Pesan Roh Kepada Manusia


Assalamualaikum…
Apabila roh keluar dari jasad , ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “ Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut ”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “ Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas . Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh ” .
Gambar kredit dari Google Apabila dimandikan , roh sekali lagi merayu : ” Demi Allah , wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh ” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “ Demi Allah , wahai jemaahku , aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu . Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka . Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya” . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir .
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah , roh pula berpesan : ” Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “ Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan . Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku ”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah . Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing . Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka . Dalam mimpi itu , Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama . Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu . Maka mayat itu menjawab : “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman . Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku ”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu , Abi Qalabah pun terjaga . Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka . Mendengar keadaan itu , anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya . Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata :

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman , maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “ Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T. ” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu , maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu .
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu , keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu . Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki . Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu .” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga . Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah . ” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud : ” Wahai malaikatKu , tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu ” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang .
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : “Roh itu menuju ketujuh tempat :-
1.  Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2.  Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3.  Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.  Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.  Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6.  Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.  Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1.  Orang-orang yang mati syahid.
2.  Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.  Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Sumber : Dari Email
The post Pesan Roh Kepada Manusia appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2021/08/pesan-roh-kepada-manusia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pelawak Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia Bebas Dengan Jaminan Polis

Hiburan Pelawak Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 161 hits
Baru baru ini seorang selebriti lelaki telah ditangkap polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks Walaubagaimanapun lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis ARTIKEL BERKAITAN Menurut lapora...
Hiburan Kes Pemerdagangan Manusia Pelawak Shahrol Shiro Nafi Penglibatan

Hiburan Kes Pemerdagangan Manusia Pelawak Shahrol Shiro Nafi Penglibatan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 185 hits
Tular di media sosial beberapa tekaan nama pelawak oleh pengguna warga maya yang dikatakan terlibat dalam kes pemerdagangan manusia seperti yang dihebahkan oleh media semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAntara nama yang dipetik terlibat ...
Manusia Terbang Dikesan Pada Ketinggian 1 524 Meter Di Los Angeles

Manusia Terbang Dikesan Pada Ketinggian 1 524 Meter Di Los Angeles

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 105 hits
Harapnya bukan Iron Man lah Sehingga kini manusia belum boleh mampu terbang sendiri tanpa bantuan jetpack seperti cerita fiksyen Iron Man memandangkan teknologi yang masih lagi terhad dan agak mahal Namun menurut laporan terbaharu daripada ...
Hiburan Pelawak Wann Wala Terkilan Nama Dikaitkan Dengan Isu Pemerdagangan Manusia

Hiburan Pelawak Wann Wala Terkilan Nama Dikaitkan Dengan Isu Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 340 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pelawak berusia 40 an telah ditahan oleh pihak polis pagi Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBia...
Perkahwinan Manusia Dengan Robot Normal Menjelang 2050

Perkahwinan Manusia Dengan Robot Normal Menjelang 2050

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 134 hits
Perkahwinan Manusia dengan Robot Normal Menjelang 2050 LONDON Pengarang buku Love and Sex with Robots Dr David Levy berkata bahawa perkahwinan antara manusia dengan robot seks akan menjadi sesuatu yang normal menjelang 2050 lapor akhbar kel...
Hiburan Asal Johor Dan 40 An Nama Joey Daud Pula Disebut Sebut Netizen Kes Pemerdagangan Manusia

Hiburan Asal Johor Dan 40 An Nama Joey Daud Pula Disebut Sebut Netizen Kes Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 188 hits
Susulan kes pemerdagangan manusia untuk kegiatan eksploitasi seks melibatkan pelawak terkenal nama Joey Daud pula menjadi sasaran hanya disebabkan oleh umurnya yang berusia 40 an dan alamat tempat asal Joey yang berasal dari Johor ARTIKEL B...
Pelawak Terkenal Ditahan Di Sebuah Hotel Di Kuala Pilah Bantu Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia

Pelawak Terkenal Ditahan Di Sebuah Hotel Di Kuala Pilah Bantu Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 272 hits
Seorang pelawak terkenal tanah air ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani pelawak lelaki yang berusia lin...
Pelawak Ditahan Kes Pemerdagangan Manusia

Pelawak Ditahan Kes Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 736 hits
Gambar hiasan KUALA PILAH Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di daerah ini kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia Ketua Polis daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata lelaki berusi...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally