menembusi rint...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects