Pesara Bisnes Kelulut


Kerja-kerja menyedut madu kelulut memerlukan peralatan khas





Bersaiz kecil dengan warna kehitam-hitaman serta tidak mempunyai sengatan berbisa yang mendatangkan bahaya seperti lebah madu merupakan antara perbezaan ketara lebah kelulut dengan spesies lebah madu.

 

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat namun berupaya menghasilkan madu yang sama seperti lebah madu.

 

Dianggarkan hampir 500 spesies kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya termasuklah Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis.

 

Lebah kelulut dahulunya hanya bersarang di pangkal-pangkal pokok jauh di dalam hutan. Namun selepas khasiat madunya dikenali ramai spesies lebah kelulut ini mula dicari ramai untuk tujuan penternakan komersial.

 

Madu kelulut yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat serta berupaya membantu mengurangkan penyakit asma serta selesema dan mudah diternak menjadikan lebih ramai pengusaha madu kelulut muncul.

 

Menyedari potensi penternakan madu kelulut menjana pendapatan, seorang pesara kakitangan keselamatan Malaysia Airlines, Abdul Rahman Mad Taib, 73, memberanikan diri menceburi bidang penternakan lebah berkenaan sejak lima tahun lalu.

 

 


Abdul Rahman Mad Taib menunjukkan sarung muka khas yang perlu dipakai jika melakukan aktiviti menuai madu kelulut.



 

Bermula dengan hobi, Abdul Rahman kini mempunyai kira-kira 30 sarang lebah kelulut yang mampu menghasilkan lebih 10 kilogram madu dalam semusim.

 

Katanya, lebah kelulut yang mudah dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi adalah antara sebab dia mampu bertahan lama sebagai pengusaha dan penternak lebah kelulut.

 

“Pada mulanya saya beli sarang lebah kelulut daripada seorang rakan di Bangi.

 

“Lama kelamaan saya dapati hutan-hutan kecil di sekitar rumah saya juga mempunyai sarang kelulut, jadi saya ambil keputusan untuk mencari sendiri sarang hingga mempunyai 30 sarang pada masa ini,” katanya ketika ditemui di Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang baru-baru ini.

 

Menurut Abdul Rahman, kesemua kotak sarang lebah kelulut miliknya juga dibina sendiri dengan kos yang minimum bagi memastikan sarang lebah tidak terkena air hujan serta diganggu makhluk perosak yang lain.

 

“Lebah kelulut juga mempunyai musuhnya yang tersendiri seperti spesies larva black slodier fly, kumbang sab dan juga semut yang akan merosakkan sarang lebah.

 

“Penternak perlu meninjau sarang lebah seminggu sekali bagi memastikannya sarang lebah tidak diganggu oleh makhluk perosak atau berdepan dengan kerugian akibat tiada madu dihasilkan.

 

“Selain itu, madu yang diserang larva haiwan perosak akan dijangkiti kuman, jadi masam dan tidak selamat untuk dimakan,” katanya.

 

Abdul Rahman berkata, setakat ini dia memilih menternak lebah kelulut dari spesies Heterotrigona itama kerana spesies ini mampu menghasilkan kadar madu yang tinggi dan mudah dijaga.

 

“Walaupun kita tidak perlu memberi makanan kepada lebah kelulut ini tetapi pengusaha juga perlu membantu mendapatkan madu dengan menanam pokok yang sesuai berhampiran kotak sarang.

 

“Saya menanam pokok limau, pokok belimbing, pokok bunga, durian, ceri dan pelbagai lagi untuk membantu lebah kelulut mendapatkan madu.

 

“Cara ini dapat meningkatkan penghasilan madu di dalam kotak sarang,” katanya.

 

Bapa kepada lima orang anak ini memberitahu, walaupun tidak mempunyai sengatan berbisa seperti lebah madu, lebah kelulut tetap akan mempertahankan sarang mereka daripada diceroboh dengan mengerumuni penceroboh sehingga melekat pada badan perosak tersebut.

 

“Saya sendiri perlu memakai pakaian serta sarung muka khas yang diperbuat daripada jaring halus jika mahu menuai hasil madu.

 

“Walaupun tidak menyengat, lebah kelulut akan melekat dan memasuki rongga badan seperti telinga dan hidung jika sarangnya diceroboh,” katanya yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan.

 

Sudah ada pelanggan sendiri

 

Abdul Rahman Mad Taib memberitahu, produk madu lebah kelulut yang diusahakannya itu tidak ada masalah mendapat pelanggan.

 

“Madu lebah yang saya jual adalah asli tanpa sebarang campuran gula atau air.

 

“Ia dijual dengan kapasiti seberat 125 gram dan 500 gram.

 

“Setakat ini produk madu kelulut asli keluaran saya boleh didapati di sekitar Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur,” katanya.

 

Tambah beliau, produk madu kelulut sentiasa mendapat permintaan di pasaran tempatan memandangkan khasiatnya yang tersendiri.

