Ph Pertingkat Perang Psikologi Dakwa Cukup Sokongan Untuk Menghadap Agong




PETALING JAYA: Parti paling kecil dalam Pakatan Harapan (PH) melancarkan “perang psikologi” sewaktu bekas gabungan kerajaan itu mempertingkat kempennya untuk kembali berkuasa, kata sumber yang maklum mengenai perbincangan untuk menumbangkan kerajaan 3 bulan Perikatan Nasional (PN).
Beberapa hantaran di media sosial oleh individu yang rapat dengan Amanah turut mendakwa PH, gabungan 3 parti yang ditendang keluar dari Putrajaya selepas PPBM keluar pada Februari mendakwa ia kini mempunyai sokongan majoriti 222 ahli Parlimen di pihaknya.
Malah satu hantaran mendakwa bahawa PH kini menunggu untuk hadir ke istana menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan mereka mempunyai sokongan mencukupi melalui kenyataan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh ahli Parlimen.
Seorang pakar undang-undang yang mahir mengenai peranan istana menolak dakwaan itu.
Beliau berkata, keadaannya berbeza dengan krisis politik pada Februari lepas apabila kerajaan PH tumbang berikutan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad.
“Agong sudah pasti tidak akan melayan SD baru daripada gabungan yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti. Tidak ada obligasi sedemikian dipertanggungjawabkan ke atasnya di bawah Perkara 43(4), katanya dengan menambah bahawa ucapan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Dewan Rakyat pada 18 Mei lepas menjelaskan perkara itu.
“Membenarkannya akan mencetuskan krisis dan ketidakstabilan politik kerana setiap 2 bulan mungkin akan ada parti politik yang hadir ke istana mendakwa mereka mempunyai sokongan majoriti,” katanya.
‘Perang psikologi biasa’
Sumber yang rapat dengan lingkungan PH mendedahkan bahawa dakwaan mengenai perubahan di Putrajaya adalah perkara “biasa” dengan berkata, ia “menyerupai kempen sebelum ini”.
“Ia menyamai perang psikologi pemimpin tertentu pada 2008 yang mendakwa mempunyai sokongan untuk menjatuhkan kerajaan barisan Nasional (BN) pada masa itu,” kata orang dalam PKR, dipercayai merujuk kepada kempen 16 September 2008 oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, 5 bulan sebelum kejayaan besar gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotainya.
Khabar angin dan spekulasi mengenai majlis menghadap di Istana Negara tersebar dalam kalangan penyokong PH sejak malam semalam.
Ini termasuklah dakwaan bahawa Parlimen akan dibubarkan esok bagi membuka jalan kepada pilihan raya umum, sementara yang lain bercakap tentang “kesihatan” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dikenakan perintah kuarantin 14 hari sejak minggu lepas selepas menghadiri mesyuarat pasca Kabinet yang menyaksikan seorang pesertanya disahkan dijangkiti Covid-18 selepas itu.
Terbaru pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad, yang merupakan antara pemimpin PH yang lantang sejak ia tumbang 3 bulan lepas, berikrar untuk bekerja keras bagi mendapatkan semula mandat pilihan raya gabungan politik itu.
“Ia adalah persoalan memenuhi amanah rakyat,” kata bekas menteri Wilayah Persekutuan itu pada sidang media di pejabat beliau di Shah Alam.
FMT tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat permohonan untuk menghadap Agong hari ini.
Dua minggu lepas Sultan Abdullah mempertahankan keputusan mengehadkan persidangan Dewan Rakyat selama 1 hari dengan agenda tunggal Titah Diraja.
“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu, ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya.
Sultan Abdullah juga berkata, beliau memberi masa secukupnya kepada ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk mencadangkan nama calon perdana menteri.
“Setelah melalui semua proses tersebut, dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, beta mendapati Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya dilantik sebagai perdana menteri ke-8,” katanya.
Bagaimanapun wujud dakwaan bercanggah mengenai bilangan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN.
Susunan tempat duduk persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei menunjukkan 114 ahli Parlimen berada di pihak kerajaan, 107 pembangkang dan 1 Bebas.
FMT sebelum ini memetik seorang pegawai Parlimen yang berkata, susunan tempat duduk baru akan dibuat pada persidangan Julai berikutan aduan yang diterima.
MR :  Upah Sarawak Report, Perang psikologi, Fitnah balak Kedah.. apa lagi?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/ph-pertingkat-perang-psikologi-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Rakyat Kerajaan Tidak Kurang 114 Orang Muhyiddin Cukup Sokongan

Wakil Rakyat Kerajaan Tidak Kurang 114 Orang Muhyiddin Cukup Sokongan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 266 hits
May 18 2020 1 25 PMBerdasarkan maklumat rasmi berhubung cadangan tempat duduk di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan 114 ahli Parlimen berada di blok kerajaan KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli Parlimen dud...
Selepas Kuarantin Muhyiddin Mulakan Tugas Dengan Menghadap Agong

Selepas Kuarantin Muhyiddin Mulakan Tugas Dengan Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 148 hits
Perdana menteri menghadap Agong bagi sesi pra Kabinet menerusi sidang video di Perdana Putra hari ini PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memulakan tugas selepas menjalani kuarantin selama 14 hari dengan mengadap Agong bagi sesi ...
Muafakat Nasional Beri Sokongan Penuh Kepada Pm Muhyiddin Yassin

Muafakat Nasional Beri Sokongan Penuh Kepada Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 293 hits
Muafakat Nasional yang menyaksikan kerjasama politik antara UMNO dan Pas menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Perkara itu dirumuskan selepas barisan kepemimpinan tertingg...
Kelompok Mana Dalam Pn Yang Sokongan Mereka Diragui Muhyiddin

Kelompok Mana Dalam Pn Yang Sokongan Mereka Diragui Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 208 hits
Apabila Muhyiddin Yassin terus mengelak untuk berdepan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen adalah jelas ia disebabkan beliau tidak yakin dengan sokongan majoriti yang dimilikinya Tidak ada sebab lain mengapa beliau terus mengelak dar...
Suami Kurang Bagi Sokongan Boleh Jadi Punca Meroyan Lepas Bersalin Simptom Sedih Rasa Kosong

Suami Kurang Bagi Sokongan Boleh Jadi Punca Meroyan Lepas Bersalin Simptom Sedih Rasa Kosong

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 273 hits
Kemurungan atau meroyan selepas bersalin adalah perkara yang boleh berlaku kepada setiap wanita yang melahirkan anak Mengendahkannya boleh menyebabkan ia berlanjutan seumur hidup terutama jika tidak dirawat Apa itu meroyan selepas bersalin ...
Platform Nvidia Drive Dikemaskini Dengan Sokongan Gpu Nvidia A100

Platform Nvidia Drive Dikemaskini Dengan Sokongan Gpu Nvidia A100

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 249 hits
Hari ini NVIDIA A100 telah diumumkan yang merupakan GPU pertama mereka dengan senibina Ampere Selari dengan pengumuman ini platform swapandu NVIDIA DRIVE telah dikemaskini untuk menyokong penggunaan NVIDIA A100 Sebelum ia kini menawarkan ke...
Honor Pad V6 Dilancarkan Tablet 10 4 Inci Dengan Sokongan Stylus Magic Pencil

Honor Pad V6 Dilancarkan Tablet 10 4 Inci Dengan Sokongan Stylus Magic Pencil

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 206 hits
Pasaran tablet Android kini tidak sehangat dahulu mungkin kerana saiz skrin telefon sudah semakin besar membuatkan pembeliannya tidak lagi dianggap perlu Bagi mereka yang masih mencari tablet Android Honor Pad V6 telah dilancarkan di China ...
Mou Pn Tak Menjurus Daftar Gabungan Tapi Menunjukkan Sokongan Muhyiddin Ada 113 Mp

Mou Pn Tak Menjurus Daftar Gabungan Tapi Menunjukkan Sokongan Muhyiddin Ada 113 Mp

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 201 hits
Memorandum Persefahaman bagi membentuk Perikatan Nasional dimeterai hanya untuk mencerminkan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memimpin negara kata timbalan pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed The Malaysi...
Mozilla Merancang Menamatkan Sokongan Flash Pada Firefox Menjelang Penghujung 2020 Ini

Mozilla Merancang Menamatkan Sokongan Flash Pada Firefox Menjelang Penghujung 2020 Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 177 hits
Pelbagai pembangun pelayar web telah mula menamatkan sokongan Adobe Flash pada tahun 2020 ini dan kini pihak Mozilla turut mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan Flash pada Firefox menjelang Disember 2020 kelak Mozilla dijangka akan me...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