Rendang Ayam Untuk Hidangan Berbuka



Ini adalah entri tertunggak yang sepatutnya di post semasa bulan Ramadhan tahun lepas. Tetapi saya kena bagi laluan pada entri lain yang lebih sesuai untuk hidangan berbuka puasa dan juga hidangan raya. Walaupun lambat, tapi tak mengapa. Saya kongsikan juga cerita di sebalik masakan rendang hari ini.

Resepi ini adalah resepi yang saya gunakan setiap kali memasak rendang. Boleh klik entri lepas di SINI dan SINI. Tapi kalau diperhatikan, saya tidak menggunakan jumlah bahan yang sama setiap kali memasak. Ada ketika lebih bawangnya. Semuanya itu gerak hati sendiri. 

Kali ini saya lebihkan bawang yang dihiris kerana mahukan ayam yang banyak serdaknya supaya sedap dicicah dengan pulut kuning atau lemang. 

Saya juga sukakan rasa daun kunyit yang ditabur sebelum rendang diangkat dari dapur. Sedikit boleh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. 

Jom layan resepi rendang ayam yang mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya makan mengulang berkali kali. Jika mahu lebih sedap, guna santan segar. Lagi terasa lemaknya sambil sambil menternak lemak. 

Saya memasak ditemani Zatul yang kebetulan datang ke rumah. Zatul menolong saya membasuh pinggan mangkuk yang diguna selepas memasak. 

Ketika sedang memasak, Boy dengan Mia juga sampai untuk menghantar cookies yang ditempah. Sebelum balik semula ke Shah Alam, Boy minta untuk membawa balik sedikit rendang ayam. Zatul juga membawa balik rendang untuk berbuka. Jadi terasa berbaloi baloi hari ini memasak rendang kerana ramai dapat merasainya semasa berbuka.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Lauk yang dihidangkan untuk makan dengan nasi panas waktu berbuka puasa...


Rendang Ayam Mudah dan Sedap Oleh: Azie Kitchen 
Bahan-bahan:2 ekor ayam - potong 1215 ulas bawang merah - hiris10 ulas bawang putih - hiris2 kotak santan kotak - saiz kecil2 sudu besar kerisik - buat sendiri2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halusMinyak untuk menumis1 sudu besar garam atau secukup rasa1/4 keping gula Melaka1 sudu besar gula pasir2 keping asam keping - bergantung saiz
Bahan kisar:2 senduk cili kering kisar - 20 tangkai cili kering4 tangkai cili padi, jika suka pedas - opsyenal2 labu bawang besar2 inci kunyit hidup6 batang serai2 inci halia2 inci lengkuas2 biji buah keras 
Cara-cara:Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. 

Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api kecil sehingga ayam masak dan kuah pekat. 


Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik. Sesuaikan rasa. 

Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus dan bolehlah ditutup api.

Nota:Cara mudah buat kerisik ialah dengan membakar di dalam oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. Nantikan entri cara menyediakan kerisik.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/03/rendang-ayam-untuk-hidangan-berbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi

Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 1027 hits
Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi Dah lama saya standby perencang rendang segera sebab anak sulung saya amat suka rendang daging Tapi disebabkan tak berkesempatan maka saya hanya beli rendang yang dah siap untuk di baw...
Cara Nak Buat Ayam Double Glaze Bbq Ringkas Dan Sedap

Cara Nak Buat Ayam Double Glaze Bbq Ringkas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 346 hits
Ayam yang diperap lama rasa perapannya lebih meresap Apatah lagi kalau dibakar dua kali Lagi bertambah sedap DOUBLE GLAZE BBQ CHICKENBahan Perapan Ayam 10 keping ayam Garam 1 sudu besar jintan manis kisar 1 sudu besar jintan putih kisar Lad...
Menjelang Ramadan Dan Aidilfitri Sebiji Telur Ayam Bakal Mencecah Harga Rm1 00 Sebiji Tahniah Kerajaan Pakatan

Menjelang Ramadan Dan Aidilfitri Sebiji Telur Ayam Bakal Mencecah Harga Rm1 00 Sebiji Tahniah Kerajaan Pakatan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 545 hits
Pada 17 Disember 2018 Salahuddin Ayub si Menteri Pertanian dengan penuh bangga memanggil sidang media dan membariskan pegawai pegawai kanan kementeriannya untuk mengumumkan yang Kerajaan Pakatan telah berjaya menurunkan harga telur RM0 02 s...
Ayam Percik Meletop Sedap Di Restoran Yati Ayam Percik Kota Bharu Kelantan

Ayam Percik Meletop Sedap Di Restoran Yati Ayam Percik Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 1168 hits
Yati Ayam Percik Kota Bharu Kelantanwaktu operasiRestoran Yati Ayam Percik adalah salah satu restoran yang patut dikunjungi Restoran ini juga turut menyediakan nasi kerabu dan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng k...
Ini 4 Cara Kesan Telur Ayam Baru Atau Lama

Ini 4 Cara Kesan Telur Ayam Baru Atau Lama

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 413 hits
Telur adalah lauk wajib ada dalam kebanyakan dapur selain murah ia sedap dan mudah dimasak dengan pelbagai cara Telur juga tahan disimpan lebih seminggu Namun walaupun disimpan dalam peti sejuk jika dibiarkan lama telur juga akan hilang kes...
Ayam Pongteh Nyonya

Ayam Pongteh Nyonya

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 254 hits
Ayam Pongteh NyonyaBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan1 kg ayam potong saiz makan10 ulas bawang merah5 ulas bawang putih10 biji cendawan shitake kering rendam hingga lembut2 biji ubi kentang potong 62 sudu besar kicap cair2 sudu besar k...
Gulai Ayam Hutan Dan Nostalgia Zaman Di Kampung

Gulai Ayam Hutan Dan Nostalgia Zaman Di Kampung

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 612 hits
Telah lama saya tidak update blog kerana saya tidak berapa sihat Demam kerana rajin berpanas di kebun Orang lain berkebun awal pagi atau petang Tapi kami berkebun di bawah sinaran matahari yang panas terik Seperti yang saya tulis dalam entr...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api