Protonvpn Satu Servis Vpn Yang Semakin Matang



Penggunaan VPN adalah bergantung kepada dasar kepercayaan. Tanpa kepercayaan kepada penyedia servis/khidmat VPN, pengguna akan tersepit antara rasa keperluan dan hak penjagaan privasi serta keselamatan data.
Kontroversi, skandal, bukan perkara baru dalam arena ini. NordVPN dan ProtonVPN pernah dikaitkan dengan Tesonet, sebuah syarikat penggalian data. Cuma sebagai media dan pengulas, kami tidak boleh berat sebelah dan hanya mendengar dari sebelah pihak. Atas sebab itu kami dapatkan jawapan dari pihak ProtonVPN/ProtonMail dan ini merupakan apa yang mereka kongsi di Twitter rasmi pada Jun lepas.

Selain dari hal ini, rekod ProtonVPN adalah bersih. Bersempena berita terbaru mereka membuat kerjasama dengan Mozilla bagi menawarkan plan VPN kepada sebilangan kecil pengguna rawak, kami berasa terpanggil untuk mencuba dan mengulas mengenai servis ini.
Pertama sekali, aplikasi (Windows) ProtonVPN mempunyai pilihan dua paparan antaramuka, iaitu paparan beserta graf trafik, sesi trafik, dan peta lokasi. Manakala satu lagi ialah pilihan untuk menyembunyikannya (paparan minima).
ProtonVPN dengan paparan antaramuka penuh.  
Paparan minima yang masih memberikan pilihan sempurna. Seperkara yang perlu diketahui tentang ProtonVPN ialah ia masih baru. Dilancar pada 20 Jun 2017, ia diasaskan bagi melengkapi pengguna ProtonMail dengan sambungan rangkaian yang mempunyai enkripsi. Oleh itu tidak menghairankan sekiranya aplikasi bagi servis ini masih terasa seperti dalam status beta.
Namun dari penggunaan, soal sekuriti tidak lagi menjadi satu persoalan. Tiada isu ketirisan alamat IP sama ada melalui DNS, WebRTC mahupun IPv6.
Tiada ketirisan alamat IP melalui ujian. Bagi aplikasi Android pula, agak menghampakan apabila ia hanya menawarkan protokol IKEv2, tanpa OpenVPN. Tetapi ia masih ada ciri istimewa yang diwarisi dari klien Windows iaitu ‘Secure Core’.
Secure Core pada saya adalah sama seperti ciri ‘Double VPN’ pada NordVPN, iaitu rangkaian yang bersambung kepada dua lapisan pelayan VPN. Ini meningkatkan lagi tahap sekuriti, namun dalam masa yang sama berkemungkinan kelajuan akan ‘terkorban’.
Saya petik kata-kata dari seorang rakan, “Hendak dapatkan sesuatu, kena korbankan sesuatu”.



Satu ciri yang saya paling suka ada pada ProtonVPN ini ialah pelayan premium mereka yang dilabel dengan huruf P, boleh digunakan untuk strim laman-laman yang telah menyekat servis VPN seperti Hulu dan Netflix.
Setakat ini tiada masalah sama ada di Windows, atau di Android. Hulu dan Netflix dapat distrim dengan lancar sekali.
Selaku pendatang baru, ciri ini amatlah dialu-alukan dan boleh dikatakan juga ia agak mengagumkan kerana contoh servis VPN veteran seperti Private Internet Access juga masih belum menyokong ciri ini.
ProtonVPN digunakan untuk strim Netflix.  
ProtonVPN digunakan untuk strim Hulu.  
Adakah anda patut langgan ProtonVPN?
Jika anda tanya saya, ProtonVPN dapat memberikan kepuasan dari segi paparan antaramukanya, yang mana walaupun kelihatan agak ‘sibuk’ dengan pelbagai indikator trafik dan peta yang tidaklah menambah fungsi signifikan, namun saya lebih menggemari paparan seperti itu kerana ia lengkap dengan info-info yang saya suka, seperti berapa banyak bandwidth yang telah saya gunakan pada hari itu.
Juga tidak dilupakan ciri sokongan laman penstriman seperti Netflix yang agak jarang sudah didengarkan implementasinya pada sesebuah servis, menjadikan ia ciri terbaik selain sekuriti yang mantap.
Kalau pun ada kekurangannya, saya cuma berharap protokol OpenVPN akan ditambah pada klien Android dan rangkaian lebih stabil apabila permulaan ketika membuka aplikasi Hulu (kerap berlaku ralat). Ya, setakat ini, itu sahaja perkara yang saya ingin pembangun perbaiki di rilisan akan datang.
Langgan ProtonVPN: ProtonVPN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/protonvpn-satu-servis-vpn-yang-semakin-matang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mozilla Bekerjasama Dengan Protonvpn Bagi Menawarkan Plan Langganan Vpn Premium

Mozilla Bekerjasama Dengan Protonvpn Bagi Menawarkan Plan Langganan Vpn Premium

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 195 hits
Langkah menawarkan atau mengimplementasi VPN ke dalam pelayar web bukan benda baru Opera telah lama melakukannya dengan kerjasama dari SurfEasy Terkini Mozilla melakukan kerjasama dengan ProtonVPN dalam usaha mereka menawarkan plan langgana...
Cyberghost Vpn Servis Vpn Elit Dengan Sedikit Kepincangan

Cyberghost Vpn Servis Vpn Elit Dengan Sedikit Kepincangan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 222 hits
CyberGhost bukan nama baru dalam arena servis VPN Mereka telah lama berkecimpung bidang ini dan memberikan servis terbaik kepada pengguna Evolusi demi evolusi berlaku selama 7 tahun mereka memberikan khidmat Dari klien asas hinggalah versi ...
Satu Undi Rm100 Dalam Pemilihan Pkr Rafizi

Satu Undi Rm100 Dalam Pemilihan Pkr Rafizi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 300 hits
Tawar RM100 satu undi Rafizi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa ahli parti itu ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata perbua...
Ost Cik Reen En Ngok Ngek Satu Peluang By Andi Bernadee

Ost Cik Reen En Ngok Ngek Satu Peluang By Andi Bernadee

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 1005 hits
K Fiezz tak tengok drama ni sebab kat rumah tak ada Astro Cuma ada la tertengok sedutan sikit sikit drama ni kat Instagram Ramai duk share drama ni Tgk dari ig yang ramai duk share ni macam menarik drama dia macam kelakar pun ada Tak sure l...
Detik Detik Simbol Mata Satu Dajjal Di Pantai Manakarra Mamuju Dirubohkan Ini Videonya

Detik Detik Simbol Mata Satu Dajjal Di Pantai Manakarra Mamuju Dirubohkan Ini Videonya

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 274 hits
Bangunan menyerupai Mata Satu di Anjungan Pantai Manakarra Mamaju jadi bahan perbincangan di media sosial pasca gempa tsunami di Palu dan Donggala Tak sedikit yang mengeritik sisi tengah Anjungan Pantai Manakarra tersebut karena dikaitkan d...
Bila Dapat Satu Juta

Bila Dapat Satu Juta

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum sahabat Muslim dan hai semua Hampir tiga bulan Ainaa tak update blog tapi hari ini gagahkan diri di pagi pagi hari ni untuk mengadap laptop dan karang entry ni Malas sebenarnya tapi itulah ada perkara yang mendorong nak upda...
Dalam Satu Bulan

Dalam Satu Bulan

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 279 hits
dalam satu bulan ada satu atau beberapa hari yang membuatkan aku macam orang tak ada arah macam dua hari lepas gila tiba tiba je aku macam mintak ruang untuk menangis balik dari kerja aku baring on handphone sambil menangis motif sangat Men...
Pulak Dah Mana Satu Yang Betul Pas Ni

Pulak Dah Mana Satu Yang Betul Pas Ni

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 213 hits
PAS Bantah Oktoberfest walau tertutup bersyarat PAS membantah penganjuran acara berkaitan arak seperti Oktoberfest walaupun dibuat dengan bersyarat dan di tempat yang tertutup Ini kerana penganjuran atas jenama pesta sekalipun diadakan seca...
Inilah Wajah Sebenar Puteri Nur Satu Satunya Manusia Kacukan Bunian

Inilah Wajah Sebenar Puteri Nur Satu Satunya Manusia Kacukan Bunian

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 632 hits
Puteri Nur Dikatakan Mempunya darah kacukan dari nendanya dan merupakan satu satunya manusia berkacukan bunian Melalui siaran yang TV9 dia menyatakan bertemu dengan nendanya di alam mimpi dan diberitahu dia adalah waris sah kerajaan nendany...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus

Ipr Lonjak Pendapatan Peniaga B40

Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun

Wee Mca Not A Hypocrite

In Kuala Kubu Baharu Support From The Other Side A Distant Dream For Pn Ph