 

“Madu kelulut mempunyai rasa sedikit masam dan rasanya juga bergantung kepada makanan atau debunga di sekeliling sarang lebah kelulut.

 

“Kandungan antioksidan dan manfaat vitamin C yang terdapat pada madu kelulut juga baik untuk mengatasi selesema dan demam menjadi antara penyebab madu kelulut ini sentiasa dicari ramai,” katanya.

 

-UTUSANMALAYSIA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/pesara-bisnes-kelulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bisnes Tudung Bagaimana Bermula

Bisnes Tudung Bagaimana Bermula

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 326 hits
Melihat ramai yang telah berjaya ceburi bisnes tudung maka ramai yang turut nak buat sama Tapi tahukah anda cara memulakan bisnes ini dengan betul Kalau kita tak tahu buat dengan cara yang betul dibimbangi kita akan mengalami kerugian Tudun...
Bukan Anak Dato Bukan Founder Produk Pemuda Ini Kongsi 10 Tip Berjaya Dengan Bisnes Agent Dropship

Bukan Anak Dato Bukan Founder Produk Pemuda Ini Kongsi 10 Tip Berjaya Dengan Bisnes Agent Dropship

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 376 hits
Mendapat lebih 6K retweet di twitter kicauan pemuda berusia 22 tahun ini tentang tip buat mereka yang baru nak berjinak jinak lakukan sesuatu yang baru dengan bisnes agent dropship ini tular dan mungkin dapat memberikan inspirasi untuk rama...
Pinjaman Perniagaan 2020 Pembiayaan Untuk Memulakan Bisnes

Pinjaman Perniagaan 2020 Pembiayaan Untuk Memulakan Bisnes

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 500 hits
PINJAMAN PERNIAGAAN 2020 PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES Anda usahawan yang ingin memulakan bisnes dan perlukan pinjaman perniagaan tahun 2020 daripada pihak bank Selain pinjaman MARA dan pinjaman TEKUN bank bank tempatan juga menyediakan...
6 Susah Nak Tiru 10 Perkara Wajib Semak Sebelum Mula Bisnes

6 Susah Nak Tiru 10 Perkara Wajib Semak Sebelum Mula Bisnes

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 206 hits
Harap anda dah baca kesemua artikel yang saya dah buat dalam siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bines dalam blog ini Ini merupakan siri ke 6 Siri pertama sehingga ke 5 The post appeared first on
Berita Baik Sangat Menarik Untuk Usahawan Yang Nak Buat Bisnes Berasaskan Subscription

Berita Baik Sangat Menarik Untuk Usahawan Yang Nak Buat Bisnes Berasaskan Subscription

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 313 hits
Bayangkan anda seorang jejaka yang mahu memulakan aktiviti memasak sendiri kat rumah Semuanya bermula dari masalah Covid 19 yang membuatkan ramai orang rasa tak selesa pergi keluar makan kat kedai Tapi The post appeared first on
Tips Bisnes 3 Sebab Whatsapp Customer Blue Tick

Tips Bisnes 3 Sebab Whatsapp Customer Blue Tick

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 430 hits
3 SEBAB WHATSAPP KITA CUSTOMERS SEEN JEHari hari whatsap masuk Sampai berlambak lambak tak larat nak reply Bila reply customer pulak seen je atau pun customer reply ok tq Pernah ke korang alami situasi ni Tahukah korang ada 3 sebab kenapa c...
11 Personaliti Dan Karekter Individu Yang Menyertai Bisnes Network Marketing

11 Personaliti Dan Karekter Individu Yang Menyertai Bisnes Network Marketing

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 236 hits
Ada macam macam karekter dan personaliti orang yang join bisnes network marketing yang kita boleh lihat Apa yang saya kongsikan disini bukanlah bertujuan untuk kita judge seseorang itu sama ada dia baik atau kurang baik Sebaliknya perkongsi...
5 Tips Pilih Bisnes Terbaik

5 Tips Pilih Bisnes Terbaik

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 332 hits
Ini Dia Tips Nak Bebas Masa Work From Home Ni Cara Saya Kalau boleh semua orang memang nak bebas kerja dari rumah dengan gaji sama atau lebih dari yang dapat sekarang Lepas PKP ni alhamdulillah ramai dapat peluang Tapi sekarang ada yang bal...
Reaksi Founder Dan Orang Bisnes Apabila Menggunakan Servis Menulis Copywriting

Reaksi Founder Dan Orang Bisnes Apabila Menggunakan Servis Menulis Copywriting

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 464 hits
Testimoni Pelanggan Yang Menggunakan Upah Menulis Copywriting Dah tak perlu lagi fikirkan ayat iklan copywriting untuk menjual Kini upah sahaja seorang penulis iklan settle kerja bagi mereka yang berbisnes Sebagai seorang penulis iklan suda...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders

Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord