Ppbm Dibubar Sementara Kp Ros


Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, berkata perintah itu memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen diperlukan ROS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftarannya.

Beliau berkata, PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenar melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.

"Perintah pembubaran sementara itu sudah dikemukakan kepada PPBM pada jam 12.30 tengah hari tadi dengan dialamatkan bagi serahan kepada Setiausaha Agung PPBM.

"ROS mendapati PPBM gagal menyerahkan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis dikeluarkan mengikut Seksyen 14(2) akta sama pada 28 Februari lalu.

"Jadi, mengikut Seksyen 14(6) Akta Pertubuhan 1966, sekiranya PPBM dalam tempoh tidak lebih 30 hari daripada tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarkan, menyerahkan butir maklumat dan dokumen seperti diperintahkan, ROS boleh membatalkan perintah pembubaran sementara berkenaan.


"Berdasarkan Seksyen 14(7) akta sama, selepas tamat tempoh 30 hari itu, jika ada rayuan dan selepas daripada tarikh jika rayuan itu ditolak, maka perintah pembubaran sementara ini akan menjadi mutlak serta PPBM dibatalkan pendaftarannya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 28 Februari lalu, notis statutori mengikut Seksyen 14(2) dikeluarkan ROS merujuk kepada perkara supaya PPBM mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengaku PPBM tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut ROS, iaitu laporan berkaitan perjalanan mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berkata, parti itu gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan kerana struktur organisasi akar umbi yang tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM turut mengaku parti itu tidak mempunyai ahli pada peringkat cawangan, selain bahagian parti hanya dalam jumlah kecil.

Surayati berkata, berikutan masalah dihadapi PPBM itu, permohonan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) juga tidak dapat diproses dan diteruskan.

"Kerana itu PPBM perlu menyelesaikan seperti apa yang diarahkan pihak kami ini dalam tempoh 30 hari diberikan dan boleh membuat rayuan dalam tempoh itu," katanya.

Beliau berkata, masalah yang berlaku ini juga disebabkan kelemahan pentadbiran dan bantahan ahli PPBM sendiri.

"ROS menerima 428 aduan daripada ahli PPBM, kebanyakan berkenaan tadbir urus parti. Saya sudah maklumkan sebelum ini ahli tidak berpuashati cara parti mengendalikan, contohnya mesyuarat, dokumen yang sepatutnya diedarkan kepada ahli, penggunaan perkataan Armada, walhal dalam perlembagaan parti tidak wujud, maka ahli rasa keliru.

"Ini bermaksud kepemimpinan parti tidak dapat menerangkan dengan baik kepada ahli mereka," katanya

Bharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/ppbm-dibubar-sementara-kp-ros.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdampak Covid 19 Masa Kerja Ppk Dan Pps Di Binjai Dihentikan Sementara

Terdampak Covid 19 Masa Kerja Ppk Dan Pps Di Binjai Dihentikan Sementara

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 25 hits
Ketua Divisi SDM Parmas KPU Binjai Robby Effendi mengatakan penghentian masa kerja PPK dan PPS itu merupakan salah satu dampak kondisi saat ini Begitupun honor PPK untuk bulan Maret tetap diberikan
Pt Kai Setop Sementara Sejumlah Perjalanan Kereta Imbas Covid 19

Pt Kai Setop Sementara Sejumlah Perjalanan Kereta Imbas Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 33 hits
Manajer Humas PT KAI Daop IV Semarang Krisbiyantoro mengungkapkan bahwa penundaan jadwal keberangkatan KA berlaku mulai tanggal 1 sampai 30 April 2020
Waspada Sebaran Corona 3 Blok Di Pasar Tanah Abang Tutup Sementara Mulai Besok

Waspada Sebaran Corona 3 Blok Di Pasar Tanah Abang Tutup Sementara Mulai Besok

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 11 hits
Rencananya penutupan itu dilakukan mulai 27 Maret 5 April 2020 Arief menyatakan penutupan sementara juga sudah dilakukan koordinasi dengan para pedagang
Kini Anda Boleh Sewa Komputer Desktop Permainan Sementara Di Rumah Bermula Rm200 Untuk 2 Minggu

Kini Anda Boleh Sewa Komputer Desktop Permainan Sementara Di Rumah Bermula Rm200 Untuk 2 Minggu

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 61 hits
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan ramai yang telah mula bekerja dari rumah Ada kalanya mungkin anda mempunyai kekangan atau ingin memerlukan komputer lebih berkuasa untuk tugasan multimedia atau untuk menikmati permainan Untuk mengatasi ma...
Ayunan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar As Diniagakan Kukuh Sementara Euro Diniagakan Lemah

Ayunan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar As Diniagakan Kukuh Sementara Euro Diniagakan Lemah

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 65 hits
Menurut pakar ketegangan semasa dalam pasaran kewangan bukan sahaja telah didorong oleh pandemik COVID 19 tetapi juga oleh laporan Indeks Pengurus Pembelian yang sangat mengecewakan bagi negara negara zon eropah Penganalisis menjangkakan pe...
Tenaga Medis Yang Tinggal Sementara Di Hotel Harus Punya Surat Pengantar

Tenaga Medis Yang Tinggal Sementara Di Hotel Harus Punya Surat Pengantar

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 51 hits
Novita menuturkan bahwa saat ini Pemprov DKI masih mengakomodir hunian sementara bagi tenaga medis RSUD Tarakan dan RSUD Pasar Minggu Dia memastikan akan ada penambahan tempat tinggal tambahan lagi untuk para tenaga medis yang menangani sel...
Imbas Virus Corona Metland Tutup Sementara Metropolitan Mall Dan Grand Metropolitan

Imbas Virus Corona Metland Tutup Sementara Metropolitan Mall Dan Grand Metropolitan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 9 hits
PT Metropolitan Land Tbk menutup sementara unit komersial khususnya mal Diantaranya Metropolitan Mall Bekasi Grand Metropolitan dan Metropolitan Mall Cileungsi Penutupan operasional mal dilakukan selama 12 hari mulai tanggal 27 Maret hingga...
Airasia Indonesia Hentikan Sementara Seluruh Penerbangan Mulai 1 April 2020

Airasia Indonesia Hentikan Sementara Seluruh Penerbangan Mulai 1 April 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 12 hits
AirAsia Indonesia berinisiatif untuk menghentikan sementara seluruh layanan penerbangan mulai 1 April 2020 Hal tersebut dengan mempertimbangkan situasi risiko wabah Virus Corona di Tanah Air dan untuk mendukung upaya pemerintah dalam mengat...
Covid19 Adakah Pemulihan Alam Waktu Ini Kekal Atau Hanya Sementara

Covid19 Adakah Pemulihan Alam Waktu Ini Kekal Atau Hanya Sementara

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 69 hits
Oleh Anis Anwar Suhaimi Penganalisis Penyelidikan Impak Covid19 merentasi aspek yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan dan ekonomi global Impaknya juga mempengaruhi aktiviti ekonomi dan gaya hidup serta secara tidak langsung memberi k...
Pelakon Muda Larikan Bini Orang Ditahan Polis

Ceo Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Dr Maza Kutuk Sikap Malas Orang Miskin

Hukum Ibu Ayah Ambil Dan Guna Duit Raya Anak

What Helps Acid Reflux Quickly

Puding Buih Beracun Peniaga Tolonglah Jaga Kebersihan

Daphne Iking Tak Jadi Gugur Selamat Bersalin Anak Ke Empat

Biskut Tat Nanas Pandan Emulco



Yang Boleh Saya Beritahu Ialah Isu Larikan Isteri Orang Leana Sharif Pengurus Shah Radhi Hazvee Bersuara

Dakwaan Larikan Isteri Orang Pengurus Shah Radhi Hazvee Bersuara

5 Negara Asia Paling Mahal Caj Penggunaan Elektrik

Biodata Eric Fuzi Pemain Keyboard Kumpulan Floor 88

Lelaki Yang Tak Mampu Tekan Tubi 10x Berdepan Risiko Kesihatan Kajian


Part 1 A Reply To Rosli Khan S Article Titled Return Railway Land And Assets To Ktmb

Daging Goreng Cendawan Campak Campak Sedapnya Menu Syawal

Sejarah Gundik Maharaja China

Tips Jitu Dapatkan Aksesoris Toyota Mobil Asli

Dua Buah Kereta Berdebu Di Parking Selama 6 Tahun Terjawab Dipercayai Milik Penumpang Mh370

3 Malaikat Menjaga Kita Bila Membaca Doa Ini