Polisjohor Tumpaskan Kumpulan Bobby


JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai Kumpulan Bobby yang didalangi rakyat tempatan dan warga asing tumpas dalam 10 serbuan di Seri Alam dan sekitar bandar raya ini sejak Isnin hingga Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli kumpulan itu dicekup dalam operasi yang dilakukan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sebuah pusat hiburan di Permas Jaya, di sini.
Beliau berkata, dalam operasi kira-kira jam 1.30 pagi itu polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan, lima wanita tempatan dan dua wanita warga asing bersama-sama dadah.
“Soal siasat terhadap suspek mendedahkan dalang di sebalik sindiket itu, warga tempatan dikenali sebagai Bobby dan teman wanitanya, seorang warga Vietnam.
“Polis juga berjaya mengesan seorang wanita warga China, iaitu pengedar dadah sindiket berkenaan yang beroperasi di sekitar Taman Century. Sindiket itu mendapatkan bekalan dadah dari Kuala Lumpur sebelum diedarkan di Johor Bahru,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Susulan serbuan pertama pada Isnin lalu, polis berjaya membuat empat serbuan susulan di kawasan Pasir Gudang, Permas Jaya, Seri Alam, Iskandar Puteri manakala lima lagi dilakukan di sekitar bandar raya ini.
“Seramai 24 suspek membabitkan 11 lelaki tempatan, lima wanita tempatan, seorang lelaki warga Singapura, tiga wanita warga Indonesia, dua wanita warga China dan dua wanita warga Vietnam yang berusia antara 16 hingga 61 tahun berjaya ditahan, ” katanya.
Ayob Khan memberitahu, polis berjaya merampas 1.89 kilogram (kg) ketamin; 2.3 kg serbuk ecstasy; 895.52 gram ganja; 2,469 pil ecstasy; 859 pil Erimin 5; 31.81 gram syabu; 2.01 gram heroin dan dua biji pil Yaba bernilai RM425,571, hasil 10 siri serbuan.
“Polis juga berjaya merampas pelbagai barang kemas bernilai RM32,956; dua kenderaan (RM214,000); wang tunai RM7,000; wang tunai dolar Amerika USD500 (RM2,100); wang tunai Yuan $6,000 (RM3,625) dan wang tunai dolar Singapura $420 (RM1,287) selain lima akaun bank tempatan berjumlah RM30,234 hasil kegiatan pengedaran dadah.
“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta membawa nilai RM712,452,” katanya.
Ayob Khan berkata, seramai 19 suspek didapati positif dadah dengan lapan suspek termasuk warga Singapura mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah di negara ini dan republik itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/08/polisjohor-tumpaskan-kumpulan-bobby/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Dari India Rancang Buka Hospital Kebajikan Di Pulau Pinang Menjelang 2025

Kumpulan Dari India Rancang Buka Hospital Kebajikan Di Pulau Pinang Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 306 hits
Gambaran pelukis cadangan Hospital Amrita iaitu cawangan Institut Sains Perubatan Amrita bertempat di tanah besar Pulau Pinang GEORGE TOWN Sebuah kumpulan kerohanian berpangkalan di India merancang untuk membuka sebuah hospital kebajikan de...
Telekom Malaysia Mengumumkan Pelantikan Imri Mokhtar Sebagai Ceo Kumpulan Baru Bermula 1 Ogos 2020

Telekom Malaysia Mengumumkan Pelantikan Imri Mokhtar Sebagai Ceo Kumpulan Baru Bermula 1 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 467 hits
Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan pelantikkan CEO kumpulan TM juga Pengarah Urusan yang baru iaitu Imri Mokhtar Imri Mokhtar mempunyai pengalaman selama 24 tahun didalam arena telekomunikasi tempatan dan akan bertanggungjawab dala...
Azadan Ceritakan Rahasia Sukses Kumpulan Nasyid Legendaris Rabbani

Azadan Ceritakan Rahasia Sukses Kumpulan Nasyid Legendaris Rabbani

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 769 hits
Para personal kumpulan nasyid Rabbani Eksistensi grup nasyid legendaris Rabbani sebagai salah satu grup yang telah ikut mempopularkan nasyid di wilayah Asia Tenggara tidak bisa dilepaskan dari perkembangan nasyid pada saat ini Album lagu na...
Ngo Daya Tak Ada Kaitan Dengan Kumpulan Azmin Kata Tian Chua

Ngo Daya Tak Ada Kaitan Dengan Kumpulan Azmin Kata Tian Chua

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 230 hits
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata NGO barunya yang dikenali sebagai Daya tidak ada kaitan dengan NGO yang sebelum ini ditubuhkan oleh bekas pemimpin PKR yang berpihak kepada Mohamed Azmin Ali Bekas ketua Wanita PKR Haniza Talha melancarka...
Bobby Mantu Jokowi Hadiri Pengajian Uas Don Adam Pilkada Sudah Dekat

Bobby Mantu Jokowi Hadiri Pengajian Uas Don Adam Pilkada Sudah Dekat

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 147 hits
Menantu Presiden Joko Widodo Bobby Nasution menghadiri pengajian yang diisi Ustaz Abdul Somad pada Rabu Kehadiran Bobby dalam acara ceramah UAS ini setelah sehari sebelumnya dia mendapatkan rekomendasi PDIP untuk maju di Pilkada Medan 2020 ...
Bobby Nasution Harap Pandemi Tidak Kurangi Semangat Belajar Anak Anak Indonesia

Bobby Nasution Harap Pandemi Tidak Kurangi Semangat Belajar Anak Anak Indonesia

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 171 hits
Calon Wali Kota Medan Bobby Nasution menilai anak anak adalah aset terbaik bangsa yang harus sungguh sungguh dipersiapkan untuk kemajuan nasional Hal ini disampaikan Bobby saat memperingati Hari Anak Nasional 23 Juli 2020
Tak Ketinggalan Partai Yusril Juga Dukung Gibran Bobby Di Pilkada 2020

Tak Ketinggalan Partai Yusril Juga Dukung Gibran Bobby Di Pilkada 2020

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 129 hits
Setelah mendapat banyak dukungan dari partai partai raksasa Gibran Rakabuming Raka dan Bobby Afif Nasution kini mendapat tambahan amunisi dukungan dari Partai Bulan Bintang Sekretaris Jenderal Partai Bulan Bintang Afriansyah Ferry Noer meny...
Arak Kenapa Nak Layan Budaya Buruk Kumpulan Minoriti

Arak Kenapa Nak Layan Budaya Buruk Kumpulan Minoriti

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 142 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe KUALA LUMPUR 17 Zulhijjah 1441H Jumaat Kerajaan tidak perlu melayan kehendak dan budaya golongan minoriti sekiranya boleh menganiaya majoriti umat Islam di negara ini Demikian tegas Naib Pengerusi Pertubuhan Pertubuh...
Pdn Darah Kumpulan A Dan B Dikehendaki Segera

Pdn Darah Kumpulan A Dan B Dikehendaki Segera

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR 7 OGOS Pusat Darah Negara hari ini meminta orang ramai khususnya yang mempunyai darah kumpulan A dan B agar tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah kumpulan itu di PDN PDN dalam kenyataan hari ini berkata selaras den...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan